Tuesday, June 23, 2015

Bazar Ramadhan

June 23, 2015 2
Bazar Ramadhan

First puasa hari tu, IQ dan husband jejalan la pergi bazar lepas kerja. Bazar dengan rumah boleh jalan kaki je. Senang jer..tapi lagi best naik motor, tak patah tulang jalan...pemalas kan...Tengok juadah, hurmmm... macam biase...IQ lebih suka cari kuih kuih manis, sebagai pembuka selera puasa.

Ada satu hari tu, IQ teringin nak makan roti john. Kebetulan gerai kat situ tak banyak yang jual, ada juga yang dah sold out. Tu dia. Kemain sold out kau...laris sangat tu...IQ dan husband pun menapak pergi satu gerai...kemain ramai orang...first impression, mesti sedap...kan?

Ramai sangat orang sampai si penjual tak kenal dah customer mana yang datang dahulu dan yang mana datang kemudian. Alahai, tu yang lemah. Tak alert jugak, mungkin sibuk even penjual tu ada 4 orang. Semua tibai nak siapkan roti john tu jer. Dah siap, bagi jer sesape yang ada depan dia, kalau ada yang potong barisan, nasib lah mangsa yang kena potong. Dapat kemudian....

Tu tak termasuk yang kenalan si penjual, main potong masuk tempat dorang buat roti john tu haa...kemain kau...panggil nama si penjual, agak2 si penjual pandang, terus order siap...adehhh...orang lain kemain bertenggek depan gerai tunggu roti john yang sekali buat empat roti jer, kau main order belakang jer. Haihhh...sakit jiwa kejap.

Ambil pengajaran lah yer, orang lain pun penat balik kerja, orang lain pun penat berpuasa satu hari, orang lain pun tak larat nak menunggu beli juadah semua. Bertimbang rasa lah kepada orang lain juga. Kalau si penjual tak buat sistem pun, apa kata kita yang mulakan dengan dahulukan mana yang terdahulu. Tak rugi buat amal bulan puasa ni. Pahala berganda dapat...kan?

Dah2 tazkirah Ramadhan kali ni. Next time lah plak...IQ pun selsema hari ni. Dugaan betul.

Till then, bai!

Izyan Balqis. 2015.

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Berpuasa Ramadhan

June 17, 2015 0
Selamat Berpuasa Ramadhan

Semalam kemain rekod video pengumuman puasa, lepas tu pos kat instagram. Eksaited nak puasa. Kononnya. Lepas tu mula fikir, mampu ke nak puasa penuh tahun ni? Tahun tahun lepas confirm la tak puasa penuh. Nama pun perempuan. Kan?

Tahun ni azam nak puasa penuh. Tapi rasanya tak dapat jugak sebab da ada temujanji minum air gula 3 julai nanti. Yaksss. Air gula kat klinik tu da ler tak der perisa. Hopefully tak muntah. Hari tu tak muntah sebab redha last minit. Mula mula da fikir ada perisa, masuk bilik terus tengok gelas plastik yang hampir penuh air gulanya. Tanpa perisa. Air dibancuh gula pasir tu haaaaa...errrr....ngerinye.

Minggu lepas da habis ganti puasa. So, da praktis awal2 berpuasa dengan baby dalam perut. Baby kental, Insya-Allah. Nak kena bagitahu siap2 kat dia, "ibu nak puasa hari ni, jangan nakal2 tau" kalau tak remind kat dia, mahunya tengahari tu berguling guling dia dalam perut minta disuapkan. Huhu. Kesian baby.

Kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puaseeeee...jangan cilok cilok. Orang memang tak nampak, tapi 'cctv' kat atas tu nampak. Ok?

Insya-Allah, sama sama kita memanfaatkan bulan mulia ini.

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Tuesday, June 9, 2015

Kenangan Ber-Blogging

June 09, 2015 0
Kenangan Ber-Blogging

Tadi ada kawan whatsapp. Tanya macam mana nak buat menu bar. IQ macam agak blur sebab dah lama kan tak main edit edit blog ni.

Dulu IQ agak hantu berblog. Edit layout blog. Berbelas kali tukar layout, header, widget segala bagai. Seronok. Masa zaman study dulu (sampai study pun kelaut!!) Punyalah addicted kat blog ni.

Tak cukup edit layout, belajar edit header guna paint, lepas tu photoscape, lepas tu photoshop. Last skali, paint tool SAI. Sambil buat entry komik. Kekonon. Sampai 3 entry komik terus stop. Malas. Haha!!

Hampir enam tahun berblog. Orang kata apa yang kau dapat dari berblog ni. Bagi IQ, kepuasan hati. Bukan nak menunjuk, cukup sebagai kenangan dan pengajaran. Entry blog sekarang pun dah tak macam dulu. Berpada. Kalau dulu menggeletis. Ishhh3.

IQ tak berniat nak buang entry lama, melainkan entry yang perlu sahaja. Entry lama biar la gedik cemana pun, sebab itu la diri kita. Zaman remaja kita. Kenangan kita. Kita akan tersenyum melihat dan membacanya. So, IQ akan tetap simpan entry lama.

Ok la. Till then dearest.

Bai.

Izyan Balqis. 2015.

Friday, June 5, 2015

Bila Tak Dipandang

June 05, 2015 0
Bila Tak Dipandang

Awal dulu,
Dicanang aku ini junior,
Tak mampu selesaikan apa,
Yang diminta senior yang terror..

Berusaha meski tidaklah secekap mana
Aku mesti buat kerja tepat pada masa
Siap sebelum ada yang minta
Tetap dipandang sipi sahaja

Bila tiada isu yang ingin dikata,
Mula la jadikan cerita
Kontrak hampir tamat masa
Tiba waktu cari pengganti yang lebih layak katanya

Yang aku ini dipandang hina
Dipandang tak berguna
Bawa masalah sahaja
Tak profesional macam mereka

Cuma tunggu masa
Aku pun tak tinggal di sini selamanya
Tak mampu mengadap manusia
Yang hanya dongak ke langit dagunya
Kaya dunia

Izyan Balqis. 2015.

Monday, June 1, 2015

Kalau Dah Tak Suka

June 01, 2015 0
Kalau Dah Tak Suka

Kalau dah tak suka,
Beribu kebaikan seseorang itu
Akan hilang sekelip mata

Kalau dah tak suka,
Buat baik macam mana pun
Dibalas tuba

Kalau dah tak suka,
Yang dikata hanya cerca sahaja

Kalau dah tak suka,
Tak payah la ngadap dia,
Sampai mati dia tak akan suka

Kesiannya dia.

Kenapa kesian?
Dah tak der sape nak positifkan dia.
Dia asyik tak suka...kan?

Izyan Balqis. 2015.