Saturday, April 30, 2011

1 LaKi + 3 bInI yAnG mEsRa

April 30, 2011 8

salam hari sabtu buat semua!!! selamat pagi! eh..silap, selamat tengahari!! owh…korang cakap IQ bangun lewat yer! mana ada! IQ hari ni bangun awal ok!! siap pergi pasar lagi tau! pergi pasar?? apa lak IQ buat kat pasar pagi-pagi buta nih kan? hehe….

hari ni ada BBQ kelab IQ…so, kitaorang sebagai organiser, kena la beli barang seperti ayam, buah-buahan…dan jugak apa yang perlu untuk BBQ nanti….so, IQ dan dua orang kawan baek IQ pun rancang nak pergi pagi nih bersama-sama seorang jejaka hot malaya…haha! tak ada la…senior kitaorang…memandangkan dia seorang yang free tanpa exam kali nih, so…beliau terpilih untuk menemani kitaorang membeli barang~~ hehe…

seawal jam 8.30 pagi da terpacak depan KIPMART…korang tau kan kipmart tu terletak kat mana? haaa…kalau tau, bagus! tak payah IQ nak tolong google map kan….tapi pergi awal pun tak guna sebab kipmart pun tak buka lagi….so, kita minum dulu!! sarap la….

then, start bershopping!!! siyes! si din tu [senior kitaorang] cakap macam bawak 3 orang bini pergi pasar!! kipmart tu macam pasar ok~ so…memang feel teman bini pergi pasar beli barang dapur la gamaknya….dengan trolinya…haihhhh~ siyes! dan berjalan la kitaorang mencari barang yang dikehendaki….sambil-sambil berlakon macam laki berbini tigaa!!!

MOV00514.MP4_000055694
“hari ni saya bersama tiga orang bini shopping barang-barang rumah”
MOV00514.MP4_000148033
uncle ayam ni promote diri nak kawen lagi satu..korang tau antara tiga, dia pilih sapa? pikir sendiri!
MOV00514.MP4_000339274
suami yang setia dan sabar..eceh~
MOV00514.MP4_000355450
bini yang sorang ni keluarkan duet untuk beli barang
MOV00514.MP4_000387732
bini yang sorang ni plak, yang pilih-pilih sayur
MOV00514.MP4_000391281
kerja dia pilih sayur dan komplen..haha!
MOV00514.MP4_000488950
tengok! haihhh~~ haha!
MOV00514.MP4_000591326
perbincangan suami dan bini-bini…haha!
MOV00514.MP4_000602998
sang suami yang sabar…haha!
MOV00515.MP4_000123401
mengira, kira bajet bulanan dengan betul!!
MOV00515.MP4_000150019
kiraan tak betul ke? da guna kalkulator tuh!
MOV00515.MP4_000128725
kira jagung untuk stok beberapa bulan…elok ke kalau simpan lama-lama?? hehe~
MOV00515.MP4_000223870
happy sebuah keluarga…=P
MOV00515.MP4_000227078
memang stok yang banyak untuk sebuah keluarga yang besar!
MOV00515.MP4_000239773
jalan-jalan..cari barang…
MOV00515.MP4_000276969
ni tauke jual kerang..ada sorang bini mengidam nak makan…haha!
MOV00515.MP4_000291575
eh eh..bergurau plak daa…sang suami suka je bila lihat bini-bini happy..
MOV00515.MP4_000306181
ini agaknya bini no berapa?? hahaha!

haaa….amacam?? bahagia kan keluarga nih?? kan? eh? entry cakap 3 bini…nape ada dua je kan dalam gambar…? haaa…yang sorang lagi duk ambik video diaorang la nih….tengok keletah madu-madu yang pelbagai ragam!! haha~ IQ ambik video tau….tapi untuk gambar-gambar ni IQ capture dari video….kalau nak capture dari video, IQ prefer guna Gomplayer…sebab software tu ada application untuk capture screen..besh kan? hehehe~ nak tengok gambar IQ? tengok bawah nih……

MOV00514.MP4_000681282
nampak tangan je la bini yang sorang nih…hahaha!

lepas pergi kipmart, pergi JJ taman U, tak ada jugak barang yang nak, pergi Giant plak…then, pergi kedai borong cari arang….heee~ memang travel all over skudai la boleh cakap….pagi sabtu…penuh dengan travel~~ ececece~~

ok laa…petang ni ada rewang kat bilik kelab, basuh dan perap ayam untuk malam nih…ok…nanti IQ update pasal BBQ plak..hehehe~..

see ya!!

