Wednesday, January 24, 2018

Emosi Bercampur Baur, Mood Menulis Kelaut Dalam!

Dua tiga hari ni macam mood kelaut. Mood nak menulis terasa macam hilang. Nervous ke gugup ke sedih ke tak tahu la. Semua bercampur baur.

Mood hilang bermula semalam. Bila Apps Blogger dekat Google Play Store macam ada problem. Tak boleh nak save draft yang ada gambar. Semalam nak letak gambar sekeping pun macam susah nak save online. Nak kata internet tak laju, try tukar DiGi ke Celcom pun still perkara sama berlaku.

Ada kawan sarankan try dekat handphone lain. IQ try la install Apps Blogger dekat handphone lama, memang ternyata Apps Blogger ada masalah. Hurmm...nampak gaya nak update entry akan semakin slow lepas ni.

Nervous dan gugup sebab dapat panggilan interview dua hari lepas. Risau sebab dah dua tahun tak hadap interview. Company pun agak besar, expectation mesti tinggi. Harapan mestilah nak kerja baru tu. Tapi bila search laman web company tu macam nanti ada leader untuk IQ juga. So, macam lega sikit.

Bukan tak boleh kerja sendiri tapi sebab IQ dah lama tak buat kerja on site dan semestinya kerja on site lagi mencabar daripada kerja sekarang yang hanya buat checking semata-mata. Doakan IQ berjaya dalam interview tu nanti. Amiin..

Sedih plak bila tetiba boss marah macam IQ buat salah besar benor! Entah apa angin dia, tinggi suara macam IQ buat salah padahal tanya pendapat je pun. Seriously I am sad! Sedih lahai bila benda kecik pun nak naik suara macam tu. Anggapan mungkin dia tengah banyak kerja yang perlu disettlekan cepat. Memang sejak dua menjak ni, kalau dia sibuk memang nak marah je kerjanya. Hurmm..ape hal ntah boss ni. Nak kata bendera merah, lelaki kot? huhu.

So, dalam tak tahu nak update apa semua, siap dah sebuah entry meluah rasa. Sedih tapi tulah hidup. Nak luah mana lagi selain officemate yang sentiasa faham dan juga warga pembaca Dunia Blog IQ sekalian. Thanks sebab baca.

Bai.

7 comments:

  1. moga dilancarkan rezeki IQ.. samalah.Ina pun jadikan blog sebagai tempat meluah.Hihihi

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dipermudahkan urusan temuduga tu nanti.

    ReplyDelete
  3. App blogger mmg selalu ada masalah dari dulu. Kalo sy buka blogger di phone, guna google je.huhuh. apa2 pun sabar ya

    ReplyDelete
  4. App blogger mmg selalu ada masalah dari dulu. Kalo sy buka blogger di phone, guna google je.huhuh. apa2 pun sabar ya

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan..doa banyak2..nad selalu update bukan chrome je..takde guna apps

    ReplyDelete
  6. biasalah bila nak buat benda yang kita minat ni, mesti ada cabaran sedikit..banyak2 bersabar yea IQ..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata