Monday, December 18, 2017

Bukan Kita Seorang Yang Susah

Setiap orang mempunyai pengalaman kehidupan yang berbeza. Ada orang yang itu lebih yang ini kurang, ada orang plak yang itu kurang, yang ini lebih. Semua tak sama. Berbeza! Even ada yang sama tapi tetap ada bezanya.

Pengalaman IQ sebagai ibu tunggal memang memberi banyak cabaran. Segala benda sekarang IQ kena buat sendiri. Walaupun asalnya IQ memang suka berdikari, tapi sejak mengahwini Arwah Suami, seakan dimanjakan dengan melampau sebab Arwah memang suka buat semua benda. Sampai diri sendiri malas nak uruskan apa-apa dah sebab tahu Arwah akan buat.

Sampai ada yang anggap IQ ni pemalas, tak reti nak buat dan macam-macam lagi orang anggap sebab tak pernah nampak IQ 'rajin' sepanjang perkahwinan kitaorang. Sekarang? back to normal. IQ dah jadi diri IQ yang dulu setelah pemergian Arwah. IQ yang memang suka buat hal sendiri kembali lagi.

Tapi bukan itu yang IQ nak katakan di sini. IQ nak cakap tentang susah. Susah yang IQ rasa, IQ sorang je alaminya. IQ sorang jer mengalami saat-saat kepayahan yang jarang-jarang orang lain alami. Susah membesarkan anak. Susah nak buat segala perkara sendiri.
Bukan Kita Seorang Yang Susah
Tapi IQ juga silap. Sebenarnya, ada RAMAI lagi yang di luar sana yang lebih susah daripada IQ. Yang lagi menderita hidupnya daripada IQ. IQ jer tak nampak. IQ dikira masih beruntung masih punya kerja di saat suami pergi jauh dari sisi. IQ masih bertuah kerana handal bawa kereta ke sana sini berbanding ibu tunggal lain tak reti bawa kereta, dan mungkin langsung tak ada kenderaan untuk ke mana-mana.

IQ dulu pernah rasa susah masa zaman study. Zaman duit-ptptn-tak-cukup-tapi-segan-nak-mintak-abah. IQ sedih dan merungut depan kawan baik IQ. Ditambah masalah keluarga. Tapi sampai la suatu hari kawan baik IQ tegur, "IQ, bukan ko sorang je ada masalah, orang lain pun ada masalah. Aku sendiri pun ada masalah, so...jangan ingat ko sorang jer susah dengan masalah ko" Ayat yang mencengkam kalbu tapi memang ada betulnya.

Sejak dari tu, IQ sedar. Hidup ni memang tak ada orang yang tak rasa susah dan tak ada masalah. Selalu fikir kalau kita ada duit sedikit, ada lagi orang tak makan berhari-hari. Pokok pangkal segala apa yang berlaku, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana masih hidup, masih boleh melihat anak membesar di depan mata. Bersyukur mampu sihat tubuh badan untuk mencari rezeki, masih ada yang sudi menjadikan kita sebagai pekerja.

Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Amiin.

8 comments:

  1. Selalu jugak rasa masala sendiri tu dahh berat sangat dah. Padahal sikit je ALLAH nak uji.

    ReplyDelete
  2. hidup kita sentiasa ada kesusahan & kesulitan. Cuma tak sama pada setiap orang. Apapun semoga IQ sentiasa kuat dalam membesarkan anak IQ.

    ReplyDelete
  3. betul tu..Allah tak akan uji kita diluar kemampuan kita..Moga IQ terus tabah..

    ReplyDelete
  4. alahai.. betul tu IQ .. bukan senang nak senang... tapi kena selalu ingat orang atas.. dengan orang bawah... selebihnya tawakal pada allah

    ReplyDelete
  5. ina tau..iq seorang yang kuat..tabah. sebab tu allah hantar berbagai dugaan n ujian.Terimakasih iq.. ina pon nak jadi setabah iq

    ReplyDelete
  6. Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita kan. Keep strong and fighting!

    ReplyDelete
  7. Setiap org diuji dengan pelbagai ujian berlainan. Insha Allah IQ kuat.. Allah tak uji hambaNya dengan sesuatu yang dia tidak mampu..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata