Friday, March 30, 2012

Selamat Hari Jumaat

March 30, 2012 4

Assalamualaikum…

berkat bagi salam pagi-pagi….apatah lagi hari jumaat kan? penghulung segala hari…Alhamdulillah…

setiap pagi jumaat, IQ akan ada kelas pukul lapan, YESSS! kejap lagi la tuu…tapi masih sempat nak update di blog….kalau laptop nih tak berada dalam mode SLEEP, IQ pun malas nak ON kan….

tiba hari jumaat, macam-macam IQ akan pikir, pikir nak potong kuku…pikir nak pakai baju sopan sket, *sebelom memang tak sopan pun anak dara nih…haihhh~ =.=” …pikir hujung minggu esok nak buat apa… dan bla bla bla…kelas hari jumaat, macam biasa sampai tengahari je, memang kesian la pada sape yang ada kelas lepas waktu jumaat tu, yelaa, kalau nak balik kampung….memang kena hold dulu la jawapnya…betol tak? memang kesian…haihhh~

dan untuk hujung minggu nih….hehehe~ already planned…updatenye nanti di sini, segala pasal hujung minggu nih akan diberitahu di sini, bukan ada program ke apa….nanti je la IQ update….haihhh~

ok….till then, hari ni hari jumaat, perangai elok sket naa~

renung-renungkan dan selamat beramal…. *cehh~ bajet baik la tu….sob3

bai~

Danbo-Pics-02

*** bila IQ bangun dari mimpi kononnya hari kiamat, mesti IQ akan pikir lepas bangun, hari tu hari jumaat ke tak? sempat tak nak bertaubat? sob3…insaf….

Tuesday, March 27, 2012

Off

March 27, 2012 3

Facebook da off
handphone pun da off a.k.a hancur

Let it be

SILENT~

danbo-standing-here-forever-460x3061

Foster The People–Pumped Up Kicks

March 27, 2012 2

music-old-school-photography-vinyl-Favim.com-116989

terasa macam berada di zaman dolu-dolu tak? *wink wink

IQ dengar lagu sejak dua menjak nih dan dengar secara berturut-turut masa buat kerja sampai pukul 3 pagi semalam…. * giler la~

ni semua sebab farah *roomate kesayangan yang selalu bukak~ =.=’

tapi terasa sedap la plak dengar lagu nih~

60__s_Old_School_Music_V2_by_TheTyx

masa dengar serius macam duduk zaman dolu-dolu…. =.=’

ok bai~

 

*** 12 jam siapkan 5 lab report…heh~ termasuk tidur 7 jam….hahaha!!!

Monday, March 26, 2012

Hari Isnin Ialah Smart Day

March 26, 2012 8

salam semua dan selamat hari isnin!

haaa! ada la tu liat nak pergi kelas/kerja…mentang-mentang la baru lepas hujung minggu kan….errr~ IQ setiap pagi isnin ada kelas pukul 9 pagi…mujur la pukul 9 pagi dan bukan pukul 8 pagi….kalau pukul 8 memang pftttt~~~ hehe~

cerita pasal hari isnin, kalau kat UTM nih, hari isnin dipanggil sebagai SMART DAY…well, semua student kena berpakaian kemas a.k.a SMART….yang lelaki berkemeja dan yang perempuan berbaju kurung….YES! baju kurung atau baju kebangsaan adalah pakaian untuk Smart Day di UTM nih…

baju kurung

beza masa zaman-zaman sekolah dan zaman matrik dulu…baju kurung adalah pakaian WAJIB dipakai semasa kelas…dulu zaman sekolah, masa IQ duduk asrama laa kena pakai baju kurung setiap kali waktu prep…tahu waktu prep tu apa? waktu prep tu waktu belajar di asmara…eh?..asrama laa…dan waktu prep ada dua kali…petang dan malam….dan sekianlah waktunya kena pakai baju kurung waktu prep malam….macam…errr…HAHA!

dan waktu sekolah nih paham-paham jer la, nak menggosok pun nak kena beratur, seterika pun ada satu je untuk satu aras blok asrama, bertuah la tuh, kalau seterika aras 2 rosak, kena la pergi aras 1….jadi, 1 seterika untuk satu blok, dan untuk hampir 100 orang nak menggosok baju sekolah/kurung dalam satu-satu masa…memang pfffttt~~ so, IQ memang malas gosok baju kat asrama akan biarkan baju berkedut….kalau balik rumah hujung minggu (rumah dekat je dengan asrama pun =.=”) akan gosok baju sekolah sekali sebelum balik asrama….

cerita kat matrik ni ok sket….tapi baju kurung ni dipakai setiap hari kuliah sepanjang minggu….5hari kuliah, 5 hari mesti pakai baju kurung…tak ada excuse! so, dari hari ahad hingga la hari khamis…memang beratur lerr baju kurng dalam locker, siap buat baju kurung rotation untuk next minggu….so, 5 hari X 1 pasang X 2 minggu = 10 pasang wajib ada dalam locker…haihhh~~

aneka baju kurung

kedah hari pertama adalah hari ahad, bukan isnin..harap maklum

kat UTM ni, mentang-mentang belajar engineering, nak pakai baju kurung memang liat~ bukan sengaja tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kena masuk makmal, kadang-kadang ada projek…memang pakai baju kurung hanya pada hari isnin….kalau ada kerajinan dan tak ada kerja berat, baru la pakai baju kurung…tak pun pakai masa pergi kenduri kawan-kawan…haaa…masa tu gerenti melaram habeesss~~

well, kawan-kawan kelab pun jarang nampak IQ dan kawan-kawan baik IQ pakai baju kurung, kalau nampak, sure kena perli baik punyaaaa~ macam farah kena hari tuu..

“ farah, ko nampak lain laa, nampak feminin”
kesan orang jarang nampak kita pakai baju kurung =.=”

sooo, as conclusion, pakai la baju kurung…eh? boleh ke camtu? bantai je la…at least, pakai la baju kurung, baru nampak macam perempuan melayu kedua terakhir….yang terakhir tu IQ, yang kedua terakhir tu korang laa…hahaha~

ok bai~

*** jarang pakai baju kurung sekarang….sila kahwin cepat-cepat supaya IQ boleh pakai baju kurung pergi kenduri korang yer! HAHA!
*** tetiba rajin buat entry kan….lariikkk~~ (chubby jangan mare yerp! hik3)

Sunday, March 25, 2012

Untitled Post

March 25, 2012 8

salam semua…

huargghhh~~ pagi ahad memang agak membosankan…apatah lagi kalau tak ada apa yang perlu dibuat…ada kerja yang perlu dibuat tapi yang tu opkos hilang selera nak buat….kalau tak buat last menet, mesti tak sah! *bila la tabiat buruk nak hilang nih…haihhhhh~~~

boring tak korang datang blog nih? yelaaa, entry da makin lama, makin jarang nak diupdate….actually kan, IQ malu nak cakap, IQ da ketandusan idea nak tulis!! apatah lagi diperingatkan oleh chubby yang montel-montel agar kurangkan berblog….tapi IQ ni kadang-kadang pekakkan telinga sekejap, update jugak kalau ada masa preeee~~ heh~

dan antara sebabnya IQ tak update mungkin jugak sebab tak ada apa nak diceritakan/digosipkan…. HAHA! yeaaahhh~ umur makin meningkat nih, nafsu nak bercerita/gosip-gosip nih da berkurang…asal hah? boleh bagitahu sebab? IQ tengah bingung nih…mungkin kalau update blog pun cerita pasal diri sendiri…tapi ada ke orang nak baca? konpius!

tapi semalam (haaa…da bukak cerita daaa) IQ ada la melukis satu gambar, well, yesss! IQ just copy line dari gambar tu, dan terhasillah satu vector but…someone perlekehkan apa yang IQ buat…yeaahhh! I just copy the line or TEKAP, but bukan senang ok nak buat semua tu, nak warnakan lagi…bukan semua orang boleh buat, lagipun bukan ke ada jugak yang pernah buat macam tu? ke tak ada? ke macam mana? haihhh~ well, IQ just ignore apa yang someone tu cakap walaupuun berbekas jugak kat hati nih….yelah, someone tu kan lagi terror melukis dari IQ, IQ ni cikai jer….

ok…tutop cerita…IQ just nak mintak maaf kalau ada yang tak puas hati dengan IQ…dan jugak nak mintak maaf lagi sekali sebab entry blog nih memang akan diupdate bila IQ ada masa preee sahaja…IQ pun tak ada cerita sangat nak ditulis….mungkin entry yang ada gambar sekeping dua tu boleh la kot dijadikan entry…boleh ek macam tu? bedal jer laaa…

ok….stay cool, senyum sokmo deyh~ *perghh~ ayat orang ganu beb! ok dah~

IMAG1240
nama saya izyan balqis a.k.a IQ

*** hidup ni bukan senang nak senangkan hati orang…dan sebab nak senangkan hati orang la hati kita terus letak tepi…kesiannya hati kita….SOB3~

Friday, March 23, 2012

Ba-Ba-Ba-Ba-Ba-Na-Na~~

March 23, 2012 5
Ba-Ba-Ba-Ba-Ba-Na-Na~~

jom nyanyi sama-sama..

 

HAHA!

*** hilang stress macam nih..haha!

Tuesday, March 20, 2012

Health Quotes

March 20, 2012 1

healthquotes

danbo_heaven_by_bry5-d391z1o

3 sahabat baik demam, batuk, selsema sama-sama…

doakan semua cepat pulih seperti sedia kala…

AMIN~

 

*** keletihan dengan kelemahan badan~ nak study, esok ada test…sob3….=(

Monday, March 19, 2012

Kosong Pun Tetap Ada

March 19, 2012 4

salam

IQ memang da mula ada sikap yang kurang baik dalam diri, iaitu malas…malas nak update blog nih….tapi shian lak kat blog, ada pengunjung datang, tapi entry tetap yang sama…maap la yer~

hujung minggu lepas, IQ plan macam-macam nak buat, macam yang IQ da bagitahu, nak pergi sana sini tapi akhirnya tak menjadi, agak kecewa tapi tak nak laa layan kuciwa tu lebih-lebih sangat…so, IQ anggap hujung minggu lepas macam minggu paling bebas, sebab tak ada program…

dan akhirnya, ada program jugak…ad-hoc punye…actually, tak planning pun nak join, tapi akhirnya join jugak night ride ke stulang, JB….jadi marshall jer sebab da tak sihat, tak kan nak push badan kayuh sampai 40++km pergi balik kan…so, duduk diam dalam kereta…then, ambik gambar….

IMG_3370
IMG_3507

macam biasa lah, IQ malas nak letak gambar banyak-banyak…kalau nak tengok, nanti IQ bagi link…tuan punya kamera tak upload kat facebook lagi…yang ni pun curik senyap-senyap…haha!

IMG_3510
ni wajah marshall kepenatan…siang main mekap-mekap, malam folo dorang plak…penat~
(tak boleh letak gambar besar-besar..nanti kena marah…haha~)

so, that’s all…tu aktiviti IQ minggu lepas…hujung minggu nih diaorang punya program pergi BEKELAH, kat maran pahang….main abseiling…nak ikot tapiiiiiii…..nanti la macam mana…

ok…bye bye!

