UPDATE TERKINI 4 JULAI 2017

Sistem Pembaharuan Kad Hijau telah bertukar kepada sistem yang baharu. Sila ke Pautan ini untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih


Acewah, kemain border bunga bunga, padahal green card tamat tempoh..cit pooodah! haha~ Punya la boss IQ suruh masuk site, IQ pun punya la angguk-angguk...bersungguh nak cari Personal Protective Equipment (PPE)...nak masuk site la kononnya...tapi LUPA, Green Card dah tamat tempoh dan kalau tamat tempoh, usah berangan nak masuk site....menangis la kau tepi site, orang sekat kau daripada masuk IQ oii...huuuu..

Sebelum memalukan diri, baik renew cepat cepat. Tak cepat jugak laa kan sebab dah sebulan lewat ni..haishhh!! ape nak jadi ntahnyeee...

Pembaharuan Kad Hijau Melalui Sistem Online

Ini khas untuk sesiapa yang nak renew Kad Hijau korang sahaja, kalau nak buat Kad Hijau, korang kena pergi kelas dahulu....daftar online boleh tapi kena pergi kelas jugak...ada paham? bagus bagus...

Nak renew boleh pergi ke laman web CIDB (klik sini) ataupun terus ke sistem Personel Binaan (klik sini).

Langkah pertama - Klik Personel Binaan

Langkah kedua - Klik Pembaharuan Online, dsb
Langkah ketiga - Masukkan Nombor Kad pengenalan anda di dalam kotak dan tekan CARI
Paparan jika terus ke laman Personel Binaan. Sama seperti jika mengikut langkah di atas. 



Jika anda masuk memperbaharui Kad Hijau anda, boleh tekan Pembaharuan (No.1) Di situ boleh letak gambar baru, dan juga salinan IC seperti yang diminta oleh pihak CIDB. Kemaskini alamat, status diri ( macam IQ dah berkahwin, boleh tukar ke status Berkahwin), Nama dan Alamat waris semua...boleh dikemaskini dalam laman pembaharuan tu. Lagi satu yang penting, penambahan tred baru..depends kepada kita..kita mohon...dapat atau tak...belakang kira...ke macam mana?

Dah setel semua, tick box yang last sekali untuk terma dan syarat maklumat yang dilengkapkan. Jangan lupa untuk letak cawangan mana anda akan ambil kad hijau anda nanti. IQ prefer CIDB KL sebab IQ boleh suruh suami IQ ambik..heee~

Dan last but not least, boleh print (No.2) tu untuk simpanan kita, in case nak tuntut kad hijau nanti kan? boleh la tunjuk printed statement tu, senangkan kerja pegawai yang nak bagi kad dekat kita nanti. heee~ Oh yaa, nak renew kad hijau ni of course kena bayar kan? Setahu IQ, untuk pembaharuan ni, bayaran yang dikenakan RM60.00...ni dah kali kedua IQ renew...sebelum ni majikan lama IQ yang renewkan..kali ni renew sendiri, HR majikan sekarang sibuk sangat..heee

Ape lagi yang tertinggal ek? kalau ada pape pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah yer?

Ok, bai!