Monday, November 28, 2011

tEtAp AdA dUkAnYa

November 28, 2011 2

comel102

tiap suka ada duka
lumrah hidup…
yang ketawa pastinya akan menangis…
cukup la masa untuk ketawa,
kini masa untuk basahkan pipi pula…
seimbangkan balik dengan nilai ketawa tadi…
boleh tahan kuyup pipi ni….

mood : sedih la beb~

 

*** cik martina, sorry…kali ni saya unhappy…=(

*** hometown sudah bertukar….mood? unloading~

Friday, November 25, 2011

KuAt sAnGaT pUn mEnYuSaHkAn PuLaK~

November 25, 2011 4

tajuk entry bukan dibuat-buat…tapi ini hakikat…rasa geram! apa pun tak bley nak buat…disebabkan dia, habes kerja dan minat IQ terbantut!!!

ini semua kerana BIT DEFENDER 2010, antivirus yang IQ guna pada laptop IQ sekarang…antivirus ni di’install’ oleh senior IQ masa laptop IQ rosak tempoh hari….memang amat teramat sangat berguna, dan memang kuat kesannya TAPI…..

disebabkannya, IQ tak dapat nak buat kerja edit-edit macam dolu-dolu! mesti korang perasan kan? IQ da tak de nak tukar-tukar header, nak cantek-cantekkan blog IQ nih, stay sama selama hampir dua bulan nih…kan? ni semua disebabkan BIT DEFENDER tu….dia sekat habes application/sofware IQ yang disyaki ada virus!

memang la bagus, tapi sampai sekarang la IQ tak boleh nak edit header IQ…IQ ingat nak buat perubahan sket pada header IQ nih, tapi nampaknya niat hanya tinggal niat….sardis!

tapi bukan software adobe photoshop IQ je yang ada masalah, software edit video pun sama, dan sampai sekarang la ada masalah dengan software nih….adessss~ nak buat macam mana nih? GIAN nak buat editing, gambar dan video…semua sama naik….

nak buang BIT DEFENDER tu, tapi….tak boleh!!! apa yang dia cakap adalah…..

bit
#banyak kali retry pun jadi lagu nih jugak….tak tau nak buat macam mana~

nak kena mintak nasihat senior lepas nih, sebab dia yang install kan….nak kena pakai antivirus biasa je nih~ kalau tak, project akan datang pun tak boleh jalan, dah la banyak software engineering kena install nanti~

sesiapa tau solutionnya tak? kalau ada, komen kat bawah ni yerp!

bye~

*** malam ni balik Ganu, mungkin jejak k.terengganu buat terakhir kalinya….mungkin~

Thursday, November 24, 2011

cAnDiD tImE cOnTeSt

November 24, 2011 6

luper sebenarnya nih, kenapa luper? da ditag oleh cik Renex dan da janji nak buat tapi ntah macam mana lupa sangat-sangat! sorry yerp cik Renex! thanks sebab tag IQ untuk join contest nih….=)


klik gambar untuk sertai

IQ cuba jer, tak harapkan menang…

dan IQ pilih gambar nih…

IMG_9403

masa jamuan raya, tiup belon tandanya kena penalti…muka cuak sebab dalam belon tu ada tepung, silap belon tu pecah, memang kena muka! gambar serius candid sebab IQ cuak giler masa nih, tak sedar da bestfriend IQ capture gambar nih~ adoi laaa~

 

tag paan kowt, nad, dzarief zuhdi, anyys, apel, uzair, syaimz dan senang cerita, utm bloggers….

hahaha!

ok bye~ =)

Al-FaTiHaH

November 24, 2011 0
Al-FaTiHaH

semalam dapat call dari sepupu lelaki…dia bagitahu dia ada di rumah tokki…pelik~ kenapa ada kat rumah tokki pun nak bagitahu…padahal, rumah dia dengan tokki, bumbung pun boleh nampak….dekat sangat….

“nyang tak dop doh, ninggal doh” – sepupu
translation “moyang tak der dah, da meninggal”

“Innalillahiwainnailaihirojiun….bila?”- IQ

“dalam pukul 11.10 tadi”- sepupu

IQ tengok jam, da hampir pukul 12 tengah malam…

IQ sudah tahu, masanya akan tiba jua…arwah memang da tak larat…hanya mampu baring dan baring…arwah adalah moyang IQ sebelah tokki IQ…moyang IQ sebelah nenek IQ meninggal masa IQ darjah 6…tak dapat nak balik serta merta sebab da rancang balik hujung minggu nanti…cuma dapat sedekahkan doa dan Al-Fatihah dari jauh….

moga Arwah tenang di sana….AMIN…

sekian

 

*** baca dalam group family, katanya kebumi selepas waktu zohor nih….moga dipermudahkan segalanya~

Wednesday, November 23, 2011

wOrDlEsS wEdNeSdAy #6 sEjAtI

November 23, 2011 2

IMG_1517

tiga sekawan…

kalau sesape perasan mesti bertiga

makan bertiga, minum bertiga
tidur bertiga, mandi bertiga
gaduh bertiga, tak puas hati bertiga
berkawan bertiga

segalanya BERTIGA

kami

friendship never ends

bye

 

*** habeskan sepetang meronda-ronda UTM bertiga…

Tuesday, November 22, 2011

IdEa dI MaNa-MaNa….

November 22, 2011 0

salam semua…

puas tak cuti sehari? heee….hari ni Johor cuti yerp, bukan cuti menang bola semalam yerp…haha! Bersyukur sangat-sangat dengan kejayaan pasukan skuad Malaysia dalam Sukan Sea…walaupun tak menjuarai tapi bagi acara yang ber’dramatik’ macam bola sepak, memang menarik perhatian ramai pihak…kan?

cakap pasal idea…korang nak menaip entry…korang korek, asah idea dekat mana? cuba habaq sket kat cheq…IQ pun nak tau gak idea korang dalam menulis entry….yela, kadang-kadang IQ tengok ada sesetengah blogger update blog sampai 5-10 entry satu hari…atau lebih? ke macam mana?

bagi IQ sendiri, idea di mana-mana…di mana sahaja kita berada, di situ la idea kita akan ada…dan atas kita nak menulis tentangnya atau tidak…IQ ada banyak idea nak dituliskan TAPI…disebabkan gadjet IQ tak secanggih blogger-blogger otai yang pakai android bagai, sebaliknya kena bawak, pikul benda segi empat tepat ni dan mencari sumber WI-FI yang ada di sekitar lagi la membantutkan entry di blog nih…

sesiapa yang ada broadband memang best, advance la senang cakap…tapi kalau ada android lagi cun…cari hotspot/wi-fi area terus boleh update…di mana-mana idea muncul terus update…kan?IQ tak dapat nak update blog selalu sebabnya kengkangan internet…dan geram jugak la kalau idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi terpaksa di’ignore’kan….tragis plak rasanya….

idea yang datang tak patut disia-siakan…kalau ia datang,, ambik pen dan kertas…catatkan…tak pun taip dalam handphone dan simpan as draft…buat isi-isi penting? ke tulis tajuknya je? depend pada korang…pada IQ, tulis tajuk pun da cukup…sebab dari tajuk, kita ungkai segalanya….kan?

entry ni mungkin tak berguna pada sesiapa yang ada gadjet canggih-canggih…tak per, just tips for beginner blogger…mungkin….haha!

cukup setakat di sini~

sekian…

 

*** IQ sedar something ada yang tak kena….hurmmmm~

TaHnIaH!

November 22, 2011 5

salam semua….nak buat ucapan tahniah sket…

  • tahniah buat skuad bola sepak harimau malaya yang menggondol pingat emas dalam sukan sea…

IQ just dapat tengok separuh masa pertama sahaja! huhuhu~ sebab habes masa pertama terus naik bas ke Skudai…mujur chubby bagitau yang MALAYSIA dah menang!!! masa tengok separuh masa pertama memang sakit hati jugak dengan skuad garuda, memang betul kata kawan-kawan di facebook, garuda da bertukar jadi ANGRY BIRDS!!!

  • tahniah buat Paan Kowt yang da genap umurnya semalam…dan jugak kawan-kawan yang genap umurnya hari ni~ sape? Dzarief Zuhdi!!! happy besday!!! dan jugak~~Brad Apit? sape Brad Apit? Paan Kowt kenal…haha!
  • tahniah buat Along kepada chubby yang da berkahwin…moga kekal selamanya…Amin~
    insya-Allah, tak lama lagi IQ pula~ =P *berangan
  • tahniah buat John Cavalera…eh…Mohd Hanafi, yang da berkahwin jugak…. moga cepat-cepat dapat baby~ bley buat kenduri akikah kat UTM ~ hehe~

semua orang da kahwin…bila lak IQ punya time…hak3~ berangan tak sudah, belajar tak habis ada hati kahwin…muda lagi la cheq oit~ HAHA!

da cukup! tak reti nak tidur…da pukul 6 pagi, pukul 8 pagi da start meeting AGM…..adess~ time to lepas jawatan….

ok bye!

