Thursday, November 9, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest
SALES! SALES! SALES!

Korang tahu tak Lazada Malaysia akan buat Online Revolution Sales bermula pada 11 November sehingga 14 Disember 2017 nanti? Tak tahu? Korang rugi kalau tak tahu. Sebab banyak benda menarik yang akan tiba.
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Nampak tak muka eksaited tunggu sale 11.11t tu? Tapi sempat lagi grab barang di Lazada sebelum sale oii. hahaa!
Apa yang menarik? IQ pun tak tahu sebab IQ pun menunggu 11 November ni datang. IQ dah tak sabar nak shopping ni! Mesti berbaloi membeli di Lazada lebih-lebih lagi bila time sale macam ni. Jimat weyh!

Dan untuk Online Revolution Sales kali ni juga, Lazada Malaysia sekali lagi berbesar hati untuk buat contest untuk para blogger sekalian. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Sila la join ramai-ramai, memeriahkan majlis.

Lagi ramai lagi besar peluang korang nak menang ok! Sebab bilangan hadiah akan bertambah jika peserta bertambah. Tak percaya?? Klik link ini atau gambar di atas untuk maklumat lanjut. Apa lagi? Pergi draf entry cepat! Rugi kalau tak join.

So, jom ikut IQ jawab soalan untuk Lazada ni. JOM!

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? (Adakah anda ingat produk pertama yang anda beli melalui atas talian? Apakah ia dan bagaimana pengalaman anda?)

Pengalaman pertama beli online? IQ beli baju dress dari satu laman web. First time beli rasa sangat takut sebab risau bajunya sampai ke tangan atau tidak. Untuk jaminan, IQ yakin dengan kedai yang IQ beli tu. Dan Alhamdulillah, baju yang IQ beli sampai dengan selamat. 


Yang penting, kalau nak beli baju online kena cek ukuran. Kalau beli tanpa cek ukuran, dapat la baju yang terlebih besar atau terlebih kecil. Pernah lupa tengok ukuran, hasilnya dapat baju yang lebih kecil! Cuai sangat!


b. Which types of products would you prefer buying online? (Apakah jenis produk yang anda cenderung untuk membeli atas talian?)

IQ suka beli pelbagai jenis barang melalui online. Adakalanya IQ beli barang kelengkapan rumah, macam rak kasut dan rak barang. Kelengkapan gadjet juga IQ suka beli online sebab memudahkan IQ mencari yang berkenan di hati dan membayarnya.


Ada juga IQ beli barangan kesihatan seperti krim sapu Shaklee di laman web Lazada sebab lebih mudah untuk dapatkannya. Nak mencari hadiah untuk keluarga pun jadi senang kalau beli online, sampai buat kerja pun boleh shopping, terutama di laman web Lazada.


c. What do you love about online shopping? (Apa yang anda suka tentang membeli di atas talian?)

Apa yang IQ SUKAAAA SANGAT pasal shopping online ni? Orang perempuan, kalau bab shopping kan nombor satu, mana boleh tak suka kan? Yang best pasal shopping online ni adalah:
  • Jimat masa membeli - Jimat masa nak beli barang, tak perlu singgah kedai nak membeli. Semua tu ambik masa. 
  • Tak perlu parking kereta - Kalau beli dekat kedai, benda paling malas, nak parking kereta. Tu kalau ada parking, tapi kalau tak ada parking? Pusing 10 kali baru ada parking. Adehhh...buang masa.
  • Mudah nak banding harga - Beli online boleh compare harga untuk barang yang sama. Terutama kalau beli di Lazada sebab ada banyak barang yang sama dengan harga berbeza. Haruslah pandai memilih barang dan harga mana yang terbaik kan?
  • Boleh review barang - Kalau di Lazada, selalunya ada Rating untuk produk dan juga penjual. So, dari situ IQ boleh tengok barang tersebut dijamin berkualiti atau tidak dan penjual tersebut seorang penjual yang bagus atau tidak. kan kan?
  • Senang nak bayar - Tak perlu beratur nak bayar. Online banking kan ada. Mudah kan? sekarang pun banyak cara nak bayar beli barang melalui online. Mudah jer.
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? (Apakah produk yang anda beli atau ingin beli di Lazada semasa Online Revolution sales?)

10" BetterSleep Platinum Top Queen Size Foam Spring Mattress w/ FREE 2 Pillow

Hamboi IQ, cari tilam baru ka?? Ha'ah, tilam sekarang spring dah keras. Sakit belakang tiap kali bangun tidur. haha!
Ni yang IQ plan nak cari di laman web Lazada untuk Online Revolution Sales kali ni. Memang tilam IQ dekat rumah tu dah lama sangat. (Sebenarnya tu pun barang 2nd hand dari orang lain..shhh!) haha! Biasa la dulu kan baru nak bina kehidupan berumah tangga kan? Orang hulur perabot 2nd hand pun bedal. Bila dah mampu sikit, baru la beli baru kan kan kan?

Kenapa IQ plan nak beli perabot kat Lazada pulak ni? Hey, tak nampak sale dia tu? Dari harga RM 1,129.00 jadi RM279.00 sahaja?? Serius laa? Murah kot. Diskaun 75%!!! Kalau IQ tengok kos penghantaran dia pun baru RM51.00 sekitar Kuala Lumpur. Murah kan? So, IQ memang nak grab tilam ni satu. 10 inch kot. Tebal! Mesti si Qa'id pun seronok nak lompat-lompat atas tilam baru. Tidur lena la dia lepas ni. IQ pun mesti terlajak tidur punya. hehe. Opss!

Ok, da settle part IQ. Apa lagi yang korang tunggu? Cepat-cepat draf entry blogger contest ni. Mana tahu boleh menang sama-sama nanti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? 

Jangan lupa tunggu 11 November nanti ok! Sebab IQ pun tak sabar nak shopping ni! Yeay!

11 comments:

  1. good luck IQ. nanti saya pun nak join gak la. hehe

    ReplyDelete
  2. Gud luck.. Manatahu kot rezeki berpihak nanti .

    ReplyDelete
  3. Xsbar nk shopping ni..mmg tiap bulan ada je barang beli.. pampers anak mmg wajib beli kt lazada.. murah..

    ReplyDelete
  4. Gud luck sis. Dtg dari contest yang sama =)

    https://izahafizah.blogspot.my/2017/12/lazada-online-revolution-blogger-contest.html?m=1

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata