Monday, December 31, 2012

Semakin Hampir…

December 31, 2012 2

31disember 2012
*monolog dalaman

satu perasaan muncul
sedih.sebak
tahun 2012 yang banyak memberi kesan dalam hidup aku
aku sedih dengan apa yang berlaku
dan aku takut dengan apa yang berlaku
dan
kalau boleh
aku tak nak menghadapi hari esok
kerana esok dah hilang 2012
aku tak nak kehilangan 2012

boleh tak?

=(

Friday, December 28, 2012

Tahun 2012 Tahun Pengajaran

December 28, 2012 4

Assalamualaikum semua…dan salam jumaat…

IQ nak buat post dari semalam lagi tapi memandangkan IQ agak sibuk, terpaksa postpone…kerja da siap sket baru boleh nak huhahuha sana sini… *ok, behave IQ…

Tahun 2012, banyak kisahnya…tak tertulis IQ di sini….IQ nak buat review awal untuk 2012 ni sebab mungkin hari-hari mendatang, IQ tak dapat nak post entry plak…yer la, sibuk lagi kan…ada satu projek lagi tak siap…dan PSM pun tak hantar pada Supervisor lagi…sory Dr…need some more time…huhu..~

dari hari ke hari…dari bulan ke bulan..yeah..macam-macam perkara berlaku…IQ tak nafikan…dan dari semua tu IQ belajar, belajar untuk diri sendiri, belajar untuk orang lain…in case apa jua yang berlaku, memang akan mematangkan kita…betul kata orang, pengalaman mengajar kita…dan dialah cikgu yang terbaik…terima kasih pengalaman!

untuk azam 2012 yang IQ cipta masa awal tahun tu? hermmm…terpaksa di’postpone’ ke tahun depan jugak…HAHA! tapi ada satu azam tu agaknya da tercapai….rasanyalah…azam yang satu lagi, kena hold dulu la gamaknya…XD apa azam IQ tahun 2012 tu? klik di sini

untuk azam IQ tahun 2013? tunggu la entry 2013 plak…tak kan nak tulis sekarang kan…tak kena lak dengan date nya…XD…apa-apa pun…usia mematangkan kita, bertambah usia, so, jadilah matang sket, tak banyak…sket pun jadilah…ianya gambarkan diri kita…kang tak semena-mena orang cakap perangai tak kena dengan umur…kan? so, behave izyan… you’re almost….hek3…shhhhhh!…XD

last skali, selamat meniti tahun yang baru…selamat tahun baru kalian…

DSC_0707
rindu pantai.sangat-sangat
asyraf! saya amat kacak dengan jaket, nampak kan? XD

******************************

sementara tu…
birthday-baloon-hd-wallpaper1
tweet5025
best number ever…5025…
tweet5555
5555, sebab ada banyak nombor 5, dan IQ giler nombor 5.skian.

note : da lama print screen tapi baru nak post…opss~ heee~ *tapi nak post jugak!

 

***selamat bernikah buat sepupuku yang tersayang, mohd zulhilmi b. hayattudin, ada kelapangan, mungkin akan buat entry pasal pernikahan beliau, tapi IQ tak pergi pun… *sedih la plak… =(

Monday, December 24, 2012

Jadual Final Exam Semester 7

December 24, 2012 7

Diari Disember 2012-vert
note : kalendar dibuat dua hari lepas, jadual kerja sebelum ini tidak disertakan sekali…XD
submission PAP ditunda kepada 31hb plak…malas nak edit dah…

IQ tak ada study week yer sebab semua dipenuhi dengan projek, study last minute la jawabnya…*very bad~

paper Fundanmental Civil Engineering paling tak sangka ada, sebab paper tu start dibuat bermula semester ni, dan meliputi semua subjek tahun 1, tahun 2 dan tahun 3….tak lepas paper ni alamatnya tak dapat grad la kami…. =.=…ingatkan dorang nak mulakan paper ni bermula semester depan tapi alamatnya mimpi tinggal mimpi…

so, apa-apa pun all the best kepada kawan-kawan semua…buat yang terbaik, sehabes baik….yang baik-baik….untuk ummi, abah, family dan masa depan… XD…

ok, till then…

bai.