*** laki bini-bini di atas hanyalah gurauan semata-mata…kami adalah sebuah keluarga!! SRC always been together.…kan?? SRC tu kelab IQ ler….klik di sini kalau nak tau pasal kelab IQ…heee~ weeee~

*** jom join BBQ!! petang ni kat tasek PK~~

Friday, April 29, 2011

pEpErAnGaN bErMuLa

April 29, 2011 9

haaaa….eh? awat terlopong macam tuh? owh..terpikir ek kenapa tajuk IQ macam tuh? ni nak gitau sket…ada blogger cari pasal dengan IQ…panas tak hati kalau ada orang nak berperang dengan kita? panas kan? haaa…tu la pasal, IQ ni tak pernah kacau orang…dan secara rasminya, IQ nak balas balik apa yang berlaku sekarang nih! nak tahu apa yang blogger tu tulis pasal IQ??? klik di sini

meh kita balas balik…..sebelum tu…meh nak kasi intro baik punya…


tengok!
logo pun da macam logo ahli kongsi gelap!
ishhh3~~

sembang kemas ni da banyak kali tak puas hati dengan IQ…siyes! yang ni da tiga kali sembang kemas serang IQ…first serang, memang baik la kan….ni yang kali ketiga da..mana boleh tahan…

dengan kuasa yang IQ ada..

dengan ini, IQ seraaannggggg!!!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

mortal combat blogger

hahahahahahahaha!!

baru puas hati IQ!

rasakan ‘kuasa’ photoshop IQ

hahaha~~

versi mortal combat IQ bagi…

nak berperang dengan IQ yer…

heheheh~

 

*** naseb la si sembang kemas….memang da kalah dalam pertarungan nih..haha

*** ini adalah automatik entry….time ni mungkin IQ tengah…hehe..paham2 ler~

oH! sChOoLaAhH kU~~

April 29, 2011 7
haishhh~ tetiba cakap pasal sekolah kan? kenapa dengan sekolah plak kan? anyway, ingat kata-kata ni, “mana tak jatuhnya kuah, kalau tak jatuh dalam mulut….eh, dalam nasi” gila ke nak makan kuah? ada je kan orang makan kuah..tuuu..sup daging…sup ayam..sup bunjut~ ok~ start da merapu~~
buat pengetahun korang…bermula hari ni hingga lusa, ada reunion besar-besaran sekolah lama IQ tau!!! part yang sedihnya, IQ tak dapat nak join diaorang!! diaorang punya timing memang tak cukup bagus! sebab patut kena selidik dulu warga alumni yang bergelar student IPT ni~ serius besh kot event dia…apatah lagi ramai alumni yang da ada anak berderet-deret…yang ada gaji bapaaaak besar…..yang kerja kat key ELL….memang besh! sebab program ni dibuat oleh senior alumni kan? mesti la gempak!
Program ni diadakan disebabkan tak lama lagi sekolah IQ akan bertukar kepada kolej plak..yang tu IQ tak pasti…yang penting IQ nak pergi, tapi tak dapat~ sekolah IQ ni dekat sangat dengan rumah IQ…tak sampai 5km pun..hari-hari lalu depan sekolah..teringat kembali kesah lama..haha! batch pertama sekolah ni start 1976/1977….perghh~ lama!
spkg
SPKG 2011 = SIREH PULANG KE GAGANG
IQ ada join group yang organise program ni….macam mana boleh join?? hari tu ada kakak senior tu call…sebab sebelum ni, IQ fikir dapat join..tapi at last tak dapat la sebab musim exam…kakak tu call mintak sebarkan maklumat pasal program ni..tu yang TERmasuk dalam group SPKG2011 tuuu..tak pergi tapi mencapap la jugak~ tengok progress dia..perghh~~ masyuk!!

yang ni lak sedikit sebanyak info pasal program tu….tengok la~~ bagi jeles IQ tau tak!!! korang tau tak tema malam gala dia apa??? BAJU SEKOLAH !!!! siyes besh!! waaaaaa~~ nak pergi!! nak pergi!! tapi tak dapat cek nak nolong…petang ni da start programnya~~ huhuhuhu~
tak nak sedih-sedih…..30hb tu IQ ada BBQ dengan budak-budak kelab IQ….memang setiap hujung semester buat untuk meraikan sesapa yang da nak final…kali ni memang ramai!! dan mereka bakal meninggalkan UTM~ sedihnya~~ rindu la korang sangat-sangat nanti~..wuwuwuwu~~ sedih lagi..bila masa tak sedihnya nih!

time ni macam biasa, gather semua ahli kelab…layan BBQ dan buat games~ nak release tension exam lagi kan…well, going to miss them alots!! sob sob~~ tunggu je saatnya esok…..buat dekat tasek memandangkan balai cerap da penuh! adoi!
apa-apa pun chill ok! UTM blogger pun nak buat event OUTING hujung minggu nih…aiyaaa..buat 1 mei ok pun maaa~ hehehe….kalau boleh, IQ nak join korang next gathering ni sebab hari tu tak boleh nak jelmakan diri dalam alam realiti kan….asyik alam maya je..huhu~~
ok la..till then…
see ya!!!
*** banyak je program hari minggu, dari awal sem, sampai la hujung nak final sem pun ada program….memang penggiat yang aktif ye kamoo IQ!! [mak oden cakap ini bokan aktif, ini tok reti nop duk diam!…hahahaha!]

Thursday, April 28, 2011

dUnIa pHoToShOp IQ

April 28, 2011 12
dunia photoshop IQ
orang terengganu cakap, kalau bajet sangat kan…dipanggil KOYAAAAAA~~ hahahaha! gedik tak IQ?? siyes! macam gedik semacam je…..huhuhuhu~~ seperti yang dijanjikan…IQ buat header untuk teman-teman blog IQ..IQ buat ni suka-suka je…tak ada niat lagi nak ambik tempahan ke apa…sebab masih lagi belajar…huhu~~ tak cantik pun….dan kepada blog yang IQ buat headernya, IQ mintak maaf kalau tak cantik….tapi kalau nak ubah suai, sila bagitahu IQ, IQ boleh ubah~ ok??
persembahkan header untuk dua blog yang dibuat…
header blog nad
header untuk blog nad
header blog anyys
header untuk blog anyys suhaimi
sorry la kawan-kawan…tak cantik sangat..IQ nak letak gambar korang dalam header ni tapi tak tahu boleh letak ke tak kan…IQ nak tanya tapi masing-masing tak online…kalau nad, IQ tau…dia mesti nak letak itik kuning dia…hehehe~~
by the way, IQ nak mintak maaf pada amira…sebab akak IQ tak dapat nak buat lagi header untuknya…nak buat tapi si amira tak online plak…so, tak dapat nak tanya nak kena letak gambar mira ke tak..hehe…tolong bagitahu ok! nanti akak IQ buat..eceh~~ akak tuuu~~
sebelum buat header tadi, buat gambar edit untuk remy sunbae…dia mintak buatkan sejak IQ buat entry pasal ni hari tuu….so…ini lah hasilnya~~
remy sunbaeremy sunbae1
remy sunbae2
hehehee~~ anyway, IQ buat ni atas dasar kawan-kawan blog dan jugak kawan satu U~~ tak gitu~?? huhu…..enjoy the header ok! kalau tak puas hati, kasi tahu sama IQ~weeee~
buat nanabella, untuk tutorial tu, tunggu sket masa…sebab perlukan masa…ok? sabar-sabar..hehee~
ok la, IQ nak rehat lak….penat! nanti IQ pos entry lagi ok~ banyak dalam kepala otak ni..tapi tak keluar-keluar lagi..haiihhhhh~~
see ya!
*** IQ senyum sampai ke telinga ni…korang nampak tak?? *senyum*
***pesanan pada anyys, [nad da ambik….tak per]…sila bagi emel anda yer…tak boleh dicopy dari blog ni…kecik!! bagi emel ok~~

iT’s ThE tImE!

April 28, 2011 11
kaki kecik!salam kengkawan~~ pekabor hari ni? sehat? Alhamdulillah…IQ baru je selesai menjelajah UTM jap tadi…habis je paper etnik, pergi merayau-rayau pelusuk UTM…sorang-sorang laa…dengan siapa lagi kan? melihat keindahan UTM yang tercinta…eceh~~
senyap sunyi UTM ni yer musim exam nih….selalunya ramai orang lalu lalang depan PSZ tu, sekarang da berkurang…mungkin tengah fokus jawab paper, tak pun tengah kusyuk menelaah lagi kat bilik…kan? IQ merayap sorang-sorang..kot-kot la terjumpa UTM bloggers macam Nad dengan Faiz kan? heee…saje je~
okeh…tajuk tulis ‘IT’S THE TIME!’ IQ nak buat apa yang IQ janji hari tu…dan tak dapat nak online kat group UTM blogger macam biasa…nak buat untuk korang ni! tunggu siap…IQ buat biasa-biasa je k….tak reti sangat nak buat gempak2…hehe…
okeh la…see you soon!
*** mood : layan PS
*** gambar sebelah tu cacat, tangan hilang, kaki kecik! adoi!

