Advertisement

Responsive Advertisement

Cerita Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam..

Selepas kesibukan melanda IQ selama sebulan, akhirnya minggu lepas menjadi minggu last IQ melepak dekat ofis klien di Wangsa Maju. Berjela la claim untuk ofis IQ langsaikan untuk IQ. hihi...First week Ramadhan menjadi last week berkampung di sana. Kalau lepas ni dapat projek tu, melepak di site la IQ lepas ni..

Macam mana Ramadhan korang? IQ Alhamdulillah..baru nak bertatih sebenarnya sebab hari tu cuti. hehe...standard la perempuan dengan puasa, mesti ada skip..kecuali mengandung dan monopos..eh...betul ke eja monopos tu? ikut ler betul ke idak..heee..

Tahun lepas IQ mengandung, so...IQ hanya tinggal SATU hari sahaja tak puasa, itu pun sebab appointment klinik kena minum air gula..yakssss...tak sedap kalau diingatkan balik...lebih baik puasa daripada minum air gula tu...korang kalau dah mengandung nanti tau la macam mana rasa air gula tu...'sedap' sesangat...auwww..

Even IQ tak puasa beberapa hari lepas, IQ tetap berpuasa dari makan, cuma boleh la nak makan sikit sebelum ke pejabat...selepas tu, langsung tak makan sampai la berbuka...sebab IQ dekat pejabat klien, macam mana nak makan kalau tak ada geng..haha!! Tak der la...hormat kawan kawan yang puasa. tau! Tu sebab bila IQ da start puasa ni, IQ tak rasa sangat lapar sebab dah biasa tak makan...heee..

Semalam IQ pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Melawati lepas sampai dari Pahang. Husband IQ ajak ke sana sebab dia kata bazar sana best. Dulu masa bujang, dia pernah pergi sana sebab rumah sewa dia dekat dengan Taman Melawati tu. Sampai sana, terserempak pulak dengan senior kelab dulu. Lama tak jumpa. cakap sepatah dua, terus berlalu, masuk je bazar...perghhhhh..memang terbaik la makanan dekat bazaar tu....semua sedap sedap!! Ada gerai yang customer dah beratur panjang. Kalau beratur panjang tu, confirm la menjadi pilihan customer kan? Paling menarik minat, AYAM TEMPAYAN....yang tu nampak sedap tapi IQ tak beli la sebab malas nak makan ayam...nak cari lauk lain..

Lepas tawaf satu bazar, baru decide nak beli apa. Kitaorang just beli lauk Ikan Bawal Masam Manis, Ayam Percik seketul, Taufu Fa, Cempedak Goreng, Karipap Gergasi, Air dua jenis; Lemon Mint dan Epal Asam Boi. Kecur air liur. tengah tulis pun dah perghh, rasa nak pergi bazar tu lagi. hehe..

Apa apa pun, harap harap Bazar Ramadhan ni jangan lah dicemari oleh sindiket peminta sedekah ni. Dekat bazar area rumah IQ tu, ada peminta sedekah bawak baby dalam pantang lagi tau! Nampak peronda highway plus yang dressing macam polis pun dah menyorok dekat gerai bazar. Takut kena tangkap. Tau pun takut. IQ kesian tengok baby jer..tidur tak sedar langsung sebab kena bagi makan ubat tidur agaknye.... Dengan asap motor, asap bakar ayam semua...hurmm..apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni..

Moga kita mengambil iktibar di bulan Ramadhan ni. 

Sekian. Bai
Yang ni orang yang paling penat puasa, lepas sahur terus tumbang.

Post a Comment

2 Comments

  1. nadia dah 5 tahun rasanya tak pergi bazar ramadhan. tak suka sebab ramai org dan panas haha. nadia kalau x puasa mmg kena makan, kalau x gigil huhu. amboi penat sangat rupanya tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, dah 5 tahun tak pergi bazar? kental ni! pelik kan? kalau tak puasa, badan tak tahan, kena makan, tapi bila puasa ok plak..mindset tu..hehehe..

      penat sgt auntie nad...ibu suruh puasa yangyok pn penat..haha!

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)