 

*** korang tak tahu fenomena hingus berdarah? ada pengalaman? cerita siket~ tengah dilema nih, da dua hari macam ni…..

Saturday, March 17, 2012

Tak Sihat…

March 17, 2012 5

doodle11 edit

sejak hari rabu lepas, IQ mula selsema…macam selsema yang bley kena demam selsema tuuu…haaa…disebabkan ada resdung nih…kalau tak satu hari bersin, memang tak sah! pergi kelas macam biasa tapi kesian lak kawan segroup…tutup hidung sebab takut berjangkit~

hari khamis, selsema da kurang sket….haaa…masa nih pergi sana sini, dapat lak part time kat satu tempat….hari khamis konon da sihat, minum coolblog….malamnya plak, minum air sejuk lagi…memang faktor utama nak bagi lagi sakit….sakit tekak!!

hari jumaat pagi da HYE~~ sakit tekak, berat kepala sangat! kelas pulak pukul 8 pagi…and the good point is, tak pernah terasa nak skip kelas sebab tak sihat…sebab ilmu yang diberikan amat bernilai…apatah lagi subjek yang hardcore, macam STEEL…bukan real steel ok~~ hari tu jugak ada kuiz, memang tak bley nak skip langsung ler~~

malam hari jumaat, memang da out~ terbaring kaku~ nasib baik ada roomate yang baik hati….Farah tolong jelungkn dahi…sweet tak? sweet kan…jangan jeles~ makan ubat batuk…then…tidur lagi~

hari ni? Alhamdulillah, da sihat….cuma tekak je tak pulih lagi….harap dapat pulih~ takut hilang sore lak nanti…hek3…

ok, till then…selamat berhujung minggu~

bye!

*** planning untuk minggu ni semua tak menjadi, balik rumah tak jadi, jumpa chubby sambil pergi belon panas pun sama…sedih!!

Tuesday, March 13, 2012

Hasil Kerja SAI

March 13, 2012 5
lately memang IQ suka melukis sejak ada Paint Tool SAI…kalau ada kelapangan, memang IQ akan lukis paling kurang satu lukisan dalam satu-satu masa…walaupun hasilnya tak berapa, tapi dari masa ke semasa, IQ belajar untuk memperbaiki skill melukis dan mewarna guna SAI nih…
hasil-hasilnya….
doodle6 2
ni selepas beberapa kali buat~ praktis dalam mewarnakan bayang-bayang~
doodle8
lukis lukisan ni sebab pada awalnya nak buat entry kat blog…tapi macam tak best lak.. hujung minggu ni nak gi Hot Ballon kat Putrajaya…tu sebab lukis mende nih~
doodle9 ediy
buat lukisan ni sebab ada join satu contest…memang cacat sket…dalam proses lagi~
doodle10 edit
latest punya, macam ada improvement sket, dari segi background yang tak kosong~ dan shadow pun ada perubahan sket…. *nilai sendiri…hehe~
tapi masih ada kekurangan, gaya setiap model lukisan mesti sama…tak reti nak buat kedudukan yang laen, sebab tak ada contoh untuk dibuat rujukan…mungkin lepas ni kena cari satu gambar dan lukis….yeaahh~ kaannn?
nak tengok hasil yang lain? yang penting jangan gelak! sebab dulu-dulu punya lagi teruk…pada waktu mula-mula belajar melukis~ =)
klik sini, sini, sini dan sini
ok bye!
*** lama pulak tak melukis watak lelaki kan kan kan? hehehe~

Ummi, Cepat Sembuh!

March 13, 2012 2

IMAG1252

I wish she’s always in good condition..
especially NOW

 

*** kecewa dengan seseorang itu…serius kecewa!!!! dalam waktu begini, mana dia? mana?

Monday, March 12, 2012

Jangan-menilai-buku-daripada-kulitnya

March 12, 2012 4

salam semua…

seawal pukul 7.55 pagi nih IQ bukak laptop dan bukak windows live writer bertujuan nak tulis something…yeaahhh~ something yang bermain dalam fikiran IQ dari semalam lagi…IQ tertanya-tanya…well, sekarang IQ nak ceritakan dan mintak pandangan korang plak macam mana…boleh kan?

