Tuesday, June 28, 2016

Planning Raya

June 28, 2016 2
Planning Raya
Salam semua.

Huarghhh..hari ni dah terasa sikit feel nak raya sebaaaabbbbbb tadi ada officemate bagitahu hari ni dah gaji!!! Awal dua hari kau...pecah rekod gaji masuk awal, selalunya lambat je manjang..hehe...duit raya pun dapat hujung bulan....amount tak tahu...tapi redho awal la, sebab bukan bonus kan...eh..sejak bila company IQ dapat bonus? heee~

Selain menjadi planner untuk kerjaya kita, kita haruslah jadi best planner untuk kehidupan seharian kita. Dan of course la kita kena tahu yang sehebat hebat perancangan pun, perancangan Allah S.W.T. yang paling terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ecewah, tazkirah pulak dah..

Ok, baju raya? Dah setel....kot? haha! Belum lagi, baju kasual husband still tak cukup, baru beli sehelai! Bayangkan IQ dan anak dah setel baju semua, husband ada sehelai baju ajer...kesian husband-ku...nanti kita shopping ek? Kena cari time sikit tapi apa ada hal, pejabat husband sebelah SOGO je pun, nak shopping time break pun tak ada hal...heee...

Kuih Raya? ermmm...yang ni sah sah main tunjuk jer, nak buat memang tak ada time. Konon feeling nak buat kek, tapi bajet kelaut...nak kena utamakan bajet balik kampung dulu. Kuih raya just beli siap dua tiga jenis daripada yang terpilih....ok la daripada tak ada langsung....bukan ada sape pun nak datang rumah...budak budak area rumah jalan nak datang beraya pun mesti raya pertama, tak pun sampai raya ketujuh...seminggu...kitaorang berjalan je raya ni..balik kampung...open house tak ada...sorry yer adik adik..hehe..

Duit Raya? Yang ni paling lejen..kenapa? IQ recycle balik duit raya tahun lepas! haha! duit raya tahun lepas recycle daripada duit raya tahun sebelum tu..haha! BAPAK KEDEKUT KAU IQ~ eh...bukan kedekut, duit tu tak habis diberi kepada budak budak kecil yang bersekolah sahaja..hehe..yang dah masuk U, boleh tebalkan muka kalau nak duit raya...hehe...duit raya tahun lepas DITAMBAH amount nya untuk tahun ni, bukan semata mata duit tahun lepas...duit raya tahun ni kalau tak habis, boleh bawa ke tahun depan pulak...hehe..begitulah seterusnya..

Balik Kampung? Oleh kerana tahun lepas dah beraya dengan Arwah Ummi, maka tahun ni balik kampung belah husband IQ dulu. Sobs. Allah tu sebaik baik perancang. Dilembutkan hati mak mertua untuk benarkan IQ beraya kampung belah IQ dahulu tahun lepas macam dah tahu IQ akan beraya untuk kali terakhir dengan Arwah Ummi. Alhamdulillah...tahun lepas dapat bawak Arwah shopping baju raya nya...bawak balik kampung di Terengganu...Alhamdulillah..tak terkilan untuk raya kali ni...

Dan IQ akan beraya ke Melaka - Perak - Pahang - KL. Tahun lepas berjalan sakan, tahun ni pun sama. Nak buat macam mana dah kampungnya jauh jauh...berjalan ajer ler kiternyeeee...melawat sanak saudara yang lama tak berkunjung tiba. Terengganu tak ada dalam list tapi ada dalam hati....acewah....kemain ayat pickup line IQ kali ni....Terengganu mungkin balik raya haji nanti Insya-Allah...

ok la...itu lah planning raya IQ, korang pulak macam mana? Jom kongsi sama sama!

ok. Bai!

Friday, June 24, 2016

Rezeki Bulan Ramadhan

June 24, 2016 2
Rezeki Bulan Ramadhan
Salam semua.

Salam 20 Ramadhan. Dah masuk 10 malam terakhir sudah kita di bulan Ramadhan ni. Harapan amalan kita diterima-Nya. Amiin Amiin...

Alhamdulillah...bulan Ramadhan ni memang penuh dengan rezeki oleh-Nya. Dari minggu lepas sampai la minggu ni IQ dapat dua interview kerja. Dan memang rezeki dua dua dapat. Satu sebagai Civil Engineer dan satu lagi sebagai Project Planner. Alhamdulillah. Plan memang akan pergi salah satu daripadanya. Dah decide dan dah hantar surat berhenti kerja sudah. Memang orang kata rezeki bulan Ramadhan tu tak pernah putus. Alhamdulillah Alhamdulillah syukur.

Kerja baru nanti dekat Subang Jaya. Jauh sikit berbanding pejabat sekarang di Kelana Jaya. Tapi even dekat Kelana Jaya still kena travel sana sini pergi site klien. Kejap ke Shah Alam, kejap ke Kuala Lumpur, kejap pergi Putrajaya. Letih sangat. Dan rezeki setelah berbulan mencari kerja, bulan Ramadhan jugak pemberi rezeki baru buat IQ dan keluarga.

Harap proses berhenti kerja itu mudah. Tak ada isu berbangkit. Kadang kita kena faham kenapa ada pekerja tukar kerja...adakah tak serasi? atau pun sebab gajinya sedikit...

IQ sayang kerja IQ yang sekarang ni tapi nak buat macam mana, komitmen kena diutamakan. Keperluan seharian makin hari makin bertambah. Mana tahu nanti Qa'id ada adik, nak kena usaha lebih lagi kan untuk cari rezeki.

Moga kerja baru nanti memberi lembaran baru buat IQ...heeee...

Ok. Till then.

Bai!

Monday, June 20, 2016

Buffet Ketika Berbuka Puasa? Big NO!

June 20, 2016 2
Buffet Ketika Berbuka Puasa? Big NO!
Salam semua.

Last few days...IQ konon nak try buffet kat satu restoren yang menawarkan pakej buffet lepas IQ tergoogle cari tempat makanan yang best area Kota Damansara ni.

IQ jumpa la dua tiga tempat best tapi dah aim satu tempat ni sebab IQ suka interior dia cantik and menu dia pun macam best.

So, try pujuk husband berbuka puasa dekat situ. Diaorang ada buat pakej buffet yang IQ sebenarnya fikir boleh dapat murah incase early bird kan? Tu promosi diaorang tapi rupanya kalau awal dalam lingkungan 500 orang early bird tanpa voucher iaitu walk in pun tetap harga yang mahal.

Well, IQ rasa buffet ni kalau makan sesama kawan, ahli family yang dah besar besar boleh la kot. Sebab bila IQ bawak Qaid ni, alahai...mengamuk nak main dan jugak nak tidur. IQ pun tak dapat nak makan banyak banyak. Makanan pun tak banyak yang menarik minat IQ untuk makan lepas solat.
Husband IQ pun lepas makan nasi dengan kari kambing terus rasa kenyang. Memang pelik. Tak pernah pulak husband ni cepat kenyang sebab dia pun hantu makan. Hee..

Dia cakap menu dekat situ macam kureng sikit. Tapi dah bedal kari kambing kan bang?
Akhirnya kitaorang makan sikit jer even bayar untuk dua orang pun lagi 2-3ringgit nak seratus ringgit. Macam tak berbaloi. As conclusion, memang tak sesuai buffet waktu berbuka puasa sebab sebenarnya kita ni dahaga je lebih. Makan tu main suap sikit sikit je kan.

So, nak makan luar lepas ni kena makan ala carte. Senang. Boleh pilih menu ikut menu yang kita nak kan? Plus ada anak ni kena alert apa yang dia boleh makan jugak.

Yes I know, memang nak kena survey makanan apa yang dihidangkan dulu tapi restoren tu tak mention plak makanan apa yang dihidangkan. Tapi kita yang tengah kerja ni fikir nak makan jer so bedal la menu apa yang diaorang sediakan. Kan?

Buffet is not the right choice untuk berbuka puasa unless korang berbuka puasa dengan company ke kan...yang tu tak heran dah...makan sampai lebam...plus yang tak ada anak kecil...tahun lepas dan dua tahun sebelum ni IQ ada join berbuka puasa dengan kawan kawan husband ok jer...sebab tak der Qaid lagi masa tu kan...heee..tahun ni baru rasa.

Thats all. Heee..bai!

Friday, June 17, 2016

Hampir Terkena Dengan Yun Nam Hair Care

June 17, 2016 7

Salam semua..

Hari ni IQ nak cerita pasal pengalaman sebenar IQ. IQ ingatkan kisah IQ ni hanya picisan, mungkin tak ramai senasib dengan IQ, tapi bila IQ google pasal Yun Nam ni, berjela keluar cerita pasal Yun Nam, IQ pun mengeluh, 'Kenapa aku tak gugel dulu sebelum pergi? Huaaaaaa'

Hari apa ntah minggu lepas, IQ tengok Malaysia Hari ini, ada la segmen Yun Nam Hair Care, dia ada buat contest jawab soalan yang budak tadika pun boleh jawab. Betul atau salah. Jawab pakai sms. Gatal pulak tangan IQ taip masa tu ditambah husband IQ pun iya iyakan ajer. Lepas dah send mesej, baru IQ tersedar, "alaa, nanti no.masuk sistem diaorang la ni" macam kena pukau betul, dah buat baru nak menyesal, perangai perempuan betul!