Wednesday, April 27, 2011

wAkEnAbEb!!

April 27, 2011 9
bukan IQ yang kena….korang la yang kena! hehe~ tak tau kena apa? tengok last entry kat sini~ eceh….macam gempak sangat kan? biasa2 je pun….haha! ok…sebelum tu salam hari rabu buat korang semua! da petang baru nak ucap? no comment!
pagi tadi IQ ada paper Hydraulics! ternyata menghampakan IQ lagi….bukan IQ tak study, masa yang diperuntukkan tak cukup! damn! dua jam setengah tak cukup??? ko buat apa dua jam setengah tak cukup IQ??? hehe! ntah laaa….jawab 5 soklan dari 6 soklan….pastu banyak calculation yang meleret-leret…penat eden nak nokan butang kalkulator tu haaa~ frust pun ada masa jawab paper tuh sebab lupa nak ingat satu formula tuh…da la soklan berkait-kait sampai soklan kedua ketiga keempat kelima….ok...itu tipu…hanya sampai soklan kedua je…tapi habes la kan, hilang berjuta-juta markah…memang frust!
seperti yang lepas, nak sedapkan hati….fokus pada paper seterusnya! ok! next please! eceh~~~ esok paper hubungan etnik….alaaa, korang cakap senang? yelaaa..sesi yang lepas2 cuma ada soklan objektif, sesi IQ da start guna skema baru plak daaa…ada soklan tembak-tembak dan jugak soklan mengarang….haruuuuuu~~ wajib menelaah la malam nih…adoi!
korang punya paper lak macam mana? ada bagus? ke lebih kurang je? korang mesti terror kan? opkos terror…kebanyakan blogger yang IQ kenal, kebanyakannya budak-budak forecast..damn! forecast tuuuu~~ hehe…memang otak genius benor!sayang
okeh…ni nak buat pengumuman buat sesiapa yang mintak IQ buatkan something untuk diaorang…nanti IQ buatkan kemudian…ok? mungkin besok lepas paper Etnik, IQ buat…something apa tuh? jeng jeng jeng~ ada laaa..yang penting ramai yang mintak IQ buatkan…header? tutorial? wait and seeeee~
okeh…yang penting, IQ sayang kawan-kawan IQ…dan sebenarnya, IQ tamak! sebab IQ sayang semuanyaaaa! damn! terlebih sudaaa~
see ya!
*** entry biasa, tak ada yang menarik hari ini selain melihat video wakenabeb! tu sebab tajuk wakenabeb! hahahahaha~~
*** actually, IQ ada macam-macam nak tulis…tapi bila mengadap windows live writter nih, haihhh~~ idea mana menghilang??? awat selalu jadi lagu tuuuu?

Tuesday, April 26, 2011

CoNtEsT bLoG pAlInG wOnDeRfUl

April 26, 2011 8
IQ ditag oleh nad si itik kuning di saat kemalasan IQ di tahap maksiam..eh…maksima! tapi demi sahabat, IQ buat jua..eceh~ hehe…layan sebentar sebelum mulakan study last minit…[mood da datang..hihi..]

sila klik banner contest jika anda ditag ataupun berminat nak join!
BERMINAT?
sila klik banner di atas yer!
orang yang wajib klik banner di atas adalah
sembang kemas, iela fadila, hani jalina, azee salim dan juga clumsy heroin
masa yang diperuntukkan hingga 15 mei 2011…
so, tak ada alasan exam pada yang ada exam sekarang…
[korang habes exam paling last pun 16mei…tapi ada je kan yang habes awal..kan3]
hehe.
sekian
***thanks pada kawan-kawan yang prihatin bagi support kat IQ supaya rajin study…IQ study malam ni yer…hehe…doakan IQ untuk paper pukul 9 pagi esok! all the best juga pada yang ada paper esok!

CaRi mOoD

April 26, 2011 13

salam semua….haaa, amacam starting exam korang? ada bagus? kalau tak da bagus kasi jatuh itu tangan..=P semalam IQ da start paper first untuk final exam ni…ermm ermm ermm…nak kata bagus? ntah…no comment pliz [gaya ala artis…*muntah*] bak kata orang, yang lepas jangan diingatkan, fikirkan yang akan datang…eceh…so, next paper?? besok!!

actually kan, IQ ngah tak ada mood mau study last minit nih…bukan bermakna IQ da study banyak laa....minggu study IQ pun da jadi minggu assignment…bukan minggu study pun…so, bila masanya IQ study? ntah, IQ pun ngah pikir ni, bila masanya IQ study…ermm…ermm *fikir*

jujur dari hati IQ yang tulus mulus ni, IQ tak study sangat untuk final kali nih…kenapa? ntah, mood study tak datang la chek~~~ nak mood datang bergolek baru mau study? gitu ka? aiyaaa~ macam mana nih?