*** misteri terungkap…

Thursday, November 17, 2011

tAaRe zAmEeN pAr….bEsT!

November 17, 2011 3
tAaRe zAmEeN pAr….bEsT!

sape pernah tengok cerita ni??? angkat tangan cepat!!!!! bagus bagus~ tengok jugak korang filem hindustan ek…hehehe~

kat kelas tadi, lecturer traffic pasal dia tengok cerita nih…katanya dia teruja tengok cerita ni sebab sebelum ni dia belum pernah tengok cerita hindustan sebagus cerita nih….haishhh~~ kenapa berkerut dahi tu….betul la apa IQ cakap nih!

sape yang pernah tengok cerita nih, memang korang akan cakap best kan?? kisah seorang budak yang tersangkut dalam pelajarannya…kerana satu penyakit yang dipanggil disleksia…kemuncaknya apabila hero masuk sekolah sebagai guru….memang terbaek!

cerita ni banyak pengajaran, macam cara melayan kanak-kanak bermasalah, cara mendidik anak…yela, sekarang ibu bapa suka anak-anak yang bijak pandai…anak-anak yang kurang pandai plak macam mana kan? cerita ni jugak macam cerita 3 idiot…banyak pengajaran yang sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni….

pada korang yang belum tengok….sila tengok….ok!


aamir khan bertindak sebagai guru yang sangat prihatin!


watak ‘ishaan’ yang kadang-kadang menitis air mata nih!


lukisan yang bagi sejuta erti [cewahhh!]

intro crite nih~

IQ suka lagu nih~ =)

“ BUM BUM BOLE!!! mesti medole~”

mood hindustan…oh man~

bye!

*** minat tak semestinya fanatik….kan….

tErUk!

November 17, 2011 0

IMAG1026
yang teruk itu aku…

tenuk pun bley gak~

Wednesday, November 16, 2011

sAyA hOt! aWaK tAk HoT!

November 16, 2011 5

aahh sudaaahhh~~ apa plak nih!!!

sebelum tu, salam semua!

senang cerita, IQ nak tanya korang la kan….kadang-kadang korang ada tak rasa jengkel giler dengan orang yang bajet bagus?? bajet bagus laaa, macam

“dia sorang je betul
dia sorang je femes dalam alam maya nih,
dia sorang je hot
dia sorang je insan ter- dalam abad nih
dia bla bla bla”

epul punye

haaa…ada? well, IQ tak nafikan, IQ memerhati gelegat sorang makhluk nih, well, ye ar…kita nak berkawan dengan dia gak tapi kita nih tak dilayan…layan orang femes-femes je….orang hot-hot je….tapi da tau tak nak layan, asal add IQ dulu kan??? IQ nak add orang yang tak kenal..? pliz~ not me~

perasan yang dia nih bajet hot masa IQ letak link entry blog IQ nih kat satu group dalam facebook, well…dia sebagai ADMIN YANG AKTIF memang akan buka kan link blog IQ tu kan…tapi langsung tak komen, budak-budak group yang lain plak komen kan…padahal entry ‘hot’ kot masa tu…

bukan nak bengang sangat, tapi geram je la, dulu beria add, sekarang lebih kurang jugak dia buat….tapi ye la kan…..orang hot je update status selang 10 minit….kan? ishhhh~ ngumpat! tak baik tak baik!

anyway, kalau banding femes, IQ lagi femes! femes kat group UTM blogger tercinta! kan? kan kengkawan? hehehehe, dia femes kat group terbabit, IQ femes kat group IQ…cukup la tu…da terlebey hot nanti~ tak mau la…nanti kepanasan lak kena mengata orang….hoho~

nasihat percuma tanpa perlu dibayar : hot-hot pun kita semua sama…sebab kalau kita kat akhirat sana pun berdiri sama-sama…

bukan nak cakap IQ ni kekurangan perhatian, tapi cukup la dengan hormat…

da, cukup! bye~

*** nak unfriend ke tak? kang tak unfriend, banyak la dosa IQ dapat….haishhh~
*** nak cari gambar, tulis keyword “saya hot”, adesss….buta penglihatan jap! haha~

wOrDlEsS wEdNeSdAy #5 LaMa

November 16, 2011 3

IMG_0001

old skool…

masa darjah 2 atau 3…

luper bebenor da nih~

dan IQ paling INDIA

  1. along – orang cina
  2. angah – orang putih
  3. achik – orang india =.=”
  4. ateh – orang jepun

ummi cakap  laa dolu-dolu~

 

*** masa ni masih berempat….selepas dua tiga tahun baru berlima…

Tuesday, November 15, 2011

HaBiS sEmUa NaK jADi BloGgEr

November 15, 2011 7

salam semua

hari selasa, macam biasa, kelas pagi sampai pukul 11 pagi yang tadinya bermula pukul 8 pagi dan akan bersambung pukul 2 nanti plak….dan kelas pukul 2 nanti serius bosan! ETIKA…oh man~ da banyak kali ponteng, minggu lepas da kena panggil…malu kejap depan Dzarief ZuhdiEmbarrassed smilehaha! tapi tetap pertahankan diri…

“ saya pergi kelas tapi tak tandatangan jer! ”
betul…tak tipu la!

“ nanti cerita lain, buat keterangan bertulis lain nanti ” – lecturer Etika
mentang-mentang la lecturer etika, suma nak skema, adess~ politik-politik~~opss~

 

tajuk entry lain, cerita lain plak…tak aci…tak aci…anyway, just nak introduce kat korang anggota-anggota badan-badan berkanun…erkkk…silap, anggota keluarga yang ber’belog’ jugek~ bukan baru buat blog tapi baru nak aktif balik…kata dorang, sebelum ni da buat blog tapi ada yang tak hengat password laa, hape la kan….

header blog

ni blog adik IQ, nama dia? QRATU…short form dari Qurratuaini…nak tengok blog dia, just klik header dia kat atas nih….adik IQ ni da banyak buat blog tapi selalu makan ape ntah yang jadikan dia pelupa sangat…blog yang atas ni da blog ketiga…blog kedua dia IQ ada tolong buatkan tapi bermasalah plak emel dan passwordnya…adess….

mungkin ada sesetengah kawan-kawan blogger IQ da folo adik IQ nih, sebab dia ambik link-link untuk blogwalking dari bloglist IQ….hehe…bagi tips yang sepatutnya untuk blogger…bagus kan? *muntah! header blog dia? semestinya IQ yang buat…..Smile with tongue out

header blog along

blog kakak IQ yang sulung, semestinya blog orang yang da berkahwin…blog dia mostly pasal kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri…Winking smilesi kecil yang comel yang berada di tengah-tengah dalam header tu semestinya anak saudara IQ yang pertama…comel! da lama tak jumpa beliau….bila ntahnya dapat jumpa…huhuhu~

blog along IQ ni da banyak update berbanding adik IQ…sebabnya blog adik IQ baru je buat minggu lepas…IQ selalu ingatkan dia untuk update…mungkin cara penulisan masih lagi ada banyak kekurangan…kena pertingkatkan lagi~ Smile

*sila la blogwalking di blog mereka…terima kasih*

sekain..eh…sekian…

 

*** lagi sejam untuk kelas buhsan….yang peliknya, budak-budak lelaki selalu gak kurang…attendance penuh je dorang tu….haaaaaaa!!!!

Monday, November 14, 2011

EsS pI eM!

November 14, 2011 2
EsS pI eM!

salam semua!

semalam IQ selamat sampai di bumi UTM jam 12 setengah tengah malam….dari K.Lumpur…kenduri selamat dijalankan dan akan bersambung minggu depan….penat? yeaahhh~~

semua orang duk post pasal exam besar nih….SPM…kan? status kawan-kawan IQ di facebook pun banyak yang tetiba nak dinyatakan…

“esok exam, kena tidur awal malam nih”

“nak jawab apa dalam paper BM esok yer”

hehe, bukan nak cakap korang gedik…saja nak show je…hek hek hek…IQ pun semalam nak tulis status macam tu, tapi da ramai sangat tulis, macam tak gempak lak nak tulis kalau semua asyik tulis perkara yang sama….ye tak? kan? kan?

budak-budak yang ambik SPM yang IQ kenal setakat nih….

  1. Alyani Munirah (sepupu belah ayah)
  2. Mardhiah (sepupu belah ayah)
  3. Nurul (sepupu belah ayah)
  4. Mohd Razif (adik kepada chubby IQ)

sepupu-sepupu belah mak IQ tak berapa ingat umur diaorang…yang sepupu belah ayah nih pun tengok status salah seorang sepupu yang suka buat ucapan kat facebook…then, IQ baru ingat umur diaorang…haha!

kepada senarai nama di atas, dan kepada calon SPM…selamat la yer! buat betol-betol…jangan jadi macam kami [kakak-kakak dan abang-abang] nih dolu-dolu…SPM teruk! manyak maen~ haha!

k la, tunggu gambar masuk…nak update sesuatu~

bye!

*** da 5 tahun meninggalkan dunia sekolah rupanya….haihhhh~

Thursday, November 10, 2011

PiNdAh

November 10, 2011 4
salam semua!
ada yang da balik kampus ke? hehehe, IQ balik hari ahad nih yerp….balik dengan budak-budak kelab IQ yang habis berekspedisi di Bentong nanti….hari jumaat nanti IQ akan ke Raub, ada kenduri di sana…so, akan tumpang balik ke UTM dari Bentong….jimat? tak jugak…sebab dari Kuala Terengganu ke Raub nanti pun kena beli tiker sendiri…wuuuu~
pindah? yup! family IQ akan berpindah! ke mana? ke Kuantan…negeri asal ummi IQ…kenapa pindah? ubah angin…hehehe…nanti IQ boleh balik kerap sebab dekat je la nanti…best-best! dijangka pindah hujung bulan nih….insya-Allah…
so, IQ balik ni pun sebab nak kemas barang-barang IQ sket…tapi mujur la barang IQ tak banyak sebab dari dulu sampai sekarang, barang IQ memang kurang disebabkan IQ memang tak lekat kat rumah sejak zaman sekolah lagi dan da banyak kali jugak family IQ berpindah rumah…so, makin lama, barang IQ makin sket…haihhhh~
IMAG1147
ni koleksi majalah KLIK yang menjadi feveret IQ dolu-dolu….
paling sayang yang depan tu gambar Peterpan kat depan tu, IQ beli masa tahun 2006…
yang palung lama dan terawal!
tapi semua nih bakal dibuang..sob sob sob~
IMAG1150
komik-komik keluaran GempakStarz yang menjadi kesayangan IQ sejak tahun 2005..
simptom minat komik sampai masuk matrik…yeaahh~~ hehehe~
sekarang da kurang, kalau tak, da jadi macam Itik Kuning, beli komik kat pesta bundle ari tu kan kan kan? heeeee~~~~
IMAG1149
sejak da matang sket-sket nih, minat apa macam dalam gambar tu la, majalah tu sume hak milik kakak IQ tapi IQ curik memandangkan kakak IQ da tak tinggal kat rumah nih…heee~ ada buku pasal aktiviti outdoor jugak…yang tu best!
08
jumpa album lama, album peribadi…yang ada gambar budak-budak…
gambar meniarap, terlentang…
macam-macam!
IMAG1165
da siap kemas, sekotak cukup~
buku organic chemistry tu untuk dak-dak pra-u tapi IQ guna masa matrik dulu…
buku abah IQ…masa dia blajar dulu…
IMAG1166
achik = IQ
faham?
hahahaha!

*** doakan semuanya berjalan lancar…AMIN~

Tuesday, November 8, 2011

MaNisNyA rUmAh iTu!

November 08, 2011 3

salam semua!

HOME SWEET HOME

pe kabar semua! hehe~ dengar katanya ada sesetengah student U yang balik awal…hari ni da mula student U pulang ke kampus masing-masing…mesti korang tak dapat cuti extend dua hari…tak per tak per…sabar…huuu~

hari ni IQ baru nak beli tiket….memang confirm la tiker balik JB habes punyaaa….tapi IQ nak ambik tiket ke KL, sebab nak pergi kenduri kahwin abang kepada chubby dulu….hek hek hek….so, extend cuti dua hari….rasanya memang kuliah dua hari esok dan lusa ni memang ditangguhkan…iye ke? hek hek hek~ memandai je kan buat cuti, padahal da balik awal! ceit~

hari raya? hehehe, ada buat korban tapi tak libatkan diri sangat….memang best kalau nak cerita bab jumpa sedara mara….well, sebelah pantai timur nih memang meriah kalau tiap kali hari raya, tak kira puasa atau pun korban…sama-sama naik meriahnya!

hari ni hari ulangtahun kelahiran abang angkat IQ…abang angkat? euwww~~ ada abang angkat? macam zaman-zaman sekolah plak nak angkat-angkat nih….well, ada kelebihan kalau anda ada abang angkat…nak tahu? pergi cari abang angkat sorang…dan korang tau apa kelebihannya! eceh~~~

abang angkat IQ banyak tolong IQ…IQ kenal dia sejak tahun 2008, masa IQ kerja part time sebagai pembantu dapur/cashier kat sebuah food court…abang angkat IQ nih seorang chef!!! memang masakan dia sedaaappp~~~ masa IQ kerja dulu, memang selalu mintak dia masakkan untuk IQ…haha! abang IQ nih orang sabah bhaa…berhijrah ke semenanjung da lame, sampai dia pun banyak family angkat kat semenanjung nih…..haihhh~~~ =.=”

03042008202
gambar serius lama! barisan chef yang pro! dan pembantu dapur yang comel…hak hak hak~
abang angkat yang mana satu? dalam gambar ni dia tak menonjol, sebab masa ni dia baru kerja kat tempat kitaorang…dulu botak, sekarang da berambut….so…teka teka teka! yang mana satu~~

ok, entry merapu…lama tak buat entry merapu….dapat online pun kira ok la kan…ok..bye!

sekian….

*** banyak assignment tapi macam tak ada assignment~ oh man~~

Sunday, November 6, 2011

sAlAm AiDiLaDhA bUAt SeMuA!

November 06, 2011 0

raya aji

Salam Aidiladha buat semua yang mengenali IQ….

mohon seribu kemaafan atas segala salah dan silap…

jom tumbang lembu pagi nih!

sekian…

 

 

 

*** auto-publish entry….entry dibuat pada 1/11/11…hek3~

Wednesday, November 2, 2011

MaCaM bIaSa

November 02, 2011 6
MaCaM bIaSa

salam semua….

ni mungkin entry TERAKHIR IQ….yeaahhh~ terakhir! terakhir! dan terakhir!

bukan IQ nak tutup blog la kawan-kawan sekalian…seperti makluman yang lepas, IQ akan bertolak balik kampung malam nih…yeaahhh! ponteng kelas selama dua hari…empat subjek akan blank bila naik cuti nih…oh man~ nak buat macam mana…bukan nak..tapi TERPAKSA

so, MACAM BIASA….bila da balik rumah nih, internet memang tak ada la…nak update hape-hape pun tak bley…apa pon tak bley! heeh~ nak buat macam mana, family bukan family berada….atap rumah pun atap nipah je…[ceit! ayat belas kasihan! gurau gurau!]

pada kengkawan blogger yang singgah dan pergi dari blog nih, rajen-rajenkan tangan tinggalkan jejak yer, sebab IQ akan jejak korang balik….IQ akan buat bila IQ boleh online dan tak busy…kalau boleh online tapi busy nak mati tu pun tak boleh jugak~ heh~

pesanan buat Nad si itik kuning dan Paan Kowt si talking to the moon…sorry sangat-sangat sebab tak sempat nak meng’join’kan diri dalam game yang ditag oleh korang tuh, nak buat tapi ianya perlukan kosentrasi yang sepenuhnya! macam jawab test tuh~ kena selak-selak buku sket…baru cukup syarat kan? heh~ heeee~

cakap pasal test, test Hydrology pagi tadi best! sebab apa? sebab IQ study dan rupa-rupanya OPENBOOK TEST…memang WELL PREPARED la kan…tapi ada jugak soalan yang konpius…haihhhh~~ hilang markah! rugi! rugi! rugi!

okeh la kengkawan….sebelum IQ tutupp kedai untuk musim raya nih…IQ nak ucapkan…

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF.ZAHIR.BATIN.

sekian

 

*** tetiba dapat kerja banyak sebelum balik….oh man~

wOrDlEsS wEdNeSdAy #2

November 02, 2011 5

321165_10150373706242454_625492453_8281488_1160464215_n

saya sayang roomate dan ex-roomate saya…Red heart

 

*** IQ bangun awal pagi nih, gara-gara tak ada elektrik semalam…pukul 5 bangun untuk sambung study…semalam study dengan cahaya lampu minyak tanah…eh, cahaya lilin laa…suwit….demi test pukul 9 nanti….Hydrology…last paper test 1….

*** malam ni balik…petang ni dapat cheese tart untuk dibawa pulang! yeaaahh!!

*** baru perasan semalam tak buat entry padahal tarikh paling best dalam dunia…1/11/11 dan IQ genap 7 bulan kot semalam!

*** wordless wednesday baru no.2? haihhhh~

*** apasal banyak sangat side note nih?????