Advertisement

Responsive Advertisement

Jualan Barang Preloved

Salam semua!

Mood IQ semenjak dua menjak ni asyik nak menjual barang yang ada dalam rumah tu. Sebab IQ rasa banyak sangat barang yang IQ rasa IQ tak pakai pun. Dan buat rugi je simpan tapi tak pakai. Sampai suami IQ buat jelingan kejap. Katanya, jangan la sampai semua barang nak dijual...hihihi...maaf bang...tak der jual semua...heeee..

Penangan Car Boot Sale yang IQ dah join dua kali, boleh tahan jugak la...banyak dah barang yang IQ dah selamat jual. Tapi bila dekat Car Boot Sale ni jangan expect orang akan beli dengan harga yang kita jual. Kadang tawar menawar sampai jadi RM1.00 sahaja!! Kadang macam melampau pun ada...tapi kalau tak terjual, terbiar jugak kan? angkut ler, singgit pun singgit laa..huhu

Ada sesetengah barang IQ akan jual di Car Boot Sale tapi ada juga IQ jual di online. Macam Mudah.my, Shopee, dan juga Carousell. Tiga-tiga Apps tu berguna sangat. Boleh chat kalau nak tawar menawar dan jugak nak bertanya..bagus kan? Kecuali Mudah.my..yang tu kena WhatsApp ikut nombor yang diberi...cari IQ di Shopee dan Carousell yer! Id nya izyan5025. =)

Kat sini IQ nak try market jugak tiga barang yang agak susah nak jual ni. Sape2 yang berkenan, boleh komen kat bawah ataupun email IQ di izyan5025@gmail.com

Item pertama: Preloved BABYCOT DENGAN BEDDING tanpa tilam

Babycot ni brand IKEA. Siap bedding tanpa tilam. IQ tak pernah pakai babycot ni. Babycot ni pun beli secondhand dari kenalan suami IQ. Ada conteng conteng sikit dekat babycot ni. Harga ditawarkan RM150. IQ lebih prefer COD. Senang nak angkut dari pos. 


Item kedua: Preloved Kasut Kahwin/Wedding Shoes


Kasut ni IQ pakai sekali jer untuk Wedding IQ tahun 2014. Still ok. Ada calar sikit2 sebab material dia berkilat. Harga ditawarkan RM30 tanpa postage. Saiz 37.  Berminat boleh komen atau email IQ. =)

Item Ketiga: Susu Formula S26 SMA Gold Langkah 1


Susu ni anak IQ minum sekejap jer. Ayahnya tukar dari yang biasa kepada yang Gold konon nak bagi nutrisi lebih dekat anak. Beli dua kotak sekaligus. Nak habis sekotak pun susah sebab anak IQ cirit minum susu ni. S26 biasa dia ok plak. Bagus betul anak IQ ni. Dia tahu ibu dan ayah dia mampu beli susu takat mana jer. hihi..susu ni mahal dua kali ganda dari susu jenis biasa tu.

IQ jual susu ni RM50.00 sahaja dengan postage. Harga asal ikut kedai terdekat IQ tu RM83.00 tau...Kedai tu dah kira murah tapi susu ni tetap mahal. Mungkin susu ni tak sesuai dengan anak IQ tapi susu untuk bayi yang lain. 


Ok la, setakat itu sahaja. Kalau berminat sila email menggunakan email di atas yer. Terima kasih. =)

Bai!

Post a Comment

2 Comments

  1. kita pun rasa nak jual barang preloved jugak la..lepas tgk entry ni..

    ReplyDelete
  2. @Nabila Syifa:

    berbaloi jual daripada tak pakai kan? jom kumpul barang lama!

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)