Lepas tu, menjelang tengahari, dapat mesej. Panggilan yang masuk voicemail. Try call balik. Rupanya Yun Nam. Katanya IQ menang jawab soalan dan dapat satu sesi rawatan percuma plus set rawatan hair care. Dia tanya tarikh untuk temujanji. IQ set Jumaat petang. tapi terfikir nak buka puasa..dia cakap siap dalam masa dua jam, so..sempat la nak berbuka..lewat 10minit ke 20 minit je katanya..

Jumaat menjelang. Kepala tengah migrain. So, tak jadi pergi. Plan nak cancelkan aje. Tapi rasa sayang jer. Nampak kesungguhan Yun Nam ni bila sehari sebelum, setengah hari sebelum, 3jam sebelum, sejam sebelum temujanji semua dia akan call untuk remindkan...thats why terjadinya bila IQ mintak dia postpone temujanji...masa tu IQ dah terbaring dekat rumah...plan nak cancel tak jadi...tukar isnin petang...

Isnin pun menjelang tiba. Habis kerja, pick up Qa'id, then tunggu husband balik. IQ pergi Yun Nam dekat The Curve. Parking dekat IKEA sebab parking The Curve mahal, sekali masuk mahu RM10 untuk dua jam!!. Bersungguh nak pergi tebus hadiah kononnya...biarpun husband dah remind, 'jaga jaga kalau diaorang promote ape-ape'

Masuk Yun Nam, terus rasa macam makhluk asing, yes, IQ memang tak berseri masa tu, mekap tak pakai, memang pucat habis, baru balik kerja kan? ...someone like perempuan kampung masuk bandar? hehe. Staff Yun Nam semua tengok IQ semacam jer...kurang asam jugak...diaorang boleh tanya IQ, ada apa? Tak kan la nak cakap nak tebus hadiah kot? IQ pun cakap ada appointment.

IQ sebenarnya risau jugak masa mula mula, kang diaorang bagi pakej mahal mahal kang..IQ double confirm dekat kaunter, yes, dia cakap ni untuk 1 free treatment + 1 free set hair care...ok..lega...husband dan Qa'id masa tu ikut IQ..bila IQ dah masuk dalam...diaorang keluar..

Dipendekkan cerita...masa consulatation, yes...sangat bagus...penerangan consultant pasal kelemumur IQ yang banyak lepas scan kepala IQ...IQ memang ada masalah kelemumur...so, first suggestion dia untuk buat rawatan kulit kepala...step by step dia terangkan....dan dia bagitahu harga untuk rawatan kulit kepala berharga RM400++...erkkk..cakap free...kenapa kena bayar? Rupanya, yang free hanyalah satu part daripada 5-6 part sesi rawatan tu! erkkkk...part yang free hanyalah part kedua SAHAJA! 


Set pameran dalam bilik consulatation (Untuk keseluruhan step)

IQ pun cakap, nevermind, try yang free tu dulu....then, dia bawak ke tempat cuci rambut, dia cuci rambut IQ, letak spray itu ini..and then cuci..masa cuci, dia kutip rambut IQ yang gugur untuk buat report....lepas cuci, dia letak rempah ratus atas kepala IQ untuk rawatan memberi vitamin pada rambut...then, sementara tunggu rempah ratus tu kering, report dah siap...pergi bilik consultation kejap..

Dia dah susun rambut IQ cantik cantik, baby hair dan jugak rambut biasa. Lepas tu, dia da sediakan pakej yang sesuai dengan IQ yang bernilai RM4000++!! erkkk....IQ datang untuk tuntut hadiah, then, dipromote dengan pakej ribu riban ni....dorang tak tahu ke IQ ni jenis berkira sangat tentang keluar masuk duit belanja rumah? haha!! Dah ler gaji da kering, elaun dengan claim pun tak masuk lagi masa tu...berangan la nak buat rawatan ribu riban ni..

IQ tolak pakej tu, dipromote plak pakej lain...RM1900++...boleh installment dua tahun plak dah...rasa macam nak ambik tapi bila difikirkan, baru je nak rasa bebas hutang, dah ada makhluk nak suruh buat hutang balik, memang K.O la...so, IQ tolak lagi...IQ cakap IQ tak ada bajet untuk pakej mahal mahal macam ni...then, promote lagi pakej RM500++...yang ni macam nak terpengaruh dah...tapi fikirkan lagi nak pakai duit untuk raya nanti...haihh...last last bagi alasan kena tanya suami...

Mujur suami IQ blah dari situ awal awal tadi...kalau tak, mahunya lagi senang kerja diaorang. IQ settle lepas tu, tapi terbeli shampoo RM68 exclude GST...sebab IQ memang perlukan shampoo sekarang, pek trial yang dia bagi tak cukup bagi IQ, sebab tak include shampoo pun...