315590_269417323097835_100000887070559_826975_1117063874_n
all the best *yakin pada diri sendiri
edit pakai photoshop, baru rasa macam ok sket…XD *gambar lama…

***nak pergi sarap pagi nih…bestnye!!

Saturday, December 22, 2012

Blog Baru : Di Sebalik Nama Asyraf

December 22, 2012 2

Assalamualaikum semua….

hamboi hamboi hamboi…mentang-mentang la cuti yer, semua melingkar atas katil…bangun cepat! XD…eceli, IQ sendiri pun masih ada kerja yang perlu dibereskan….tapi nak jugak tulis blog hari ni…plan nak start buat kerja menjelang tengahari nanti….harap-harap kerja berjalan la nanti yer…hehe…

hari ni IQ bercadang nak promote satu blog yang baru je nak naik….blog ni blog kawan IQ….tak sangka dia ada blog pada awalnya….dan IQ ni plak dikatakan cikgu dia…cikgu untuk membuat blog….XD hehe..~

seperti nama blognya…Tuan blog ni bernama Asyraf….IQ nak cerita banyak-banyak pun IQ tak tahu sangat….tapi yang IQ tahu, si Asyraf ni banyak beri kata-kata semangat…macam uztaz? tak ada la sangat but he’s good pada pandangan IQ…dan nak tahu lebih lanjut pasal Asyraf nih? klik nama blog nya di bawah nih…XD

DI SEBALIK NAMA ASYRAF

IQ bercadang nak buat header blog untuk blog Asyraf ni tapi kena tunggu masa terluang jugak la nampaknnya….disebabkan sekarang ni banyak sangat kerja yang menggunung…*kalah gunung yang IQ naik…XD…nanti la yer…IQ buat header hensem-hensem untuk blog Asyraf…yer?

ok la, till then…

k bai…

kata-kata daripadanya..

acap
tak pernah putus beri semangat.terima kasih kawan.

 

*** melambak IQ print screen, tapi satu pun tak terpost kat blog ni…achaner tu?

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday #30 Wad Kecemasan

December 19, 2012 6

1355903052207

sebelum test…

wanie : aku nak pergi klinik lepas test, nak check mata nih…
farah : aah, aku pun same…

IQ : yeah! aku suka bila kawan-kawan aku pergi klinik nih…XD

masa test…

badly girl pain + Gastrik…memang haru…muka pucat…test tak jawab habis…tahan sakit sorang-sorang dan panggil farah….naseb farah duduk depan IQ jer…tak tahan sakit…tahu nangis je masa tu…teramat sakit…

habis test…di pusat kesihatan universiti…

farah : ada orang tu cakap suka sangat kawan-kawan dia pergi klinik kan? sekarang sapa yang dalam wad kecemasan sekarang..?
wanie : ntah…sape ntah…

IQ : hee….*menyengih*

the end…

moral of story…jaga mulut…XD

*** second tyme kena gastrik melampau macam ni….=( by the way, this is my wordless wednesday…finally!
*** ni gambar lepas kena inject…jemm..kena inject jugak…gambar first farah da masuk awal2 dalam FB…malu la gambar tu dekat sangat…gambar ni jaoh sket~ XD

Saya Memang Jeles!

December 19, 2012 2
Saya Memang Jeles!

telefon berbunyi…(lagu? pikir sendiri…)

tengok skrin. ALONG. dalam hati ‘ada apa along call nih, ummi sakit lagi?’ ishhh…pikir positif IQ…positif!!

IQ : hello…haa along…kenapa?

Along : Achik balik tak minggu nih?

IQ : tak…kerja banyak la long… *nada raih simpati*

Along : Ateh cakap achik balik minggu ni?

IQ : owh…hari tu chat dengan dia, achik cakap mungkin balik, tapi kalau kerja banyak…tak balik la…

Along : owh…yeke…tak per lah…bye!

IQ : bye… *dalam hati, along call sebab tu je ke? mood sedih*

Family merancang untuk ber’vacation’ la kononnya hujung minggu ni memandangkan skali dengan cuti krismas…dan diaorang memang suka sangat plan time IQ sibuk kan…dan memang IQ selalu kena tinggal dan hanya dapat menatap gambar diaorang di sana… =.=”

As conclusion, habiskan belajar dulu! lepas tu kita enjoy~

k bai…

 

*** kerja dalam proses….banyak pulak dateline postpone minggu depan…=.=”
*** baru perasan, hari ni tak buat wordless wednesday….bior ler…tak der gambau ler… XD

Monday, December 17, 2012

Seorang Jurutera Tak Akan Dipilih Jadi Isteri??

December 17, 2012 5

550895_3515823090306_2058832133_n (1)
dalam senarai tak ada pun?

memang nasib kami macam ini kah?

sungguh tidak adil…

dalam senarai panduan mencari suami ada la kot~ XD

every single person will deserve to get someone for themselves..
just no worry about that…
Allah get surprise for us…

keep smiling.. ^____^

k bai

 

*** buat kerja la izyan! lalalalalalaaaa~~

Sunday, December 16, 2012

Rindu!

December 16, 2012 4

432312_4927539796167_1316140076_n
budak tecit yang mengade
makin besar makin ngade!

tapi sangat rindu budak tecit ngade ni..

ummi juga.adik asyraf juga.ateh.along..ahhh..semua la!

nak join bercuti pergi genting dan cameron tak dapat pulak..
sangat sardis….

bila boleh balik nih???

=________= !!

k bai…

 

***ternampak gambar budak tecit ni sampai tersangkut kerja

Friday, December 14, 2012

Semester Yang Bakal Berakhir

December 14, 2012 5

Assalamualaikum…dan selamat hari jumaat!

hari ni IQ daftar subjek elektif untuk semester akhir IQ pada semester depan…pejam celik pejam celik da nak sampai ke penghujung sem, rasa macam baru semalam balik dari cuti semester yang panjang…sangat pantas tuntas masa berlalu kan?

awal bulan satu nanti akan bermula final exam, dan semester ni IQ hanya ada empat paper yang perlu hadap masa final nanti…jam kredit yang IQ ambik banyak tapi semester ni lebih banyak projek….paper examnya kurang…perkara tu akan terbalik menjelang semester depan…semester depan IQ akan menghadapi paper exam yang berderet….=.=…naseb ler..it’s better la, daripada hadap projek yang melambak dalam tempoh masa presentation final projek nanti….miamor=ummi (gambar lama)

planning all the things well, kalau tak manage masa, tak manage kerja betul-betul…boleh jadi haru biru jadinya, so….kepada adik-adik semua, tahun akhir ni bukanlah tahun yang boleh dibuat main-main lagi, kena jadi matang dan fokus pada matlamat sebenar kiter di kampus….tapi bila korang da masuk tahun akhir, mesti korang sedar punyer, sebab masing-masing akan jadi nebes nak hadapi tahun akhir kan? IQ pun rasa perkara yang sama…normal la tu…XD

sangat excited nak habes belajar, tapi dalam masa yang sama rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang super happening nih….kan? tinggal lagi satu semester, akan dimanfaatkan sepenuhnya bersama 3stooges dan rakan-rakan kelab yang lain….

lama tak menulis macam ni, eceli nak ambik mood buat kerja….okeh, da ada…jom buat kerja pulaks!

till then….bai..

*** entry panjang, rindu nak tulis dalam blog nih, eh…blog nampak lain kan? cari mood baru…sebab nak lupakan yang lama….I wish~
*** nak promote blog seorang kawan, tunggu masa je nih XD

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday #29 12.12.12

December 12, 2012 2
Wordless Wednesday #29 12.12.12

Assalamualaikum…

May Allah bless us in this special dated day…

***Hari-hari yang semakin kuat….Alhamdulillah…

Monday, December 10, 2012

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

December 10, 2012 8
Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

sumber : Halaqah.Net


hidup ini mestilah saling melengkapi…Insya-Allah..

 

***entry ini dicopy paste dari sumber yang dinyatakan…buat peringatan diri dan kawan-kawan… Insya-Allah….

Sunday, December 9, 2012

Jom Join Contest : Fotografi–Ceriakan Hidupmu!

December 09, 2012 7

lama tak join contest…
dan semestinye sebelum-sebelum ni tak pernah bernasib baik…
mana la tahu kan…ada rezeki kali ni…
Insya-Allah…

^_____^


ini banner contest? mahu join? sila klik banner yer~
tak pun klik sini

dan setelah bertanya kepada kawan, dan jugak penelitian sendiri….gambar yang IQ pilih adalah gambar ini…….