IQ2macam mana nak bagi IQ ni rajin ngadap buku? IQ da gian nak buka group UTM blogger kat facebook tu, dan dah memang selalu gian nak update entry blog setiap masa…[musim exam gak la kan idea melimpah-limpah macam air paip yang tak tutup tuh] dan IQ jugak gian nak edit gambar guna photoshop [lihat entry sebelum ini]…haaa….so, apa jalan penyelesaiannya?

korang ada idea tak nak bagi mood study last minit IQ ni muncul? siyes! tak ada mood langsung nak study last minit nih…kekadang malu la dengan kengkawan yang rajin study, tapi IQ MALAS GILA nak study!! damn! hurmmm..

pliz kengkawan…tolong IQ~ *muka berharap*

[sila tulis idea anda di ruangan komen di bawah…terima kasih! ]

*** esok paper hydraulics!!! that’s killing me  ok! eceh~~

Monday, April 25, 2011

pHoToShOp

April 25, 2011 16
sedikit sebanyak hasil tangan kaki IQ….
idea tak banyak cuma kebanyakan masih di tahap belajor…adess~
800px-Pooh_Wallpaper_-_Rainbow,_Eeyore,_Pooh,_Piglet_and_Lumpy
khas buat muhammad rayyan firdaus…comelnya!!
Baby-Mickey-and-Minnie-Wallpaper-mickey-and-minnie-6227231-1024-768
rayyan firdaus lagi~ shumil shumil~
muas tag
belajar suatu benda baru..nampak nice kan?
buat gambar muas jadi camtu sebab nak buat header untuk dia…kat bawah ni pilihan header untuk muas~
header muas
Untitled-2
fenat buat..tapi puas..cuma macam ada benda kurang..eceli tak tau nak letak apa daa..tak reti nak corak bagai~ nak letak kartun macam budax budax lak..hihi..ok la tu kan…
k la..till then..see ya!
*** rindu sama itu muas~~ wink3~~

pHoTo Of nAtUrE cONtEsT

April 25, 2011 13
ditag oleh azee salim beberapa hari yang lalu namun baru je berupaya nak buat…jeng jeng jeng~~ macam menarik contest ni…so, jom kita layan…zassss~

klik banner contest untuk pergi ke entry penganjur contest!
tuan penganjur contest, boleh tak IQ nak letak dua gambar dalam contest nih??
boleh laa..boleh laa..
DEPENDS KEPADA PENGANJUR NAK PILIH YANG MANA~
tak kesah…boleh yer?
gambar pertama.
DSC09033
abaikan bentuk tangan IQ yang menggedik nak lipat tuh..macam cacat pun ada kan? =.=”
IQ suka gambar ni sebab totally nampak greeeeennnn~~ backgorund nice sangat sebab ada titian yang menyusuri paya bakau…tempat ni adalah Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor…menariknya tempat nih sebab tempat ini adalah kawasan paling selatan tanah besar Asia….haaa~ korang pernah pergi sana? kalau pernah, bagus, kalau tak pernah…..moh kita berkonvoi ke sana…menariknya tempat nih sebab dua selat bercantum di situ…selat tebrau dan selat melaka…menarik kan?

gambar 2.
DSC06380
best moment! program berbasikal ke Taman Negara Selai Johor…ok, Johor banyak Taman Negara…orang johor tau kan? IQ bukan orang johor tapi Alhamdulillah…sejak belajar kat johor, asik berjalan menikmati alam semulajadi di johor nih…tempat ni adalah Air Terjun Takah Tinggi…kawasan paling tinggi di taman negara selai ni..nak pergi ke kawasan ni dalam dua jam trekking…IQ yang mana satu? tu! yang pakai baju kuning~ gambar ni smart…siyes smart…nature yang natural….ahak ahak….
tag orang yang pro pasal nature
Amira, Princess Nasuha, Miss Galaticos
okeh tuan penganjur…depends kat tuan penganjur la nak pilih yang mana satu…pilih yang terbaek bagi tuan penganjur yer..pliz! pliz! pliz! jangan batalkan penyertaan IQ nih..plizzzzzzz~
hehe
sekian.

***siyes gedix! haha~ baru habes satu paper..more paper to go! chayok!

Sunday, April 24, 2011

dEmAm eXaM

April 24, 2011 11
dEmAm eXaM

image diculik oleh laman web rasmi UTM..
kalau mau, sila culik dari sana juga~


******

gerun tak tengok kerusi beratur camtu?
kerusi beratur? haa..iye la..beratur la tuh~

mood exam meresap ke dalam badan lagi hujung semester ini..
peluh menitik..
[nampak sangat tak ready sebenornya]

mohon dipermudahkan segalanya.

AMIN

kepada kawan-kawan seuniversiti, semalaysia..

SEMOGA BERJAYA!
BUAT YANG SEHABES BAEK…

bermula besok….hingga 10 Mei 2011..

WATER TREATMENT
HYDRAULICS
ETNIK

GEOLOGY ROCK
STATISTICS ENG.
MECHANIC OF MATERIAL
GEOTEHCNIC


on you mark
get set

GOOO!!!

all the best eberibedi…


***farah berkata-kata, “izyan!!! pergi study!!…” IQ berkata, “ yes madam!”

cOnTeSt : ‘aNnOyInG sMiLe MeNcErMiNkAn dIrI’

April 24, 2011 9
ringkas.padat.minat.join.je.la!

klik gambar untuk pergi entry contest!
suma syarat sedang dibuat! so…done!
gambar yang IQ pertaruhkan?
bawah nih~~
DSC08968
jangan lempang dulu~ nak describe sket…sket je..tak banyak!
gambar ni masa melawat tropical village, ayer hitam dan diambil oleh chubby! damn! nak senyum, tapi terbuat macam ni dan terjadi la gambar paling sengal dalam hidup IQ~~ senyum! tapi sengal~~
IQ rasa IQ patut menang bukan sebab nak cerminkan diri IQ yang sengal tapi menjelaskan betapa spontaneous nya IQ bila diambil gambar candid camni! heh~ tak ada la…well, senyum yang annoying mencerminkan diri kita yang pelbagai perangai yang orang cakap GILA-GILA!! kan? lagi annoy senyum orang tu bley buat, maka semakin gila kepala hotak dia! macam tuan punya contest! upsss~~ hehe! sorry azee! tercakap jujur! ter’puji’ lebih ler! hehehe~~
muahahahaaha~~
gud luck IQ ucapkan pada muaz, hani, dan jugak miss tina yang IQ tag sekarang nih! hee~~ sila buat..sila la buat!! pleaseeeee~~
done~ bubye!
sekian~

***sedor-sedor la esok papper cek mek weyhh!!

pEnGgUnAaN kEnDeRaAn AwAm + kElEtAh mAnuSiA [pArT 1]

April 24, 2011 0

salam semua..haishhh~~ rindu IQ ke? korang duk tengok-tengok blog IQ tapi IQ tak update entry terbaru kan? rindu la tu dengan IQ kan kan kan? baek korang ngaku! tak baek tipu..dosa besor wooo~~ hihihi~~

sorry sangat-sangat sebab IQ tak menulis untuk dua hari..eh? ke tiga hari..lebih kurang la tuh…sebabnya IQ pergi menjenguk kakak IQ yang sulung yang lahirkan anak pertamanya…nama pun anak sulung yang dilahirkan oleh along, maknanya anak saudara pertama IQ la tuh…happy sangat-sangat sebab dapat jumpa, cium, peluk tak dapat sebab masih lembik….tak kuat~ huhuhu…

tajuk berkisarkan kenderaan awam..IQ nak cerita sket penggunaan kenderaan awam yang IQ guna untuk pergi ke sana…sebelum IQ mengambil keputusan yang muktamad untuk pergi ke rumah kakak IQ, IQ ada tanya kawan-kawan IQ di facebook berkenaan jadual, masa bas ekspress ke sana…

komen10komen11
komen12
klik untuk tumbesaran yang sihat!!

tanya orang yang asal dari sana la kan? kalu tanya orang utara gerenti tak ley jawab! pada hari kejadian, IQ terbangun lewat sebab siapkan project sampai pukul 5 pagi! bangun lewat dalam 8 lebih..[korang paham2 sendiri la yer] bas yang dikhabarkan available pukul 9 pagi..so, hampir putus asa tak mau pergi..tapi at last, bangun, mandi..dan siapkan projek last touch!

habes projek, bertolak ke larkin, disebabkan bas di sri puteri da terlepas, tekad nak pergi larkin, cari bas di sana…sorang diri, naik teksi…nasib baik pak cik tu peramah! pak cik tu bekas askar wataniah! hehe..asal ipoh, perak..haaa..banyak yang I! borak sampai boleh tau asal pak cik nih….cucu da ada empat da okeh~~ baru nak tanya anak bongsu umur brape..bila teringat kat chubyy, terus cancel niat nak tanya….haha!

sampai sana da pukul 11.45 pagi! orang yang jaga tiket duk promote tiket-tiket yang available “kL, KL!, KL!….dik, nak pergi mana dik?” aku pun jawab, “temerloh” abang tu pun jawab balik, “pahang south union yer dik, kaunter dier kat blakang sana..” then , IQ pun bergerak cari kaunter, tapi mata rabun, signboard punyer gedabak pun tak nampak…well, bukan nak salahkan mata sangat, cuma signboardnya tak brape menarik perhatian..camne orang nak nampak kan? just pendapat IQ…weee~

untuk pahang south union, da terlepas basnya! last bas pukul 11 pagi!!! damn ler!! camne nih??? nak ambik cepat ekspress malas nak tukar-tukar bas…[belom pernah naik cepat ekpress ke temerloh pun da tau, wanie yang bagitau] at last, call abang long, abang long suruh ambik bas ke bahau, N9….ambik transnasional ke sana pukul 3 petang!! 3 petang tuuu…masa yang terluang?? lepak ler~~

makan.makan.makan….then, merayau-rayau..tengok gelagat manusia…duk sorang-sorang kan? mesti tak tau nak berinteraksi dengan sape..so, tengok orang je la…kebetulan ari tu ari jumaat..…so, azan da berkumandang menandakan masuklah waktu zohor…tengok berapa orang yang bergerak menuju ke masjid tingkat atas plaza larkin tuh…fuhhh~ ramai jugak…Alhamdulillah…masih ramai umat Islam tak lupakan tanggungjawabnya, walaupun sedang bekerja..

tapi ada jugak segelintir kaum adam nih tak pergi solat jumaat…sakit? uzur? tak der, elok je berkepit dengan awek….elok je lepak dengan kawan-kawan…haishh~~ macam-macam~ masjid di plaza larkin tak berapa besar…ramai orang sangat sampai segelintir manusia tak pergi solat jumaat…alasan!

jalan.jalan.jalan…then IQ disapa oleh orang yang IQ paling tak suka!!! si Sembang Kemas pernah cerita hal nih dalam entrynya…well, IQ pun da masak dengan orang camni terus cakap  “TAK NAK!!” padan muka! then, bila lalu lagi sekali kat situ, nak tarik IQ lagi tapi IQ buat dunno je…siyes! fedup la you dengan orang camni…orang apa tuh? korang tau apa itu ARGUNG? kalau tau, bagus! kalau tak tau? search sendiri! weee~~

dipendekkan entry, naik bas pukul 3 petang tu berseorangan...dapat seat double…sape yang duduk sebelah IQ?? amoi laaa~ amoi ni talkative tau! suka bercakap…kalau ikutkan IQ nak je layan dia berceloteh, tapi disebabkan IQ nih mengantuk tahap orang mengantuk disorongkan bantal, so….tak der bantal pun, IQ tibai tidur! dua malam tak dapat tidur lena! so… “sorry amoi~ waa tak dapat nak layan you amoi”…hihi~

sampai segamat, terjaga! tengok di luar tingkap, tengok ada satu mogok di luar maybank! perghhH~~ diaorang kehilangan kerja…dan mogok! ntah…tengok macam tu je, nak berenti? bas laa…mana boleh berenti! amoi sebelah IQ nak berkata-kata tapi…senyum je disebabkan IQ senyum…tak der kata-kata yang mampu diucapkan, “waa masih mengantuk maa~~”

sampai bahau dalam area pukul 7 setengah malam…..abang ipar ambik dalam area 8 suku malam…menakutkan! why? tak pernah sampai bahau seorang diri! naseb baik manusia ramai je kat situ….selamat!

[to be continued]

*** cerita tak der kena mengena dengan tajuk…tapi at least ada la guna kenderaan awam..tapi next entry ada kesahnya..tungguuuu~~

Wednesday, April 20, 2011

sElAmAt LaHiR kE dUnIa sAyAnG~~

April 20, 2011 14

hati manyak gembira!! hati manyak happy woooo~~ hihihi..kenapa? bukan assignment da siap semuanya, bukan….masih ada 3 assignment yang perlu disiapkan!! huhuhu…

kenapa IQ gembira sangat nih??!!

sebab dia ini!

20042011510

ini adalah anak saudara IQ yang PERTAMA!!!!

COMEL TAK??

comel kan?? cuba teka, perempuan ke lelaki?? hehe..

comel, cute..hehe

baby boy!!

Alhamdulillah sangat2~~

bukan apa, along IQ da dimasukkan ke hospital sejak hari sabtu lepas sebab da lambat dari tarikh jangkaan bersalin, dan sejak tu la, tak ada tanda-tanda langsung! pagi tadi baru masuk dewan bersalin tapi petang ni baru bersalin…hampir dibedah tapi tak jadi ~ Alhamdulillah~~ IQ risau sangat dua tiga hari ni sebab along tak bersalin lagi kan…da lewat satu hal..da berapa kali masuk ubat, tapi tak sakit sakit…. sedih tapi gembira!!

tadi abang long telefon lagi, dia cakap tak sabar nak jumpa baby lagi…along masih dalam bilik bersalin…abang long cakap baby da pandai toleh kiri kanan, main air liur kat bibirm dan tengok gambar tu!! da pandai tengok kamera! pandainya sayang cik qis nih~~ haha! tetiba je~~ abang long cakap da fikirkan nama da…namanya

MUHAMMAD RAYYAN FIRDAUS

bermaksud

PINTU SYURGA UNTUK ORANG-ORANG YANG BERPUASA.

ejaan MUHAMMAD tuh tak tau betul ke tak sebab korang tau kan nama muhammad sekarang banyak versi….RAYYAN tu betul sebab abang long da eja satu-satu tadi..hehehehe~~

happy kan korang tengok IQ? mana tak nya, dua tiga hari da risau, masa abang long cakap along kena operate lagi la risau, tambah lak dengar abang long nangis-nangis…risau…tapi semuanya selamat..Alhamdulillah..syukur Ya Allah~

buat muhammad rayyan..selamat lahir ke dunia serba mencabar ini…moga dirimu menjadi insan yang soleh ke akhirnya…amin~

sekian.

 

*** assignment entah ke mana ntah da nih..excited dapat anak buah!! haha!

Tuesday, April 19, 2011

fIkIrAn MeLaYaNg…dEk LaGu JiWaNg

April 19, 2011 5

sebenarnya IQ tengah menyiapkan assignment yang masih lagi berstatus ‘terbengkalai’ dan terpaksa BERHENTI jugak memandangkan terasa KUAT di hati nak mencoret kata-kata di blog IQ nih…

sejam yang lalu, IQ download lagu-lagu jiwang…nak ambik feel zaman muda-muda dulu, yela kan….bosan da dengar lagu terbaru dan terkini yang terlalu kuat dengar bunyi drum dan jugak gitar bassnya…lalu IQ pun download la lagu jiwang memandangkan lagu jiwang semua hilang masa format laptop tahun lepas…[ lupa nak backup file music! habes hilang lagu kesayangan IQ..huhu..cerita lama..]

bila da dengar lagu zaman-zaman muda ni, mula la teringat zaman muda-muda….zaman belajar berjalan bertatih bersama kawan-kawan…zaman mood couple yang melampau…macam-macam mood la yang muncul bila da dengar lagu jiwang nih…siyes! terbayang wajah-wajah yang pernah menjengah dalam hidup IQ tak lama dulu….

bak kata orang, tak baik ungkit kisah lama….bukan nak ungkit, cuma teringat sahaja~~ setiap lagu punya kenangannya tersendiri…kan? macam lagu-lagu jiwang yang ni mengingatkan roomate IQ di zaman matrikulasi yang suka sangat pasang lagu ni masa nak study…kalau roomate IQ tu pasang memang bengang la IQ kan..tapi lama-lama dengar macam best plak, mula la layaann~~

heh! macam-macam…tapi cukup itu yang membuatkan IQ teringat zaman muda-muda…untuk selebihnya? senyum…ingat seketika…sedih plak yang muncul…cukup laa..cukup laa..tak yah ingat!!

apa-apa pun, jadikan semua itu kenangan termanis dalam hidup kita…biar ianya pahit…namun, jadikan ianya manis…sebagai pengubat..macam ubat la kan..pahit, tapi penyembuh sakit~…so? be happy for everything happen…never regret them…

okeh..cukup merapu..sambung buat assignment~

sekian….

IMG_1441

*** lagu-lagu yang terpilih!! Andai Dapat Ku Undur Masa, Akulah Kekasihmu, Bila Cinta DIdusta, Cinta Pantai Merdeka, Permaisuri, Kain Putih Cinta, Salam Sejahtera, Taman Astakona dan jugak…..Tanpa dari sixth sense…heh! tu bukan lagu jiwang…layan jer!

***siyes jiwang!!