Advertisement

Responsive Advertisement

Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!

 

Tak lama lagi sesi baharu persekolahan bakal bermula pertengahan bulan 2 nanti. Persiapan persekolahan pasti menjadi topik hangat ibubapa beberapa minggu ni. Mana tak nya, cuti sekolah ni juga lah ibu bapa sibuk melengkapkan barangan sekolah anak-anak. Anak-anak zaman sekarang pula pandai pula nak memilih barang sekolah mengikut pilihan hati masing-masing.

Anak IQ tak terkecuali yer. Untuk sesi sekolah akan datang, dia dah remind ibunya untuk beli kasut sekolah yang sama macam sesi yang lepas. Tahun lepas pakai dua pasang kasut sekolah sebab dia ada 2 sesi sekolah iaitu harian biasa dan sekolah agama. Salah satu kasut sekolahnya mestilah daripada kasut Jazz Pallas macam dekat post ni. Tahan yer kasutnya, sampai akhir sesi.

So, tahun baru ni, IQ dah beli kasut Jazz Pallas baharu untuk anak IQ. Banyak jenis dan design yer kasut Jazz Pallas ni, reka bentuk yang sporty sesuai untuk anak-anak yang aktif di sekolah.



 

Kenapa Kasut Jazz Pallas senantiasa menjadi pilihan anak?

1-     Sistem pengudaraan unik yang direka; bahagian atas dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC

Ini adalah sebab utama anak IQ memilih kasut Jazz Pallas di mana rekaan kasut Jazz Pallas dengan teknologi sistem pengudaraan yang unik direka khas menjadikan kaki lebih selesa ketika memakai kasut Jazz Pallas ni. Material yang diperbuat oleh gabungan mesh dan juga PVC menjadikan kasut Jazz Pallas ni sememangnya selesa apabila dipakai oleh anak-anak di sekolah.

Malah, dengan material mesh dan juga PVC yang digunakan, kasut Jazz Pallas ni lebih mudah dibasuh dan cepat untuk dikeringkan. Senang sangat hati mak-mak macam IQ ni kalau anak guna kasut yang sama untuk bersukan, apabila kotor lagi mudah la nak bersihkan kan?


2-     Kusyen tapak dalam kasut khas dengan "Comfy Arch Support" dan “Better Rebound”

Kelebihan setiap Kasut Jazz Pallas ni terletak pada kusyen tapak dalam kasut nya. Anak IQ cakap selesa betul kasut Jazz ni sebab tapak dalamnya memang memudahkan pergerakan dia. Kaki dia pun tak sakit bila berlari, dan ini memang kelebihan Comfy Arch Support yang direka untuk setiap tapak dalam kasut Jazz Pallas ni. Otot kaki lebih lega ketika memakainya.

Tapak dalam khas kasut Jazz Pallas ni jugak boleh mengurangkan tekanan pada kaki dengan kejutan semula jadi. Kusyen tumit 8mm memaksimumkan penyerapan hentakan dan menyebarkan tekanan pada tumit dalam masa yang lama dengan cekap.

Sokongan Gerbang (Arch Support) pada tapak dalam kasut Jazz Pallas yang direka khas menjadikan kaki lebih selesa ketika memakainya. Tapak kaki lebih rasa selesa ketika memijak dan berlari. Sesuai untuk anak IQ yang lasak dan aktif ketika di sekolah.

 


3-     Proven extra superlight weight "X-Light"

Kasut Jazz ni memang terbukti ringan yer semua! Bukan nak overclaim tapi memang ringan berbanding brand kasut sekolah yang lain. Bila ringan ni, memang menjadi kegemaran anak la kan? Dengan material yang selesa dipakai, ringan pulak tu. Memudahkan pergerakan anak di sekolah, apatah lagi anak IQ ni seorang yang lincah dan aktif. Sememangnya kasut Jazz Pallas ni menjadi pilihan dia untuk ke sekolah sesi akan datang.


4-     Velcro strap with Elastic Shoe Lace design

Tahun lepas, dia pilih full Velcro strap. Tahun ni anak IQ memilih design yang matang sikit, dengan design elastic shoe lace. Ala ala ada tali kasut tapi dummy jer sebab ada Velcro strap yang memudahkan dia pakai kasut untuk ke sekolah. Acah-acah pandai pakai kasut bertali kan? Pilihan design IQ jugak ni, sebab IQ pun suka kasut yang show macam bertali walaupun malas jugak nak pakai yang bertali. Hehe.


Korang! Tahun ni Pallas juga mengadakan Contest Jom Beli & Menang tau! Korang boleh memenangi wang tunai sebanyak RM3000 beserta e-voucher yang bernilai RM100! Mana tahu beli kasut sekolah anak-anak boleh menang wang tunai ni kan? Imbas QR dan daftar penyertaan korang sekarang tau!



Kasut Jazz Pallas nib oleh didapati secara online juga tau! Tak perlu susah susah cari dekat kedai fizikal, online pun ada sekarang. Boleh beli di Online store di bawah.

 

KASUT JAZZ PALLAS

Pilihan Kasut Sekolah Pallas

http://www.wow2wee.com/

Post a Comment

0 Comments