salam semua, apa kabar? seperti yang IQ janjikan, IQ nak buat tutorial edit gambar menggunakan efek HDR toning dari Adobe Photoshop CS5 Extended…pada sesiapa ada old version punye photoshop, rasanya masih ada tool HDR Toning nih, kalau tak ada, ini la masanya untuk anda menukar photoshop anda kepada versi yang lebih baru…hehehe!
tanpa membuangkan masa, mari kita mulakan tutorial kita ini~ buka PS anda dulu….
step 1 : klik FILE dan klik OPEN…cari image yang korang kehendaki
step 2 : selepas mengenal pasti gambar yang korang kehendaki, klik IMAGE dan cari ADJUSTMENTS…dari situ, korang ambik SHADOWS/HIGHLIGHTS
pesanan : kalau diikutkan, step 2 ni tak yah buat pun tak pe, tapi nak dapatkan efek yang lebih dan permulaan pembezaan gambar bermula dari step ni…
step 1 : lepas tu, akan keluar la pop-up window macam tertera dalam gambar kat atas nih, korang boleh adjust SHADOWS dan HIGHLIGHTS gambar dari situ….da siap? klik OK
pesanan : buat pengetahuan korang, shadows tu dikhaskan untuk objek yang berada di bahagian hadapan…dan highlight tu untuk backgroundnya…tak caye? acu terai [bahasa ganu] hehehe~
step 1 : klik IMAGE sekali lagi, dan klik ADJUSTMENTS dan cari HDR TONING
step 2 : haaa, kita da sampai final touch, baru start buat da nak final tocuh da kan? heee~ ok, dari sini, akan keluar la pop-up window macam tu, korang adjust la apa yang patut dalam pop-up window tu…lepas siap adjust? boleh la klik OK
pesanan : seperti yang dikatakan sebentar tadi, sepatutnya step ambik SHADOWS/HIGHLIGHTS tu tak yah pun tak apa, sebab dalam pop-up window HDR toning pun dah ada tapi nak dapatkan efek yang lebih bagus, boleh la buat sedemikian…
sesi edit gambar kita da siap!!!! well done guys~~ heeee~
setakat di sini dahulu tutorial IQ kali nih, kalau IQ ada penemuan baru mengenai photoshop nih, IQ akan buat tutorial lagi k! dan kalau korang ada sebarang pertanyaanatau permintaan untuk mintak IQ buatkan sebarang tutorial yang berkaitan dengan photoshop, boleh la tinggalkan komen di bawah nih, jawapannya? singgah –singgah la selalu jenguk komen dibalas ke blom…heeee~~
sekian dahulu…see ya!
*** macam biasa, entry ini auto-publish~ heee~ IQ tak ada tenet kat rumah, nak post entry ni buat kat rumah, da siap terus publish…tu pun kalau ada tenet la kan? heee~