Sampai dekat kaunter, nak bayar...manager dia cakap, kenapa beli shampoo je? Ambik pakej RM500++ dapat free shampoo jugak, plus 10 sesi rawatan lagi...IQ cakap tak per la, nak tanya husband dulu, and tahu tak dia cakap apa pulak lepas tu? Dia cakap, "you sendiri tak boleh buat keputusan ke nak kena tanya husband you dulu?" Masa tu IQ dah tersentap...last last cemane boleh terjawab, family planning..adushh..kau ingat nak rancang keluarga ke IQ ooiii..haha! Macam nak tergelak dengar jawapan sendiri. Then, dorang let go IQ pergi sebab fikir IQ pergi tanya husband IQ tapi sebenornya IQ pergi buat selama-lamanya daripada Yun Nam tu..heee

Staff dia yang uruskan IQ tu ok jer, manager dia jer lebih lebih. Yelah, tak dapat sale daripada IQ kan? Nasib la kau Yun Nam. Cuma Bagus Yun Nam ni sebab ada sediakan kudapan untuk IQ berbuka. Jamah kurma, milo dengan biskut kering satu. 

Itulah kisahnya pada hari isnin lepas. Pengajaran buat semua. Actually, apa yang IQ dapat daripada Yun Nam tu bukan lah hadiah, sebenarnya memang Yun Nam bagi sesi rawatan trial untuk semua orang. Contest dekat TV tu hanyalah gimik. Blerghh...marketing strategy sangat!

Sorry kalau baca cerita IQ ni panjang sangat, geram plus lega...biasa la..haha!

Ingin penyelesaian segera untuk keguguran rambut?
TOPPIK boleh membantu anda menyembunyikan penampilan rambut nipis dengan segera!




TOPPIK Hair Building Fibers
Serat keratin semulajadi ini amat menakjubkan dalam mewujudkan penampilan rambut lebat hanya dalam 30 saat! Dengan protein yang sama seperti rambut manusia, serat-serat tertarik pada rambut dengan serta-merta apabila digunakan, untuk memberikan rambut yang lebat dalam sekelip mata. Sesiapa sahaja boleh menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers, kerana ia sesuai dengan semua jenis rambut.



Bagaimanakah ia berfungsi?
TOPPIK Hair Building Fibers membantu menebalkan rambut. Serat-serat ini mempunyai pegangan kuat dengan teknologi Nano terkini. Tenaga elektrostatik dikenakan pada serat, menjadikannya sekuat magnet untuk tertarik pada setiap helai rambut. Serat akan tetap tertarik pada rambut sepanjang hari, serta mengekalkan rupa rambut yang lebat. Penampilan yang baharu ini kelihatan semula jadi kerana setiap serat berbeza rupa.
Teknologi TOPPIK boleh dilihat di sini, layarilah https://toppikmalaysia.com/technology/.



Kelebihan TOPPIK Hair Building Fibers
Kita semua hendakkan rambut yang sihat tanpa perlu kelihatan seperti kita sedang memakai rambut palsu. Oleh sebab itu, TOPPIK mempunyai manfaat ini untuk memberi anda rambut lebat semulajadi dan kelihatan berseri-seri tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya! TOPPIK Hair Building Fibers adalah organik dan diperbuat dengan bahan-bahan yang selamat sahaja, tanpa sebarang bahan kimia atau aditif yang akan merosakkan rambut atau kulit kepala anda sama sekali. Serat-serat tersebut juga tidak akan menyumbat folikel rambut atau mengeringkan kulit kepala anda. 

TOPPIK Hair Building Fibers adalah hypoallergenic, jadi ia dijamin bahawa serat-serat ini tidak akan menyebabkan reaksi alergi. Keserasian terjamin dengan produk rambut lain juga. Jadi, ianya selamat untuk menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers dengan rutin penjagaan rambut anda yang biasa. Bukan itu sahaja, serat-serat ini mempunyai ciri-ciri tahan air hujan, peluh dan angin, menjadikannya sesuai untuk aktiviti luar bila-bila saja tanpa kira cuaca. Selain itu, TOPPIK Hair Building Fibers mudah ditanggalkan dengan membasuh rambut menggunakan syampu.



Lihatlah hasil penggunaan TOPPIK Hair Building Fibers di http://toppikmalaysia.com/before-after/.



TOPPIK Hair Building Fibers mudah diperoleh di kedai-kedai seluruh negara: http://toppikmalaysia.com/about-us/get-toppik-from-our-agent/ ataupun melalui laman web https://toppikmalaysia.com/shop/. Cubalah TOPPIK hari ini!

Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia