Tuesday, December 19, 2017

Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?

Beg Atau Kasut? Selalu dua benda ni jadi perkara utama bagi kaum Wanita macam IQ ni untuk pilih sebaiknya selain baju, tudung mekap and what so ever lah. Bagi IQ sendiri, IQ paling kerap beli dua benda ni berbanding IQ beli baju apatah lagi mekap. Berbeza dengan adik IQ yang suka beli baju berbanding beli kasut atau beg. Beza kan? 

So, antara beg dan kasut, yang mana korang kerap beli? Beg macam mana korang suka? Kasut mana yang korang selesa nak pakai? IQ bukan jenis beli beg branded yer. Cukup sekadar memenuhi keperluan. Tak perlu beg berjenama. Beli beg dari Shopee yang import dari China pun happy dah kalau dapat.
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Beg feveret + Kasut rasmi kalau pergi kenduri. abaikan kalau tak sama warna. Janji selesa.
IQ suka dua-dua! Dua-dua memang kalau beli mahu tilik dulu sekali dua, lepas tu round jap, lepas tu pergi balik tempat tu, baru beli! haha~ Tak der lah secerewet tu. IQ beli keduanya mengikut piawaian IQ, iaitu keperluan dan keselesaan. Kehendak tu kadang-kadang kalau nafsu menguasai diri. haha! Dan juga poket tebal dan perlu dikempiskan. Selalunya point kedua jarang-jarang berlaku kecuali ditiup suara halus dan datangnya point pertama. 

KASUTKU DI KAKIMU? EH?
Kasut. Benda yang hari-hari IQ pakai. Terutama pergi ke pejabat. Semalam IQ dok tilik kasut kerja IQ. Hurmm...tapak makin haus. Dah ada lubang-lubang pecah di tapaknya. Dijangka bertahan lagi sebulan dua. Maknanya? Kena cari kasut kerja baru. Huhu. Shopping kasut lagi.

Hari tu, masa temankan family mertua IQ shopping kat SOGO, IQ keraskan hati. Tak nak shopping apa-apa walaupun IQ terjumpa satu kasut yang buatkan IQ fall in love habis! Bayangkan satu floor untuk pakaian dan kasut Wanita IQ round, kasut tu jer mampu buatkan IQ berkenan. 
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Cantik lahai kasut ni!
Tapi disebabkan IQ fikir, masih ada kasut elok untuk pergi kenduri, so IQ tak jadi beli. IQ kentalkan hati dan pujuk hati sendiri. (Kalau ada Arwah, dah lama kasut tu dah jadi hak milik sendiri, haha!) Bayangkanlah, sepanjang IQ temankan family mertua IQ shopping, IQ asyik terbayang2kan kasut tu. Serius. Rasa nyesal tapi tak berapa nak nyesal sebab dah ada kasut lain. hehe.

Tapi ada jugak IQ TERbeli kasut yang sebenarnya IQ tak pakai kerap pun. Contoh kasut basahan, material dia Getah. Macam kasut pejabat tapi disebabkan material dia getah, dan first time IQ pakai, kasut tu buatkan kaki IQ melecet teruk! Lepas tu terus IQ tak pakai dah. Rasa membazir sangat tapi nak buat macam mana. Kasut kalau kita pakai selesa, memang kita akan pakai kerap kan? huhu.

BEG PLAK MACAM MANA?
Beg - Benda paling IQ lemah. haha! Baru dua hari lepas beli beg baru! Ada ternampak ofismate pakai satu beg ni, terus aim nak cari beg macam tu, tapi akhirnya tak jumpa pun. Last2 terbeli beg lain. haha! Beg bukanlah satu benda yang IQ kerap beli, cuma kalau IQ nak beli untuk ke pejabat, untuk bersiar-siar. OK, boleh tambah satu, ok tambah lagi. haha!
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Attire paling ringkas - Beg canvas + selipar. 
Kalau wanita, macam kasut jugak, ada jenis-jenis dia. Beg kerja lain, beg jalan-jalan lain, beg pergi pasar lain, beg pampers anak lain. So, nak kata wanita ni complicated? Yes, they are! Tapi dalam secomplicated mana pun dorang, dorang boleh jumpa barang yang kaum lelaki tak boleh jumpa. See? haha!
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Attire kalau keluar dengan anak - Kasut sneakers + Beg diapers. haha!
So, antara kasut dan beg, apa yang selalu jadi pilihan IQ untuk beli? Jawapannya BEG! Tu sebab rumah IQ banyak beg lagi dari kasut. Nampak macam IQ lebihkan kasut kan? Tapi sebenarnya IQ kalah dengan beg. Lagi senang IQ beli beg berbanding dengan kasut sebab beg tak perlu saiz dan selesa. Janji ada ikut keperluan dan kesesuaian nak pakai. Kannn?

9 comments:

  1. Eyqa lebih suka kasut selipar malas nak tukar khazanah dalam beg ke beg lain. Hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Sama! Tak suka beli baju jugak. Kalau habis takde baju baru cari sehelai. Kalau kasut pantang tengok lawa, grab. Ada laa 2 3 pasang yang xpernah guna pon. Hahaa

    ReplyDelete
  3. alamakkkk tiba2 terfikir macam semua pun tak je.. hahahah jrg shopping kot

    ReplyDelete
  4. ina lebih pentingkan kasut.. ehehe.. beg tak lari sgt dgn match bju

    ReplyDelete
  5. Takde satu pun tapi kita pantang nampak lipstick.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. alamak antara dua ni susah jugak nak pilih , tapi CCL lebih suka shopping baju , hehe

    ReplyDelete
  7. Reen pilih beg. Reen pun jenis tak kisah brg tu branded ke x, yang pnting cantik.
    reen sllu usha2 handbag kat nile.com. cantik dan murah2 jgak :)

    ReplyDelete
  8. Beg kot sebab ada beg xsesuai pegi kenduri , ada beg xsesuai g jogging hihi , suka kasut flat satu pun okey asalkan selesa dan xsakit kaki pakai

    ReplyDelete
  9. klu akk pilih kasut.. ms bujang penuh kasut dlm kereta, asal nak turun keta bertukar2 kasut ikut mood, pagi keje pki formal, kang petang nak kuar jaln2 trus tukar kasut, bag lak smpi lunyai tahap dah hazab baru tukar baru hahah

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata