Tiap kali tengok gambar Arwah, apa yang IQ fikirkan, kenapa Arwah pergi dulu? Sebelum sempat rumah tangga kami kukuh utuh dengan hadirnya lebih ramai anak-anak.... 

Apa yang IQ dapat jawapan daripada apa yang IQ fikirkan itu adalah....sebab itu sahaja yang IQ mampu....mampu jaga anak hanya seorang....mampu bawa diri ke mana sahaja di bawah lindungan-Nya Insya-Allah....mampu berdikari, takdir Allah jadikan hidup IQ begini....mungkin perlu utamakan keluarga juga...berbanding diri sendiri, even dari dulu bukanlah jenis pentingkan diri tapi kemampuan diri mungkin menyebabkan semua bergantung harap pada IQ...itu telahan IQ...bukan betul2... 

Hidup IQ begini, bukanlah IQ menginginkannya. Bukan seperti yang IQ rancang sama sekali. Tapi bukanlah IQ menolak apa yang dah berlaku. IQ masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa di saat semua orang turut sama bergembira tapi bukanlah tangisan malam hari tiap kali ingin beradu dikongsi sekali...

Monolog hati. Sampai ke sudah tak kan pernah habis.....