setiap manusia ada kesilapan, tak kira siapa….ayah kita, kawan baik kita, orang kesayangan kita….kita semua ada kesilapan kita masing-masing…dan bagi umat Islam terutamanya kadang-kadang mengukur kesilapan berdasarkan tahap keimanan seseorang…ini bukan fakta, ini cuma kata-kata dari IQ…memang selalunya kita tengok orang yang baik, ada pegangan iman yang kuat, pasti seorang yang ramah, menyenangkan hati…dan jugak menyejukkan hati sesiapa yang melihat mereka…

tapi seteguh mana pun iman seseorang itu, jika tidak dapat melayani sesiapa di sekelilingnya dengan baik, pasti nampak tidak cantik di mata seseorang….bagi IQ, apabila kita bercerita, bercakap, bersoal jawab mengenai agama, pasti dia seorang yang lemah lembut, berbudi pekerti…dan ada imannya yang teguh…

IQ ada la berkenalan dengan seseorang…well, first impression, yes! IQ suka dia…suka tengok dia, suka dengan kehidupan dia…sebab dia ada pegangan agamanya tapi lama kelamaan, IQ makin kenal dia, walaupun tak pernah nak bertegur sape di dunia realiti, dalam facebook, melalui komen-komen pun IQ boleh tahu macam mana sikap dia…kadang-kadang IQ komen status dia, tapi feedback dia tak berapa menyenangkan hati…nada dia marah….dengan huruf yang berCAPS LOCK…korang sendiri pun tahu kan…

second time, yeahhh~ bila komen-komen…tetiba dia nak marah, nak melenting tak kena tempat, terus shoot! dan kadang-kadang jugak, menunjukkan kebodohan dia sendiri…tu pendapat IQ…kadang-kadang IQ geram, sebab tak pasal-pasal kena marah…padahal IQ tak buat ape-ape pun….silap dia la tak tengok habis…tengok apa? tengok entry blog, suka tengok gambar jer, ayat tak nak baca…

that’s my experience…kadang-kadang kita nampak orang tu baik, mukanya tulus tapi bila kenal, not the same thing korang nampak pada awalnya…lebih baik dengan pada awalnya kita nampak orang tu sombong…tak bertegur sapa dengan orang dan akhirnya boleh go on dan berkawan dengan kita hingga ke akhirnya….contohnya kawan baik IQ, farah dan wanie…dua-dua ni mungkin tak menyenangkan sesiapa pada awalnya….si Farah dengan muka kerek, dan si wanie dengan muka garang macam nak telan orang….tapi bila IQ kenal dan rapat dengan diaorang…mereka la kawan baik IQ yang paling best!

ok, entry da panjang….lantak la korang boring ke ape….IQ just nak luahkan apa yang terbuku di kepala IQ sejak semalam, dan sekarang…phewww~~ lega….

ok bye!

danbo hope-577440

*** peringatan kali kedua – ini just pendapat IQ, bukan fakta dalam buku…sekian terima kasih…

Saturday, March 10, 2012

Bilik Anak Dara

March 10, 2012 10

copy1
copy2
copy3
copy4
empat sudut pandangan bilik

ok, idea nih memang da lama nak buat tapi takut punya pasal…yela, takut didenda sebab ubah kedudukan katil, tapi di atas nasihat ramai pihak, baru la berani buat macam kat atas nih….TUJUAN buat kedudukan macam nih sebab nak cari mood study, nak keselesaan…nak bagi suasana lain daripada yang lain…

so, petang semalam start kemas sana sini dalam bilik, macam-macam yang dibuat…untuk bilik yang tersayang….semua ni hasil kerja IQ dan roomate…Farah…

dan ramai yang cakap,

“eley, nak ambik gambar, kemas la bagi cantik”

mostly lelaki yang cakap macam tu tapi hakikatnya, langsung tak….kitaorang da lama plan nak ubah perabot, memandangkan kami ni suka susun atur perabut, so…kat atas nih la hasilnya…semester 1 mungkin kedudukan biasa, tapi da masuk semester kedua nih kena la bagi kelainan sket kaannn~

“keselesaan diutamakan, ambik gambar adalah sampingan”
kata-kata untuk kawan yang memberi pendapat…HAHA!

ok…till then…nak tidur…penat…satu hari jalan-jalan dengan Farah dan kawan-kawan satu sekolah dia lepas pergi kenduri kahwin kawan farah tu jugak…BEST!

ok…bye!

*** perempuan memang suka mengemas…lelaki? NO KOMEN….mungkin sesetengah tu yer, tapi setengah lagi tu TAK….hehe~

Friday, March 9, 2012

Gambar XPDC Arong

March 09, 2012 9
Gambar XPDC Arong


pasang khemah! tapi tak tidur dalam khemah pun…

waktu sampai…

waktu main game petang tuuu…

waktu sampai di puncak subuh tuu…

pemandangan matahari terbit pagi ituuu…

gambar rasmi atas puncak tuuu…

masa nak turun dari gunung tuu…

gambar-gambar ni telah selamat dirompak dari sini, sini, sini dan sini….thanks for the nice picture! *padahal ada jugak gambar yang IQ capture..angkut bakul sendiri..harap maklum..

gambar-gambar kat atas ni of course la semuanya ada gambar IQ…balas dendam sebab sebelum ni jarang yang ada gambar IQ….yeaahh~ IQ lebih suka jadi tukang-ambik-gambar…tapi memandangkan kamera dalam program ni terlampau banyak…so, say cheese! link gambar-gambar yang diberi tak merangkumi jumlah photographer tak bertauliah yang ada dalam program tu…terlampau banyak!

ok….kalau nak tengok gambar yang lagi menarik, rajin-rajin la klik link kat atas….gambar best…serius, trip ni memang sempoi habes!

ok….tyme untuk tidur…bye-bye kawan-kawan~ selamat berhujung minggu!

 

*** baru lepas kemas bilik, a.k.a, renovate bilik…nak tengok macam mana? next entry!

Monday, March 5, 2012

Terukir Di Bintang

March 05, 2012 4
Terukir Di Bintang

first dengar lagu nih dekat TV…masa iklan…then, along [kakak IQ] mintak IQ carikan lagu nih…tapi sampai sekarang IQ tak buat sebab da berjauhan dari dia…

second IQ dengar lagu ni bila rommate IQ, si Farah pasang kat laptop dia…pada IQ lagu nih ada stylenya tersendiri…

dan apa yang IQ berkhayal bila lagu nih dimainkan…? IQ nak buat satu video…berlatarbelakangkan lagu nih…mesti best, mesti suwiiiiittt~~ video mengenai apa? lagu nih mostly pasal cinta….tapi IQ nak jadikan video IQ nanti mengenai persahabatan….yeaahhh~ sahabat….

lirik lagu nih memang khas ditujukan buat chubby~~ =)

ok…bye!

*** kepenatan…Arong best…serius best! bila kawan-kawan IQ da upload gambar baru IQ letak kat blog yerp~

Friday, March 2, 2012

Loser!

March 02, 2012 7

doodle7 2
Sai drawing…

tetiba tajuk entry macam sentap semacam kan…

IQ nak tujukan pada diri sendiri…SOB3~
kadang apa yang kita target, tak seperti yang kita dapat…
dan kita akan mula rasa diri kita nih loser giler!

I wish I can make it more better than before…
Insya-Allah
Amin

******************************

doodle kura kaler penuh
khas untuk blogger Kura

kura-kura zubir
doodle berseorangan~ =P

mesti korang mula nak syak wasangka ‘baik’ dengan IQ kan…
yelaaa, hari tu IQ buatkan header untuk si kura ni…
sekarang ni dodol la plak kan…

anyway, ianya hanya untuk kawan…
dan IQ sesaje buat doodle untuk kura nih…
sebagai latihan untuk melukis…
apatah lagi IQ sekarang terer lukis doodle lelaki jer….
tu yang sardis tuuu…
gambar yang atas tu pun just lukis badan dan kepala,
bila time nak lukis muka jer, gerenti FAIL!

memang LOSER betul la!

ok..bye!

 

*** IQ out untuk dua hari, berekspedisi di Gunung Arong…jom jumpa di sana!