Monday, October 31, 2011

KeTaGiH!

October 31, 2011 6
salam semua!
hehe….pagi tadi IQ ada test kedua terakhir….amacam? boleh jawab ke tak? no komen pliz! hak hak hak…okeh, sekarang bukan nak cakap pasal test…sekarang nak cakap pasal ketagih….ketagih beb! KETAGIH! well, IQ tak nafikan, kalau IQ dapat apa yang IQ suka buat, IQ akan buat tanpa peduli sesape pun!…siyes!
dan sekarang IQ ketagih game ANGRY BIRDS! adesss…IQ da tau ada game nih lama tapi tak tau macam mana bentuk gamenya sebelum nih sampai la minggu lepas kan…IQ pinjam handphone budak kelab IQ…selongkar handphone dia cari game…dan terjumpa game nih….then, maen sampai lebam! sampai bateri handphone dia nak habes! hahaha..sorry Koma…haha!
then, semalam ke dua hari yang lepas, IQ pun da lupa….si wanie [kawan baik IQ] ni tunjuk application dalam google chrome….
dekstop chrome
application dalam chrome boleh cari dalam chrome web store macam dalam gambar kat atas nih…bermacam-macam application yang mudah boleh korang download…IQ macam gila sekejap bila ditunjukkan semua nih…dan application first yang IQ download adalah ANGRY BIRDS!! tengok la kat atas tu….hehehhee~~..so, kalau nak cari application menarik, sila pergi shopping kat chrome web store tu yer~
dan IQ pun ketagih dengan angry birds nih…adesss….stage da clear…nak maen angry birds chrome version lak….hehe…
angry birds
angry birds2
yang ni just nak compete highscore yang ada…macam yang tak memuaskan!
IQ baru je download game bouncy mouse tu….bley tahan la…macam-macam lagi game yang ada, tapi tak termain lak nanti…anyway, game angry birds ada offline version punye…game lain tak tau la macam mana…best kan? so, tak kesah tak ada internet pun…boleh main jugaaakk~~
ermmm…ermmm…test ada lagi satu…hari rabu nanti…pagi…tak study lagi nih..hehehe…kena stop main dulu la gamaknya…project punya introduction pun masih dalam proses…dan baru tadi dapat tau ada kerja lagi…kena buat redo test Traffic…hehe…so, bye kengkawan!
eh…lupa nak bagitau….IQ balik kampung 2hb, so…dua hari ponteng kelas….bukan nak,, tapi TERPAKSA! hehe…bye!
*** burung apa yang terbang tapi tak ada sayap…. jawapannya angry bird!!!! kredit to. mr ket~

Sunday, October 30, 2011

bOlA oH bOlA~

October 30, 2011 5

salam semua…

semalam da selamat piala malaysia berlangsung…yeaaahhh~~ negeri kesayangan IQ iaitu Terengganu KALAH dengan negeri sembilan semalam…1-2 tu….at least ada satu gol~ memadai la…..kan….tapi….

pagi ni IQ tengok berbagai mood dan ragam para penyokong….mungkin fanatik ke apa tak tau la kan…ada yang sedih, ada yang kecewa…dan ada yang redha…yang redha tu yang terbaik bro! serius!

kenapa redha tu terbaik? ye ar, bukan korang pun main, diaorang yang main, bukan diaorang nak kalah tapi keadaan da macam tu….tak perlu la nak kecewa bagai la kan…adat permainan la…dan pagi ni IQ pun tengok banyak link cerita pasal bola malam tadi nih….antaranya…

PENYOKONG N9 DIBELASAH KERANA MEMBAKAR BENDERA TERENGGANU…IQ malas nak letak link sebab bila IQ baca komen semua, macam berita tu salah….anyway, memang ada la gambar penyokong N9 terbaring…ntah kenapa….pemilik gambar cakap berita tak benar…tapi yang penting komen-komen kat bawah tu….masa IQ baca memang agak menyirap la kan…sebab ada pihak yang mengata orang pantai timur tak ada adap biarpun negeri kuat agama….

statement kalau nak buat kalau BOLEH jangan sampai naikkan darah orang, tak ada adap la…macam-macam!! kalau korang nak tau, semua negeri sama jer! kalau da minat bola, semua jadi fanatik, semua nak gaduh-gaduh….kan?

contoh senang la IQ bagi, benda ni berlaku depan mata IQ sendiri…berlaku di sebuah restoren terkemuka kat JB nih dan paling best nak tengok bola la senang….masa tu MAN U dengan ARSENAL…haaa..korang ingat? masa tu result dia 1-1…so, fair…tapi berlaku jugak pergaduhan…kenapa? sebab FANATIK….disebabkan penyokong MAN U bengang penyokong ARSENAL buka baju masa ARSENAL menjaringkan gol penalti tu, penyokong MAN U MENGHALAU penyokong ARSENAL yang buka baju tu apabila MAN U berjaya jaringkan gol penyamaan….see! lagi teruk bila ko kena halau depan berpuluhan orang kat restoren tu….yang paling kesian, disebabkan kena halau serta merta, handphone penyokong ARSENAL tu hilang…mana hilang? pandai-pandai sendiri fikir….

so, tak payah banyak cerita, kalau da fanatik, korang sanggup bertumbuk bagai, kalau menentang puak yang menindas umat Islam ada ke macam tu? tak ada IQ rasakan…kalau ada, hanya segelintir….kalau ada pun, main taip je…berjuanglah! berjuanglah demi agama tapi tindakan? TAK ADA!

JUST THAT~ puas IQ menaip….nak study plak….apa pun IQ tetap sokong mana-mana yang IQ rasakan bagus untuk disokong…no gaduh-gaduh…peace no war! yeaaahhhh~~

sekian….

*** bola tetap bola bang, bakar-bakar, gaduh-gaduh tak mo ek…no no no! hek3~

Saturday, October 29, 2011

sAyA mAlAs!

October 29, 2011 5

IQ ada project group
dan IQ MALAS nak buat…

IQ ada test hari isnin dan rabu
dan IQ MALAS nak study…

IQ ada baju kotor bertimbun dalam bakul…
dan IQ MALAS nak basuh….

IQ ada meja study yang bersepah
dan IQ MALAS nak kemas….

IQ tak mandi lagi
dan IQ MALAS nak mandi…

IQ ada blog
dan IQ MALAS nak update!!!!!

hihi!

tak boleh malas-malas! macam mana nak berjaya ni???

amin ya robbalalamin…

tak mo malas-malas!

IMG_5923
muka sengal~ memang MALAS! tapi masa ni demam, bukan malas….huuuu~~~
[siyes buruk muka masa nih….haha!]

done!

HAHA!

*** bangun, mandi…siapkan projek…petang ni bley climb kat larkin~ yeaaahhhh~~

Friday, October 28, 2011

tErInGaT…

October 28, 2011 6

salam semua…

tadi masa makan petang tadi, dua orang kawan baik IQ bercerita pasal kesah dorang masa pergi ke Bandung Indonesia masa Tahun Satu dulu…yeaahh~ semuanya kerana TERINGAT…teringat kesah silam boleh buatkan kita gembira, gelak, menangis dan marah pun ada….kan?

disebabkan dorang teringat kesah dorang masa kat indon, IQ pun sama…teringat masa pergi Indon jugak…IQ tak dapat pergi bersama dorang…sebab kuota…

IMG_5050
pergi Medan, naik gunung kat sana…yang paling tinggi dalam sejarah mendaki gunung bagi IQ

IMG_5505
dapat naik beca motor ramai-rmai…best…

IMG_5679
program dengan anak-anak panti asuhan

IMG_5768
berjumpa dengan warga kelab rekreasi kat universiti kat sana…USU..

IMG_5183
dan yang paling penting…melancong…haha!

IMG_5235
dan dalam banyak-banyak gambar, gambar ni paling sengal senior IQ ambik….damn! IQ plak jadi mangsanya….macam erkkk~ geram geram

tamat kesah TERINGAT..

sekian

*** kesah korang yang korang teringat? apa dia?

HyE kOrAnG~

October 28, 2011 4
HyE kOrAnG~

salam semua!

haha! macam sengal je…actually, IQ da meroyan selama 5 hari sebab tak dapat nak update blog nih! hari tu ada la sekali kan sebab IQ buka dan taip entry guna laptop kawan IQ….apa masalah laptop sebenarnya? tengok entry sebelum nih…malas da IQ nak letak link da kat sini…hek3~ [scroll ke bawah pliz]

haaa…da tau? bagus la da tau~ apa jalan penyelesaian yang IQ da buat untuk dapat meng’online’kan diri ni balik? mengeluh beribu kali baru dapat selesaikan…haihhhh~~

then, IQ terjumpa nombor untuk format laptop atau repair laptop ni kat satu flyer yang da lama IQ simpan…padahal ada lagi nombor lain tapi mungkin kerana faktor kewangan IQ elak yang bayarannya mahal…so, pilih satu nombor…mesej…dan cakap laptop tak boleh connect internet…

tengahari semalam dia datang ambik laptop nih…dan maghrib semalam, [selepas gathering UTM bloggers] isteri dia hantar….bayarannya bagi IQ agak mahal sebab IQ tahu laptop IQ tak ada la rosak mana tapi tak per la, da dia ambik dan hantar…so, biarkan aje…tapi….bila da ON laptop…tak dapat nak online jugak….masalah lagi~~

pagi tadi datang ambik lagi, tak sampai sejam da hantar balik, katanya ‘boleh je online’ tapi bila da ON tetap masalah yang sama…IQ pun da pening fikir…sampai la tengahari tadi, IQ berchat dengan senior IQ…IQ tahu senior IQ ni pandai dalam komputer…nama pun da peringkat master dalam bidang komputer…so, ngadu kat dia…sebelum tu da ngadu tapi just ignore sebab mungkin dia busy…tapi at last, dia tolong jugak….

dan akhirnya…laptop ini hidup kembali dengan internet!!! kalau senior IQ dapat tolong dari awal memang tak payah nak bayar repair awal-awal tu….da hilang beberapa belas ringgit…huuu~~ naseb la…

anyway thanks to abang zizul…abang zizul selalu bukak blog ni dulu dan mungkin sekarang da tak bukak kot, tak per la kan nak show off nama dia kat sini….tak kena marah pun…ngeh3…naseb baek IQ baik sebab tak letak backlink profile FB dia kat sini…kalau tak, tetiba je nak penuh friend request dia jap lagi…tak boleh kacau! tengah darah manis….hehe~

okeh la, penyedap jari jemari selepas 5 hari menyepi….anyway, selamat kembali IQ~ [tenkiu tenkiu]

sekian.

*** rindu IQ tak? rindu la tuuuu~

Monday, October 24, 2011

DNS sErVeR bErMaSaLaH~

October 24, 2011 3
salam semua....

buat pengetahun korang, kali nih IQ update guna cara IQ update dolu-dolu punye, bukak Dashboard, klik NEW POST dan taip laa nak taip apa pun....sebab apa IQ beralih kepada cara lama? bukan kerana software windows live writter IQ ada masalah tapi laptop IQ tak dapat connect dengan internet...

windows can't communicate with the device or resource (primary DNS server)


tu la yang terjadi dalam laptop IQ sekarang nih....macam ape ntah...tak tawu nak buat apa dah....rasa macam da putus asa nak solve perkara nih sendiri....korang ada cadangan apa-apa tak? sape-sape yang bergelar budak sains komputer tu tolong-tolong la bagi tutorial nak selesaikan masalah nih...sedih nih....nak update pun pakai laptop kawan.... kiranya tak ada privasi jugak la nak menaip kan? huhuhu...

buat masa nih, IQ terpaksa hold update blog...sorry buat korang yang drop by tapi IQ memang tak dapat nak catch up korang balik MELAINKAN korang tolong IQ selesaikan masalah internet laptop IQ nih...da selesai nanti, IQ jengah korang semua! IQ janji!

ok la....entry kali ni siyes boring....perenggan ntah pape kan? ye ar, tak ley nak bajet ruang blog....huhu... IQ out dulu...jaga makan pakai korang tau! jangan rindu IQ sangat! huhu~ bye-bye korang~

sekian~



*** sob sob sob~ tisu sekotak belum tentu dapat hilangkan hingus kat hidung nih...yucks~ selekeh! haha~

Thursday, October 20, 2011

TrAfFiC!!!

October 20, 2011 6

salam semua…

huh~ IQ sekarang bukan nak berkata pasal traffic blog ke ape…yer~ IQ tahu traffic blog IQ nih memang tak selalunya jem…pernah ke jem? ntah~ tak pernah kot, melainkan kalau IQ buat contest ke, GA ke…baru la traffic kaw-kaw jem…haha!

IQ nak cakap pasal esok IQ ada test! test untuk subjek TRAFFIC ENGINEERING…haaaa~ baru paham kan kenapa IQ tulis tajuk entry nih macam tuu…subjek nih just 2 jam kredit…dan dalam seminggu cuma satu kelas selama dua jam untuk kelas nih….buku modul untuk subjek nih memang nipis tapi……IQ susah gila nak paham!!! adesss~~

blog-traffic

subjek nih kesinambungan selepas subjek HIGHWAY ENGINEERING…masa subjek highway, belajar buat jalan…untuk traffic ni mostly pasal traffic la kan…pasal penggunaan jalan…arghhh~ susah jugak nak paham subjek nih, macam subjek highway jugak…mungkin nampak macam senang, tapi bila nak jawab test mesti terkial-kial…adesss~ banyak sangat fakta kena ingat~

Lecturer cakap, untuk test esok total markah 40 markah, iaitu 20 markah untuk pengiraan, dan 20 markah untuk fakta/auta…adess~ yang pengiraan tu terkial-kial…yang fakta/auta da macam fail je, sebab IQ memang malas nak mengingat fakta-fakta nih…semuanya auta jadinya nanti~ adoooyai!

tapi IQ tertarik dengan kata-kata lecturer traffic IQ nih masa permulaan kelas tadi…

“kalau dapat 4.0 flat tapi tak boleh nak buat kerja, tak ada guna jugak! tapi kalau just dapat 2.0 something, tapi boleh buat kerja dengan bagus, yang tu banyak syarikat nak cari!!”
– lecturer Traffic Engineering

macam menarik kan? yelah, tapi kan…sebelum nak dapat kerja, mesti orang akan tengok pointer nak cari pekerja baru, lepas tu baru dapat tengok orang tu ber’skill’ atau tidak…kan? susah nak cari yang mencari kelebihan kemahiran yang tinggi sebab kemahiran orang tak nampak…result bagus orang nampak laa…kan kan kan???

so, as conclusion! belajar la bersungguh-sungguh! capai pointer yang bagus! yeaaahh~~~ [ini motivasi untuk IQ…sebab sekarang IQ tengah study tapi tak masuk-masuk plak dalam kepala nih…haihhhhh~~]

sekian~

*** malam ni tidur lewat yer sayang IQ…banyak lagi kena cover, walaupun satu chapter je masuk dalam test besok….ceit!!! haha~

rInDu!

October 20, 2011 2

salam semua~

selamat hari khamis! erkk~ sekejapnya masa berlalu! rasanya baru menempuhi hujung minggu, da nak sampai minggu yang baru plak…ishhh3…tu sebab masa itu emas! curik emas tu kalau boleh~

semalam IQ ada call ummi kan…well, IQ dapat tau adik perempuan IQ balik rumah…huh! always jealous dengan itu budak maa! selalu dapat balik! ye laa, dia belajar kat kelantan je cek ooittt, ko tu belajar kat johor tuuu…tu laaa, sape suruh belajar jauh-jauh lagi…kang da menyesal tak dapat balik hujung minggu…wuuuuu..nangis guling-guling ar lepas nih!

adik perempuan IQ ambik nursing kat kolej swasta…yeaahh~ belanjanya memang dua kali ganda lagi banyak daripada IQ…tapi kemudahan kat kolej dia tetap kureng…serius…! IQ tahu la sebab IQ pernah pergi asrama dia…yang dulu la, sebelum adik IQ ni komplen-komplen nak pindah asrama…demand giler budak sorang nih~ tapi ok la kan demand untuk diri sendiri…sebab bayar hutang mahal…kemudahan? ishhh3~

adik IQ akan praktikal kat Kuala Terengganu selama tiga minggu , tu yang dia bagitahu IQ semalam…ceit! memang nak bagi IQ jeles kan? minggu lepas along balik rumah senyap-senyap…konon nak buat surprise ummi dan adik bongsu…dan IQ ditinggalkan…sardis!! wuuuu~

bila la dapat balik rumah nih, cuti raya india da tak dapat nak balik…cuti raya haji? dulu bercadang tak nak balik tapi nampaknya KENA balik jugak!

I da rindu tau dengan ummi I…hek3~

nak balik beraya la konon~ tiket pun tak beli lagi cheq oit~ adess…dengar katanya tiket da nak habis? huuuuu~~~ jangan la habis…beraya la IQ sorang-sorang kat sini nanti kang~~

IMG_0332
miss them… T-T

bye!

 

*** minggu test baru bermula, selesaikan test dulu! kemudian assignment/projek…tahun 3…memang penuh kecabaran~~
*** panas badan da hilang…yeaahh!!!

hOt FeVeR pLaK dAa~~

October 20, 2011 9
hOt FeVeR pLaK dAa~~

salam semua!

apa kabar semua…harap semua sihat la….tak macam IQ hari ni….DEMAM! uhuk! uhuk! uhuk! rasanya baru bulan lepas IQ demam…tak percaya? baca entry ni cepat! kalau tak baca, tak payah baca yang seterusnya! giler kejam ko IQ~ ehek~ ehek~ tak der…tak der~ gurau aje…

demam yang lepas berlaku masa mula-mula nak masuk sem nih…dua tiga sebelum masuk kuliah plak tu…nasib baik demam pulih macam tu je…tak ada pergi klinik langsung! yeaahh~~ tak manja! padahal masa tu memang  panas badan nih…huhu…

sekarang? erkkk~ biasa-biasa aje demamnya…sebab semalam minum ais je…sejak kebelakangan ni jarang minum air panas, asyik ais batu je…memang tempah sakit la namanya tu…yang paling teruk semalam bila selsema teruk dan ada test plak…memang serius tension tapi nasib baik test dapat buat yang sehabis baik…bukan nak cakap terror ke apa, kalau IQ nih boleh tersenyum lepas test, maknanya boleh jawab le tu…ngeh3…

demam makin berkurangan…petang tadi tidur masa kilat sabung menyabung, guruh berdentam dentum….memang best nak tidur dan tengok sekarang??? da tak bley nak tidur…nasib ko la IQ…nasib lagiiii~~ petang tadi ada dua orang nurse tolong checkkan suhu badan…macam mana caranya? ambik belakang tapak tangan dan rasakan dahiku yang suam-suam air panas nih…seorang nurse buat masa IQ tak sedarkan diri dan seorang lagi nurse buat masa IQ tengah mamai-mamai nak bangun dari tidur…dan dapat la mendengar komen best dari nurse tuuu…

“panasnya badan ko Izyan!!” – Inayah

“tangan ko la yang sejuk!!” – IQ [sempat je menjawab]

“tak der, badan ko memang panas!” – Inayah sekali lagi

masa tu da malas nak menjawab…ngeh3…at last, bangun dan pergi mandi, baru perasan kat luar bilik tu serius sejuk sebab masih hujan…tapi rilek je nak pergi mandi…badan yang panas memang ‘best’ nak pergi mandi….! yeaahh~~ masa mandi baru la menggeletar seluruh badan…haha!

esok kalau badan masih panas, memang Pusat Kesihatan UTM la jawabnya…kadang-kadang risau jugak sebab macam kerap sangat demam sekarang…yeke? ke memang tahun nih tahun IQ kerap demam…lupa da…ke kesan derma dara…eh darah laa…betul ke? tak per la…wait and see je la esok yer~

k la…nyte semua~ selamat tidur…esok kelas pukul 11 pagi…HEAVEN sekejap~

suka gambar nih…
thanks pada syaimz hebat sebab ambik gambar ni masa gathering UTM bloggers yang lepas

 

**** my ummi pun demam jugak…ni demam rindu ke ape ummi? tapi ummi cakap ummi demam sebab cabut gigi~ heee~ IQ?

Wednesday, October 19, 2011

wOrDlEsS wEdNeSdAy #2

October 19, 2011 0
wOrDlEsS wEdNeSdAy #2

 

***miss this cute lil boy~dia da makin besar…da boleh meniarap…da boleh posing maut punya!
*** internet satu hari tak ada….kalau tak, da lame post mende nih! alahai~

Tuesday, October 18, 2011

RhYtHm Of LoVe – PlAiN wHiTe T’s

October 18, 2011 2
RhYtHm Of LoVe – PlAiN wHiTe T’s
I adore this song~

My head is stuck in the clouds
She begs me to come down
Says "Boy quit foolin' around"

I told her "I love the view from up here
The warm sun and wind in my ear
We'll watch the world from above
As it turns to the rhythm of love"

We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the Music low and sway to the rhythm of love

My heart beats like a drum
A guitar string to the strum
A beautiful song to be sung

She's got blue eyes deep like the sea
That roll back when she's laughing at me
She rises up like the tide
The moment her lips meet mine

We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the Music low and sway to the rhythm of love

When the moon is low
We can dance in slow motion
And all your tears will subside
All your tears will dry

And long after I've gone
You'll still be humming along
And I will keep you in my mind
The way you make love so fine

We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the music low and sway to the rhythm of love

 

*** IQ adore lagu nih! best~ IQ ada buat video IQ dan chubby ber’background’kan lagu nih…sweet!
lalalalala~~

October 18, 2011 0


mungkin sinar matahari pagi itu sinar buat aku hari ini…

 

selamat pagi semua!

awal sangat bangun hari ni
semalam tak dapat tidur
tapi boleh plak bangun awal

*hati tak tenang kot*

hari ini ada test
malam ni
ntah dapat buat ke tidak
mood study terus hancus
tapi harap dapat study jugak

*hati oh hati*

hati tak tenang
tenangkan hati wahai IQ
moga kau dapat menempuhi hari mendatang

*bersendirian*

 

***  I hate facebook! always being me like a fool~ bodoh saja layan benda tu…sampai merosakkan hati orang!

Sunday, October 16, 2011

dErMa DaRaH oK! bUkAn DeRmA dArA!

October 16, 2011 10

salam semua!

sebelum pape, lihat status IQ semalam nih dulu…Winking smile

derma

ok…paham? semalam, 15 Oktober 2011 hari bersejarah dalam hidup IQ sebab setelah empat tahun IQ mencuba untuk menderma darah, akhirnya semalam, IQ lepas!!! sorry, semalam tak sempat nak buat entry…sebabnya lepas derma darah terus pergi tengok budak-budak nih maen wall climbing~ anyway, thanks a lot pada Biro Kebajikan JKM kolej IQ iaitu KTHO sebab mengadakan program nih!

semalam memang serius IQ excited! mana taknye…masa tengah check darah [stagepertama] tu IQ berbual dengan kawan-kawan…dua orang kawan IQ yang sebelum IQ dua-duanya tak lepas…so, IQ pun takot jugak tak lepas…IQ ada cakap kat dorang, kalau lepas untuk derma darah memang buat entry blog la jawabnya! dan sekarang? inilah entry nya! ehek~ gedik!

 

 

nak tengok muka orang excited macam mana?

 

 

 

macam nih….

308720_2543657635779_1383896431_32904525_1175883546_n

haha! muka excited terlebih! dem~ wanie peneman setia IQ~ Rolling on the floor laughing

sebelum nih, memang IQ tak pernah derma darah, setiap kali nak derma, mesti tak lepas…yang tak lepasnya hanya kandungan hemoglobin dalam darah…tak cukup…dan sekarang, disebabkan berat badan IQ da bertambah sekilo, membolehkan IQ menderma darah! sangat suka! goodies yang dapat lepas menderma? lagi la suka! dapat beg LV lagi tau…haha! sengal…beg lugage la…senang la nak balik kampung nanti~ macam la sebelum ni balik kampung susah je kan?Smile with tongue out

chubby IQ ada cakap, lepas derma darah…berat badan akan bertambah….alamak?? nak buat macam mana nih? tak nak naik lagi…nak maintain…ni pun macam nak kurangkan macam dolu-dolu…huhu~

kenapa IQ nak sangat derma darah? klik di sini untuk tahu kebaikannya…entry kawan IQ ni sama dengan tarikh IQ derma darah…macam tahu-tahu lak…ngeee~

ok la…see ya!…

*** IQ baru balik dari gathering UTM blogger…tak ramai, tapi best! nantikan gathering bersama junior-junior plak ek…Nad! jom buat!

Friday, October 14, 2011

kAhWiN 4…SeRoNoK kEr?

October 14, 2011 3
kAhWiN 4…SeRoNoK kEr?

salam hari jumaat buat semua!

IQ nak buat topik bincang-bincang sempena hari jumaat nih…tajuknya macam tajuk entry nih…

apa pendapat korang…mengenai kahwin 4? adakah hanya untuk seronok? adakah menuntut sunnah Rasulullah? atau…bagaimana?

pendapat IQ…sebagai seorang perempuan…yeahh~ mana ada perempuan yang suka dimadukan…kan? tapi adakah lelaki betul-betul kesah kalau perempuan tak suka lelakinya kahwin lebih dari satu…?

kebanyakan lelaki sekarang [tak semua] yang berkahwin lebih daripada satu hanya kerana nafsu, bukan tuntutan sunnah…mereka hanya fikirkan keseronokan bukan tuntutan…jika kita lihat sekarang memang kurang masalah berkaitan kahwin ramai sebab tak ramai nak meluahkannya isi hati masing-masing…terutama para isteri yang dimadukan…dan masalah sekarang hanya banyak berkaitan dengan kahwin dan cerai…kenapa cerai? kerana para isteri tidak rela dimadukan…betul?

kalau korang nak tahu, masalah yang seringkali berlaku apabila lelaki berkahwin lebih daripada satu adalah KEADILAN…jarang lelaki boleh berlaku adil sepenuhnya apabila sudah berkahwin ramai…

contohnya nafkah zahir dan batin…lelaki lebih cenderung melebih-lebihkan isteri muda daripada isteri tua…segala keperluan akan dilebihkan pada isteri muda, perkara utama diberitahu kepada isteri muda…isteri tua pula bagaimana? hanya untuk menjaga pakai dan makannya sahaja…

perkara utama bila lelaki ada niat hendak berkahwin ramai mestilah berfikir tentang anak-anak…anak-anak akan menerima impak yang besar kesan kahwin ramai…sebab, keperluan anak-anak akan kurang dititikberatkan…anak-anak terpaksa menerima keperluan yang ala kadar…ataupuun tidak cukup…dan mental anak-anak pun akan terjejas…kenapa terjejas? kerana suami dan isteri akan sering bergaduh…kan?


hati anak perlu dijaga bukan hati yang bernafsu perlu dituntuti!

mungkin orang ramai belum ambik kesah pasal hal nih, kerana nampak macam tak bermasalah sangat, tapi bila sampai kemuncaknya, iaitu apabila si isteri sudah tidak mampu menahan perit…si isteri yang akan mintak cerai…

dan berlaku la penceraian akhirnya…dan apabila timbul kes perceraian, baru masyarakat sekeliling nak ambik kesah…dan mula berkata sana sini…pada asalnya, tak ambik kesah tapi sekarang, nak jaga tepi kain orang plak…

kenapa IQ boleh terdetik nak berdetik untuk berkata tentang hal nih? sebab ramai lelaki yang IQ kenal pasang niat nak berkahwin ramai, yeaahh~~ memang mulut senang berbicara tapi hakikatnya? sengsara yang menanti…

yang berjaya menempuhi hidup bermadu, tahniah IQ ucapkan dan pada yang sedang sengsara, tabahkan hatimu…perjuangkan hak anda!

cukup sampai di sini.sekian.

*** macam pelik kan IQ boleh buat entry macam nih…well, just wondering apa nasib sebenarnya isteri dan anak-anak apabila insan bergelar suami atau ayah yang berkahwin ramai!

Thursday, October 13, 2011

AdA kErEtA sPoRt pUn TaK gUnA kAlAu TaK aDa AdAp!

October 13, 2011 3

salam semua!

tajuk entry macam tegang semacam kan? bukan setakat tegang, bengang, geram, marah semua bercampur aduk!!!

hari selasa lepas [hari ni baru nak cerita]…IQ pergi kelas Reinforced Concrete [RC]..dan, lecturer RC bagitahu yang ada seorang lecturer fakulti kitaorang excident hari sebelum tu…iaitu hari isnin…yang menyayatkan hati, anak bongsunya meninggal dunia [Al-Fatihah]

kisah tu tak berhenti di situ sahaja, rupa-rupanya lecturer fakulti tu adalah lecturer IQ masa tahun 2…dan isteri dia berasal dari Cha’ah…iaitu kampung roomate IQ nih: Farah…Farah ada call mak dia bertanyakan kisah excident nih…dan rupa-rupanya yang langgar kereta lecturer IQ tu adalah sebuah kereta sport!!! nak tau kereta apa?


kereta porshe beb!

dan tadi, masa kelas Traffic, lecturer Traffic kitaorang bercerita pasal excident nih….sebab lecturer traffic IQ ni agak rapat dengan lecturer IQ yang excident tu…rupa-rupanya…kereta sport tu langgar tepi kereta sampai kereta lecturer berpusing 360 darjah! nampak kereta sport tu kecik tapi kalau kereta tu terlampau laju dan melanggar sesuatu memang boleh menyebabkan excident yang teruk!

dan malangnya, kereta sport tu menghilangkan diri, mungkin kereta sport tu tak sedar dia telah menjadi penyebab kematian seorang insan…tapi macam tak logik la plak da langgar tak akan tak nampak kereta sebelah da berpusing-pusing? kan? laju sangat la kot~

walaupun kira tak boleh menyalahkan takdir…semua ni dah ditentukan oleh-Nya…

Takziah buat lecturer Material IQ yang telah kehilangan anak bongsunya…moga roh dan jasadnya dicucuri rahmat oleh-Nya…Al-Fatihah….

*** kelu lidah bila mendengar lecturer traffic bercerita tadi, sedih!

mOoD sEnGaL pAgI-pAgI

October 13, 2011 2
mOoD sEnGaL pAgI-pAgI

sengal!

pagi-pagi kena kacau…

oleh siapa?…oleh dia ni

bese la, antara nak kejutkan ataupun nak bincang sesuatu hal..

hal apa? kalau tak puas hati, memag camtu!

sampai tak menyempat!

orang baru bangun tidur kot!

da ilang mood!

adesss~~

tapi at last?

we still together~

gaduh la nak gaduh sampai terbalik dunia
hentam la nak hentam sampai meleleh air mata

at last..

ok balik~

sengal!

ok.bye!

 

 

*** entry ni motifnya nak tunjuk gambar kucing yang muka cam nak hentam je sebenarnya…nak gelak guling-guling pun ada~~ macam haram je muka dia…kalau betol-betol ada depan mata, maunye gelak guling-guling sampai tak hengat dunia! haha!

*** sumber gambar dari facebook

Wednesday, October 12, 2011

MaNfAaTkAn sOftWaRe yAnG aDa!

October 12, 2011 6

salam semua!

erkkk~~ sakitnya pinggang nih! duduk sambil mengadap laptop lebih dari dua jam! aihhh~~ bukan ngadap maen facebook OR blog OR bla bla bla laa~~ IQ duk mengadap laptop sebab….IQ siapkan kerja yang tertangguh minggu lepas! hehehe~ kantoi tak siap kerja lagi!!

hari khamis minggu lepas lecturer traffic IQ suruh buat mind map…mind map untuk chapter 1 subjek tu laa…adess, siyes! IQ sebenarnya paling malas nak buat…hehe! tapi alang-alang buat, buat advance terus! guna software yang ada dalam laptop nih!

dua tiga jam IQ mengadap laptop, akhirnya mind map IQ pun siap….lihat la hasilnya kat bawah nih…

mind map traffic chapter 1 png

this is what we call mind map yang tak reti nak buat…kenapa IQ cakap macam tu? sebab orang laen, buat ringkas-ringkas, buat pendek-pendek je ayatnya tapi IQ buat? haha…sengal! memang kompom tak reti buat mind map!

software yang IQ gunakan cuma PHOTOSCAPE dan MICROSOFT POWERPOINT

selalunya kebanyakan korang edit gambar guna photoscape kan?haaa, apa kata lepas ni korang aplikasikan plak untuk buat mind map macam IQ nih…heee~~ dan kenapa ada microsoft powerpoint? nampak tak graph yang cun tu? haaa…buat kat powerpoint ler, lagi senang!

kenapa IQ tak guna photoshop? complicated sangat laa~~ photoscape sesuai untuk letak jumlah perkataan yang banyak…kalau nak guna photoshop, alamatnya esok pagi tak siap lagi…whuhuhu~~

k la..setakat itu sahaja…petang ni IQ habeskan masa untuk buat mende nih…betol-betol bermanfaat! heee~~ kan kan kan?

see ya!

*** time to masukkan mind map dalam e-learning plak!!!

wOrDlEsS wEdNeSdAy #1

October 12, 2011 8

313450_1836778697497_1781379132_1223624_297162779_n

 

 

*** first time nak buat benda nih…jadi tak? jadi tak?

Monday, October 10, 2011

SeLeSaI sUdEyH!

October 10, 2011 8

salam semua!

semalam sampai pukul 11 malam di FAB…serius mengantuk! penat! dan bagai-bagai perasaan lagi! arggghhhhhh!! jeritan dalam hati! nak tidur lagi! dem~

Alhamdulillah, program berjalan lancar…terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program WHITE WATER RAFTING ULU SLIM nih…IQ gembira sebab dapat buat semua orang gembira…namun, segala kekurangan harap dimaafkan…moga dapat dipertingkatkan pada masa hadapan….amin~

ni just gambar intro buat korang….tatap la puas-puas…Smile with tongue out


gambar raft group IQ…dem! IQ tak berpaling ke arah kamera~

cukup dengan pengalaman terjun jeram 8-9 kaki, bot rempit sampai terbalik then capsize dan lemas! dem~ yang tu buatkan saham jatuh mendadak dengan muka yang tak cukup pernafasan! panik je lebih~ Embarrassed smile serius malu!

gambar ni masa permulaan rafting, tengok jam? 11.30 pagi….sampai kat final jeram dalam 1.30 tengahari…dua jam rafting! memang masyuk~ tu pendapat peribadi la, bukan nak puji program sendiri best! IQ tak pernah rafting…first time join dan ini memang best! tapi rasa macam duduk kat bahagian depan tak dapat impak yang best sangat la, tak lencun sangat~ nak duduk tengah-tengah…tapi bantai je la…last-last lemas jugak~

MUKA SUNBURN!

IMG_2212
gambar ni gambar lame, saje nak tunjuk efek sunburn!

orang cakap main rafting nih kena sunburn jugak tapi actually, tak ada la teruk mana…tak la nak hitam sangat tapi part yang jadi hitam bila nak balik je…berjemur tengah panas…IQ memang tak boleh berjemur, mula la muka sunburn dan sekarang tunggu masa je nak hitam…dem! hidung da merah macam badut…pipi da merah macam kena gigit tebuan…untung la muka cepat hitam~ Confused smile

k la, cukup la tu laporan semasa…nak tengok gambar lagi? klik sini, kredit to adi [alumni kelab] untuk gambar yang tak banyak muka IQ tu~ Smile with tongue out

see ya!

*** rawatan untuk muka sunburn….ada tutorial?

Saturday, October 8, 2011

oFf To WwR uLu SlIm

October 08, 2011 0

08

akhirnya program ini berlangsung jugak selepas 6 bulan tertangguh

wish me gud luck for handling this programme

and

doakan keselamatan kami

AMIN

 

*** nothing to say, I’m nervous!

MaLwArE

October 08, 2011 8
buka blog pagi-pagi macam biasa, dua tab di google chrome mesti IQ buka facebook dan blog…
dan pagi ni buka….tetiba? crop!
MALWARE DETECTED!
macam hape ntah gak la pagi tadi…dulu pernah jadi macam ni…masa tu blog Wan Darimi kena…masa tu, buang link blog da ilang malware kat blog IQ nih….tapi bila apply step yang sama pagi tadi, tak menjadi!! kenapa? sebab tuan blog rajen mengomen blog IQ ni…Wan D tak pernah komen kat blog IQ nih, so…buang link da selamat…kali ni, buang ape jua link pun tetap ada malware tuh…
NASEB!
puas godek-godek web yang bagi tutorial yang buang malware…tak menjadi jugak la gamaknya…frust ada jugak la~~ bermacam-macam cara, sampai nak kena verify blog kejadahnya la kan…termasuk la buang widget macam energy saver dan jugak traffic source…dan ada satu masa kat googlewebmaster…memang complicated! nak upload HTML files kat blog la plak…yang tu sampai sekarang tak reti-reti….
at last, biorkan aje…sebab tuan blog yang kena malware cakap da buang sumber yang bagi malware kat blog dia…so, IQ just ignore tapi berharap masalah malware beransur pulih…IQ out pergi meeting program…
balik bilik…then? YEAAAHHH!!!! blog da berfungsi seperti sedia kala…macam mana caranya? tanya tuan blog UZAIR SUHUD la yer…amacam uzair? ok da kan? heeee~~~
ok la…SEE YA!
*** nanti IQ letak link blog balik dalam bloglist yer uzair!!! heee~~

Friday, October 7, 2011

Eii ToMeYnYa…BaM bAm…

October 07, 2011 2
Eii ToMeYnYa…BaM bAm…

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang secocok dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

p/s : Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA..(✿◠‿◠)

SUMBER : facebook

 

**** comelnyeee~~ terasa mau kahwin cepat-cepat!!! huhuhuhu~~ =)

Thursday, October 6, 2011

tUgAsAn!

October 06, 2011 8
salam semua!
semalam ada buka e-learning…korang tau e-learning tu apa? pembelajaran dalam tenet laaa…tapi buat budak-budak UTM….anda lebih tahu tentangnya…=)
buka, sebab sebelum ni ada orang cakap ada group assignment…perghhh~~ minggu assignment da datang!!! so…kena rajinkan diri jenguk-jenguk buku, belek-belek buku…macam la tak pernah buat selama sebulan balik UTM nih…=P
IQ dengar jugak, ahli group ditentukan oleh pensyarah…OMG! haha~ efek nak lebih…terkejut sebab excited je tuu…haha~ buka e-learning, klik kat subjek TRAFFIC ENGINEERING dan klik pada Assignment 2
tengok senarai nama…OMG LAGI!!! nama first IQ baca…erkkkk…dulu berperang sakan, nampaknya terpaksa jadi rakan kongsi plak….terpaksa buat genjatan senjata la camni!
selamat bekerjasama!
bila nak start buat discussion nih?
[perghhh!!! ayat skema siot!]
HAHA!
IMG_9380
sembang kemas, ni gambar masa jamuan raya ari tu…ingat tak? nak softcopy? haha!
[alamak! tershow gambar plak~ adesss~]
maap! maap! maap!
heee~
see ya!
*** bukak windows live writter, nak tulis pasal benda laen, tapi tertulis pasal benda laen…idea oh idea~~ jumpa blog utm blogger yang best….klik sini…

Tuesday, October 4, 2011

oRaNg LiDi

October 04, 2011 8

nak show mende besh!

START!

krtun4

krtun5

krtun6

krtun7

krtun8

krtun9

kenapa IQ show mende-mende ni? sebab dia best! kena penampor gak kang ko IQ~ haha! tadi IQ sedih, dan tetiba je IQ jumpa application ni kat fesbuk…macam menarik…IQ klik, dan berlangsung la adegan-adegan kat atas nih…orang lidi IQ bergerak-gerak!!! dan setiap apa yang kita lukis akan berfungsi!! like an imagination comes true la~

nak try?

klik DRAW A STICKMAN

enjoy ok!

I’m better now~

thanks my beloved friend~

see ya!

*** masa makin suntuk !! sesuatu bakal berlaku malam ini!!!

cUbA~

October 04, 2011 4
cUbA~

aku cuba beb~

cuba sehabes baek

untuk korang..

pliz support aku~

mood : lost~

Monday, October 3, 2011

EcC bUrUnG hAnTu RiDe

October 03, 2011 2

salam semua!

eceli IQ nak mintak maap sangat-sangat kat korang semua, sebab banyak entry-entry IQ yang sebelum ni IQ cakap nak tulis itu la, ini laa…tapi at last tak tulis-tulis…sorry ek…maap! maap! maap! heee~~ sekarang pun tak boleh nak update sangat sebab I’m too busy~ eceh~~

hari tu IQ ada cakap IQ pergi melaka kan? haaa..untuk program yang tertera sebagai tajuk tu laa, jadi skuad penyokong yang tak berapa nak sokong la wawan cakap..hehehe~ sebab kitaorang banyak pergi jalan-jalan dari menyokong dorang…maap! maap! maap!

well, nak masuk awal kang mengganggu lalu lintas korang nak ride plak kang…baek kitaorang stay kat luar UTeM dulu…sebut pasal UTeM ni, haaa..itu la tempat yang kitaorang pergi…sebab event tu buat kat UTeM…

malas nak cakap banyak…layan gambar sket dulu..sket je, tak banyak pun~

299373_279712385385822_100000411881927_1052291_28930262_n
hehehe~ skuad penyokong! yeaahh~~ comel tak kami? pan to left side~ haha!

320243_279712558719138_100000411881927_1052294_794590713_n
rider + penyokong sebelum berlepas….di stadium UTeM…macho seyh~~

312031_279713092052418_100000411881927_1052300_1874734659_n
rider + penyokong selepas selamat tiba…tengok! semua dapat pingat! congrates!
[padahal memang semua dapat kot~]

310842_279712928719101_100000411881927_1052298_273658746_n
last skali, gambar rider yang bajet macho~ ok2….macho….yer…macho sket~ haha!

yang paling best jamboree ni sebab ada rider kitaorang yang menang lucky draw!!! dapat beskal full set ok~ harga? RM1938.00!! perghh~~ gilak mahal…best la dia ada dua beskal~~ huuu~

seperti yang dijangkakan, tamat event pukul 2.45 pagi dan bertolak balik pukul 3 pagi! sampai di UTM pukul 6 pagi…harap maklum~ sampai semalam pagi memang tak tidur tapi sampai je waktu tengahari mata da kuyu semacam je…haha!

ok la…just that~ see ya!

*** memang best kalau dapat jalan-jalan kan? tapi tak best bila jalan-jalan poket kosong!!!!!