Thursday, December 21, 2017

Gaya Rambut Terbaru Qa'id

Tetiba dapat mesej dari adik ipar,

"Kak long, nanti tolong ambikkan beg Qa'id kat rumah Cik H (pengasuh)."

IQ balas,

"haha! Sampai boleh tertinggal beg?"

Bila IQ sampai Cik H, rupanya Cik H suruh adik ipar bawak Qa'id pergi potong rambut. Rambut dia dah panjang sangat. IQ pun sedar hal tu cuma masa nak bawak dia pergi potong rambut memang terhad dan Qa'id sebenarnya kalau gunting dekat kedai bukan dia nak pun.
Gaya Rambut Terbaru Qa'id
Tapi bila dengar Cik H cakap, adik ipar bawak Qa'id pergi gunting rambut dekat kedai, fuhhh..berjaya ke adik ipar IQ bawak Qa'id tu? Tak melalak ke budak tu? Sebelum ni pantang orang asing dekat dan pegang rambut dia, mesti dah jerit riuh satu kedai. huhu. Ibu dia sendiri jadi trauma nak bawak dia potong rambut dekat kedai

Tu sebab terhasilnya rambut topi keledar bila TERPAKSA potong sendiri rambut dia dekat rumah. Tu pun gigih nak bagi diam, sebab Qa'id penggeli sikit dekat bahagian telinga dia. Heh! Ikut ibu dia sangat. haha!
Gaya Rambut Terbaru Qa'id

Bila IQ buka pintu rumah, datang seorang budak lelaki. Wahhhh...dah lain! Dah pendek rambut dia! Dah makin hensem! Dan yang paling penting hilang dah muka manja dia! Atok dan opah dia panggil dia Manja Dewa. Sebab dengan muka + Rambut helmet dia, dia jadi manja yang melampau. haha! Tapi bila rambut dah potong ni, lain machiam dah rupa dia. Dah hilang manja, jadi macho dah.

Kesan minyak yang disapu dekat rambut dia masih ada. Memang tergamam ibu dia dibuatnya. Asyik duk tenung muka Qa'id sebab lain sangat. huhu. Nampak matang jer rupa dia. Nampak dah besar. Dah abang-abang. Nasib tak ada adik. hihi.
Gaya Rambut Terbaru Qa'id
Adik ipar cakap, ada la drama sikit masa nak gunting tapi bila umpan dengan video Thomas & Friend terus ok. Selalunya umpan dengan video pun tak mau. Disebabkan Qa'id sangat behave gunting rambut kali ni, mak sedara dia belikan buku. Adehhh..lagi nampak dah besar sebab tak mintak mainan tapi mintak buku. Cepatnya anak ibu membesar. huhu. Tak puas ibu dukung lagi. (Kalau dukung ringan, seronok la nak dukung, tapi dah tak mampu nak dukung dah) haha!
Gaya Rambut Terbaru Qa'id

Semoga jadi anak yang soleh sayang. Ibu sayang Qa'id sangat2. Banyak sangat.

10 comments:

  1. Hensem Qaid..lepas ni senanglah nak gunting rambut lagi

    ReplyDelete
  2. Dah hensem dah Qaid, kita pun terpegun tengok :*

    ReplyDelete
  3. Ya Allah pipi diaaaaaaa! rasa nak mamah hidup2...Qaid napa la awak ni comel sgt...esok besar jaga mama baik2 tau...mama syg awak sgt2...auntie juju pun ada anak sorang mcm Qaid...sbb tu auntie tahu cm ne perasaan mama bila ada anak bujang ni...esok besar kan izyan kita jln dgn BF muda tau...yeyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. auwwww, tenkiu kak juju! aah, lagi2 kalau dia membesar tinggi dengan jayanya, ibu dia akan jadi cinoet jer. huhu, tenkiu kak juju *peluk*

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata