Friday, August 28, 2015

Perbuatan Khianat Orang

August 28, 2015 8
Salam semua.

Semalam kemain sibuk. Meeting, siapkan report. Sebab hari ni hari terakhir berkhidmat kat pejabat klien ni. Lepas ni balik HQ. So, kena hadap projek lain pulak lepas ni.

Semalam, tengah makan tengahari dengan ofismate tu, dapat call daripada suami. Berderau darah. Katanya wayar starter motor kena potong. IQ ingatkan air ke kena potong kan...bila dengar betul betul, memang wayar motor kena potong.

Sakit sangat hati bila dengar. Ni sape la punya kerja. Suami pakai motor FZ150i. Dua buah motor jenis yang sama kena potong wayar starter. Perbuatan khianat sesape ntah kat kawasan flat tu.

Kawasan flat memang tak selamat, tambahan plak kawasan yang tak ada guard. Selagi ada tempat berteduh, di situ la kami suami isteri. Tapi punya la tak bertamadun betul orang buat kerja ni.

Tak pasal wayar yang tak bersalah tu kena potong. Punya la sifat dengki tu kuasai diri.

 Potong wayar tanpa sebab, menyebabkan motor tak boleh nak start tu yang buat suami bengang sangat. Nak tukar wayar tu kena buka enjin satu satu. Satu kerja pulak....

Hati IQ pun panas, motor tu pun baru jer beli hujung bulan 2 hari tu. Punya la jaga baik baik. Calar sikit pun da geram. Tapi ini......haishhh.....tak der cari pasal pun orang cari pasal dengan kita...

Ni la budak sekarang, kalau tak menguntungkan orang, jangan laa menyusahkan orang. Kenapa budak? Sebab memang selalu ada budak lepak kat parking motor tengah tengah malam bawah flat IQ tu. Bukan nak tuduh tapi semalam suami cerita, bila ditanya dia buat ke, kemain budak tu naik angin.
 Kalau tak buat, tak perlu la nak melenting kan....suami pun cakap, budak tu dah rosak....dengan orang tua pun nak melawan...hurmmm...

Kecewa sangat semalam, apatah lagi suami. Tapi terpaksa la bersabar. Mungkin dugaan ni untuk hikmah masa depan. Mana kita tahu kan? Cuma nak kena beware jugak, kang ada benda lain plak yang dirosaknya...nak kena cari rumah landed secepat mungkin la jawabnya ni...

Ada sesape ada rumah landed untuk disewa? kalau ada, boleh komen di bawah yer. IQ harap sangat~ huuuuu~

Ok la. Till then.

Bai!

***hari ni hari last day IQ di wan-em-di-bi-ar-ee =)

Tuesday, August 25, 2015

Painting Potret Giveaway by Azhafizah

August 25, 2015 6
Salam semua!!

Haih, IQ ni melambak kerja nak kena setel, tapi sempat lagi blogwalking semua..haha~ sambil sambil nak emel kerja...dan jugak nak handover kerja kan...moh ler layan blog kejap...

Dah lama tak join giveaway contest watsoever ni sejak berkurun dulu, zaman contest contest dan giveaway selalu join time belajor ni...ni dah kahwin baru nak join balik...mana tahu rezeki kan? hehehe...

So, tadaaaa...
persembahkan...

Painting Potret Giveaway by Azhafizah!


Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger.

1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah 
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di bawah.

3 gambar yang menepati ciri² gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²

So, ni la gambar IQ...gambar masa raya puasa hari tu...pipi tembom..biase la raya...timbang masa checkup pun naik 5 kilo..huahuahua~~



Ok tak? Malunya tempek gambor selfie kat sini...huhu~ IQ pemalu sekarang XD

Semoga berjaya yang lain! 

Till then, bai!

Monday, August 24, 2015

Kasut Baru Lagi Untuk Encik Kereta

August 24, 2015 7
Salam semua,

Dugaan lagi. Baru je lepas tukar dua biji tayar sebelum raya yang lepas. Ada IQ update kat blog (klik di sini). Tup tup kena tukar lagi. Staff pusat servis tu memang da warning suruh tukar 4 biji tayar sekaligus tapi yela, nak raya, bajet memang ngam ngam jer. Sebiji tayar masa tu dah RM140 jenis Goodyear saiz 12. So, masa tu just dapat tukar dua dan kekalkan dua tayar yang best condition. 

Dan semalam, akhirnya tamat riwayat salah satu tayar yang konon best condition tu. Tayar tu dah start menggelembung sebelum ni dan akhirnya meletup! Mujurlah tak meletup masa kitaorang dalam perjalanan. Alhamdulillah Allah masih lindungi kitaorang suami isteri dan juga baby dalam perut ni. huuuu~~


Keadaan tayar selepas dibuka dan dipasang tayar spare buat sementara waktu. Besi memang terkeluar habis, permukaan memang nampak macam haus sebab tayar tu menggelembung dan bila kita bawa kereta, kita akan rasa kereta bergegar walaupun kelajuan hanya 90km/jam. 

Kenapa tayar menggelembung? Sebab tayar dah tamat tempoh penggunaannya. Kereta IQ ni produce dalam tahun 2013. So, tayar pun MUNGKIN ambik yang tahun sekitar tu. Jadi, tayar pun expired dan start gelembung sana sini.


Mujur ada kedai yang buka, tapi yelah, hari ahad kan? IQ pergi kedai tayar kat area Kota Damansara ni pun dalam pukul 10 pagi, kedai baru nak buka, diaorang baru nak sapu sapu lantai, kemas tools diaorang...komputer nak tengok stok tayar pun baru nak on....memang awal betul. 

IQ plan nak balik Karak kejap semalam, mestilah balik awal pagi sebab balik hari kan? tapi tertangguh kejap sebab tayar pecah ni...huhuhu~

Kedai tayar ni bagus. Setiap kerosakan yang baru akan dimaklumkan kalau kita nak tukar. Kalau tak nak pun tak per. Itu atas pilihan kita kan? IQ pilih untuk tukar beberapa item lagi sebab harganya boleh dikatakan OK jugak la...berbanding kalau kita tukar di pusat servis. Kali ni, IQ pilih jenis tayar Bridgestone sebab tu jer yang ada...Haha~~ Mungkin ada yang cakap, kedai luar murah sebab belum tentu barang ori ke tak...tapi itu semua kita boleh kenalpasti sendiri. Rajin rajin lah buat review pasal barang kereta...heee~

Ok la, kereta dah ok, senang kejap hati. Kejap je la, nanti nak kena servis plak kan....tak lama dah tu...haihhhh~ melayang lagi duit....seronok duit terbang....haha!

ok la, till then~

Bai!


Sunday, August 23, 2015

Movie Review Inside Out dan Apps Game

August 23, 2015 1
Salam hujung minggu semua!!

Huihuihui. Pepagi da ambik mood nak update blog. Biase la bila ada sesuatu yang baru kat blog, mesti rasa semangat nak update. Apa yang baru? Korang discover sendiri la. Heeee

Malam hari jumaat lepas, IQ decide nak tengok wayang memandangkan IQ dapat dua tiket free lepas IQ buat survey kat emel hari tu.


So, memandangkan IQ minat satu game ni, IQ pun nak tengok cerita dia. Tajuk ceritanya adlaah INSIDE OUT. Yes! Cerita kartun. Tapi seriusly banyak pengajaran. 

5 karakter dalam badan manusia. Joy, sadness, anger, disgust dan jugak fear. Kehidupan bermula 5 karakter di dalam badan si kecil Riley, membentuk peribadi dan bakat. Hari hari penuh dengan Joy dan kadangkala terselit juga 4 karakter yang lain. 

Sehingga la waktu family Riley terpaksa berpindah ke San Franscisso. Di sana segalanya berubah..dan karakter Riley juga berubah...kenapa berubah? Korang tengok la sendiri. Heeee

Bagi IQ cerita ni menarik. Sesuai ditonton seisi keluarga. Mengajar anak2 membentuk dan mengawal peribadi. Tu pendapat IQ ler. Dan jugak, tak semua gembira akan bermula daripada gembira. Gembira juga boleh datang daripada perasaan sedih. Kenapa macam tu? Tengok la cerita ni. Korang akan faham kenapa..heee

IQ nak tengok sangat cerita ni sebab IQ suka main game dia dari bulan 6 hari tu. Game tu terdapat dalam Google Apps tu. IQ plak bengap ingatkan sekadar game  rupanya ada cerita di sebalik game gituu...haha.


Kan? Dah sampai stage 111 dah. Tak lepas tu sebab susah sket. Game shoot bubbles. Tak susah mana. Kacang jer. Budak budak senang jer nak lepas. IQ jer beria kata payah nak lepas. Heee..

So, meh pakat pakat bawak anak anak pergi tengok cerita ni. Memang best!

ok la. Till then. Bai!

Friday, August 21, 2015

TCE Baby Expo di Shah Alam Convention Centre (SACC)

August 21, 2015 3


Tu dia kemain mak mak kan? Dah alert dah kalau ada expo baby, dulu alert bila ada sale kat butik, ada expo buku je...hahaha~ Yang ni memang dalam target IQ dah lama..IQ ingatkan sebelum IQ bersalin ni, tak der da expo baby diadakan dan IQ kemain down....yer la, ada satu expo baby tu dalam tempoh IQ berpantang nanti...dan...tuptup muncul expo baby ni...happy giler!!


Okeh, bila expo ni diadakan? Start hari ni sampai AHAD tau! Bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Tak jauh la dari rumah IQ. Celah sana sini InsyaAllah sampai...heee...pernah pergi SACC masa sebelum kahwin dan of course la pameran kahwin kan? hehehe~ Kemain...


Antara barang yang diberi diskaun kaw-kaw...memang rugi sapa yang tak ambil peluang ni. Terdapat banyak jenis famous untuk barangan baby dan ibu di expo ni...uishh...ok...tak sabar...tak sabar...


IQ ingat nak cari satu yang ni. Bagi keselesaan baby bila tidur dalam carseat...ke terlalu awal nak beli? Ke macam mana? Harga dia pun macam best....tapi hold dulu...kita survey dulu...huihuihui...


Pouch Sling ni pun macam best jer nak beli...ala ala kendong boleh freehand gitu. hihi....murah tuuuu..sepuloh hengget je mak mak oii~ ok...rambang mata sudah nak pilih yang mana satu..huihuihui~


Haaaaa....yang ni memang dalam target, hari tu masa shopping barang baby tak dapat nak beli sebab plan tak nak beli banyak KONONnyerr...tapi bila dah balik, dan dengar nasihat orang sekeliling, nampaknya boleh la beli lebih sikit sebab berat baby tak der la naik mendadak dalam tempoh dua bulan kan? So, boleh la beli esok...check list boleh tick dah lepas ni..


IQ memang nak cari minyak yang boleh hilangkan parut. Along IQ pakai bio oil ni, tapi kesan dia macam tak berapa nak cepat sangat...ingat nak beli Dermatix....ke korang ada suggestion lain? Parut bersepah kat peha dengan betis...haha~


Ok, yang ni plak macam best~ macam organiser gituuu...senang nak bawak ke mana mana. boleh la nak aim benda ni jugak....heeee.....


Ok, apa yang korang tunggu lagi? Jom ke TCE Baby Expo ni, mana tau ada yang berkenan di hati. Untuk info lanjut boleh search event TCE Baby Expo ni di Facebook. Banyak barangan lain yang boleh didapati di sana....jom! IQ pergi esok pagi. heeee~

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

***ini bukan iklan berbayar.

Wednesday, August 19, 2015

Background Blog Mak Mak Sangat!

August 19, 2015 5
Salam semua.

IQ dah kering idea nak update blog. Yelah, nak cerita pergi jalan jalan hujung minggu lepas memang tak ada la, sebab encik suami kerja hujung minggu lepas. Nak cerita apa la kan?

Tapi bila fikir punya fikir, IQ terus terasa nak tukar layout blog ni...rasa macam gloomy sangat, nak ambil mood menulis, kita tukar la layout blog ni...di samping ada benda la nak diceritakan...kan kan kan...heee..

Dari dulu IQ suka tukar layout blog ni. Kejap warna pink, kejap warna biru, kejap bunga kejap belang belang...memang suka betul tukar layout blog ni, tak susah mana pun, just cari kat google image, taip background tile blog, bersepah la keluar kat google tu...nak spesific kan lagi, taip la vintage background...haaa..kemain kau...


layout blog yang sebelum ni

so, fefeeling nak ada anak ni kan.....IQ pun tukar la layout yang macam cecomel ni...errr...macam je la....kalau orang tengok dari layout blog ni mesti korang cakap nanti dapat anak perempuan...haaa..kemain nak teka teki...malas la IQ nak gitau lelaki ke perempuan...tunggu keluar je baby tu nanti bulan sembilan nanti....heee....

IQ ada jugak try layout lain, tapi biasa la, pilih layout blog ni lebih kurang la macam beli baju kat jalan TAR tu haaa...kemain rambang mata kau nak pilih....jenuh mak nak pilih kaler yang sesuai, sampai mintak pandangan sekian sekian manusia yang IQ agak2 boleh bagi pendapat...huihuihui...

okeh la, sekian sahaja bebelan pada kali ni? cantik tak layout blog yang baru ni? nak letak yang vintage nanti macam tak kena. yelah, sebab nak jadi mak mak dah kan? haha!

ok la, till then. Bai!

Izyan Balqis. 2015

Monday, August 17, 2015

Melarat Habis

August 17, 2015 4
Pagi pagi dah serabut.

Serabut pikir macam macam perkara. Ditambah pulak kerja hari permulaan minggu ni dia punya feel erkhhh. Kalau spoil awal pagi boleh melarat sampai ke petang.

Kerja hari ni rasa nak ditangguh. Esok ada meeting. Kerja nak kena setel jugak. Tunggu details yang tak berkunjung tiba buatkan IQ lagi malas nak siapkan kerja.

Kalau lah perkara yang serabut boleh setel sekelip mata......pling!!! Hilang....lesap... alangkah bahagia...

Izyan Balqis. 2015.
apehal ntahnye letak gambar durian lak ni. durian ada kisah yang serabutkan kepala ker ? XD

Friday, August 14, 2015

Upgrade Windows 10

August 14, 2015 5
Salam semua.

Dari minggu lepas lagi, IQ dapat notification kat laptop kerja IQ ni untuk upgrade windows baru. IQ sebenarnya macam malas nak upgrade sebab pakai windows 8 pun macam pakai tak pakai kan...nama pun laptop kerja, bukan laptop peribadi. Tak der la beria nak pakai windows gempak gempak..bukan hak milik kekal...huhu

Tapi IQ tetap tekan 'OK' dan 'YES' bila ada popup kat dekstop laptop ni untuk approval upgrade windows 10 ni. Ambik masa seminggu jugak dia nak download package daripada internet. Almaklum la internet bukan selalu ok kan...kejap ada kejap tak der...macam chipmore kata kau.....

Dan lastly, package untuk windows 10 siap didownload. Bagi masa untuk dia restart dan install. Dalam dua jam jugak la. Habis makan tengahari dan solat baru setel install. Tunjuk kat encik suami, encik suami pun jeles...sebab dia pun suka kalau ada update baru pasal laptop dan pc ni..hehe...




Itu start dia....macam whoaaaa jugak la....cantek dan smart....teruja sangat...



yang ni dekstop dia, nak bagi terasa pakai windows baru ni, IQ pergi la download theme untuk windows ni. cari yang sejuk sejuk sket kalau pandang kan...yela, tetiba stress kerja nanti...tengok wallpaper cantik pun boleh sejuk kan?


windows 10 ni macam windows 7, cuma warna element semua macam windows 8. Tekan Start Menu keluar macam ni....haaa..macam windows 7 la kan? ok la...tak serabut nak kena satu lagi dekstop macam windows 8. 


IQ suka tengok calendar dia, tekan kat calendar keluar macam ni. Nombor saat pun bergerak ikut waktu. lagi besar lagi jelas nak tengok. best!.


Dulu IQ berpeluang tukar ke windows 8 masa zaman belajar lagi. Masa tu berapa kerat je yang pakai windows 8. Download windows 8 sebab dapat percuma daripada pihak ICT. Sistem bagi sorang satu student di UTM tu key guard dia. So, dapat windows 8 yang original. Sape tak nak kan? 

Sekarang dah kerja pun dapat peluang tukar windows 10 plak. Rezeki la kan? Alhamdulillah. Walaupun hanya digunakan untuk laptop kerja...huhu..Baru baca kat satu blog pun baru upgrade windows 10. Review dia? Berpuas hati! So, kalau ada notification upgrade windows tu, jangan la kemain jual mahal yer. rugi...heeee

Ok la, till then. 

Bai!

Izyan Balqis.2015.

Thursday, August 13, 2015

Sandwich Sedap daripada Garsa Kitchen

August 13, 2015 6
Salam semua.

IQ kemain taip sana sini tadi. Alih alih tak save draft. Cess..kemain panjang dah entrynya...kelaut jugak akhirnya. Ok, disebabkan ramai yang bertanya pasal sandwich di entry yang lepas (klik sini), IQ buat entry khas untuk korang yang tertanya-tanya. Heeee...


Garsa Kitchen ni IQ tahu daripada blog blog juga. Kebetulan pejabat IQ nak buat potluck raya dan IQ jenuh nak pikir menu yang sesuai untuk dibawa. Bila fikirkan menu raya mungkin ramai yang dah muak sebab asyik pergi rumah terbuka kan, so IQ decide nak order sandwich ni...heee


Senang jer nak order sandwich ni. Mesej sahaja details anda di aplikasi Whatsapp di nombor yang tertera di instagram. Kalau nak sandwich dalam sekian sekian waktu, pastikan order dua jam sebelum. Macam IQ ni, IQ nak awal pagi..so, IQ order sehari awal. DAN pastikan anda berada di kawasan Kuala Lumpur ataupun kawasan yang dijajahinya. Boleh lihat kawasan yang dijajahi oleh mereka di Instagram. Heee...

Klik gambar untuk ke web instagram Garsa Kitchen.

Senang kan? Tak susah pun. Kakak IQ di Pahang pun tahu pasal sandwich ni sebab sandwich ni femes sangat, dan IQ sempat order untuk kali KEDUA untuk dibawa balik ke Pahang plak. Puas hati katanya dapat rasa juga akhirnya. Heee~

Senarai menu yang terdapat di Garsa Kitchen

BEEFTASTIC
Bread, Lettuce, Tomato, Mayonnaise, Cheese, Black Pepper, Relish, Onion & Beef slice 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGSTACY
Bread, Mayonnaise, Egg, Lettuce, Tomato & Black Pepper 
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs) 

TUNA TURNER
 Bread, Tuna, Mayonnaise, Shallots, Lettuce, Tomato, Black Pepper & Salt
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

CHICKSTER
 Bread, Chicken slice, Mayonnaise, Cheese, Onion, Lettuce, Tomato, Salt & Black Pepper
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
Bread, Chicken slice, Egg mayo, Lettuce, Tomato, Cheese, Salt & Black Pepper 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

FIESTA 
Mixed sandwiches
L RM45

TUNA ON FIRE
Tuna chunks, shallots, birds eyes chili in oil, mayonnaise, lettuce & tomato
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKEN IN A BIKINI
Grilled chicken, sliced olives, shallots & dressings 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs

Amacam? tergugat tak? kalau tergugat, moh la order.. tak rugi....biarpun kecil tapi isinya sangat padat! Orang kat pejabat IQ ni asyik cakap ni subway ke? pizza ke? haaa...nampak tak kesedapannya berada di tahap mana? Tahap restoren fast food yang terkemuka OKEH! heeee~

Okeh la. Till then dearest. 

bai!

Izyan Balqis. 2015.

***Ini bukan iklan berbayar. Huihuihui~

Tuesday, August 11, 2015

Potluck Raya Pejabat

August 11, 2015 5
Salam semua.

Potluck kat pejabat IQ ni diadakan pada 7 ogos 2015 yang lepas. IQ baru nak update memandangkan sibuk makan sepanjang hari tersebut. hihihi...esoknya plak adik IQ lak bertunang (entry lepas). So, nak update tu memang agak kelaut tenaganya..hihi

Dorang ni da plan nak buat potluck pada 7 ogos agak lama. Masing masing duk request kat sorang senior tu masakkan laksa johor, even sebenarnya tiap kali jamuan raya memang senior tu buatkan laksa johor..IQ plak first time buat potluck dengan dorang...first dan last la kot...hujung bulan ni kan da nak angkat kaki kan..hehe..



Menu yang terlibat; laksa johor air tangan Hajah Noraini, Ayam panggang dengan sup, satay station, kuih muih raya, sandwich special, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, ape lagi ek? haaaa...buah buah; anggur, rockmelon dan rambutan...heeee


Korang jangan la pening tengok gambar bergerak ni. Ni contoh gambar format gif yang boleh gerak macam video tapi ianya bukan video yer. Snap banyak banyak kali so, compile jadi gif. Sesetengah application di camera smartphone da ada function ni. Just discover je ok!


Muka kelaparan je masing-masing tu.Nampak kan? XD


IQ just tempah dua kotak sandwich special dari Garsa Kitchen. Box Fiesta dua kotak. Tempah sehari sebelum sebab nak pastikan tempahan sampai awal pagi. Petangnya IQ tempah lagi sekotak fiesta sebab kakak IQ plak request nak rasa sandwich famous ni. Serius sedap. Kecik tapi padat! Sekotak habis awal2 lagi sebab ramai tak sarapan pagi tu...


Muka-muka bahagia dapat makan free. En Fuad dan En Azhari...site controller...masa ni satay belum sampai pun senyum da sampai ke telinga.

Gambar IQ tak der la kali ni, malas nak letak...sebab IQ just fokus nak makan makan dan makan...muahahaha! tak der la...sibuk nak prepare apa yang patut...dan snap gambar mana yang perlu...hehehehe~

Okeh la....tu je la nak cerita...tapi ada satu berita sedih...lepas daripada potluck ni, salah seorang daripada site controller kitaorang terkena serangan angin ahmar. Lumpuh separuh badan...mari kita sama-sama doakan agar dia cepat sembuh...Amiin...

Sekian. Bai.

Izyan Balqis. 2015.

Monday, August 10, 2015

Majlis Pertunangan Adik Perempuan

August 10, 2015 5
Salam semua.

Hari sabtu lepas, adik perempuan IQ selamat jadi tunangan orang. Majlis buat kecil-kecilan sahaja, sambil buat rumah tak berapa nak terbuka yang hanya didatangi kawan kawan sekolah adik yang bongsu. Hehe.


Mak buyung interprem awal awal jer. Lepas tu terus jadi jurugambar tak berbayar. Lama tak pegang kamera nak tembak tembak, dan malam tu terus out. Meraung suruh encik suami urut badan. Hamek...

Rombongan sampai lewat setengah jam. Tapi in case makanan jamuan pun belum sampai. Mintak mak sedara masakkan, memang perghh..sodaaapp...Setel berbalas pantun, setel tunjuk cincin dan sarung cincin....maka adik perempuan IQ bertukar lah status menjadi tunangan kepada tunangnya, si Yusuf menyengih tak sudah...hehe..seronok benau yer...



bakal mak mertua pun kemain senyum. alahai... XD


buat simple pun rasa meriah. Alhamdulillah =)


hamek, kemain gedik nak tunjuk. berinai bagai..sape yang mekapkan? pengantin yang mekap sendiri. tak ada sapa pun mekapkan dia. heeee...


dan memang planning dari awalnya... hari pertunangan adik perempuan tu dibuat pada hari ulangtahun ummi IQ. Ummi IQ 8 Ogos, dan adik perempuan tu pun 5 Ogos ulangtahunnya...jimat sambut sekali...kek dibawa khas dari Kota Damansara...heeeee...

Setel semua acara, maka malamnya IQ meraung kesakitan, sakit badan cheq oittt...sakit giler! nak duduk tak kena...last2 terbaring atas katil jer..huuu...tengah shoot gambar adik bertunang tu, boleh plak cramp peha ni haaa...macam-macam...lepas tu cramp tapak kaki...ishhh ishh ishhh..mak buyung memang tak boleh nak ambik job shoot la kalau da sarat ni...hehehehe~~

ok la...tunggu hari besarnya pula disember nanti. Insya-Allah...

Sekian. Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Thursday, August 6, 2015

Tempat Kerja Akan Bertukar

August 06, 2015 7
Salam semua.

Hari ni dah hari khamis, esok jumaat dan lusa akan sabtu. Ape la IQ melalut pasal hari ni. Nampak tak IQ tak sabar nak mengadap hujung minggu? Sangat kan. Tapi hujung minggu ni sibuk jugak, bukan boleb rest pun. Sibuk sebab apa? Nanti la IQ cerita.

Hujung bulan ni tamat la khidmat IQ kat opis IQ yang sekarang ni. Bukan berhenti tapi kontrak dengan klien kat opis ni dah tamat. So, apa lagi..angkat kaki la kan...heee..

Orang lain kemain sedih, IQ kemain happy sebab ini la masa yang IQ tunggu2. IQ happy sebab IQ experience selama beberapa bulan ni dengan macam2 perasaan. Geram, stress semua ada. Tensi rupanya kerja kat pejabat ni.

Pejabat ni dipenuhi oleh golongan elit. Golongan yang standardnya tinggi. Keretanya mewah mewah. IQ yang dah 26 tahun ni pun kira termuda kat sini. *even ada yang gatai mulut panggil kakak,mentang2 IQ ni gemok sebab mengandung. Huuuuu..

Kat sini kerja kena perfect, salah key in data yang belum disubmit pun boleh kena tengking tahap macam orang bodoh kena marah. Haru. Tapi tu la tekanan kat sini. Berkali jugak kakak2 yang rapat dengan iQ suruh cari kerja lain, tapi banyak perkara la yang muncul dalam kepala.

Tapi semua tu akan berakhir tak lama lagi. Lega sangat rasanya. Lepas ni balik HQ dan tunggu transfer ke site lain. Harap sangat dapat site yang lebih leisure. Leisure dari segi tekanan manusia. Mana2 ada tekanan, tapi berbeza dengan tekanan dekat pejabat ni. Serius. Tak tipu.

Apa nama pejabat IQ ni?

Sebut betul2. Wan-em-di-bi-arr-ee.

Bai!

