Saturday, January 29, 2011

gEmPaK tAk?

January 29, 2011 12

korang tengok ni dulu…

blog6

paham apa yang aku nak sampaikan? paham? bagus! teruja nih~ excited youuu~~ wee~~ inilah kesan menyertai group SAHABAT BLOGGER di facebook…kat sana, anda akan berasa lebih dekat bersama blogger-blogger terkenal..tak ketinggalan juga mr.ben ashaari nih…thanks mr.ben sebab sudi add diri ini..~ bila plak mau follow blog yang tak seberapa nih..hee~~

ok…tak pernah-pernah aku nak update entry banyak-banyak dalam masa satu hari ni…baru je update tadi pasal blogwalking..buka lagi satu topik..sebab teruja yang teramat! weee~~ ok! ni mungkin entry aku yang terakhir sebelum aku pulang ke kampung..remember? tiket aku malam nih…tu pun paling lewat antara semua! semua orang da bersuka ria di rumah dan aku baru nak angkut beg naik bas..haddoi! macam-macam~ nyway, pray me for my journey this night ok~ kalau aku dapat tenet nanti, aku update blog lagi…

see ya!

***korang nampak 27 friends request tu? hehe..aku tak approve kalau aku tak kenal..sorii~~

*** mood mau balik kampung..owh tidak! orang-orang di kampung sudah pergi berkelah meninggalkan aku…sardisnya! dun sedih-sedih..chill out hokey! =)

Friday, January 28, 2011

cUtI bErMuLa!

January 28, 2011 3

hari ni da start da cuti mid sem bagi Utm..untuk universiti lain, maaf~aku tak tau la plak..asenye sama je kan? kalau sama, lagi bagus…tiket aku untuk balik UTM-TERENGGANU dan TERENGGANU-UTM pun akan habes cepat…yeahh~~ berita yang amat-amat ‘menyenangkan’ aku…damn!

dua hari lepas aku pergi beli tiket…jangan komplen…memang aku ni ada masalah sket bab-bab nak beli tiket nak balik kampung nih, sebab-sebabnya, aku tak der transport nak gi beli tiket, kalau ada pun, aku tak reti nak pandu uji…sebab kedua, aku selalu lupa tarikh start cuti..sedar tak sedar..minggu cuti da sampai…mula la gelabah nak cari kawan-kawan buat teman nak gi beli tiket…ketiganya, aku tak der hati sangat nak balik…aku bukan tak rindu beb~ rindu sangat-sangat kat insan sedarah, sedaging nagn aku..sampai mimpi then nangis-nangis gitu..tapi malas nak balik bila kena beli tiket…tu satu hal…

sumber google~

cerita pasal tiket kan..aku beli tiket ari tu bersama-sama dengan farah dan wanie..diaorang nak melawat keluarga angkat dorang kat batu gajah perak…so, duk mencari tiket jugak laa..al-kisahnya, harga tiket melambung tinggi! bapak la tinggi!! contohnya, harga tiket balik terengganu, biasanya paling mahal, RM45.00++…tapi disebabkan cuti tahun baru cina nih, harga naik sampai RM100.00++??? gilak laaa..terkejut kera aku depan kaunter…

siyesly! macam ampeh ada gak…asal tetiba nak naik harga macam tu skali..nyway, hanya syarikat bas yang menggunakan sistem berkomputer je tak naikkan harga sebab da fixed harganya..bagi yang tak gunakan komputer??? memang kaw-kaw naik harga…damn! cam ampeh der…naik harga semata-mata ramai budak U nak balik dalam tempoh tu..pihak berkuasa! jalankan tanggungjawab anda~~ naseb baik aku punyer tiket tak der mahal sangat..tapi naikkan hampir sepuluh ringgit jugak…adoi~~ manusia-manusia..pasal duit..semua boleh jadi ka???

sekarang aku da tercongok sorang-sorang dalam bilik nih…kenapa? semua student-student yang berdedikasi da pun pulang ke kampung halaman masing-masing..cuti seminggu je beb~ tak ambik peluang nih, bila lagi kan nak balik..ye dak?? tiket aku plak esok malam (29hb)…termangu aku sorang-sorang kat sini lagi 24 jam…satu hari lagi…agak-agaknya nak buat apa?

planning aku time cuti nih? aku mungkin tak dapat nak update blog sebab aku malas nak langgan broadband dari celcom then cucuk kat laptop aku tu…memandangkan, handphone kesayangan aku C510 aku da mula rosak balik…baru petang tadi nazak…memang haru betul! nak cuti nih la baru nak nazak…tetiba skrin gelap, then macam handphone berbau hangit..aku rasa skrinnya terbakar..almaklum la, skrin ni bila da mula pakai yang cikai, mula la nak kena tukar acap kali..paling kuat pun 6bulan..aku baru guna skrin baru start pertengahan bulan puasa yang lepas..baru agi kan..tapi da rosak? memang comand spanar punya skrin hp…~~

sumber google~ sebijik macam aku punyer daa~~

nak kena pakai duit lagi~ adoi..ingat aku cop duit kah? student agi tau…bukan lawyer ke..engineer ke..I’m still fresshie gituu~~ [tergedik plak!] pening…tangguhkan dulu bab handphone..ada duit..tukar la nanti…beli yang ori punyer…baru kau tahu aku siapa wahai handphone~

ok…aku da merapu…dok sorang-sorang ni MENTAL tau tak…siyesly~~ I’m mental! huahuahua~~

see ya!

 

***kawan-kawan..mari maen jongkang-jongkit nak tak? =.=”

Thursday, January 27, 2011

sEgMeN sEnYuM xNaMpAk gIgI

January 27, 2011 12
ini segmen maunya buat aku tergelak sorang-sorang…segmen ni dibuat oleh my lovely muas chan~~ she’s my bestfriend…macam mana la muas nih bley terpikir nak buat segmen nih…nyway, it’s really interesting my dear!
mau join? klik di sini!
tengok gambar muas bila senyum macam nih..
really nice try dear [ketawa guling-guling]
okeh-okeh..tak nak ketawa dah..
giliran iz plak yer sayang..
az nak gelak, gelak la..
sebab iz rasa macam ok je senyum camni..
DSC09644
see! how much cute I am during smiling like this!
muahahahaha~~
cute kan? cute kan?
weeeeee~~
but…just remember this sayang~
semua orang punya rupa yang cantik…kamu! kamu! dan kamu!
jugak cantek! hensem!
I’m serious ok~
all of you being the Allah’s greatest creation in this universe..
so do I am..
tq!
tagging 5?
  1. wak
  2. petak
  3. afiq
  4. azie
  5. epul kemas
done!
=.=”
I said…
DONE~
SEE YA!

***sayang..nak adiah besor-besor tau…adoi! bajet dapat adiah..pe daa~~

bAiK kE aKu nIh?

January 27, 2011 0

tertanya-tanya…ade betul ke idak nye aku ni dikatakan baik…betul ke kengkawan? cuba bagi pendapat sket..aku pun ngah musykil nih…

try wusha benda alah nih jap~

blog5

korang ase camne? aku patot balik awal dengan memonteng kelas besok atau bagaimana? keinginan untuk pulang awal amat-amat tinggi namun, tiket kebanyakannya udah habes!! last tiket awal pun pada hari ini! oh tidaakkk~~ tak mampu untuk aku ponteng kelas….

bila aku tidak mampu untuk ponteng kelas, ada plak cakap yang aku nih baik..baik atau nerd? nerd? uisshh..macam tak sesuai je..aku da la jenis yang tak reti duduk diam…nerd adalah seorang yang pendiam tau tak??

tiket aku pada 29hb malam…

dan aku rasa aku la orang yang terakhir pulang!!

tidaaaakkkk~~~

 

*** abah selalu pesan…beli tiket awal-awal…kan? benda lama jadi lagi~~ huhu T_T

Tuesday, January 25, 2011

I’m TiReD dEaR~

January 25, 2011 0

woot woot!!

sekali lagi tajuk entry yg macam berbaur tidak menyenangkan…yeke? pikiran korang kot tak betul…pikir yang bukan-bukan plak..aku tak cerita pape lagi nih..so..jangan buat telahan awal…tak baik ummi saya cakap!!

awat la nak penat-penat nih kan…korang tak penat pun, awat lak aku nak penat…wink3~~ eceli aku baru je balik dari berekspedisi di selangor…yeaahh~~ tak lain tak bukan aktiviti kelab aku lagih~ kali ni pengarahnya adalah ti jian liang…satu-satunya chinese dalam kelab kitaorang yang rajin be’rekreasi’…

gunung kali ni adalah gunung nuang! ni adalah gunung ketujuh yang aku da daki…gunung nuang ni terletak di daerah hulu langat, selangor yang dekat dengan kawasan sungai congkak…korang tau kan sungai congkak? bas kitaorang lalu kat situ…macam besh je tapi tepi jalan raya la..tak masyuk nak mandi manda~~ pendapat aku je..jangan ambik kesah sangat~~

[22 januari 2011]

okeh2..berbalik pada cerita aku tadi, aku dan ahli2 yang laen bertolak pagi dari utm dan sampai di kaki gunung pada tengaharinya…by the way~~ aku nak mintak maaf banyak2 pada pengarah sebab lewat untuk berkumpul dan lambat jugak la untuk bertolak…sooooo sorry!! really didn’t meant it! da set jam pukul 5 pagi..tapi tak sedor…huhuhu..sepatutnya bertolak pukul 6setengah pagi tapi bertolak pukul 7…huhuhu~~ lewat2~~

sampai di kaki gunung, sesi bertemu peminat..eh..silap~ sesi bertemu alumni yang join xpdc jugak…memandangkan da tengahri…kat situ jugak la kitaorang wat penempatan sementara untuk masak tengahari…anak-anak dan bapaknya nak makan…mesti la kena masak kan? ececece~~ masak cincai je..sebab nak cepat..nak solat lagi~~ then, lepas selesai perkara terbabit…maka xpdc pun bermula…

masak tengahari..tengok2..sape yang masak…haha~~

trek pertama..jalan biasa cuma tak berturap…lebih kurang jalan balak laa tapi kecik sket…muat-muat 3orang je kalau nak jalan beriringan…ambil masa dua jam untuk sampai ke kem lolo iaitu kem pertama yang bakal ditempuhi..~~ dua jam jalan tapi tak terasa sangat sebab berbual-bual dengan rakan se’xpdc’…celoteh punyer celoteh…da sampai~~ weeeee~~

start the journey!

kem lolo~~ maju ke hadapan~

sepatutnya kitaorang teruskan perjalanan  ke kem seterusnya iaitu kem pacat tapi disebabkan masa untuk ke kem pacat ambik masa dua jam lagi..kitaorg decide untuk stay kat kem lolo..sampai kt kem lolo pun da area pukul 5 kot~~aku pun tak ingat sangat…tak check time masa tuu..kalau nak teruskan perjalanan mesti sampai malam..lagi susah nani! then, pasang khemah..dan mulakan untuk masak makan malam..makan lagi!

singgah di kem lolo..terus bermalam di sana~~ the best pic..suke2~~

masak lagi~~ kecur air liur tengok tom yam tuh~~

makan tyme!! kumpulan duaaa~~

malam nothing to do~~ tapi kena ceramah sebab kitaorg punyer timing begitu tak bagus! huhu..nyway, ada budak freshie dalam xpdc so…timing memang out! but dun patah semangat~~ banyak lagi yang perlu ditempuh! lepas ceramah, ada sesi berkenalan sket..wink~~then, prepare for esoknya…esok kena bangun awal~~ mau shoot terus ke puncak~!! menuju puncak! gemilang cahaya…[adess~~ nyanyi plak daa~~]

kenal-kenalan lagi~kumpulan 2..tumbs up!

[23 januari 2011]

esoknya…bangun pagi2..aku da set jam pukul 5…pukul 6 jugak la aku bangun~~ hehe! suka set jam awal…senang nak bangun! masak sarapan..then, siap2 untuk teruskan perjalanan..haversack tak semua ahli xpdc bawak sebab barang masak tengahari je yang dibawa…selepas itu…start mendaki…trek ke kem pacat seperti trek-trek gunung yang lain…standard…ada yang curam, ada yang landai…ada yang 90 darjah jugak..wuhuuuu~~ penat-penat~~

sampai di kem pacat, hajat nak gi water point sebab situ je ada water point..selepas kem pacat da tak der daa water point~~ ingatan dekat la water pointnya..rupernya 15 minit gak nak turun…penat plak kat situ…tapi siyes! air dier besh giler! aku minum banyak kali pun tak puas derr~~ masyuukkk sangat…

muka mental sbab penat ~~ haha~~penat jauh sangat water point~

aku suka tengok gambar nih..real beb!

then, gerak lagi menuju puncak…macam biasa..ada trek kaw-kaw curam..takot tapi layan jer…macam tak biasa lak kan…sian lak tengok freshie bersusah payah mendaki..mental jugak aku tengoknya…biasa la..cakap first time naik biasa la kan…[ayat nak kembang idong je kan]

sampai kat puncak pengasih sejam lepas tuu..puncak pengasih nih puncak tipu…macam da sampai tapi tak sampai agi k~~ sejam lepas tu la baru sampai puncahk nuangnya~~ siyes lega! ada berut atas puncak…kebetulan kitaorang pergi, ramai lak chinese naik…tak per..bagi peluang..hehehe~~ masak tengahari sebab dorang bagi masa sejam je untuk masak dan makan…habes masak, makan laa~~ tapi time nak makan tu jugak la hujan tetiba je turun…aku pun makan dalam hujan…uah dalam nasi pun bertambah..hahahaha! ambik-ambik gambar..then..turun la!!

167118_189205507774462_100000550411915_633333_1093368_n

gambar yang paling besh! aku suka gambar nih sebabnya klear dan nampak sangat kemesraan antara semua dalam pic ni..credit pada cidot untuk gambarnya..sorry sebab tak mintak permission terlebih dahulu~~ nyway, nice pic!

bab-bab turun ni aku mental sket sebab aku da pernah sakit di lutut sebab turun gunung nih..teringat masa nak gunung bunga buah dulu..giler mental der! sebabnya sakit yang teramat sangat! nasib baik tak sakit masa naik nuang nih, my chubby pun tak der nak kurangkan sakit..wink2..gatai!

timing da out~~ 4 jam naik ke puncak dari kem lolo tapi cuma 3jam setengah ambik masa untuk turun ke kem lolo…nyway, bley je nak laju tapi aku kesian kat kawan-kawan aku…so..aku temankan dorang…masa turun kebanyakan ahli mental sebab hujan telah menyebabkan trek jadi basah dan licin..aku tak ketinggalan untuk buat aksi slide semasa turun ke kem lolo~~ baju jangan cakap laa..da macam kerbau berkubang dalam parit..ishh3~~ tapi siyes! licin beb…but we made it!

sampai kem lolo balik da lewat…pukul 6petang…basuhkan baju dan seluar sket untuk solat…lepas solat, kemas barang untuk bergerak keluar ke kaki gunung plak…confirm la kena nite walk..sebab ambik masa 2jam jugak kan…aku tak der headlamp dan terpaksa merempat dengan orang yang ada lampu iaitu wanie…menakotkan jugak bila aku dan wanie tak mampu untuk berjalan laju sebab kaki da mula sakit dan tegang..tambah dengan melecet…sakit-sakit…terpaksa jalan slow dan kena tinggal berdua je…jarak antara kitaorang dengan yang lain agak jaoh…dan kitaorang pun da mental…namun tetap dikuatkan semangat…

alhamdulillah..sampai di kaki gunung 2jam lepas tu…bersyukur tak terhingga sebab da mental sangat kan…tapi besh! kunang-kunang yang menemani kitaorang…walaupun amat-amat menakotkan aku~~ wuwuwuwu~~

balik utm dan sampai di utm pukul 3 pagi!!! aku ada kelas pukul 9 pagi!! kurang 6 jam je aku tidurnya~~ so tired…but..this is my experience~~ I really like it! nak join trip xpdc lagi…tapi kena tunggu kaki pulih dulu~~ masih sakit..wuwuwu..

ok…siap pun log personal aku..heee..

see ya!

p/s : credit kat admin src crew untuk gambar-gambar yang terbaek ini!

***fakta : untuk mengelakkan kaki sakit selepas ekspedisi, pastikan anda cooling down dulu~~ kalau tak…jadi robot…macam aku dan beberapa kawan aku yang lain..robot hidup!!

Friday, January 21, 2011

uSiA kAmU mAkiN mEnInGkaT…sEdArLaH!

January 21, 2011 5

wah wah wah…entry macam nak tempah pelempang je kan?? haha!! anyway, bukan nak cari gaduh lagi macam sebelum ni [ada aku cari gaduh dengan orang lain ke? ]…tapi niat aku kali ini hanyalah ingin menyedarkan kamu dari lamunan mimpi yang indah ituuu..cewaaahh~~ ayat cam nak tempah sepak terajang plak..haha!

okeh2..aku serius ni! [wat muka cute~~lempang lagi sekali!] ok! serious la weyhh!!  okk!!!

ari ni adalah hari ulangtahun kelahiran my beloved sister!!! 

[jom nyanyi lagu along]

A L O N G~~

ALONG!

A L O N G~~~

ALONG!!

A L O N G~~

ALONG!

ok2…daa2..cukup2…penat orang nak nyanyi eja dan sebut sampai bila tak kan habesnya…weee~~~

for along..

this is special edition entry about you!

along, along da kahwin sekarang kan? lagi tiga bulan kitaorang adik beradik akan dapat anak saudara yang pertama kalinya! insya-Allah..moga baby sentiasa sihat…tak sabar nak tunggu baby keluar..mesti comel macam along dan jugak abg long! achik rindu along sangat-sangat..teringin nak gurau–gurau ngan along lagi..kalau balik umah, mesti sunyi je..tak der along nak bising-bising, suruh kemas rumah, kemas bilik kita yang sentiasa bersepah tuu, suruh basuh pinggan..haha! cam kitaorang budak kecik lagi nak arah-arah kan? tapi acik suka! suka diarah…

acik sedih bila along sedih…jangan sedih ek along…tak suka tengok along sedih…along kena kuat..kalau tak, macam mana kitaorang adik beradik yang lain nak kuat macam along…kan? along simbol kekuatan kitaorang selamanya…no one else…I put you as my idol now~~ along patut rasa bangga tau acik letak along jadi idola acik nih..haha!!

sempena along da genap 25tahun ari ni, acik ucapkan selamat hari jadi dan semoga panjang umor dan sentiasa dimurahkan rezeki…jaga kesihatan along dan baby…after bersalin nanti, acik nak culik baby bawak datang UTM nih…hahaha!!

miss you sis~~

really miss you~~

Drawn_wallpapers_Vector_Wallpapers_Pink_Light_015899_

along…ada satu permintaan~~~ belanja makan! hehehehe~~~

 

*** bahagia tengok diaorang…dulu sebelum kahwin, kaw-kaw putus la..perang dunia ketiga laa…tup tup..sekarang nak dapat anak daaa~~ weee~~ tak sabar nak dapat anak saudara!!

wHaT tHe WhAt HuH??

January 21, 2011 7

aku ngah panas…nak cari pasal atau nak cari gaduh nih? der…konon nak tunjuk baik laa…der~~ ko nak tunjukkan kebenaran apa nya?? cuba gitau sket kat aku! ko tau pape sangat ke? ko jadi saksi utama ke? ko mangsa keadaan ke? [tu pun kalu ada kejadian yang berlaku la kan] masalahnya…ko dengar pada satu pihak sahaja…lepas tu da mula pandang serong pada orang yang difitnah..weyhh~~ professional ke cara ko tuh??? da fikir masak-masak ke nak balun orang ikot suka ati ko je…macam la ko tahu segalanya! ko tahu segalanya dari orang yang suka menokok tambah cerita sahaja! bajet ko da kenal orang atasan, ko da nak tunjuk ko da terer laa~~ weyhh..aku baik ngan NC pun tak der semegah ko!

malu seyh~~ bajet macam bagus sangat laa~~ ko budak baru lagi! banyak lagi kena belajar tapi sekarang da mula tunjuk belang dengan senior sendiri…deyh~~ otak tak dak ka? cara tak professional langsung! baru nak bertatih dalam dunia kampus da berlagak sombong..cuba belajar hormat orang sket…ni da jalan tak reti nak pandang bumi…mendongak ke atas…sakit tengkuk agaknya!

________________________________________________________________________

post kali ni mungkin menjadi medan melampiaskan geram aku! aku da tak tahan dengan orang yang bermuka-muka…panas beb! hurmmm…ni adalah sambungan dari satu entry yang lepas…entry kali ni berkaitan dengan kawan baik sehati sejiwa sehidup semati dorang…bergabung kononnya nak menegakkan keadilan…siap nak bagi bukti lagi~~ perghh~~ apa yang jadi masalah pun tak tahu…budak oh budak…ko memang budak!

aku ada print skrin salah satu post berkaitan dengan apa yang aku amukkan nih…benda da lama tapi nak diungkitkan kembali dan sebenarnya tak der masalah besar pun..it’s normal to have a problems during helding an activity with an organisation right?? soo…just think! be professional..not budak-budak!

komen9

ini adalah salah satu perangai budak-budak~~ what the what huh?? perli bagai nak rak..budak2

anyway, jika orang yang berkenaan tetiba singgah la dan baca entry nih…nak sebarkan? silakan! aku no hal~~ sebab aku berada di pihak yang benar..aku bukan backing kawan aku sahaja tapi aku jugak backing diri aku yang dikatakan tak buat kerja..what the what huh? aku tak buat kerja? sejak bila? damn! for that gurl, that boy…be watch out ok! you will get my eyes on you everytime after this! you guys only wanna have fun with us right?? let’s play the war! hahahahaa!

bodoh je layan budak-budak kan? tok sah layan..budak-budak lagi kita larang, lagi tu la dier buat…nenek aku selalu cakap camtu..betul tak? soo..apa yang nak buat pasni?? boooolayaaannn~~~

see ya!

Thursday, January 20, 2011

CoNtEsT kAmI kEmBaRkAh??

January 20, 2011 2
uishh..dulu pernah usha contest ni tapi apa yang bermain dalam pikiran adalah mencari kawan yang mempunyai muka yang hampir sama dengan diri sendiri..ruper-rupernya contest nih melambangkan persahabatan yang erat sampai bley dikatakan kembar…thanks to my bestfriends.. muas chan sebab gitau objektif sebenar kontest nih..hehe~~
aku pun baru bercadang mau wat entry mengenai persahabatan erat aku bersama dua orang gadis yang aku kenal dari pertama kali aku jejakkan kaki di UTM nih…disebabkan gambar yang banyak sangat dalam laptop…so..ingat nak buat entry pasal tu la kan…so, alang-alang nak entry pasal tuu..baik terus join kontest ni…betul tak?? heee..
sebelum tu..kepada insan yang bergelar bestfriend dalam kamus idup izyan balqis…anda semua adalah kawan baik saya selamanya!

mau sertai juga? klik gambar! hargailah bestfriend anda dengan menjoinkan diri anda dalam kontest nih!
untuk wanie dan farah…entry khas buat korang!
contest
pertama kali aku jejakkan kaki di utm…aku seorang diri…dan mula menegur gadis yang bernama farah di kaunter pendaftaran dan mula bertanyakan nombor bilik…oh~ bilik dekat je ngan bilik aku..dan aku mengenali wanie pula sebagai roomate aku selama setahun…so…bermula dari saat tu..kami bertiga…di mana-mana sahaja kami bertiga…makan bertiga..minum bertiga…kadang-kadang tidur bertiga…
kitaorang join satu kelab rekreasi bersama…iaitu kelab rekreasi mahasiswa UTM sejak tahun pertama lagi…dalam kelab tu, semua ahli kelab menggelarkan kitaorang ni dengan nama 3 STOOGES! sebabnya di mana-mana je kami bertiga…kerap bersama…gila-gila bersama…I like both them..sebab diaorang gila sangat…
farah. wanie…dua-dua tu gila! tapi aku suka! bila diaorang gila, aku pun jadi gila! tu sebab kitaorang jadi kembar..apa-apa buat mesti sama…
sekarang..kita semua da hampir dua tahun berkawan..macam-macam da kita tempuh bersama…pahit manis masam kurang gula…macam-macam…korang~~ korang pernah sakat aku kan…korang tahu bila korang tanya satu soklan tu, mesti aku tak dapat jawab…
wanie dan farah bertanya,
“izyan, sayang kitaorang tak?”
selalunya aku tak akan dapat jawab face to face…muka da start blushing2..
sebab aku segan…
sebab apa aku segan…?
sebab aku benar-benar sayang korang…
sampai tak terkata!
“korang…aku sayang korang sangat-sangat tau!”
I hope this friendship will never end~~
I really mean this!
thanks korang!
~THE END OF THE SECTION~
tagging them!
  • wak
  • petak
  • azie
  • izy
SEE YA!
***nak nangis! huaaaaaa~~

aKu SaHaBaT bLoGgEr!

January 20, 2011 0
okeh…korang sume pasti tahu bukan apa itu sahabat blogger…well, aku tak tahu sangat mengenai apa tujuan sahabat blogger ni ditubuhkan namun aku tetap join untuk mendapatkan kenalan blogger yang lebih ramai…untuk mendapatkan tips berblogging dan sebagainya…
group sahabat blogger nih dibuatkan di laman web sosial yang tak asing lagi bagi kita semua iaitu Facebook…sapa-sapa nak join group ni di facebook…just request di sini ok! aku tak ketinggalan untuk dimasukkan dalam group tu oleh classmate aku sekarang..iaitu tuan blog sembang kemas…thanks epul sebab masukkan aku dalam group nih~
blog3
group sahabat blogger dalam senarai group aku yang laen~~

orang laen invite aku..aku pun invite orang lain..
aku dapat kenal dengan lebih banyak kenalan lagi dan dapat nak blogwalking banyak-banyak…besh woo~~ tak rugi korang join group nih…ada yang blogger baru..ada yang blogger lame…suma ada la kan…and…by the way…nanti ada gathering sahabat blogger…aku rasa macam nak pergi memandangkan nothing else to do before going back to terengganu…tengok la camne..planning kaw-kaw punyer!

moh kita pakat gi ramai-ramai~~
anyway..to ahli sahabat blogger…selamat berkenalan! rajin-rajin la keep in touch melalui blogwalking dan jugak jika ada rezeki, aku akan pergi gathering tu nanti..ok!
nak promote blog sorang ahli kelab rekreasi aku yang baru je ceburi dunia blogging..
presenting to youuuuu~~
Jangan luper follow aku dan jugak wak ni yerr..eceli he got really nice name..but..there are sumthing interesting that we called him WAK…wanna know? just follow his blog…you will find them!
see ya!
*** aku lapar…hahaha!

Wednesday, January 19, 2011

kOmPaNg dIpAlU…pEnGaNtIn MaLu!

January 19, 2011 1
kOmPaNg dIpAlU…pEnGaNtIn MaLu!
hamboi hamboi hamboi… berkompang-kompang lak ko yer izyan…sapa nak kahwin nih? aku ke? atau mak cik aku ke? atau abang aku ke? no no no!! bukan itu maksud aku…aku hanya ingin berkata mengenai aktiviti kokurikulum aku untuk sem nih…jam kredit untuk matapelajaran kokurikulum aku telah ditentukan bahawa aku mendapat kelas kompang!!!! aihhh~~ gelak korang ek??? satu skuad balai bomba gelakkan aku sebab ambik kompang untuk ko-q aku kali nih? weyhh~~ salah ke weyh? salah ke ambik kompang?? seni tu beb!

kompang ada kecik..ada besor..~~
sekarang da masuk minggu ketiga aku mengikuti kelas kompang nih! besh woo~~ tak caya?? meh join berkompang skali! memang besh laaa~~ kelas aku pukul dua bertempat di kolej rahman putra yang dikendalikan oleh jurulatih kompang iaitu~~~ jeng jeng jeng!!! en.lailee~~ encik ok! not puan~~ so..he’s a man…sooo cute! tapi da nak pencen daa~~ sedih~~ tapi mujur aku berkesempatan untuk mengikuti ko-q kompang nih bersama beliau…tak kering gusi beb!
korang gelakkan aku sangat kan ambik kompang untuk ko-q nanti?? kalau korang kahwin nanti…jangan gatai-gatai tangan tu nak dail kumpulan kompang untuk iring korang berarak nanti…gelak sangat kan? korang tak tahu..seni kompang tu camne…bunyinyee..alunannye…perghh~~ cakap macam da terer..hahaha!
aku baru je berkesempatan belajar dua jenis lagu…first, lagu enjit enjit semut dan kedua adalah selawat ataupun selamat pengantin baru..haaa~~ korang yang gelak tadi tuu…reti pukul kompang lagu enjit enjit semut ke?? sah-sah tak reti kan? reti nyanyi je…kan da cakap..tak rugi ambik kompang! berseni!

pukul kompang~~ iyaahh~~
okeh la…aku nak turun training plak..baru masuk hari ketiga training untuk naik gunung hujung minggu nanti…iyaaahh~~!! chayok!!
k..see ya!
*** nak belajar kompang? meh bljar ngan aku meh!

Sunday, January 16, 2011

bErAt nAnAnG oRaNg TrAnUnG kAbOr~

January 16, 2011 7
horr..kluor doh bahase jiwer bangser orang tranung nih! hahaha! pekabor seme? pahang dok aku kabor mende neh? dop pahang starang? ok2! google translate pliz!
okeh2..aku da bertukar jadi orang universal sket k…saje nak mengeluarkan bahasa jiwa terengganu yang berterap dalam sanubari yang sekian lama dah tak dikeluarkan…rindu beb kampung halaman~~ lagi dua minggu…mungkin sampai la aku di sana~~ cuti!!!
okeh…bukan pasal cuti aku nak menulis kali nih…aku nak bercerita pasal blog…korang ada blog…tapi korang tau tak blog korang nih berat atau tidak? tak tau??? pergi ambik alat penimbang berat badan sekarang!! sila timbang berat blog anda…berapa kg agaknya?? adoi~~ yang pergi timbang laptop/komputer watpe…aku suruh timbang blog kan…hehehe~~

haaa~~ ni la masalahnya…suruh timbang blog..pi timbang badan watper?? heee~
serius la man~~ ok! aku la serius nih! kalau korang load blog korang, lambat atau cepat? mungkin kepada sesiapa yang ada broadband, streamyx or P1 wimax ke…mungkin tak ada masalah sangat la kan…tapi ada jugak certain time tuh, beli la yang harga tinggi untuk dapatkan speed yang laju, tapi lembab jugak akhirnya…itu aku tak tau sebabnya..mungkin sebab traffic jam sebab da ramai guna jalur lebar yang pelbagai version…
pada siapa yang lawat blog aku nih, mungkin agak bengang la kan sebab nak load blog aku nih agak lembab nak mampos…blog ni la yang lembab, bukan tuan dier…huahuahua~~ aku tau sebabnya tapi aku tak tahu da camne nak kurangkan kadar kelembaban dier…nak tau camne? klik di sini dan tengok hasilnya dengan meninggalkan link blog anda dan klik check~~ jika blog anda melebihi 100kB maknanya blog anda ‘berat nanang orang tranung kabor’…tak paham? aku cakap…blog anda memang berat untuk di’load’…
load
blog aku berat..tu sebab traffic tak banyak masuk..wuwuwuwu~~T_T
bila blog kita susah nak di’load’…memang tak ramai yang  nak menunggu untuk membuka blog kita nih…so…camne? hurmm~~ aku ngah pening kepala untuk menyelesaikan masalah berkaitan kunjungan traffic yang semakin kurang nih..aku tau penyebabnya adalah blog aku berat!!!
mungkin da ramai tau pasal hal timbang-timbang blog nih…saje la nak inform pada sape yang tak tau lagi~~ masih ramai kan blogger baru di luar sana yang seperti aku nih~ kan? then, bersama-sama la kita berkongsi info…cuma aku tak tahu camne lagi caranya untuk kurangkan berat blog nih…da banyak benda ataupun gambar-gambar mahupun lagu feveret aku yang aku da removekan tapi berat tak kurang banyak sangat..korang ada suggestion tak?
ok…jumpa lgi~~ see ya!
*** dok rok cetong…korang tau maksudnya ape? orang tranung! sila jawab~~

Saturday, January 15, 2011

LiSa SuRiHaNi DaTaNg UtM!!

January 15, 2011 3

perghhh~~ bapak tajuk entry nak gempak-gempak…kecut perut mahasiswa mahasiswi UTM, tak kisah yang kat skudai ataupun kat kolumpur, mesti nak tau kan??…rilek-rilek…tarik nafas dulu…breath in…breath out…cool? okeh…aku tipu korang…jangan mare…nanti kedut kat muka makin banyak…senyum..senyum..yeaaahhh~~ itu baru cun!

lisa…datang la utm…dorang-dorang ni nak sangat-sangat jumpa lisa..termasuk saya! heee~~

bukan mau tarik perhatian traffic atau ke ape…tapi saje nak try guna keyword yang boleh memporak perandakan perasaan insan yang bergelar peminat lisa surihani ni…aku tau dia cun…suma orang bayangkan dapat berjumpa dengan awek cun nih…kalau aku jadi lelaki pun aku nak cari contact number dier…sah-sah la aku dapat kan? sebab aku pandai tackle awek…itu pun kalu aku lelaki laaa~~ hahahaha!

okeh2…tak nkak criter pasal lisa lagi…stop jap…mau cerita pasal aku hari ini…aku rasa ari ni ari yang teruk ke? tak der la sangat…yeaahh~~ maybe! aku start the day dengan Alhamdulillah…hidup lagi rupernya aku nih…then, lakukan rutin harian iaitu pergi menunaikan hajat…legaaaa jap~~ haha!

sepatutnya aku pergi ke program ‘KLINIK SCUBA’ yang dianjurkan oleh satu kelab scuba sebuah kolej dalam utm nih…tapi semalam dapat mesej yang mengatakan program dibatalkan disebabkan compresser [betul ke aku eja benda nih?] rusak…terpaksa tangguh ke minggu depan…tapi minggu depan aku da ada program lain iaitu XPDC Gunung Nuang oleh kelab aku sendiri…nak join? klik di sini..hanya terbuka kepada warga utm skudai sahaja..terutama dak-dak first year..tapi kalau tak kisah pun dak first year atau last year..semua bantai nak join..heee~~harap maklum]

aihh~~ da ilang arah tuju da point aku nih…sambung-sambung…disebabkan tak jadi pergi program scuba, ingat nak pergi program wall climbing kt KBS larkin tapi transport tak der…so..tak dpat jugak pergi…apa lagi aktiviti bermanfaat ujung minggu?? kemas bilik ler jawabnya~~ basuh baju yang berlambak-lambak lam bakul sampai kena buat dua kali trip membasuh dengan mesin [adoi! kantoi pemalas nak basuh baju sendiri!]

macam biasa…kalau membasuh baju menggunakan mesin nih, kena tengok giliran kat mesin basuh tu sendiri…well..hidup di hostel memang camni…tak sah kalau tak beratur nak basuh baju guna mesin…aku pergi letak bakul dulu sebab masih ada baju yang sedang dibasuh..so.hold dulu la gamaknya…balik bilik, kemas apa yang patot..then, lepas sejam lebih, barulah aku dapat membasuh baju…bukan aku basuh..mesin yang basuh…itu baru betul!

agak-agak lepas sejam aku tinggalkan mesin, baru aku nak gi angkat baju dalam mesin tuh~ fuuhhh~~ da ada yang tolong angkat baju aku masuk dalam bakul…rajin diaorang kan? mesti laaa..sebab nak dapatkan ruang basuh dengan cepat kan? then, aku tengok lak dalam bakul yang berisi baju aku…eh? duit? lembab? oooo…duit aku rupernye…ni mesti kes aku tak kosongkan poket seluar sebelum masukkan lam mesin…

DSC09576

sidai baju sambil sidai duit yang lembab…kira punyer kira, ada laa 5 keping duit seringgit yang berada dalam keadaan lembab…banyak lak duit aku nih..da ler tak cucuk kat atm ag..ada la duit nak buat makan..wink3~~~cam terdesak je kan? bese ar..hidup kat U memang camni kan? rugi sape-sape yang tak merasa hidup berlapar~~ tak rasa nikmat idop!

okeh..entry da panjang melebar…aku nak gi usha lisa surihani ngah buat apa jap…korang ada facebook dier? bukan fan page tau…facebook peribadiinya…da ada??? alaaa..baru nak eksyen sket…kakakaka~~ ookeh~..see ya!

DSC09567

korang ley agak tak camne gambar nih ley diambik? boleh? pandaaaiiiii~~~

 

***esok mau gi climb!! then mandi kolam…mau join?

bLoGgEr gEgAr ‘U’

January 15, 2011 11

teringin nak masuk list mr.ben ashaari..tadaaa~~~ PRESENTING~~~ME~~

  1. Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
    • -Sarjana Muda Kejuruteraan Awam~
      -Tahun 2…masih baru dalam pengajian..ada lagi dua tahun untuk dihabiskan..tempoh pengajian selama dua tahun!
  2. Asal orang ganu kiter…lahir di dungun dan menetap di kuala terengganu~~
    • -berumur 21tahun 9bulan 14 hari!
  3. Sebab atas permintaan abah…dan minat jugak la pada benda yang berpraktikal dan yang tak perlukan pembacaan yang banyak! wink3~~
  4. Nak jadi orang berguna..tak semestinya apa yang kita belajar sekarang menjanjikan kerjaya yang kita impikan…tanpa usaha mimpi tidak bermakna..betul tak?

done!

terima kasih mr.ben ashaari~~

 

***akhirnya ada gak peluang nak masuk segmen ben ashaari kan…

Friday, January 14, 2011

14 JaNuArI…sEcOnD tImE..Hb fArAh!!!

January 14, 2011 0

kali kedua…bukan kali kedua kapel…kali kedua aku dan kengkawan kenakan farah sempena birthdaynya!!! nak tau kisah tahun lepas?? klik di sini

tahun lepas punyer birthday da kena tepung dengan telur…kali ni lagi dasat!!! kena tepung kentucky!! weehuuuu~~~ baik punya barang meehh~~ thanks pada azie yang menyimpan tepung kentucky yang sekian lame…hahahaha!!

anyway, aku hanyalah penonton separuh masa kedua…separuh masa pertama, aku tak terlibat disebabkan bergayut di atas pokok dengan my chubby~~ tapi pada masa yang sama, aku diarahkan untuk ignore mangsa yang sedang mencari kunci biliknya walaupun da tau siapa yang ambik kunci dia tuh~~ haha~~ at last..kau la mangsa tepung terhebat faraaahh~~~

komen7komen8

klik utk tumbesaran yang bagus! =)

wanie jadi mangsa tawanan…kesian wanie…lepas kena tepung, siap kitaorang mandikan lagi…sabunkan badan, cucikan muka dengan pembasuh muka…’layanan istimewa’ buat bufday gurl~~~ hahaha~~siap carikan baju lagiii..haaa…kawan mane nak buat camtu kan..ahahah~~ walaupun aku tak menyumbang apa sangat dalam projek besar nih, aku hanya dapat gelak sampai terbatuk-batuk..uhuk3~~~

DSC09476

aku buat khas utk kawan aku yang sorang nih…hehehe~~

hadiah?

entah ler…tak duet la nak beli hadiah..

wink3…

ape-ape pun…

wishing you…

HAPPY 22TH BIRTHDAY MY DEAR

MAY ALLAH BLESS YOU FOR ALL OVER THE TIME…

HB Farah!!

***nak post video merapu dier kat sini tak dapat lak..geram lak gune windows live writer nih..cerewet…sape yang boleh bagi tips sket nak post video sendiri???

Thursday, January 13, 2011

JaWi

January 13, 2011 4
korang boleh baca jawi tak? korang boleh menulis jawi? sesetengah orang melayu atau lebih dikhususkan pada orang Islam, mesti diajar menulis, membaca jawi…apatah lagi untuk membaca ayat suci Al-Quran…kan? Alhamdulillah…masa zaman persekolahan rendah aku, aku dapat kuasai jawi dengan baik dan Alhamdulillah jugak, masa awal persekolahan menengah aku, aku ambik aliran bahasa arab…yakni belajar bahasa arab…tapi tak der la bley cakap arab kan? setakat cakap ‘ismi izyan..anti?’ atau pun ‘askunu fi…blablabla’ tapi tak der la ingat semuanye sebab aku da lama tak practice make perfect~~ wink3!

aku suka tulis jawi…kalau aku boring-boring, terutama bila lecturer mengajar sesuatu yang menyebabkan aku boring, tangan aku mula mengambil alih tugas untuk mencoretkan sesuatu…selalunya nak ilangkan boring, tulis apa-apa je tapi dalam tulisan jawi…tapi kadang-kadang aku takut jugak kalau ejaan jawi aku tak berapa nak betul…hehehe~~
DSC09551
tulisan jawi aku tak der la lawa sangat..
tapi ni la hasil bila aku boring giler dalam kelas…
nampak plak perkataan ‘GEOLOGY’ dalam gambar tu…
tapi tak bermakna kelas geology ok!
kelas geology best…cuma ini adalah kelas lain…bukan kelas geology!

lecturer patut sedar yang ramai anak murid dier dalam kelas nih tak fokus dengan apa yang dikatakan…well~ aku pun dapat lihat kawan-kawan sekelas aku berbual antara satu sama lain….menandakan lecture pada hari tersebut amat-amat memboringkan!
orang lain berbual, aku cuma diam…
sebab hanya tangan aku yang bergerak menulis itu ini…
last but not least!
my name is…
DSC09557
tq for your dropping here!

***teringin menulis tulisan khat…pen da ada…bila nak buatnya??? anyone can teach me???

Wednesday, January 12, 2011

aKu AtAu kAu YaNg PeRaSAn???

January 12, 2011 2

hakhakhakhak…dun be gelabah gelabah…entry saje nak bagi semua orang terkezut…mesti tertanya-tanya apa yang tak kena dengan aku nih..nyway, aku ok je…ngeh3..saje nak kaco korang ngah lepak-lepak tengok blog kan? weeeeee~~

DSC09504

aku nak perasan cute buley tak? ada sorang tu cakap aku selalu cute…so, aku rasa aku cute…kalu aku tak cute, orang yang cakap kat aku tu tipu aku la ek?

cakap je tipu…

aku tak heran~~

kakakaka~~

da!

entry mengarut…ngeh3~

chow!

***maaf atas kesulitan yang dialami…simptom lame telah berulang kembali…harap dimaafkan…

kAtA-kAtA uNtUk hArI iNi… BhGn.I

January 12, 2011 2
kAtA-kAtA uNtUk hArI iNi… BhGn.I

 

“Failure is the opportunity to begin again more intelligently”

-Henry Ford-

 

Kegagalan bukan titik noktah untuk kita bergerak maju malah menjadi titik permulaan yang terbaik bagi suatu kejayaan. Lebih baik untuk gagal sekali dalam hidup untuk mendapatkan kejayaan yang sebenar!

 

*** aku mahu jadi seperti itu!

Tuesday, January 11, 2011

fAcEbOoK tUtUp? bAgUs!

January 11, 2011 0
fAcEbOoK tUtUp? bAgUs!

benda da lame dibincangkan oleh warga Facebook yang mengatakan Mark Zuckerberg [betul ke aku eja nama dier nih?] nak tutup Facebook secara rasminya pada 15 March 2011…da lame hangat dalam laman Facebook mahupun blog-blog tempatan cuma baru sekarang aku nak katakan sesuatu setelah aku mendapat mesej di bawah nih dalam chatbox di facebook…

Facebook baru.Kami akan menghantar mesej ini di sekitar untuk melihat apakah anggota aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. * Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruang .*Hantar mesej ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan.Pengasas Facebook,Mark Zuckerbe.­ 

mesej chat yang dianta oleh seorang member aku..member ke? aku tak berapa kenal sangat la..honestly! nyway~~ ape kesannya bila da buat kenyataan macam tuh? perlu ke aku buat? aku kesah ke kalu facebook ditutup? langsung tak kesah! nak buka ke, nak tutup ke…langsung tak nak ambik tau…aku tau gunanya dari awal tahun 2008 lagi dan sekarang nak tutup? tutup laa..tak heran!

mesej yang dianta tu untuk apa plaknya? ingat mark zuckerberg tu tau ke korang buat bantahan besar-besaran nih? dia tau ek baca bahasa melayu nih? adehaaii~~ bukan aku tak suka berfacebook…nak cakap la, aku nih setiap ari buka facebook tapi da tak ketagih macam dulu laa..sebab tak der apa pun dalam tuh..sebabnya banyak komen sana sini..then kutuk-kutuk..macam-macam..kes yang buka page kutuk artis sana sini tu tak dikira lagi…

secara keseluruhan, aku cuma nak cakap, facebook ni cuma merosak kan hubungan antara umat manusia nih..betul tak aku cakap? kalau tak betul…sila bagi komen anda…tapi aku rasa ramai yang bersependapat dengan aku…well..tekaan aku je laa..kalau salah, aku mintak maaf…ok!

see ya!

***kalau facebook tak jadi tutup lak camne? guna je laa..apa susah~~ haha! tapi kalu jadi tutup..aku nak buka akaun twitter! yeaahh!!

pOsE sLuMbEr LaPtOp CoNtEsT

January 11, 2011 6
ini punyer contest dicabar oleh rakan seperjuangan..zaza ! tak perasan plak yang zaza ada tag aku untuk join contest ni..nyway~~ thanks tau zaza! cam menarik..jom kiter teruskan perjalanan kita!
POSE SLUMBER LAPTOP CONTEST
oleh
iGossip
[klik gambar atau link di atas untuk syarat-syarat penyertaan]

aku pertaruhkan gambar yang slumber yang biase je..
tadaaa~~
Snapshot_20100730_2
gambar tu macam tak berape nak slumber, lebih kepada sengal je~ tak per…bantai je…tak nak terima tak per…aku tak der hal punyooo~~ ngeh3…=)
mau tag enam [6] sahaja!
  • izyanti !
  • nabil !
  • muas !
  • chudah !
  • izyan syahirah !
  • hani jalena !

aku pasti diaorang pasti dapat bagi gambar yang lebih slumber!
k..see ya!

*** I like slumber-slumber nih…hidup biar slumber, ayat biar power..study biar lepak, result biar gempak! ayat keramat aku zaman skolah~~ weee~~

Monday, January 10, 2011

aWaRd ThE bESt FoLlOWeR!!

January 10, 2011 5
semalam tengok chatbox ada pesanan dari seorang awex nih…memang cun! tu sebab dier berstatus “in relationhip with aiman'” sapa aiman? haha! itu yang kita nak tau! bukan aiman tak kisah..tapi aiman classmate aku kat uTm nih…suke tengok muka awex nih yang diberi nama izyanti [nama pun dan dekat sangat dengan nama aku]…

anyway, thanks yanti sebab kasik ini award!
jom wusha blog awex cun nihh!
It Is A Ladybug
moh kita terjah apa yang perlu dibuat..~~


Ucapan anda..?

salam…thanks kat izyanti sebab sudi la jugak kan bagi award nih kt itew..hehe..terima kasih daun keladi, lain kali bagik la lagi..weee~~ dan pada sesiapa yang da folow blog ni…thanks ya!
Berikan 4 ciri boy/gurl idaman untuk dijadikan husband/wife :
Lelaki, lelaki, lelaki, lelaki..
cukup! hehe
Berikan 1 tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang :
understanding! cukup itu!
Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta..?
Setakat ni pernah tapi da loper~~ ngeh3
Letakkan 10 link pilihan anda & tell them that they have won this award.
  • muas chan – sebab kamu yang terindah!
  • hani jalena – sebab kamu yang ter’cute’!
  • popjagung – sebab kamu yang tersengal!
  • uzairkate – sebab kamu yang terkecil!
  • smile, smile, smile – sebab kamu yang terbaik!
  • cakap BANYAK banyak CAKAP – sebab kamu yang tersengal!
  • *zaza* – sebab kamu yang terunik!
  • miss galaticos – sebab kamu yang tersengal!
  • “love is just like fantasy” – sebab kamu yang tercute!
  • SRC UTM – sebab kamu yang terbaik laaaa!!
***penat weyh nak buat 10 link nih! nyway..ambik ok! tak ambik…? ikot korang ler!








Monday, January 3, 2011

KuLiAh SeM bArU

January 03, 2011 0

salam pada semua! apa khabar agaknya korang semua ari ni? terutama yang da masuk ke kampus pengajian masing-masing…kuliah da start ari ni bukan? amacam? besh? buat pengetahuan anda semua, kuliah aku pada ari ni da pun habes! huh? da habes?? besh bukan? sebelah petang aku tak der kelas daa…waa~~ masyuk~~ haha!

kelas aku ari ni bermula dengan subjek STATISTICS…dapat lecturer perempuan..namanya Dr. Fadhilah binti Yusof…macam besh je cara pengajiannya..lecture tadi tak dapat diteruskan sebabnya lecturer tak bawa laptop…so, postpone esok yer..esok ada kelas statistics lagi!

next kelas adalah kelas ethnic! orang cakap kelas ni membosankan sebab macam subjek sejarah..memperingati kembali subjek sejarah yang telah dipelajari time-time sekolah dulu..perghh~~ subjek yang aku tak brape nak suke sebab antara subjek yang aku sangkut adalah subjek sejarah..oh man! tak per..yang penting lecturernya cantik! bak kata farah la..”beshnye dapat lecturer cantik! mesti belajar pun seronok”…itu kata farah..kata aku? aku follow je..nampak macam menarik gak…kelas ethnic pun tak dapat diteruskan jugak sebab laptop tak leh nak connect dengan projector plak daa..macam-macam masalah plak..aishh~~ tak kan tak nak bagi belajar kot..haha~~ kelas habes awal dan setakat tu je kelas aku ari ni…sekian, terima kasih..

ok la..azan zohor telah berkumandang menandakan waktu solat zohor telah masuk waktunya..moh la kita berjemaah yer..stop di sini dahulu…see ya!

jadual

jadual yang macam heaven sem nih!

 

***weeeee~~

Sunday, January 2, 2011

2011 sATu PeRjAlAnAn BaRu!

January 02, 2011 0

semua orang da pasang azam masing-masing dalam hati, dalam facebook dan jugak dalam blong masing-masing…adakah perlu kita memasang azam pada setiap kali tahun baru menjelma? mungkin itu menjadi tradisi manusia untuk berazam bagi memperoleh apa yang dihajati…lain tahun lain azam…teringat pula azam aku pada tahun lepas…tercapai ke semua azam aku tu? hurmm…

namun, aku sedar yang tak semua yang kita hajat tanpa usaha akan kita dapatkan…tanpa usaha mimpi tidak bermakna…sering aku dengar ayat ini tapi mungkin da lame jugak aku tak melihat ayat itu…manusia mungkin telah sedar, apa yang dimimpikan tidak akan tercapai tanpa usaha empat kerat kita..kan?

sudah banyak aku berkata skema…sekarang, aku nak katakan pasal azam aku…[aku pun ada azam ke??..] azam banyak punya azam tapi bukan lelaki bernama azam ok! azam tahun baru biasanya berbentuk am…means lebih besar maksudnya…contohnya; aku mahu berjaya dalam exam semester aku! satu azam yang am sebabnya dia tak statekan dia nak berjaya dapatkan A+ ke..ataupun nak dapatkan keputusan yang cemerlang dalam subjek apa…itu azam yang berbentuk am..azam yang berbentuk khas? opkos la sebaliknya…pikir sendiri le yer~

tahun ni aku nak capai apa yang aku tak dapat pada tahun lepas…itu aja..cukup itu sahaja..ada penambahan? hurmm…mungkin ianya peribadi dan cukup aku simpan dalam kamus ingatan aku sahaja..sampai masanya aku akan umumkannya jika mendapay kelulusan dari pengarah family aku…itu sahaja…

simple je azam aku tahun ni…azam anda plak bagaimana? walau apa pun azam yang kita buat, yang penting…laksanakan! itu baru betul orang yang berjaya! yeaahh~~

okeh..sampai di sini dahulu..

see ya!

Picture10