Saturday, January 13, 2018

Sejauh Mana Kita Jujur Dalam Percakapan?

Jujur. Sejauh mana korang bercakap jujur? Korang jenis suka bercakap jujur sepanjang masa atau sebaliknya? Isu Jujur ni jarang berlaku kan? Sebab semua fikir dah besar, dah matang, boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Of Course akan berkata jujur, eh YE KE?

IQ memang tekankan tentang kejujuran. Sebab IQ sendiri tak reti nak berkata sebaliknya. IQ jenis jujur bila bercakap, kalau nak menipu, alahai...jelas nampak di riak muka. Orang dah cop IQ tak pandai nak tipu. Bukan lurus, tapi tak pandai tipu jer.

IQ sebenarnya tak tahu apa motif orang nak tipu. Nak jaga hati? Nak cover diri? Nak apa lagi? IQ memang tak faham bila something yang dia cakap tak kena dengan apa yang dia buat. Means, tak jujur la. Kenapa tak cakap jer yang sebenar-benarnya? Sakit plak hati bila dapat tahu dia tak jujur dalam percakapan dia. Bila IQ tahu dia tak bercakap jujur, rasa macam, WHY? Kenapa tak boleh nak cakap terus terang?

Ada orang suka cover diri dengan bercakap bohong. Ada saja keypoint yang dia nak cakap asalnya diri sendiri tak nampak bersalah. Dan tak semua point yang dia cakap tu betul. Tapi untuk apa? Untuk sedapkan ayat? Untuk cantikkan jalan cerita? Kalau kawan-kawan IQ ni, dah dorang gelarkan seseorang tu propa je lebih. Dah kena cop plak. Tak sedap la plak kan?

Ok, sekarang ni bukan sebab nak tanya kenapa tak bercakap jujur, cuma IQ tak faham motif tak bercakap jujur tu. Susah ke nak beritahu hal sebenar? Bukan IQ tak tahu, dan tak faham. Masing-masing ada hak, so IQ boleh faham la part tu, tapi kenapa perlu tak jujur?

Yes, ini hanya isu kecil. Tapi kalau kerap kali berulang, ia boleh jadi besar. Its about attitude. Kalau sekali dua boleh lah nak ignore, tapi kalau selalu terjadi, rasa macam tak ada point nak buat macam tu.

Just beritahu hal sebenar, dan IQ akan terima seadanya. Bukan susah pun. kan? Bukan IQ telan pun kalau korang nak cakap yang betul. haiyaaaa...

4 comments:

  1. benci orang takjujur.Ia menyakitkan..macam dalam lagu spring..sejujur mana kata kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, nak buat macam mana ina, hidup ni ada banyak ragam

      Delete
  2. bila da sekali tak cakap jujur,mmg akan dtg akan berulang kmbli .
    anti betul org mcm ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila orang dah terbiasa membohong, susah nak tinggal perangai bohong dia tu

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata