Sunday, December 17, 2017

Kawan Baik Susah Senang Dulu

Semalam IQ pergi kenduri dekat sebelah area rumah IQ ni jer. Tak sangka plak kenalan masa belajar UTM dulu rumah family dia dekat nau dengan rumah IQ sewa sekarang. Kentut pun boleh bau lagi. haha! Over betul tuu..

IQ bukan nak cakap pasal kenduri tapi IQ nak cakap pasal kawan baik IQ yang join ikut pergi kenduri ni sekali. Ni kawan baik IQ yang IQ sayang dan ada kot-kot bau-bau bacang memandangkan kitaorang orang Terengganu. Kawan IQ ni IQ kenal zaman belajar dulu di mana dia jadi roomate pertama IQ di kolej dulu. 4 tahun IQ belajar, tahun pertama IQ jadi roomate dia.

IQ ada ceritakan kisah dorang ni banyak dalam blog ni tapi dah lama tak cerita pasal dorang sebab dah jarang jumpa. Kalau cari tag 3 Stooges dalam blog ni, confirm jumpa kisah gila-gila kitaorang sepanjang kitaorang study dulu. huhu!

Orang kata, kawan ni kita anggap sahabat bila tolong kita masa susah. Yes! Dia antara yang menolong IQ saat IQ susah. Kalau nak kata IQ bengong sebab bercinta dulu, dia antara penasihat teragung IQ masa tu bersama sorang lagi kawan baik IQ yang menetap di Johor sekarang. Dia berdua geng sangat dan IQ selalu jadi mangsa buli dorang tapi buli-buli pun dorang tetap sayang dan tolong IQ masa IQ tengah dilanda krisis ekonomi global sepanjang study dulu.
Kawan Baik Susah Senang Dulu
Kawan baik IQ yang ni pun ada masa saat-saat Arwah Suami IQ menghembuskan nafas terakhir di Sungai Buloh. IQ ingat lagi dia dan family dia datang dan peluk IQ di saat Arwah tengah nazak. Dia beri kekuatan dekat IQ dan berada di samping IQ sampai la IQ naik van jenazah untuk gerak ke Melaka masa tu. Tak pernah dia berenggang dari IQ. Yer, IQ masih ingat walaupun keadaan IQ tak stabil masa tu.

Sekarang kitaorang jarang jumpa. Kawan baik IQ tinggal dengan family dia di Bentong dan kerja di sana. Jarang la kitaorang nak jumpa. Bila ada kenduri macam ni baru dapat jumpa. Tu pun makin lama makin kurang dah geng kitaorang yang kahwin sebab semua dah kahwin! haha! Tunggu kawan baik IQ ni kahwin la plak, Haha! Yes! Masih single ok! Kalau nak try kenal dia, meh IQ interview dulu. hehe.

Kawan baik IQ dekat Johor jangan jeles tau dengan post ni. AKU SAYANG KORANG BERDUA SANGAT-SANGAT!  Tak ada beza. Kalau jumpa tetap riuh. InsyaAllah, plan untuk pergi Johor lagi some day! Hari tu dah pergi masa awal tahun, so....tahun depan plak..,haha!

Orang kata kalau dah kahwin kawan baik dah tak ada baik sangat. Well depends. Susah nak cakap pasal ni. Kalau kurang keep in touch, yes...kurang la mesra tu sket. IQ akui kadang jarang jugak contact sebab kelangsungan hidup masing2 tapi bila dah jumpa macam semalam, kecoh!

12 comments:

  1. best yer dapat jumpa kawan lama, rindu plak nk jumpa geng2 belajar time uni dulu2.

    ReplyDelete
  2. Paling best dapat jumpa kawan kawan lama

    ReplyDelete
  3. Akak pun dah lama gile tak jumpa kawan-kawan lama. Mujur ada fb. Kat situ jela dalat tgk 'life' diorang.

    ReplyDelete
  4. Akak pun dah lama gile tak jumpa kawan-kawan lama. Mujur ada fb. Kat situ jela dalat tgk 'life' diorang.

    ReplyDelete
  5. Seronok bila jumpa kawan baik...

    ReplyDelete
  6. Lama gila tak jumpa sahabat lama Cikza.
    Bila dah jumpa mesti ada macam-macam cerita

    ReplyDelete
  7. kawan baik saya dulu2 dah tak ada dah. Hehehe. bukan sebab dah kawen isunya. tapi mungkin sebab dah tak sama level atau tak sure lah. Ajak jumpa ada je alasan. Contact2 whatsapp susah sangat nak reply. dia baca je. Hahahaha...

    ReplyDelete
  8. baca entri IQ ni terus rindu dkt kwn2 lama. :(

    ReplyDelete
  9. memang seronok ada sahabat dunia akhirat kan...

    ReplyDelete
  10. Terharu baca part dia ada dengan sis tiap kali sis dalam susah.. Good friends are hard to find nowadays.. :/

    ReplyDelete
  11. Untungnya ada kawan baik begini. Semoga sampai Syurga..

    ReplyDelete
  12. amin.. bukan senang nak dapt sahabat susah senang..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata