Wednesday, December 27, 2017

Membesar Tanpa Seorang Ayah

Setiap anak menginginkan kasih sayang seorang ayah. Tanpa seorang ayah, mungkin kehidupan tidak lengkap. Tanpa seorang ayah, kehidupan pasti berbeza dengan kehidupan orang lain. Namun, apa yang boleh kita buat jika ianya adalah takdir oleh Yang Maha Esa?
Qa'id 8 bulan
Qa'id kehilangan ayahnya di saat dia berumur 11 bulan. Masih di atas dukungan. Masih belum pandai berjalan. Di saat dia masih bermanja dengan ayahnya. Di saat terakhir Arwah ayahnya menghembuskan nafas terakhir, kami memohon kebenaran wad icu Hospital Sungai Buloh untuk membenarkan kami membawa masuk Qa'id untuk lihat Arwah Ayah buat kali terakhir. 

Pilu sangat rasa apabila dia seakan mengetahui ayahnya berada di akhir hayatnya. Dia pegang badan ayahnya, dia nak peluk ayahnya. Akhirnya tiada lagi kasih sayang ayah terhadap Qa'id.
Qa'id 1 tahun 1 bulan 
Qa'id seorang yang sangat manja. Memang dia menginginkan perhatian. Seorang anak kecil pastinya ingin kasih sayang yang berganda. Apatah lagi daripada seorang ayah. Qa'id memang rapat dengan ayahnya dari dia masih kecil. 

Dan semenjak ayahnya meninggal dunia, kasih beralih arah kepada atok dan ayah-ayah saudaranya. Atok dan ayah-ayah saudaranya dianggap seorang ayah oleh Qa'id. Pantang berjumpa, pasti senyumannya sampai ke telinga. IQ tahu, dia rindukan kasih sayang seorang ayahnya yang dulu.
Qa'id 2 tahun 3 bulan
Qa'id ada atok, pak ngah, pak teh dan pak su yang sentiasa memanjakan dia walau dengan apa cara sekalipun. Dia sangat selesa dan seronok bila semua ada datang dan bermain dengan dia. Jelas terlihat bila mereka meluangkan masa bersama. Adik beradik Arwah ayahnya tak pernah lupakan Qa'id apatah lagi Qa'id anak saudara pertama mereka. Pantang berjumpa, berebut nak main dengan Qa'id. Alhamdulillah.

Meskipun Qa'id tidak berayah, tapi Qa'id masih ada ramai keluarga yang sayangkannya. Moga Allah panjangkan umur dan kasih sayang antara kami semua. Amiin.

14 comments:

  1. Semoga Qaid membesar jd seorang yg penyayang....
    Qaid dah semakin handsome sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, mudah2an, kalau dia reti apa makna hensem tu, mesti kemain kembang hidung dia. haha

      Delete
  2. Qai'd kuat..IQ pun kuat..moga terus tabah dan moga Qai'd membesar sebagai anak yang soleh yang dapat memanjangkan doa utk arwah ayahnya..

    ReplyDelete
  3. Hmmm.. sedihla kita baca..hmm moga Qaid membesar menjadi anak soleh yang melindungi keluarganya dari segalanya dan menjadi tunggak agama

    ReplyDelete
  4. Sedihnyaa. Hmm harap kak IQ terus kuat dan Qaid pon akan tetap kuat. Semoga sentiasa diberi kebahagiaan. Aaaminn.

    ReplyDelete
  5. takpe Qa'id ramai yg sayang Qa'id yang pasti nanti Qa'id dewasa jadi kebanggaan ibu dan anak yang soleh di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, mudah2an, ramai sayang dia, Alhamdulillah

      Delete
  6. Qaid ada ramai org yg sayang, semoga Qaid faham erti kehidupan ni, terus membesar dengan sihat jadi anak yg membanggakan ibu ye Qaid..

    ReplyDelete
  7. Qaid, besar nanti jaga ibu elok2. jadi anak soleh. daoakan ayah :)

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata