Thursday, December 28, 2017

Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!

Benda dah lama tapi baru nak buat entry. huhu. Tak perlah, buatlah jugak sebagai kenangan menang contest di sini. huhu. Alhamdulillah, IQ memang contest daripada Lazada lagi! Boleh tengok entry contest IQ di sini.

Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Kali ni IQ menang tempat ketiga di samping beberapa blogger lain yang IQ kenal. Tahniah kepada yang menang juga!

So, IQ menang voucher bernilai RM100. Sebelum ni IQ beli purse baru untuk IQ sendiri. Dan kali ni, IQ aim nak belikan something untuk Qa'id pula. Nak cari something yang jadi kegilaan Qa'id pada tika ni. Apa dia?

THOMAS AND FRIENDS !!

Disebabkan Lazada pun ada Christmas sale minggu lepas, so IQ pun ambil peluang beli hadiah Qa'id ni dengan harga yang lebih murah. hihi. Untung sangat. Rambang mata IQ dibuatnya. Sampai terpaksa mintak pendapat adik ipar IQ untuk pilih yang mana lebih sesuai.

Last-last IQ pilih yang pakai battery. Senang, boleh gerak-gerak. Tak perlu nak gerakkan sendiri. Yang lain lebih murah tapi terpaksa gerakkan sendiri, tak perlu pakai battery. Tapi IQ nak mudah, cari yang battery jer senang.

Dan semalam barangnya dah sampai tapi IQ baru ambik tadi dekat pos guard. hihi..
Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Bahagian Depan
Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Bahagian Belakang
Nampak macam besar tapi kecik jer sebenarnya. Tak perlah, janji Qa'id happy nanti. Tak sabar nak bawak balik rumah, dan tengok Qa'id main. Qa'id tengah suka sangat dengan Thomas & Friends, sampai lagu Thomas semua nak hafal. Buka 18 juta kali dekat rumah, mana tak boleh hafalnya....bak kata mak langnya lah. huhu

Terima kasih Lazada. 

8 comments:

  1. wahh bestnya dapat hadiah... seronok lah Qa'id nanti.. yeahhh !!

    ReplyDelete
  2. Vvaaah! Tahniah IQ.. happy qa'id dapat mainan baru.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. wah, dah redeem dah baucer. huda yer baucer dah try redeem, tapi tak sampai pun RM150 pun tolak, buat aduan dan tunggu jer feedback yang 3 hari dah menanti.

    ReplyDelete
  4. Tahniah menang, mesti Qaid suka ...

    ReplyDelete
  5. tahniah IQ.. seronok anak dapat mainan thomas

    ReplyDelete
  6. wahh seronok lah Qaid dapat hadiah. :)

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata