Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #13 Hasil SAI

February 29, 2012 4

doodle5 edit

setelah berhempas pulas melukis menggunakan Paint Tool SAi, akhirnya menjadi jugak..

yang sebelum ni, hancus! nak tengok? kalau sudi, tengok sini dan sini

Alhamdulillah~

lepas nih bley lukis perempuan shantek2 plak!

bye!

*** first tyme lukis orang lelaki boleh jadi elok macam nih, lukis orang perempuan tak menjadi plak…haihhhh~ pelik2….

Tuesday, February 28, 2012

Saya Gagal!

February 28, 2012 7

cuba tengok doodle kat bawah nih…
tengok apa yang tak kena…

doodle4 edit

 

YES!
doodle nih nampak LELAKI!!!
FAIL! FAIL!

nak lukis perempuan…jadi lelaki…
kawan IQ cakap macam BAPOK!!!
oh man~~~

tak reti nak buat macam mana bagi nampak perempuan sket…

any tips?

sebelum terjadinya yang atas nih…ada buat doodle dengan pemandangan…tapi pemandangan tak berapa sangat…..

doodle3 edit
kekurangan masih banyak….need more improvement!!!

ok…bye!

*** nak buat lagi, nak buat lagi!

Beralih Arah Pulak Daahh

February 28, 2012 13

sorry chubby, mungkin ini jalan terbaek buat kita….saya sudah ada pilihan lain…saya pilih SAI daripada kamu sayang….bukan SAIful…tapi Paint Tool SAI….HAHA!

hye kawan-kawan! ignore je dialog yang direka dengan mengongnye tu….tetiba keluar nama chubby lak kan…cian dia…tengah nyenyak tidur ni mesti termimpi-mimpi budak gedik yang buat ja’at kat dia…shian….

eceli IQ berjaya menemui sesuatu yang baru!!! siang tadi IQ blogwalking, then jumpa satu blog yang tersangatlah comel!!! penuh dengan doodle yang comel-comel! IQ mula tertarik…then, stalk punya stalk rupernye doodlenya dia buat pakai Photoshop…then, try masuk group WeLoveArt di facebook dari blog yang penuh doodle tadi…

yeaahhh~ berjumpa dengan kawan-kawan baru di sana….dalam group tu penuh dengan hasil karya lukisan pelukis yang handal-handal….IQ yang ntah pape ni plak ada hati nak join depa lak kan…dengan muka tak malu…macam ni laaa…sob3….

then, salah seorang ahli group tu suggest IQ guna PAINT TOOL SAI untuk buat doodle…then, IQ pun download….try buat guna tutorial…then….tak berjaya…nak tengok first try IQ? tengok la kat shoutbox tu, serius hudoh bebenor!

dan try lagi tadi….yeaahhh~ ni habit IQ…bila jumpa benda baru, tak akan puas nak pakai! sampai assignment pun da buat last minit…leka punya pasal…bad habit! oh man~~~

finally…this is my doodle….

doodle2 edit
ok fine, tak chantek….muka doodle ni macam sinis semacam jer….rasa macam nak lempang jer kan…lempang doodle ni bley, jangan lempang tuan yang buatnya udaahh ler…HAHA!

ok…next tyme try lagi…practice make perfect!

bye!

*** belajar sikit-sikit, lama-lama chantek ler….*cehhh~

Monday, February 27, 2012

Abseiling + Flying Fox

February 27, 2012 13

semalam berpanasan di Balai Cerap, UTM….demi nak join aktiviti hujung minggu kelab…seawal pukul 7 pagi da bersiap untuk tolong wanie handle budak-budak nak join…*hari kuliah pun tak der nak bersiap awal pon~ hak3…

nak kata join sepenuhnya, tak ada la kot…mentang-mentang da lepas jawatan…tahu nak main je kan…sekali try pun jadi laaa…bukan berkali-kali…sekali jer cukup!


abseiling…

flying fox…

IQ pun nak torai jugaakkk~


ok…cukup la tuh…ambik gambar sebelum turun…flying fox punye gambar? tak der~ lalalala~~

***************

tahniah kepada yang menjayakan program nih….


SRC UTM family

ok dah…..ni merapu jer nih…teropong benda yang tak patut! haha! tak der tak der…kami budak baik~

ok…bye~

peace yaw!

*** next program, Ekpedisi Arong…sape nak join? klik poster kat bawah nih yer!

flyer

cantek tak IQ buat? lalalalla~~~

Saturday, February 25, 2012

3 Stooges Yang Perlu Korang Tahu

February 25, 2012 3

BIAR TIADA BERHARTA
ASALKAN ADA TEMAN DI SISI

IMG_8892

ok, semalam nak update blog tapi tak tau nak update ape…petang tadi pun sama…tapi at last, ni tajuk yang IQ boleh buat untuk hari nih….entry khas untuk perkenalkan 3 stooges yang IQ selalu sebut dalam blog nih….

IMG_3811first….adalah Farah Zulaikha…nama panggillan farah atau Fazu….dulu masa mula-mula daftar masuk UTM, IQ first bercakap dengan dia, kononnya tanya kat mana nak bayar duit untuk baju rasmi Minggu Haluan Siswa (MHS)..then, dari mula bertanya….sampai la ajak pergi ke dewan sama-sama masa MHS…

first tengok farah mungkin orang akan cakap dia sombong, kerek…bla bla bla….tapi don’t judge a book by its cover! farah ni gila hotak dia…and sangat peramah ok! sekali kenal, nak kenal dua kali…haha! memang tak dinafikan….she’s amazing girl….cewaaahhh~ bangga la ko kejap farah bila aku cakap camni kan….

 

IMG_3776 copysecond, izzuanie…panggil wanie…kenal dengan wanie sebab dia roomate IQ masa mula-mula masuk UTM dulu….kalau tak sebilik, entoh bila boleh kenal budak nih….HAHA!

macam farah jugak….kalau orang yang tak kenal si wanie ni mesti orang cakap, dia ni garang….sombong…IQ pun fikir dia macam tu dulu tapi honestly, dia memang berbeza! gila-gila….kepala hotak memang tak betul kalau dilayan kerenahnya…but disebabkan kerenahnya juga, dia disayangi ramai orang….lalalalala~~~

 

 

 

IMG_3786last but not least….IQ….IQ nih paling blur, paling lembab dalam 3stooges nih….haha! tak tau nak kata apa, sebab dalam 3 stooges memang IQ selalu kena buli, sebab dua orang lagi kat atas nih serius nakal! selalu kenakan IQ kalau ada kesempatan….

IQ lebih suka memerhati dan diam bila 3 orang ni berada dalam satu kumpulan…kecuali, bila ada apa yang nak dicakapkan, baru la IQ bersuara, kalau tak…IQ memang jadi batu….diam….dan selalu dikatakan tidur bila dalam kereta sebab ada masanya IQ senyap seribu bahasa…. *plis percayakan IQ…IQ memang pendiam….kadang-kadang…HAHA!

 

orang di sekeliling kitaorang di UTM ni selalu akan nampak kitaorang bertiga…kawan-kawan dalam kelab kitaorang pun mula panggil kitaorang 3 stooges sejak mula kenal kitaorang….ke mana pergi mesti bertiga….kalau berdua jer, mesti akan tanya….”mana lagi sorang?” bila sorang-sorang, “mana lagi dua orang?” see….! rapatnya kitaorang sampai orang akan tanya sampai macam tu…

dulu, masa mula-mula masuk UTM, orang da nampak kitaorang rapat tak sampai seminggu pun….bila orang tanya, “korang dari matrik yang sama ker?” totally bukan! IQ dari matrik changlun, Farah matrik penang dan wanie matrik pahang….semua berbeza….tak pernah jumpa sebelum ni dan hanya rapat bila da masuk UTM nih…macam pelik tapi benar~

tu sedikit sebanyak pasal 3stooges…konon la 3stooges…ada yang pnggil keluarga beruang….yelaaa, papa bear, mama bear, baby bear….KONON~ orang yang panggil…kitaorang terima jer….

ok…bye…laptop kena operate jap lagi…see ya!

*** dua orang ahli stooges meronggeng…IQ stay kat bilik jer….sob3….

Thursday, February 23, 2012

Berpijak Di Bumi Nyata

February 23, 2012 7

IMG_3760

makin dewasa makin banyak perlu difikirkan

selalu beringat, makin lama dunia semakin mencabar

semakin meningkat umur, semakin banyak perkara yang perlu ditempuhi

bukan setakat menghabiskan duit untuk makan minum pakai

setiap masalah ada jalan penyelesaian

tak ada yang tak ada jalan penyelesaiannya

siapa yang cakap tak ada, memang tipu bebenor la tu

dan setiap masalah perlu ditempuhi dengan sifat sabar dan terbuka

kalau ditempuh dengan masalah, kemudian mengeluh sana sini

tak ada guna!

tenangkan hati, fikirkan setiap masalah ada hikmahnya..

ada jalan penyelesaiannya…dan ada kebaikannya….

***********
Lately IQ memang ada banyak masalah….macam-macam jenis…

kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala…

lepas satu, satu masalah timbul…serabut kepala hotak…

tapi makin lama, IQ makin faham kenapa semua ni berlaku…

sebab dulu, IQ senang untuk dapatkan sesuatu, sekarang baru la waktunya untuk IQ susah dapatkan sesuatu yang IQ nak….dan mungkin…lepas segala masalah yang IQ alami, IQ akan dipermudahkan untuk urusan seterusnya….Amin…

dalam segala hal, kita perlu matang…bila kita matangkan fikiran kita, kita akan bersikap rasional… segala keputusan yang diambil adalah keputusan yang terbaik…insya-Allah….

yang penting….BERPIJAK DI BUMI NYATA

sekian…..

 

*** ini bukan puisi/madah/pantun/syair…ini hanyalah coretan dunia blog IQ…hehehe~

Gambar Dengan Retis UTM

February 23, 2012 2

458773_2964302179819_1029558860_2840828_1399135599_o

415352_2964335340648_1029558860_2840858_669751110_o

415352_2964335420650_1029558860_2840860_200922605_o
credit to owner punya gambar…pinjam sat nooo~

gambar-gambar ni hampir setahun yang lepas masa program Fenomena Fest anjuran kolej IQ…adegan gambar-gambar ni berlaku lepas bergambar dengan Najwa Latif…tapi apa-apa pun IQ minat band dari UTM ni sebab band ni sempoi habes!

band ni namanya….ntah ler, tak tau nak cakap sebab masa tanya dorang, dorang bagi nama Atta, padahal Atta tu nama salah seorang ahli kumpulan tu…band ni terdiri daripada budak-budak Archi…bermaksud Architect…suka budak-budak Archi sebab dorang memang sempoi dan stylish…

dulu IQ nak jadi budak Archi tapi abah IQ tak bagi….kalau tak mesti best….bukan sebab nak join diaorang nih….sebab memang IQ minat senibina…tapi nak buat macam mana….ada jugak dulu berhasrat nak cari pakwe budak Archi tapi simpan je la niat tu…..hehehe~ chubby dulu pun minat Archi dan pun mengalami masalah macam IQ….ayah dia tak bagi…hihihi~

ok, nak gi kelas…bye!

*** tak nak letak gambar Najwa Latif…lalalala~

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #12 Berubah?

February 22, 2012 7

425553_10150611836062454_625492453_9066014_919928801_n

ada kawan kat FB cakap

“amboi gambar mcm mak datin gitu.hahaha”

alamak, terlebih sudaaa~

tengah nak berubah jadi perempuan…perempuan yang lagi perempuan…

try and try..umur da makin besar tak lama lagi…hope boleh la kan? kan?

ok…bye!

*** keluar dengan chubby pun pakai macam nih, apa katanya? SUKA! hehe~

Tuesday, February 21, 2012

Segmen : Saya Join, Pasti Dapat Doodle

February 21, 2012 8

Nama Panggilan Anda : IQ [Iez Qis]

URL belog : http://izyan5025.blogspot.com

Negeri Kelahiran : Terengganu
Warna Kesukaan : Biru, Coklat, Pink Sakura

tag Miss Tina, Miss Anyys and Miss Renex

last minit buat, memang nak kena jugak la si Azlan Typewriter nih…haha! nyway thanks sebab sudi tag,…lalalala~~~ sape nak join, sila klik banner doodle…

bye!

*** seb baek ad tenaga lagi lepas balik dari gym

Hasil Mak Cik Rayyan

February 21, 2012 2

DSC_0276

semua orang tertanya-tanya macam mana dak Rayyan boleh buat muncung macam tu….IQ just senyum…senyap…haha! ni la hasil pengajaran IQ semasa duduk kat rumah kakak IQ yang lepas…dak Rayyan da pandai buat muncung….!!!

pada awalnya geram kat pipinya…tembam! pastu nak cubit tapi kakak IQ marah cubit pipi, takut menggelebeh la plak kan….then, geram sangat, pegang dua pipi dak Rayyan macam nak bagi mam ubat…lepas tu, terus dak Rayyan tak berenti buat muncung sampai sekarang…HAHA!

bila dak Rayyan buat macam tu macam tanda protes tapi lepas tu bley plak senyum….dak Rayyann memang ngade! ngade tapi comel! Rindu dak Rayyan!

ok bye….HAHA!

*** pergi kelas, tak sampai 15 minit keluar balik, lecturer tak datang!!!! sambung petang nanti….lalalalala~

Monday, February 20, 2012

Diary Lama

February 20, 2012 3

salam semua

hari ni first day kuliah kan…IQ banyak nak tulis…pasal macam-macam…tapi keadaan tak mengizinkan…sebabnya laptop IQ buat hal, bila-bila masa je boleh shut down…so, kena taip cepat-cepat!

DSC_0269

pasal diary lama….tadi IQ buka kotak buku IQ kat bawah meja nih, guess what….? sepanjang IQ duduk kat UTM ni, belum pernah lagi IQ bawak balik buku-buku IQ sejak tahun 1 lagi…!! kenapa? yela, selama ni IQ balik cuti semuanya naik bas….mana la nak angkut semua tu…tunggu habes belajar, da bertimbun nanti, bawak barang balik pakai lori….haha!

then, niat nak cari nota lama….then, terjumpa diary lama…sebelum IQ ada blog, IQ memang tulis diary….masa mula-mula ada blog pun masih tulis diary tapi lama kelamaan hilang begitu jer, sebab semua catat kat Dunia Blog IQ…tu pun kalau ada masa….

selak satu-satu….kesah dari matrik pun ada….nak tergelak pun ada…yeaahhh~ kesah seorang gadis yang masih dalam proses mematangkan diri masa tu…..serius macam budak-budak! ayatnya pun macam CESSS! kelakar giler~! macam budak darjah satu luah perasaan….HAHA!

tapi semua tu adalah kenangan…teringat masa syok kat sorang mamat, then sorang mamat…dan mamat seterusnya….SYOK je pun, bukan nak pun….bak kata orang, suka tengok….tapi tak bermakna sayang, cinta dan bla bla bla….hanya certain je yang betul-betul sayang cuma kalau da tak ada jodoh…nak buat macam mana lagi kan….

semua tu kenangan dan akan jadi kenangan selamanya….tak akan kembali…IQ tak harap benda yang sama berulang, cukup la sekarang yang telah memberi IQ seribu satu kenangan terindah yang terbaru! dulu mungkin banyak yang sedih sebab masih dalam perasaan awal remaja yang penuh emosi tapi sekarang mungkin sudah berkurang emosi kerana mungkin usia makin mematangkan diri….*cehh~~ HAHA!

cukup la tu….IQ da ngantuk, masih awal…belum pukul 10 malam lagi tapi penat! redah hujan pergi cari kedai untuk cari thermal grease untuk laptop IQ….kalau dapat nak mintak sesiapa yang boleh letakkannya….hurmmm~ cian laptop….nanti ada duit lebih, pasang air-cond lak kat laptop nih…sejuk sket….

ok bye~

*** lama tak menulis…tak sedar da ter’panjang’kan entry….

Wednesday, February 15, 2012

Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

February 15, 2012 7

HAHA! join contest lagi….tak pernah serik….weeee~~~

sape nak join? klik banner kat atas….jangan ternganga jer…=P

IQ malas nak banyak cerita…ni gambar yang IQ nak letak..

3stooges

gambar ni IQ bagi nama 3 stooges…3stooges menandakan kitaorang memang rapat, akrab, intim? dan seangkatan dengannya…ni gambar terbaik yang menunjukkan kegembiraan kami sepanjang 3 tahun berkawan rapat…susah senang bersama…mana nak cari beb kawan macam nih….dan IQ jumpa mereka dari hari permulaan IQ masuk ke UTM….sampai sekarang…bersyukur IQ kenal diaorang…Alhamdulillah….

gambar ni just candid sebaik sahaja kami sampai di suatu program kolej yang diberi nama FENOMENA…yang dihadiri oleh Najwa Latif pada sebelah malamnya…masa tu Najwa Latif pun tak jadi retis lagi ok~
dari kiri, farah, wanie dan IQ

IQ tag Cik Tina, Cik Renex dan Cik Anyys

sekian

Wordless Wednesday ntah ke mana…

February 15, 2012 4

Danbo_Danboard_photo_282346

da lama tak buat wordless wednesday…mungkin hari ni tak buat lagi…sambung bila da balik kampus la nanti….

sejak dua menjak nih IQ selalu sangat terasa nak tukar header, masa cuti buat header macam-macam gaya/style/corak..bla3….last-last….sangkut plak dengan header yang atas nih…padahal simple je…baru buat tadi…terus letak jadikan header…da jenuh pakai header gambar sendirik….

esok IQ balik UTM…nak selesaikan hal yang perlu diselesaikan….hal apa? ada la sket…IQ kan student bermasalah…haha! yang penting esok balik abang long, along, mak abang long dan si budak gedik comel rayyan pun ikot sekali….yang tu best!!! yeaaahhh!! tapi lagi best kalau ummi dan adik asyraf ada sekali….ummi tak pernah berpeluang jenguk IQ di UTM sebab tak ada nak bawakkan…masa IQ daftar UTM dulu pun, IQ datang dengan abah IQ sebab masa tu ummi IQ masih tak berapa sihat…sedih….

haaa…korang plak bila nak balik? balik la cepat-cepat yerp! IQ nih da la suka balik cuti balik kampung lewat tapi datang UTM awal plak…bukan nak sayang UTM tu lebih-lebih…tapi ntah la….haha!

ok…till then…bye!

DSC05706
say hye to UTM my dear rayyan….

*** ntah berapa orang la yang ada kat UTM tu yerp…..

Monday, February 13, 2012

Bertandang + Coklat

February 13, 2012 2

salam semua

11022012 ari tu ada majlis bertandang kat umah tok IQ, pak sedara IQ yang paling bongsu da selamat berkahwin, entry yang sebelum ni IQ ada letak gambar masa majlis pihak perempuan…..sekarang belah kitaorang la plak…tema? coklat…IQ letak sekeping je la gambarnya….sebab malas nak letak banyak da….*cehh~

425112_277393598998031_100001821790394_746089_1187578043_n
gambar ni IQ cilok dari FB mak sedara IQ….hehe…disebabkan along dan ummi tak bawak kamera masing-masing…

ni hanya sebahagian je anak-anak sedara….tak campur yang lelaki lagi…ada lagi anak sedara perempuan tak masuk….cucu tokki da lebih 50 orang….kalau semua bergambar atas pelamin, roboh la pelamin gamaknya….

ari khamis atau rabu IQ akan balik ke UTM….balik awal sebab ada hal yang perlu diselesaikan…..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar….sekarang pun IQ ada kat temerloh, umah kakak IQ….duduk sini memang online la sepanjang masa….

thanks pada sesiapa yang vote IQ untuk photocontest2011 anjuran blog khadari….IQ terpilih TOP20 hari tu tapi disebabkan tak online, dan tak dapat nak kutip vote dari kawan-kawan kat FB….sedey jugak tapi layan je la….hehehehe…

ok.bye!

*** dapat main dengan dak rayyan mushuk yang tembam!