 

TADAAAAA!!!


caption : sahabat adalah yang terbaik…ceria kami bersama…tangis kami turut bersama…gambar semasa perasmian pesta konvo UTM kali ke-49….bunga api adalah side effect yang terbaik…=)

 

#gambar ni nampak macam tampal tapi ianya original… harap pihak penganjur menerima penyertaan ini…

sekian.terima kasih

 

 

***entry kedua untuk hari ini….apa nak jadi nih… =.=..kerja tak siap lagi~~

4242…Nombor Rasmi Suatu Ketika Dulu

December 09, 2012 2

tweet4242
4242

salam semua…

amboi cik kak, PSM konon-konon da siap, boleh la nak update blog bagai kan……*biasa…kerja lain tak siapkan lagi *pengsan*…

4242 tu nombor rasmi plate kereta family IQ suatu ketika dulu….kereta abah, kereta ummi…berganti-ganti kereta pun still pakai nombor yang sama…sampai nombor telepon pejabat abah sampai sekarang pun masih ada 4242 di belakangnya…09-6**4242…nice…

tapi tu dulu la…sekarang tak der dah…yang kekal nombor ni pada kereta ummi sahaja…kereta kelisa ummi yang comel lotey…4242…nombor keramat~ konon…nombor 4 bukanlah nombor kesukaan IQ…tapi IQ kan lahir bulan 4…so, sedikit sebanyak…suka la sket-sket….see kat atas tu~ mesti ada nombor 4…nais…tunggu 5025 pulak muncul di twitter….memang confirm printscreen!! XD

till then~ nak sambung buat kerja….*kot…HAHA!

k.bai

*** ada kawan cakap, tulis biar ikhlas….bukan dengan niat mahu seseorang baca sahaja…. #keepinmind

*** nampak tak header baru? edit baru je….XD

Friday, December 7, 2012

Kali Ketiga?

December 07, 2012 2

semalam tidur lewat, dalam pukul 2.30++ pagi jugak la…
oleh disebabkan laptop da menggila panas, terpaksa jugak stop buat PSM…

dan lepas tu tarik selimut…
target nak tidur sejam dua je sebab banyak la Sub-topik yang tak buat…

then..tidur…

mimpi tokki, tok dan abah…di kampung…rumah yang lama..
tokki marah sangat kat IQ, sampai tampar IQ!
tok pun sama…macam kecewa sangat dengan sikap IQ…
tak tahu kenapa, penat mintak beritahu kenapa dan sebab mereka marah sakan pada IQ….

IQ nangis dalam mimpi tu…dan nampak abah..
abah berjalan pergi keluar dari rumah…
abah pandang IQ, tapi lepas tu terus pergi…tinggalkan IQ nangis sorang-sorang…

dan IQ menangis sampai la IQ tersedar dari tidur…
bila tersedar, sebak sangat…dan terus menangis…
tengok jam
baru 3.15 pagi
maknanya tak sampai setengah jam tidur dah terjaga balik…

masih bingung sampai sekarang
sebab da tiga kali tidur dan nangis sampai terjaga…

kenapa?

.bingung.
.sangat.bingung.

IMG_7477
jangan cakap apa-apa.IQ memang rindu abah IQ sangat!
diaorang jahat! diaorang ambik abah IQ pergi dari kami!

sekian.

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday #28 Do Love Vintage!

December 05, 2012 3

twtter

beribu kali warna ditukar, tetap hati berkenan dengan warna macam ni…

VINTAGE is my soul…mungkin…


Image017 copy

hari tu cakap dapat topi dari Skuad Perodua Era kan?
sayang sangat topi ni, tapi macam tak sesuai nak simpan…
sebab bukan pakai sangat pun…
so?

SO.SO.SO….

till then..bai..

 

*** sedang kerjakan PSM (Projek Siang Malam)….arghh! tension!

Monday, December 3, 2012

Al-Fatihah…

December 03, 2012 3

fb
ayah angkat IQ di Perak baru meninggal dunia hari sabtu lepas…IQ baru tahu…=(

mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah…

semoga roh Arwah Ayah dicucuri rahmat oleh-Nya…

Amin Ya Allah