Tuesday, November 30, 2010

uDaH hAbEs DonG~~

November 30, 2010 2

iyaaa!!! bukan mau berbahasa indon ke ape…ingin menyatakan aku sudah pun habes exam final !! setelah habes paper sistem mekanikal & elektrikal tadi, maka selesailah exam aku kali ini…

apa? boley jawab ke tak? agaknye?? aku tak der la terer sangat..apa yang aku boley jawab, aku jawab..aku rasa logik, aku tulis..camtu ar cara aku..haha~ naseb ar paper aku nih…ampeh je asenye sebab aku camni~ aiyaakk~~

hape-hape pun…aku da habes..ok ke tak belakang criter~~ cesss~~ ampeh punyer olang kan?? hurmmm..seperti paper-paper yang lepas, aku tak rasa aku dapat yang terbaek tapi aku dapat sokongan padu dan aku tak rasa down sangat bila tak dapat jawab dengan baek…thanks a lot chubby~~

 

okeh~ next thing to do in list!!!

  • dating
  • dating
  • dating
  • dating
  • dating

cesss~~ cam hareemmm je…salah list nih… apa nak jadi la ngan anak-anak remaja zaman sekarang nih~~ macam tak der koje laen yerk???

 

ok~ ini list yang sebenar-benarnya…

  • malam ni ada night ride ke stulang…ride malam dengan budak-budak kelab SRC…aktiviti sempena da habes paper…[pada yang belum habes paper naseb ler kalau join jugak] hihi~~ pukul 11 malam berkumpul di tasek UTM!! roger!

149815_163000657072836_100000887070559_308962_3571609_n

yang ni masa  night skitar utm je…aku suke tengok kereta tepi tu je…masyukk~~~

 

  • 1hb disember malam..yakni malam esok ada BBQ dengan budak-budak kelab SRC jugak…BBQ nih sempena nak meraikan budak-budak yang nak gi xpdc CUSG [CHAMAH-ULU SEPAT-GERAH] pada 5 disember nih kot~ aku tak pasti bila dorang bertolak…besh! aku lak jadi AJK permainan yakni aku kena handle 3-4game untuk dorang..naseb laaa korang~~ BBQ ini jugak diadakan sempena meraikan budak-budak yang da nak habes belajar~~

 

  • 2hb disembar pagi…yang ni mungkin tak jadi buat tapi masih tak tahu keputusannya camne…diaorang nak adakan ride ke air terjun gunung pulai…sampai sana akan berkelah dan makan-makan..matlamat utama sebab nak buat aktiviti ride onroad sebenarnya…sejauh 25km berbasikal onroad…agak mencabar kalau buat berbasikal waktu siang nih…kan? bahaya ngan kenderaan awam yang lain lagi~ pape pun tunggu keputusan akhirnya sebab bertindih dengan training camp untuk budak-budak yang nak gi CUSG tu…

 

  • 3hb disember pagi…haaaa~~ yang ini…ermmm..aku akan bertolak pulang ke negeri terchenta…setelah tidak pulang sejak AIDILFITRI…akhirnya aku akan pulang jua…merengek-rengek mau pulang kalahkan baby umur setahun mintak susu!! mau pulang!! ummi…along…ateh…adik…abah…angah….aku rindu kalian banget!!

 

okeh? haa..tuu la list aku~~ di celah-celah aktiviti itu akan diselitkan dengan aktiviti dating bersama my chubby~~ heh! dun mare…aku terpakse berdating dengannya memandangkan tempoh bersama kami semakin suntuk!! sebelum aku pulang nih, aku nak spend masa sepenuhnya bersama dia…sebab lepas nih mesti da susah nak jumpa dia..itu yg cheq sedey sangat tuu..huuhu~~ T-T

 

okeh laa~~ da banyak aku berceloteh..nak gi maen masak-masak dengan kawan-kawan aku…ok! tata! see ya!

DSC08883

*** masa itu emas! so..hargai masa itu! yeaahhh~~~

Saturday, November 27, 2010

kEmBaR 3…wAaAhH!!

November 27, 2010 9

sejak dua menjak nih suka menjejak blog-blog yang asing..jalan punya jalan tersinggah kat satu blog yang begitu menarik minat aku…blog kepada anak-anak-anak kembar…kembar tiga plak tu! bukan kembar dua je…yeahh~ mungkin kembar dua da menjadi kebiasaan bagi kita sekarang, namun untuk kembar tiga jarang kita temui kan??

