Sunday, September 20, 2015

IQ Selamat Bersalin. Alhamdulillah.

September 20, 2015 5

Salam semua...

Hamek, seminggu tak berupdate. Banyak benda dah berlaku sepanjang minggu ni. Memang tak sedar, rasa sekejap je dah seminggu semua ni berlalu...

13 September 2015
Masa IQ last post entry blog, tu scheduled post. IQ post lebih awal dengan scheduled date. Padahal masa tu IQ dah ada kat Hospital Sungai Buloh, malam sebelum tu IQ sakit perut (tak tahu tu rupenya contraction). Esoknya ada keluar tanda darah. Terus bersiap ke hospital pagi tu. Cek2 dah 2cm...uihhh...risau...tapi mintak kebenaran doktor nak balik, sebab nak bersalin kat melaka. Then, balik melaka.....

14 September 2015
Malam sebelum tu pun ada sakit, tapi hold dulu..tak nak pergi hospital...pagi 14hb, masa mandi, makin banyak lendir darah keluar...terus pergi hospital jasin tapi hospital tu tak terima kalau kes anak pertama, kena pergi hospital besar melaka. Kena admit wad sebab jalan still 2cm...

15 September 2015
Contraction makin berkurang. Lendir darah pun makin kurang...mintak kebenaran doktor nak balik sebab tetiba contraction dah hilang. So, balik rumah kat jasin...huhu

16 September 2015
Lepas buang air besar pukul 6 pagi, contraction tiba tiba datang. Rekod contraction timer semua dah beza 5 minit sekali. Fuhhh...memang berdebar...tapi buat rilek dulu, tunggu lepas sarapan baru gerak ke hospital besar melaka. Admit wad bersalin. Baru 3cm. Pukul 4 lebih petang sakit makin kuat terus masuk labour room. Buka 4cm. Tempoh sakit nak bersalin sehingga melahirkan memang ambil masa lama biarpun air ketuban doktor tolong pecahkan. 10.45 malam baru lah lahir si kecil. Pukul 3 pagi baru admit wad. Huhu. Penuh..

17 September 2015
Segalanya normal. Baby dah berak dan kencing awal. IQ pun dah setel semua...tak ada demam...tapi still kena tunggu sebab first baby kena tunggu 24jam. Alahai. Tunggu je la.

18 September 2015.
Pagi yang mengharapkan keputusan balik dengan cepat, tapi doktor dah nampak baby start menguning. Ambik darah pukul 11pagi, malam baru dapat result. Yang ni IQ paling tak puas hati. Result dah cntik. Tapi dapat lambat. Rasa geraaammmm jer. Dah tak dapat discharge lagi.

19 September 2015.
Kuning si anak makin teruk. Kena repeat ambik darah lagi. Tapi tak ambik ambik. Last last keputusan bagi balik TAPI bila dah bayar bil semua, nurse cek baby, tadaaaa...baby macam kena sapu kunyit...kuning habis, da sampai kaki. Hurmm...IQ pun tak sangka la makin teruk jadinya...padahal pada awal doktor bagi balik kan...baby admit nurseri, dan IQ balik rumah....

Dan sekarang IQ berada di nurseri. Untung nurseri ni ibu boleh masuk untuk bagi susu kat baby. Senang sikit hati. Huhu. Doakan baby IQ dapat keluar wad awal...yer...terima kasih.

Bai.

Sunday, September 13, 2015

Musim Baby Lahir!

September 13, 2015 6
Salam semua...

Hamboi IQ, bukan ke ko banyak kerja nak diselesaikan? kemain rajin update blog yer...*yelah, sepanjang minggu busy dengan kerja jugak, bila masanya nak update blog...hujung minggu la jawabnya kan? heeee~~

IQ eksaited sangat! sebab bila scroll kat facebook tu, ramai kawan-kawan IQ dah selamat melahirkan baby baby diaorang! Bermula dengan Cidot masa 27 Ogos hari tu...lepas tu Mimie 9 September...lepas tu Irfan 11 September...Ya Allah...seronok bila tengok semua kongsikan kegembiraan diaorang mendapat cahaya mata pertama masing masing....

IQ pun tumpang gembira dan IQ sendiri plak berdebar....hari yang dinanti semakin dekat....IQ dijangka due 23 September nanti...sehari sebelum Aidiladha....tak tahu la kalau baby nak lahir awal atau lewat....si ayahnya da bisik awal-awal kat baby...keluar ikut due date...sebab ayahnya banyak perkara perlu diselesaikan....kemain ayahnya pesan....kalau budak tu nak keluar awal, awal juga nantinya...hihi~

IQ pun masih bekerja. IQ mungkin start cuti 19hb September....seminggu sebelum due...tak der la seminggu betul, dalam 4 hari sebelum. Pergi kerja pun dah sendiri sendiri sebab IQ dah tukar ke pejabat HQ kan? Suami plak kat KL...suami pun risau jugak tapi tak perlah...selagi termampu....Insya-Allah tak der apa apa...mujur jugak minggu depan ada cuti sehari....heee...kurang sikit hari bekerja...

Cuti bersalin mungkin dua bulan setengah, dua bulan berbayar dan setengah bulan plak unpaid leave...masuk balik bulan 12...boleh tak camtu? IQ baru pertama kali nak apply cuti bersalin ni...korang ada pengalaman tak berapa lama nak apply cuti bersalin? nak tahu jugak ni...

OK la, till then.
Bai!


lepas bersalin mesti rindu nak perut muncit macam ni..
buat kenangan sebelum bersalin....=)

Saturday, September 12, 2015

Jodoh Yang Kita Tak Akan Tahu

September 12, 2015 3
Salam semua, salam hujung minggu...

Pagi yang menyuramkan kita, berita dari tanah suci yang mewarnai media sosial kian tersebar. Al-Fatihah kepada sekalian manusia yang terlibat. Moga dipermudahkan urusan mereka di sana. IQ sendiri tak dibenarkan lihat gambar-gambar kejadian di Facebook, suami dah tegur...jangan tengok...nanti ngeri sorang-sorang....IQ pun stop tengok biarpun timeline Facebook da berjela dengan gambar kejadian...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian....

**moment of silent**

Dah dua minggu IQ berada di pejabat HQ di Kelana Jaya, dan kat sini ada student praktikal jugak..student praktikal ni pun dah nak habis praktikal minggu depan...dari bulan Jun rupanya dia dah praktikal kat sini....

Dan semestinya, makan tengahari mestilah sama-sama. Tak sweet la kalau tak makan lunch sekali. Hee....Dan ada satu hari tu, IQ makan berdua je dengan student praktikal yang diberi gelaran K. Planner lain dah pergi site sana sinun. IQ tak akan pergi site punya. Mak buyung duduk opis jer menanti hari cuti minggu depan... heee..

Si K ni bertanya....

K: Macam mana akak boleh kenal dengan suami akak?

IQ macam tergamam, apa nak dikata.....jodoh mungkin....*fikiran paling senang dan ringkas kalau nak diucapkan....

IQ pun mula berkata....

IQ: Akak kenal dengan suami kenal dari Facebook jer. Dia yang ushar akak. Dah lama jugak la...since akak kapel dengan orang lain lagi *ok, kantoi di situ...tapi suami akak ni jenis tak putus asa...dia wish befday tapi akak tak layan, yela...kapel dengan orang lain....mana kita nak layan orang lain kan? Dan sampai sekarang jugak la dia ingatkan akak pasal wish befday tak layan tu...haha!

K: yeke kak? waaa..kenal dari Facebook je....tapi macam mana akak tahu he's the one?

IQ: Jodoh ni kita tak akan tahu siapa biarpun sebenarnya dia berada di kalangan kita-kita jer. Akak dah friend dengan suami akak dekat Facebook dah lama tapi hujung tahun 2012 baru bertegur sapa....dan kita akan rasa senang dengan dia...senang bukan bererti kaya dan banyak duit....tapi senang maknanya senang hati dan gembira bila dengan dia....perasaan yang luar biasa la senang cerita...akak tak fikir harta boleh bawa kebahagiaan, cukup dia pandai uruskan kewangan...pandai jaga diri dan keluarga dan juga terima keluarga akak sepenuhnya....tu dah cukup bagi akak....

K: waahh...untung akak kan? kenal pun senang jer. Tapi betul la tu...kadang kita tak perasan jodoh kita sebenarnya kawan kita jer, yang dengar masalah kita dengan ex kita...macam saya lah, punya dulu saya cerita, ngadu macam macam kat dia, last last saya dah kapel dengan dia....

IQ: owh....dah ada buah hati la ni? kemain hari tu cakap tak der. pandai ngelat ni!

K: Bukan apa kak, malu la kalau orang tahu. Pakwe saya bukannya hensem pun.

IQ: Hensem ke tak, tak jamin apa-apa...yang penting bertolak ansur....

K: *menyengih....


IQ bukan nak cerita sangat kisah IQ kat sini. Meski ramai bertanya sebelum ni, IQ still just jawab dan tak post kat mana-mana media sosial...yelah, kisah kita....kenapa perlu dicerita....tapi kali ni IQ cerita untuk menegaskan bahawa *ecececeh~ .....yang Jodoh tu ada untuk kita....cepat atau lambat sahaja....memang kadang kita tak akan pernah tahu sebenarnya jodoh kita adalah sahabat kita dari kecil, kawan gila-gila kita, mahupun orang luar yang baru 2-3 hari kenal di media sosial.....

tapi nasihat IQ, untuk media sosial ni, haruslah berkenalan sehabis-habisnya....IQ dulu pun, first time jumpa pun kat rumah IQ....jumpa pertama kali dah kena jumpa dengan family IQ terus....sebab IQ dah jadi takut nak kenal lelaki, apatah lagi lelaki yang tak pernah kenal asal usul dia...just kenal daripada Facebook...masa tu pun still berkawan....dalam 3-4 bulan berkawan baru declare dan terus plan untuk peringkat seterusnya...

Jodoh ni perlu usaha sikit...tapi tak perlulah war-warkan kat Facebook, share artikel pasal jodoh bagai...macam desperate sangat tu...dun do that.....dun dun....heee~


Ok, rindu time ni.
Bai!


Thursday, September 3, 2015

Memilih Nama Untuk Bakal Anak

September 03, 2015 16
Salam semua.

Dua hari lepas, IQ da start transfer balik ke pejabat IQ di Kelana Jaya. So, dapat la jumpa planner planner yang pernah/tak pernah jumpa. Yela, masing masing ada site masing masing, mana nak jumpa kan? Ada juga yang baru 3 minggu berkhidmat, dan ada juga praktikal..

Dan sememangnya kalau balik HQ ni, berjumpalah IQ dengan boss IQ. Punya la berzaman tak jumpa, last jumpa bulan 3 yang lepas. Haha. Lama benau. Selama tu jugak IQ tak datang HQ pun. Tak ada urusan. Sebab selalu pergi pejabat site jer.

Boss pun tanya itu ini.....yang paling best,

Boss: Ni dah tau ke baby boy ke girl? Jap saya scan....ni mesti baby girl...betul tak?

IQ: haaaa...boss salah...haha...*acah acah boss...hihi

Boss: so, kira boy la ni....dah bagi nama ker? Anak first mesti excited kan? Kalau anak kedua tu time on the way nak pergi daftar nama baru nak fikir...

IQ: entah la boss, tak fikir lagi. Heeee...

*********end of conversation**********

IQ bukan tak fikir nama baby lagi, cuma entah....nama baby sekarang macam macam nama yang ada. Semua cantik cantik dan hensem hensem namanya. Naik rambang nak pilih.

Semalam kebetulan balik daripada checkup, tengok buku nama-nama islam ada atas meja. Buku tu hadiah perkahwinan kitaorang. *So, tak perlu nak beli lain kan? Bila nampak buku tu atas meja, terfikir suami pun tengah memilih nama untuk baby juga. IQ pun ada prepare beberapa nama masa kat pejabat pagi semalam. Gabung sana sini, tengok maksud semua...ada la hampir 10 nama yang berkenan di hati. 

Lepas tu nak buat poll, tanya kat group family mertua. Kemain adik adik ipar pilih nama. Dan semua pilih nama yang tak sama. Haishh...undi tak kena plak...dan pagi tadi mak mertua call. Mak mertua pilih satu nama daripada list nama baby tu. Boleh tahan juga pilihan mak mertua ku ini. Hihi. 

Apa namanya? Tunggu baby lahir. Heeeee

Si bakal ayah masa kecil, anak kalau ikut muka ayahnya memang cair la ibu~ 
melting tengok anak sendiri senyum~ XD

*******************

Ayat epic daripada boss dua hari lepas,

Boss: Apa lagi, cuti laaa....

IQ: erkkkk.....



bai!

Tuesday, September 1, 2015

Alhamdulillah Terpilih Sebagai Pemenang

September 01, 2015 6
Salam semua.

Dah beberapa hari IQ tak online. Sibuk balik kampung. Family mertua berpindah rumah. Tak jauh pun, taman yang sama cuma rezeki dah dapat pindah rumah sendiri, tak menyewa lagi. Alhamdulillah..

Dan dalam tempoh tiga hari jugak la IQ tak buka blog. Tak blogwalking blog kawan-kawan. Mungkin akan start blogwalking esok pagi memandang hari sudah petang. IQ pun sibuk dengan kenalan baru di pejabat asal IQ ni. Bila jumpa orang baru, mula la berceloteh panjang...huihuihui~

IQ teringat IQ ada masuk satu contest giveaway. Ada IQ post di sini. Dan Alhamdulillah....IQ terpilih sebagai salah seorang pemenangnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... penganjur sangat bermurah hati sebab menambah jumlah pemenang ketika ingin mengumumkan pemenang. Heee~ Seronok!..


Tadaaaa! Ni la hadiahnya! Painting Potret by Azhafizah!


santek kan? macam gambar real jer! 

Terima kasih Azhafizah!

Bai~ =)