*ini cerita betul. Bukan main main.

Izyan Balqis. 2015.

Monday, August 3, 2015

Mengidam Musang King

August 03, 2015 5
Salam semua...

Selamat hari senin. Huihuihui. Rasa macam tak wujud jer hujung minggu tu...kan? Sebab tetiba jer da kena start minggu baru balik. Huhu...naseb la kau jah, udah bekerja kn...huhu..

Hujung minggu lepas tak plan nak balik kampung di Karak, sepatutnya balik Melaka, tapi memandangkan family mertua tak jadi pindah rumah dan ada majlis plak di Bentong, makanya terus ke Bentong plak kita minggu lepas...hujung minggu ni nak balik Karak lagi, si adik plak nak bertunang...haishhh....nasib baik si suami faham, dan berkata "3minggu berturut turut balik Karak, nanti tak dapat nak balik Karak dah sebab pantang kat Melaka" fuhh...macam paham2 lak si suami tu...

Di Bentong, ada majlis pertunangan kakak kepada bestie, iaitu kakak wanie, kak izzatie. Family wanie dah jadi rapat dengan family IQ gara2 family IQ dan Wanie ni rupanya ada bau2 bacang. Yelah, orang terengganu kan...rupanya ada kena mengena walaupun asalnya si wanie tu hanyalah roomate masa IQ di UTM. Sape sangka kan?

Okeh, sape tak tahu durian best selalunya dari Bentong Pahang. Durian musang king selalunya dikatakan antara yang tersedap dan termahal dijual. Disebabkan daripada bulan puasa lagi musim durian ni telah bermula, maka tak sah la kalau setakat melihat orang berpusu2 singgah di tepi jalan untuk beli durian yang best tu.

Tetiba plak IQ teringin nak makan musang king. Hari tu da bedal durian D24. Kali ni nak rasa musang king plak. Beli pun tak jauh dari rumah. Rumah IQ di Karak tapi masih dalam daerah Bentong, depan taman IQ tu berderet orang jual durian. Ada d24, d7, d9...dan jugak musang king. Tapi orang bernasib baik jer dapat musang king sebab stok dah tak banyak...lepas IQ beli musang king kat satu gerai tu, terus sold out. Gerai sebelah pun tak der stok dah...nampak tak kelarisan musang king tu....
Tapi harga musang king ni memang antara yang termahal jugak la. Kalau beli kat KL mungkin boleh cecah 38 ringgit sekilo. IQ dapat 26 ringgit sekilo. Tu pun kurang dua ringgit jer. Uncle tu tak nak bagi 25 ringgit. Tak bagi can. Huhu. IQ beli semua, 3 biji dan jumlah kena bayar 82 ringgit. Haaaa..3kilo lebih jugak tu...demi baby yang nak rasa musang king kan....*padahal mak baby yang nak..huhuhu

Tapi disebabkan IQ dah terbaca kat satu post di FB berkenaan makan durian ketika mengandung ni, IQ berjaga2 jugak...Musang king ni antara yang paling panas kalau dimakan...IQ cuma makan dua ulas durian pada petang tu...dah berpusing baby IQ dalam perut...memang minum air masak banyak2...kesian kat baby kepanasan..

Esoknya IQ makan lagi musang king tu. 3 ulas plak kali ni. Ummi IQ pun cakap pasal petua makan durian. Nak elak panas badan, minum air letak dalam pangsa durian tu. IQ try la buat macam tu, memang baby dalam perut pun kurang berpusing walaupun IQ makan 3 ulas durian tu. Kadang IQ fikir tu semua mind set tapi ada baiknya dengar cakap orang tua tua ni. Heeeee

Puas hati dapat musang king. Isi padat. Memang sedaappp...hehehe...mai la ke bentong kalau nak makan durian. Heeee..

Ok lah. Till then...
Bai!!

Izyan Balqis. 2015.

Jangan terliur tau. Heeee..