Advertisement

Responsive Advertisement

TENTANG IQ





Nama diberi Izyan Balqis. Nama samaran di Dunia Blog IQ adalah IQ, singkatan daripada Iez Qis. Iez Qis nama pendek dari Izyan Balqis itu sendiri. Seorang ibu dan seorang isteri kepada Encik IS Mempunyai tiga orang anak lelaki yang baru hendak mengenal dunia yang serba mencabar.

Lahir pada tanggal satu April dan berasal dari Terengganu. Kini menetap di Pulau Pinang. Bekerja sepenuh masa dalam sektor pembinaan sambil berblogging separuh masa demi seperiuk nasi.

Mula menulis blog di Blogger pada September 2009, namun isi blog pada masa itu hanyalah tentang kehidupan peribadi sahaja. Namun, isi blog bermula 2017 dan seterusnya akan lebih meluas isinya. Insya-Allah. Ahli kepada Kelab Blogger Ben Ashaari bermula pada penghujung April 2017. Dan juga Air Asia Blogger Community bermula Oktober 2017.

Post a Comment

0 Comments