 

dari blog mama kembar tiga ni aku dapat tahu banyak lagi blog2 yang mempunyai anak-anak-anak kembar tiga! mau lihat gelegat dan keletah anak kembar? singgah la di senarai blog di bawah…

i- MAMA KEMBAR TIGA (fahmi,faris,fauzi)

hananishop

ii- AMRAFAHAN (3 auni’s)

30102010(017)

iii- AISHAH KENANGAN TERINDAH (nur ariana, nur afrina, nur adriana)

P7310409

untuk last triplet nih, anak-anak kecil ini baru je kehilangan ibunya yang tercinta kerana ibunya telah pergi meninggalkan dunia ini…ibunya asal terengganu [kalau tak silap aku]. dan meninggalkan 3 orang lagi kakak dan abangnya..blogger arwah kak aishah telah kembali ke rahmatullah atas sebab terjatuh dalam bilik air (sumber Ben Ashaari dan Mama kembar 3) pada 22 november yang lepas..Al-fatihah… kesian kat triplet nih… T-T

 

banyak lagi kembar tiga yang kita boleh jengah..sila la lawati mereka..anda pasti terhibur..

 

*** aku mahu anak kembar tiga jugak! muktamad! [doa banyak-banyak…amin~~]

Friday, November 26, 2010

kOrAnG tAu?

November 26, 2010 2

kalau korang buhsan tahap gaban punya bosan la kan, korang buat apa? aku tertanya-tanya sekarang sebab aku tak tahu nak buat apa sekarang…aku buhsan tahap gaban, cipan, dewa da nih!

padahal aku ada je kerja yang perlu diselesaikan tapi aku tak buley nak teruskan buat kerja yang aku nak buat kalau tak dapat apa yang aku mahu buat dahulu..eh? berbelit ayat sehhh!! fenin sudaa~~~

ok2..masa untuk buangkan rasa boring~

DSC08783

apa hal lak aku tunjuk gambar wall nih plak…bukan nak maen climbing pun sebenarnya..aku ingat nak edit gambar nih, tapi macam da ok~ nice kan? ori punyer tanpa edit dari kamera hp aku..aku belum pernah sampai puncak wall tu lagi..untuk top climb le, kalau speed climb tu da biasa~ cess! berlagak! haha! speed climb kat sebelah tu je..tapi permukaannya kasar menyebabkan kaki, tangan aku dapat buah tangan..calar sana sini~ cantek! =.=”

DSC08782

ok..ni speed climb punyer dinding [ayat belit lagi!] nampak cam senang bukan? tapi bukan semua orang boleh naik atas dengan cepat! nama pun speed..kelajuan itu penting…yang takut gayat pun gerenti tak nak naik daa~ tak pun tak akan cuba langsung! da sampai atas korang akan rasa gayat..tinggi 12 meter…mau kecut perot!

76461_1640299360115_1015734642_31798536_5927738_n

gambar ni plak gambar ahli-ahli kelab yang try rock climb lak kat singapore… aku nak pergi tapi tak der passport ag…caree!! besh weyhh..tengok dorang maen pun cam besh~ panjat-panjat kalah spiderman kan?

tengok~ aku da merapu..merapu sana sini..ok2..stop2…

see ya!

 

*** motif tulis entry kali ni –> saje-saje!! haha~

***da2..kemas bilik! bersepah  je ni!

Thursday, November 25, 2010

rInDu SeRiNdU-rInDuNyA!!

November 25, 2010 3

currently miss them alots!

 

DSC01969

DSC00249

DSC08221

DSC08257

DSC08227

DSC00372

 

ok..muka-muka comel mereka membuatkan aku bertambah rindu! huaaa!! mau balik!!!

 

along da bertanya bila nak balik..owh..along sekarang berada di rumah, ambik kebenaran hubby dia untuk tinggal di terengganu selama tiga minggu..so, aku mesti balik! aku mau tengok perut along aku yang makin membesar! tak sabar menunggu kehadiran anak saudara yang pertama~ indahnya!! da lahir nanti nak ajak anak saudara aku naik gunung..baru mencabar!

tak der kerja nak bawak budak tu naik gunung…belom tentu abah ngan mak dier bagi kan?

hehehe.. along pun berkata : kueng asam tok cik!! [ok..tu panggilan manja along terhadap aku..nice kan?]

 

aku akan pulang jua nanti..nantikan kepulangan adikmu @ kakakmu @ anakmu ini!!!

 

*** balik kampung..wohoowoo..balik kampung..wohowoo..balik kampung…hati girang!!!

dey!!! ada satu paper lagi laaa!! adesss~~ =.=”

vIeW cAnTeK..

November 25, 2010 7
okeh, da ada software baru mula la gatai tangan nak update blog banyak-banyak..sengal bukan? bertambah gian la aku untuk berblogging~ adeehaaii~
balik kepada topik..kat bawah ni aku nak present sket gambar-gambar yang pernah aku ambik..gambar nih aku ambik just dari kamera handphone yang bese je..apa-apa pun, kreatif itu penting! bukan kamera yang mahal ok~~
DSC07681
hp sony cybershot c510
DSC08498
senja
DSC08585
senja di putrajaya

DSC08117
puncak gunung~
semua nih aku ambik sendiri~ aku suka second last pic tu~ cantek kan? kat tasek putrajaya…nice!
aku berhajat untuk punya kamera dslr itu suatu hari nanti..bolehkah?

***hee~~ da lama tak outing…nak outing tangkap gambar camni! [gedix..macam ada dslr je nak outing2]

hUhU~ nAsEb LeR!

November 25, 2010 5
hUhU~ nAsEb LeR!

highway engineering

english for advanced communication

wastewater engineering

geotechnic

civil engineering material

numerical method

electrical and mechanical system

 

heh~ tinggal satu lagi paper exam aku…rasa tak sabar nak balik..tapi aku jugak rasa tak nak balik..

sebab masa bersama dengan my chubby makin lama makin singkat..sedih!

 

*** ok~ tyme to rest…lambat ag paper tuh…. –> my chubby : qisssss!!! stuudyyyyy!! [aiyakkk! =.=” ]

Wednesday, November 24, 2010

wInDoWs LiVe WrItEr

November 24, 2010 7

hehehe..aku da mula guna windows live writer, baru dapat upload software nih…dan aku akan mula menulis sepuas ati aku..perghh~~~~

blog1

mau software ini? hehe~~ sila klik di sini~~ sini!

okeh..aku lupe nak bagitahu untuk apa function benda nih~ ok2..lets me explain..software ni memudahkan blogger untuk menulis entry…aku dapat tau benda nih pun dari ben ashaari tempoh ari, dia gitau, dia selalu dapat post entry dengan cepat dengan guna software nih..aku pun memperakuinya! memang besh! macam korang tulis lam microsoft word la kan..senang je..boley je tulis bila tak der internet, yakni bley simpan sebagai draft dulu..then, lepas ada tenet, bley terus publish! senang kan? try laa~~ hee…

selamat mencuba!

hee…bye!

 

***ok2..time to sambung study..nanti my chubby marah lagi!

Tuesday, November 23, 2010

eNtRy TeNtAnG bEn AsHaArI

November 23, 2010 8
cesss...macam nak cari publisiti murahan la plak..hehe~ kalau en.ben baca post ni, mohon ampun banyak-banyak awal-awal lagi yer en.ben..bukan nak tumpang glamer, just tertarik sahaja..bukan tertarik ngan en.ben tapi tertarik dengan traffic en.ben sahaja..ngeee~~

korang mesti pernah pergi blog BEN ASHAARI kan? aku selalu la singgah blog en.ben nih, banyak info menarik yang telah membawa aku ke blog dier...heh~ memang laju je en.ben tu update blog dier, teringin gak nak wat camtu, pernah nak try upload software yang en.ben tu guna tapi tak tertunai lagi..sangkut kat mana ntah...tak per..mau cuba lagi..kalau tak ley jugak, lantak ko la software..haha!

nyway, aku tertarik bila tengok traffic blog en.ben sebenar-benarnya..laju benor nombor traffic tu berubah..itu tandanya ramai la yang singgah blog en.ben untuk membaca entry yang telah ditulis kan..apatah lagi waktu kemuncak macam lunch hour...laju benor!

selepas 5 minit berlalu...
haa~ ni yang aku dapat tangkap ler~ lunch hour tyme~~ hee..laju kan..hampir seratus yang tengok blog en.ben lam masa 5 minit sahaja! haa...50000++ tu baru lam masa seminggu..lam sebulan lak? setahun? uishhh...ternyata blog en.ben memang femes! blog selalu diupdate memang mendapat sambutan pengunjung blog lain bukan? alaa..beshnye! nak jugak! [mula nak mengedix! =.=" ]

ok..itu je nak cakap..hehe~ lepas ni nak usha blog orang lain pulak..better watch out! haha! see ya!

*** mau jadi macam blog en.ben buley??

Sunday, November 21, 2010

AiShItErU - ZiViLiA bAnD

November 21, 2010 4


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Reff.

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Kembali ke Reff.

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru
 




***credit to http://www.lirik.armedium.com



kAtA-kAtA

November 21, 2010 0
kAtA-kAtA



puas aku berkata-kata
tak ada yang faham aku
orang lain boleh nak cakap aku apa-apa saja
tapi ternyata orang lain tak faham
apa yang aku rasa
cukup aku terseksa
bukan aku melayan sangat perasaan
dan aku cuba untuk hilangkan
tapi tak dapat
orang lain boleh tolongkah?
tak boleh
sebab orang lain tak faham
tak faham
tak faham
tak faham
apa yang aku rasa
terasa macam mahu bunuh diri bila perasaan tu tiba
orang lain tahu ke?
tak
tak tahu
orang fikir aku happy, tapi hakikatnya aku derita
hanya kerana orang di sekeliling aku
hanya kerana orang-orang yang aku sayang!
damn!


Saturday, November 20, 2010

GoOgLe MaP

November 20, 2010 5
da lama aku nak wat entry pasal google map nih~ saje~ kenapa? tak buley? bley je laa~ korang kalau search google map untuk apa agaknya? untuk aku, first time aku betul-betul gune google map nih masa nak gi medan, indonesia awal tahun ni. yup! nak tau macam mana bentuk muka bumi di sana...hajat nak tengok jalan-jalan di sana macam mana bentuk rupanya tapi hampa! kenapa? jalan kat sana terlalu kecil! tak ada lam google map nih! untuk pergi ke danau toba pun tak dapat dijejaki jalannya dalam google map. mula la aku berfikir, camna keadaan jalan di sana sampai google map langsung tak dapat nak cari. untuk gunung sibayak yang aku nak daki pun tak dapay dicari di dalam google map nih..telahan aku betul apabila jalan kat sana memang kecil! macam jalan kampung tapi sebenarnya jalan itu adalah jalan utama yang menghubungkan negeri ke negeri di sana! ishh3...

masa aku first guna google map dulu, aku selalu guna satelite punyer version je, kalau map just nak tengok jalan kan.? aku lebih suka tengok real punye..then, sesetengah keadaan cam tak besh bila awan tebal melindungi kawasan yang kita nak tengok. kan? sakit hati? biasa la tuuu..

okeh, latest version dari google map iaitu google earth. untuk google earth nih, kita kena download software dier. untuk maklumat dan penjelajahan yang lebih besh, bagi aku..aku lebih suka guna google earth..sebab google earth nih dalam 3-D. yes! 3-D...3 dimensional, bentuk bangunan kawasan yang kita nak tengok akan berada dalam bentuk 3 dimensi.. best kan?

UTM skudai in 3-D



gambar kat atas tu UTM skudai, bangunan utama seperti Masjid Sultan Ismail (MSI), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Bangunan Canselori, bangunan-bangunan di dalam Lingkaran Ilmu, pintu gerbang dan sebagainya telah bertukar dalam bentuk 3 dimensi. mengagumkan!

UTM skudai in 3 dimension
jelas nampak 3 dimensi, logo utm di pintu gerbang utama pun jelas. kedudukan setiap bangunan 3 dimensi mengikut kedudukan sebenar bangunan di dalam peta. ketinggian bangunan turut diperlihatkan di dalam google earth. Seperti masjid sultan ismail, perpustakaan sultanah zanariah dan bangunan canselori berada di atas bukit yang agak tinggi berbanding pintu gerbang utama.

tapi sesetengah tempat kita tak akan dapat melihat keadaan 3 dimensinya. mungkin disebabkan tidak di'update'kan mengikut masa. bagi suatu pentadbiran seperti pentadbiran sektor pendidikan seperti ini perlu diupdate untuk kunjungan online oleh pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat mengenai satu-satu universiti. betul tak? itu just pendapat aku je la kan..kalau tak update, ketinggalan la kan..cakap universiti teknologi.. apa-apa pun..aku salute Utm! first class!

aku ada gak google umah aku..heh! tak ada kerja kan? untuk cari umah aku, aku tak perlu tulis daerah sebab untuk tulis daerah macam besar sangat skopnya. so, aku just tulis 'airport sultan mahmud, kuala terengganu' . kenapa airport?? umah aku lam airport laa!! hahaha! tak der la..umah aku berada di sekitar airport je..hari-hari aku tengok kapal terbang jatuh landing. besh wooo~~ apatah lagi kalau musim haji, mesti ada airbus singgah kat airport tuh, airport international ok! da upgrade lama daa..da dua tahun bergerak sebagai airport international..bangga sekejap..sekejap je??

rumah aku..lalalala~~
saja nak show off umah aku..haaa..untuk bahagian ini, tak ada 3-dimensi sebabnya kerajaan tak updatekan..heheh..yeke? tak der2..ishh..kang cakap camtu kena saman lak aku..haha! tak der la..well, mungkin kena update sendiri kot..ntah!..heee..umah aku tak ada alamat umah, kalau ada pun,posmen tak iktiraf..untuk itu, aku tak tahu kenapa..puas aku tiru alamat kat bil air atau pun bil elektrik tapi surat-surat penting tetap tak sampai. tu sebab surat menyurat sudah bertukar alamat kepada alamat umah tok aku..senang criter..alamat tetap!

heh..cam penat je bercerita pasal google map..macam haram pun ada..well..saje memberi input kepada anda. tak suke? tak kesah..blog aku, aku nak cerita ape, aku punyer suke, yang penting..hati aku senang!

see ya!

*** nanti nak updatekan untuk jadikan umah aku tu lam bentuk 3 dimensi..buley kan3??

Friday, November 19, 2010

tAg dArI kAwAn~

November 19, 2010 3
tAg dArI kAwAn~
haishh..da lame tak buat kerja-kerja camni nih...kerja apa? kerja tag mengetag nih...sekali kena, kena lagi...kena lagi dan lagi...hape pon nak cakap, lepas nih kita berbual panjang ok! jom layan dulu...


Benda yang paling penting dalam hidup korang
benda?so...nak cakap ape yer...ic, handphone, laptop, duit...
amacam? basic cam korang-korang jugak  la yer..

Benda terakhir yg dibeli guna duit korang
crocs...mau tengok? hee..tak per la..sekian terima kaseh je..tak lawa pown, cukup ada tanda disney bertulis hello kitty..how cute!! ngeh3...

Dimanakah tmpat korg akan melangsungkn perkahwinan korg dan temanya
nak buat kat hotel buley? bukan ape, malas da nak susahkan orang kampung basuh pinggan, masak lauk, just pergi majlis dan nikmati hidangan yang ada..bukan demand, mengambil iktibar kejadian yang lepas..tema? ntah...tapi yang penting buat kat hotel..ceessss!! ampeh benor aku...

Adakah korg sedang bercinta skrg nie
senang ceriter..yes..i do~
cewaahh~ kang cakap aku tak bercinta cakap aku penipu
yelah, dalam blog nih terang-terang aku letak gambar kitaorang kan

berapa lama korg akan mncintai kekasih korg
sehingga ke akhirnya...hingga Allah menjemput umat-Nya untuk berkumpul bersama-sama

dimanakah korg slalu jumpa kekasih korg
sekarang berjumpa di sini [utm] lepas dier habes nanti, mungkin di mana-mana sahaja..maybe di rumah kami pule.

novel/buku/majalah terakhir yg korg beli
da tak ingat da..da lama tak beli buku..
kalu beli buku study ada la..
bukan budak skema ok
hanya sebagai rujukan....

apakah nama penuh korg
kalau tak tulis buley?
izyan balqis
cukup.
makna mau?
perhiasan seorang puteri.
ngee~

antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra
ummi..tapi sekarang macam abah da cuba menarik perhatian aku..
pandai da nak gurau dengan anak dier yang bajet comel nih
tak per, perkembangan yang baek!

namakn org yg btul2 korg nk jumpa dalam hidup korg
saiful ridzuan nazarudin 
da 9 hari tak jumper beliau!

adakah korg basuh baju korg sndiri..
dulu ya! sekarang pun ya!
walaupun mesin basuh yang basuhkan, tapi yang mengangkat baju-baju tu semua aku laa!

dimanakah tmpat yg btul2 korg nk pegi..
aku teringin nak gi pulau sipadan sabah
destinasi cinta
eh
silap..
destinasi bulan madu
tapi entah dapat entah tidak agaknya...
pilih salah satu, peluk atau cium
nak dua-dua..ahh!! pedulik ape..nak dua-dua jugak!

beritahu 3 benda tntg org yg tag korg
eh..ada jugak part nih..cam ampeh je kalu aku cakap...nanti die prasan!
ok2..aku cakap..jangan nak senyum sengih2..aku nak puji ko nih afiq!!
1. rambut dier cantek! walaopon dier lelaki, tapi rambut dier cantek! cam baby! haluuussss...
2. ok..seorang yang bertanggungjawab..dan sekarang pown da menjawat jawatn tinggi lam kelab kitaorang..aku pandang ko terlalu tinggi la afiq...sampai sakit tengkuk aku der~~
3. dier da ada awek..nama awek dier mak cik! haha~~ 
dun marah...senyum2..ko kan suke senyum kan?

5 benda yg plg disayangi dalam hidup anda
benda? tak ada, aku tak sayangkan barang-barang sangat sekarang, tu zaman kanak-kanak je nak sayang-sayang alat permainan!
lagu yg paling anda suka dgr dan salu dgr
buat mase sekarang nih, dua lagu nih yang selalu berkumandang dari laptop aku
1. ana rafalli feat suhaimi meor hassan ultimate - kalau berpacaran
2. dak mie - yang terindah

bila tarikh lahir dan kat mana korg smbut tahun lepas
1 April 1989
tahun lepas?? ermm..tahun lepas yer? aku tak ingat suda..haaa! sambut dengan seseorang di MyFC changlun kedah..jeng jeng jeng....kesah lama..close topic!

5 rakan blogger yg anda nk tag 
yang ni aku malas sket...apa kata insan-insan yang aku tag dalam entry yang lepas kena buat tag nih jugak..bley la yer..~~
ini satu arahan! bertindak mengikut arahan! hahah!
gurau je..nak buat, buat laa..tak nak buat, pun aku tak heran.pada sapa yang tak tertag, dialu-alukan buat..


aikk?? da habes?? cukup2 la yerk..da ngantuk..bercadang mau tulis macam-macam tapi mood tetiber je ilang..haihh =.=" asal ntah...esok-esok la aku tulis pasal raya bersama family angkat aku....ok? aku tak ucapkan selamat hari raya kat korang agi kan? hehe! SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada semua rakan-rakan blogger..da basi? mana ada! kat terengganu masih ada yang berkorban ok! korban lembu..bukan korban manusia lerr...korban manusia da masuk topik laen..hehe! okeh..selamat maju jaya pada yang nak berkorban lembu lagi...jangan loper antor la sket daging korban kat utm nih...ambe nak masak lak nanti, mau buat sup! tulang pun buley~~

sekian.....

***esok mau maen climbing lagi! tak habes-habes kan..bese la...tak reti nak duk diam...my chubby pown balik lambat..untuk itu..aku merajuk sangat2!!

"jOm SeRtAi & MeNaNg" By EfA nUr..

November 19, 2010 6
baru ja sampai dari perak nih, buke blog tengok kat cbox ada pesanan...hee..aku ditag oleh arnie syuhaida!!! ditag untuk join kontest~~ uuu..perghh~~ besh3...hadiah tu plak memang aku nanti2kan selama nih~~ mau sangat2...moh kita layan sebentar yerk!!


klik gambar untuk maklumat lanjut

peraduan bermula 11 november 2010 hingga 3 disember 2010

lengkapkan syarat-syaratnya dahulu...

kalau saya jadi JUTAWAN, saya akan.....

-first-first sekali nak bawak family kerjakan haji dan umrah dahulu....lepas tu, bawak melancong seluruh dunia...pergh~~ layan! bila dapat melancong bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan kami yang semakin suram...yelaa..abah semakin sibuk, along pown da kahwin..ajak semua dan pergi bercuti bersama-sama kan besh!
-teringin nak gi genting highland dan maen sepuas-puasnya! eley korang cakap??? aku tak pernah pergi maen theme park agi tau..kuno?? biar laa...ape korang nak kesah kan?? asalkan aku dapat maen semua permainan kat situ, nak try semua!! korang pergi mesti tak maen semua kan..bajet mesti lari nak maen semua kan?? haaa..kalu aku jutawan...aku nak maen semua permainan dan tidur kat situ..layan beb!! maen sampai muntah!!
-mangsa banjir kat kedah ngan perlis baru-baru nih perlukan bantuan yang banyak! kalau aku jutawan, aku nak tolong depa baiki rumah, baiki kenderaan depa, baiki apa-apa yang patut...da kaya kan..wat pa kalau tak tolong langsung kan?? so...tolong sebaik mungkin untuk depa....
-last skali yang aku nak wat kalau aku jadi jutawan...aku nak kahwin! macam gatai kan bunyinya?? haha! biar la orang kata aku gatal ke ape ke...yang penting aku nak kahwin jugak! da ada duit, baik kahwin je, abah aku cakap, da ada duit sendiri baru kahwin, so..da ada duit kan?? baek kahwin ja! kahwin awal pun lagi bagus! tak dak la ke hulur ke hilir berdua ja~~nak pegang-pegang tangan pun tak dapat..sebab tak kahwin lagi..kalau da kahwin, semuanya dapat! [gatai benor!]



perhatian pada

nina aman
lulu
miss galaticos
dawia
shafiq

sila buat!
sebab anda ditag!


ok..
habes daa~~


***kalau la aku betul-betul jutawan, memang aku akan buat semua nih, bukan skadar berkata-kata...tapi bilakah mimpi akan menjadi kenyataan?? Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki hambamu ini~~ aminn~~
*** nak kahwin! nak kahwin! nak kahwin jugak!! hahahahahahahahahaha!!!!

Monday, November 15, 2010

PeRaSaAn BeRcAmPuR bAuR..

November 15, 2010 2
haiihh..awat lak nih~~ perasaan bercampur baur? hurmm...yess! gembira + sedih + marah + geram + ketawa + rindu = SEWEL~~  bukan nak mengutk sapa-sapa..tapi semua perasaan tuh berlaku pada aku sekarang! uishh..mereng ke apa?? huhu~~ gila-gila

GEMBIRA + KETAWA. yang ni tyme maen wall climbing semalam....first tyme maen wall indoor, tempat di tebrau, nice place..diterajui oleh satu keluarga berbangsa cina yang meminati aktiviti wall climbing. sebelum nih da pernah jumpa diaorang kat tempat wall climbing yang biasa kitaorang maen di larkin, johor. disebabkan ujan semalam dan ramai sangat yang pergi wall climbing kali ni [sampai enem (6) bijik kereta!!] so, ambik peluang untuk bermain wall indoor apabila dicadangkan oleh Bro Ann (salah seorang ahli keluarga cina tersebut). besh sangat sebab kali ni alumni dari kL pn turun..[tu pun sebab aktiviti paintball yang lepas]..sapek, teva, yad, khod dan napi antara alumni yang ada~ besh! spend tyme together gether!

walopon tempat wall tu kecik, tapi besh! gambar xclear...bese ar..hp murah~
ok..gambar ni diambil untuk diantar kpd my chubby shja..harap maklum~ haha! [faris]

lepas maen wall climbing, tengok wayang lak~~~ aihh~ exam tak habes ag, da enjoy sana sini~ tapi bak kata orang, alang-alang kan...tempat wall climbing indoor tu di kawasan tebrau, so..alang-alang pergi la jusco tebrau, tengok citer...citer ape? citer UNSTOPPABLE. bukan yang lama punyer..yang baru punyer ok! punyer la gaduh ngan my chubby, dier nak berlagak da tengok citer tu dulu tapi tak dapat menang gak..haha! kan da malu muke anda..kikiki..sian...tu laa...balik awal lagi~ sume aktiviti tak ley nak join skali..dun jeles! haha~~
nice film...aku suke filem2 camni..kakaka~
***untuk pengolahan filem, filem yang bagus, tak ada la meleret sangat..citer ni lam kategori satu filem untuk satu hari..jalan ceritanya hanya berlaku pada hari yang sama....sebelum ni da pernah tengok filem seperti ini dan hampir semua cerita mengandungi jalan cerita yang sama..problem->problem->dan problem..ending? masalah selesai......ehekehek...~ dalam citer ni sorang mati dan dua orang cedera...citer ni berdasarkan cerita sebenar...yakni ni adalah kisah benar yang berlaku..


terasa rindu yang amat pada keluarga yang jauh di sana...tadi nak call tapi sorang pown tak angkat..geram benor! achik rindu nih..tolong la jawab phone!! huhu..da la tak dapat nak balik raya...umi tak bagi balik...huhuhu..sardis benor...tak aper...lepas exam ni, terus pecut balik kampung~ claim balik! huhu..rindu kalian sangat2~!!
my femly~ abah, ummi, along, angah, ateh dan adik..lupe lak~ gambar abg ipar xde..hee~

suddenly buat keputusan untuk ke perak...beraya dengan family angkat di sana..terpakse buat keputusan last minit, patotnya beraya di rumah farah, tapi memikirkan lepas final da malas nak naik perak, so..aku buat keputusan ini....malam ni bertolak dengan faris dan kawan2nya..wish me safe in my journey.. berhajat untuk pergi ke sana da lame...setahun sudah tak menjenguk mata..apa khabar mak cik? apa khabar pak cik? abg amin lak camne? iqa yang manis lak da sambung blajar belom? adik ajam makin besor tak? hermmm..setahun suda berlalu...memang touching habes...tunggu kedatangan iz di sana semua~~

k la..sekian sahaja...bye!



*** apa-apa perkara yang berlaku mesti senyum...nak try senyum kambing lak laa..!! haha!

Thursday, November 11, 2010

pAnJaNg CiTeRnYe..PeNdEkKaN!!

November 11, 2010 0
aku nak citer pendek2 je
sebab banyak yang aku nak citer
buley?
hee~

______________________________________________________________

ari ni besday kawan baik aku
nama dier zal
da lame kenal dier
6 tahun
tapi tak pernah jumpa
pelik kan?
kami kawan bermula dari surat
hee~
cam pelik..tapi benar..
mengamalkan tradisi mengutus surat
sape lagi nak guna surat kan?
tapi sekarang da advance
sume benda nak pakai benda tu
apa lagi
fesbuk laa~
hee..

zal~
epi bufday!

zal dan awexnye..ain..sori curik gambar dri fb..lalala~
epi bufday lagi skali!!


_________________________________________

aku dapat sepupu baru lagi
comel!
anak kepada pok din aku dan cik moon
namnya 
HARITH IZZ ZIKRI
cantek nama tu
hee~~
pok din, cik moon dan si kecil!!! sumber fb
harith izz zikri..slamat datang ke dunia.. ^_^

waah~~ aku memang rasa rugi giler!
kenapa??
raya da la tak balik kampung!
tak dapat nak tengok si kecil ini~
sedihnye!!
harith~
tolong jadi comel yer!
lawan budax bernama adam haikal itu
hahaha!
ini adam haikal..dia makin nakal! harap maklum~
***bila la nak ada anak sedare sendiri plak nih...tunggu2..sabar2~ haha!


__________________________________________________________


semalam da habes paper english~
habes satu paper lagi..
tinggal lima paper lagi
5???
huaaaaa!! cepat2 la habes...
nak balik lak nih~~


haih~ 
cakap nak post pendek-pendek je
panjang jugak jadinya
izyan!
ko tipu!
hahahahahahaha!

tq!


***da2..pergi study...stop! esok ada paper lagi!!

Tuesday, November 9, 2010

ReAlLy???

November 09, 2010 9
ReAlLy???
kakak aku pernah cakap
ummi aku pon sama
kalau ada orang nak sibuk-sibuk dengan hal kita
kita buat derk je
nampak sangat kita ni famous
sebab ada orang nak tau hal kita
kan??

yes sis! yes ummi! i got your words now!
maybe i got upset for what happening recently..
but i must be strong!
and being trust!

ayat punyer la kucar kacir..
asik-asik nak cakap omputih
tak per..
practice untuk paper english hari lusa kan?
heh!

izyan balqis!
kamoo kuat....!!!!

yeahh!

aku pegang pada satu prinsip
selagi aku tak kacau hidup orang, jangan la kacau hidup aku
tapi jika ada jugak orang mau kacau hidup aku
silakan... bukan aku yang membalas
hanya Tuhan yang maha ESA..

sekian...




***aku tak state nama mana-mana pihak tapi awat la rasa macam ada yang terasa?? haihhh~

Monday, November 8, 2010

FiNaLlY...iT's fInAl....

November 08, 2010 0
8hb november
10hb november
12hb november
13hb november
23hb november
25hb november
30hb november

agak-agak korang la kan..
ni tarikh-tarikh apa?
tunang?
salah!
kahwin?
lagi la salah!
honeymoon?
pown salah!


meh aku bagi jawapan
ni la tarikh-tarikh 
exam aku pada kali nih..

yang 8hb ari bulan tu
maknenye ari ni la kan?
haaa..
paper HIGHWAY ENGINEERING
perghhhh!!
soklan bley tahan
aku je yang tak tahan!
tak tahan nak kluor dewan exam
sebab tak ley nak jawab!
huhu!

lusa paper english..
tak ley main-main daa..
banyak main sangat nih..
pergi berkubang lam tasek la..
pergi maen beskal roda tiga laa..
macam-macam..
biasa la..
saya kanak-kanak riang
mahu riang seriang-riangnya!
haha!

okeh la..
esok mau pergi library
heh!
bley percaya ke?
percaya laaa!!
tak buley study di bilik..
hanya ada perasaan mau beradu sahaja
biasa la..
puteri kan..
ehem3!
opss~
silap ke?
mohon ampun dipinta tuanku~
ngeee~
nota kuliah highway aku...
jalan raya je aku bljar lam subjek nih..name pn highway kn..hoho~
k la...
bye!


*** lepas nih, bley tukar menteri kerja raya la plak..aku nak jadi buley??!!

Thursday, November 4, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

November 04, 2010 0
GiveAway Domain From MelRomeo.Com
heh~ aku ditag oleh nenek kebayan kesayangan aku..thanks kat nenek sebab sudi tag diri ini...da lama tak join kontest2 nih..well..join2 pn bukan penah menang pun..sian kan?? huhu..xpe..kali ni mana tau, berkat nenek yang tag, aku dapat kan?? heee~~ thanks nek!!

caranya mudah sangat..angkat, tuang, masuk, picit!!! haaa~~ senang kan...haha! tak ada laa..caranya, korang copy je apa yang kat bawah tu..yang berwarna putih tuu..ok!! senang je kan..okeh...jom2~~

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
1. suhaimi
2. wan hazel
3. sweet syaza
4. mish
5. aqib
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM
 

haaa..amacam??? kepada yang tak tertag,anda tidak perlu gusar..terus sahaja pergi ke laman ini, klik di sini dan cuba! mana tau kan..heee..ok2~~ see ya~~



***mudah mudahan kontest ni aku dapat domain baru..huhu..heee...amin2~~

GeMbIrA bUkAn SeDiH

November 04, 2010 0
dalam hidup aku
aku dah 'set'kan
aku mahu orang yang aku kenal
orang yang aku sayang
orang-orang di sekeliling aku
GEMBIRA
bukan sedih

aku mintak maaf pada sesiapa
yang dah terasa dengan aku
yang dah sakit hati dengan aku

seriously
aku tak berniat untuk melukakan hati sesiapa
bagi aku, 
aku mahu semua orang gembira dengan apa yang aku buat
aku pernah kan post tentang hal ini
aku postkan lagi sekali sebab ada masalah yang timbul
niat aku baik
aku mahu kawan-kawan aku bahagia
bukan derita
seriously
tu niat aku
bukan untuk mencemarkan maruah sesiapa
aku minta maaf atas salah aku itu

aku cukup terasa hati
dengan orang yang salah anggap
tentang apa yang aku dah buat

tak apa
aku dah maafkan

cukup di sini
aku tak mahu masuk campur hal kengkawan aku lagi
cuma aku doakan korang bahagia dari sudut jauh ini

aku buat ini semua ini agar semua boleh faham niat aku yang sebenarnya
 aku mahu tidur
itu pun kalau aku boleh tidur
kalau tak boleh, aku post entry lagi
sekian..

sorry for everything~


*** tak semua apa yang kita buat mendapat kepuashatian orang di sekeliling kita meskipun apa yang kita buat atas dasar niat yang baik...fikir-fikirkanlah~ 

Wednesday, November 3, 2010

bErTuKaR!!

November 03, 2010 2
haaa..
pada sesiapa yang pernah ke blog ini, 
mungkin ada rasa pelik + syak wasangka [ada ker??] hee~~ 
dun wori..
tuan punya blog masih sama, 
masih yang cute mute tu..
cume nak beralih angin sket ke template yang baru..
setelah hampir satu tahun menggunakan template yang same, 
akhirnya aku curang jua!! 
haha!

ni header blog lame aku...masih ingat?? yg ada lap2 tuu...


haaa~~ ni header blog baru aku..cam meriah sket kan...warne xjauh beza tapi cun!
 tak dapat nak besarkan pic header baru tu...
ntah hape masalah ntah..
hee~~
ok2...
stay tune!
jangan lupe singgah yer! 
blog shantek baru semangat nak tulis banyak2!!

*** miss izyan, this is study week..have you finish your study yet?? muahahahaha!! study la weyhh!!