Salam semua.

Lately IQ perasan boss IQ macam mood dah ok sket. Masa IQ baru-baru masuk, boss IQ mood ok. Tapi ada satu time, ada perselisihan faham sikit sampai boss IQ tak bertegur sapa dengan IQ selama sebulan! Untuk pengetahuan semua, boss IQ ni orang korea. 50% staff dalam pejabat IQ ni orang korea. So, sapa boleh bayangkan orang korea macam mana? yer! betul tu! eh ape dia yang betul?

Kawan satu pejabat IQ ni pernah cakap, orang korea ni sangat mementingkan sikap hormat menghormati antara mereka, maknanya kena betul2 hormat kepada mereka yang lebih berusia, kalau cakap lebih kurang memang tak boleh. Bagi mereka, kita ni dikira kurang diajar atau kurang sopan.

Boss IQ dingin dengan IQ sebab ada satu masa IQ buat lawak tak berapa nak lawak, so...lepas tu dia layan tak layan IQ sebab dikatakan IQ tidak hormat padanya. IQ anggap macam tu, sebab sebulan juga dia tak cakap direct dengan IQ, mesti melalui orang kanannya. 

Sampai lah satu masa, boss IQ dah makin ok dengan IQ. Yang penting kena tunjuk prestasi bagus depan boss. Bukan membodek, at least tak ada perangai tu nampak teruk sangat sampai kerja pun teruk. Kan lately IQ datang lewat ke pejabat kan? Boss IQ tanya kot kenapa datang lambat, padahal IQ dah bagitahu orang kanannya yang IQ ada urusan emergency. huhu.. dan guess what? pagi tadi boleh plak boss IQ cakap, " You are early today, why?" haha! IQ baru nampak lewat dua tiga hari, terus dicopnya IQ suka datang lambat...sedih aii..padahal IQ tak der datang lewat melainkan ada hal...huhu..

Tapi bila dia tegur IQ pasal datang awal tu semua, nampak la boss IQ makin ok dah, kalau tak, pandang pun tak mahu..huhu~ Tengahari tadi pun dia rentap kerusi IQ, suruh pergi lunch...tapi IQ puasa ganti hari ni...so, tak lunch laa....tapi mengejutkan betul bila kena rentap kerusi macam tu, tak tahu nak respon apa, kang respon bebukan, lain plak jadinya...takut pisang berbuah dua kali...

tu je la nak cerita. Lain boss lain perangainya. Ni boss IQ yang ketiga dah. Boss mana paling best? boss masa kerja first kot, sebab sempoi habis, even masa tu kerja gaji tak tinggi, boss baik akan buat kita ingat sampai bila-bila! Tambah plak, boss pertama IQ tu la tolong IQ masa IQ perlukan duit masa Arwah Suami terlantar sakit. huhu..terima kasih boss..

itu lah cerita boss IQ...boss korang ok?

Ni boss dekat rumah, bab sepah serah pada dia, gambar semalam, otw pergi kenduri.