IQ tak tahu perlu ke tak ceritakan benda ni tapi IQ teringin nak coretkan sesuatu dekat blog IQ ni sebab ini adalah kisah kami sekeluarga. Nak expose banyak-banyak tak boleh tapi cukup ceritakan apa yang boleh dijadikan teladan buat semua.
Awal bulan 10 di saat baru terima gaji bulanan, IQ masih dengan rutin kerja harian seperti biasa. Hari sebelumnya sibuk dengan mesyuarat bulanan, selalu hari seterusnya memang akan relaks sekejap, ditambah dengan urusan menyelesaikan komitmen yang ada.
BACAAN ECG TAK CANTIK...
Petang 1hb IQ terima mesej daripada husband IQ mengatakan dia berada di klinik sedang menjalani ujian ECG. Sesiapa yang tahu ECG tu apa tahu lah ianya ujian untuk mengetahui rentak dan keadaan jantung. Setelah berjumpa doktor, husband beritahu bacaan ECG nya tidak cantik, perlu ke hospital untukl rawatan lanjut. IQ di pejabat dah tersentak...tergamam pun ada. Jantung husband ada masalah. Kenapa? Macam mana boleh kena? Macam macam dalam kepala IQ masa tu, memang risau tak tahu nak cakap. Lagi-lagi kami berjauhan, dia di Johor, IQ di Penang.
Katanya dadanya sakit. Tiba-tiba. Susah nak bernafas. Doktor di klinik kilang tempat kerjanya menyarankan dia buat ECG di klinik luar, dan klinik luar pula sarankan dia terus ke hospital. Keadaan dia tak stabil. Dalam kepala IQ, macam mana nak uruskan dia kalau dia warded di Johor sana? IQ hampir decide untuk gerak dan stay di Johor untuk beberapa hari namun atas nasihat rakan-rakan dan boss, IQ dinasihatkan agar kekal di Penang, dan menyuruh husband balik dan warded di sini sahaja.
HUSBAND WARDED
Husband balik keesokan paginya. Memang IQ terus off 2hb tersebut untuk uruskan suami warded. Mujur ada panel insurans dari tempat kerja husband. Boleh dapatkan rawatan dengan cepat dan tepat. Alhamdulillah husband dapat seorang doktor yang sudi menerima kesnya. Untuk kes jantung bagi usia muda ni, kebanyakan doktor-doktor ni pun memilih, sebab bagi mereka kes tak kritikal. Nampak macam tak kritikal. Sebab masih muda. Takkan ada big issue pun. Thats why ada seorang doktor reject kes husband, tak nak accept. Biasalah kan? Everything is about money....Untuk kami yang usia muda ni memang rasa tak senang sebab first time kan experience penyakit jantung ni.
Husband dapat warded di wad kardio. Ujian ecg masih dilakukan, dan keadaan jantungnya masih tak stabil. Ujian stamina pun sama dijalankan, pun tak mencapai tahap yang memuaskan. Akhirnya doktor cadangkan untuk buat prosedur Angiogram. Boleh google untuk tahu apa itu prosedur Angiogram. Satu prosedur menggunakan dye utk mengetahui di mana saluran darah yang tersumbat.
PROSEDUR ANGIOGRAM DILAKUKAN
Prosedur Angiogram dilakukan pada hari ketiga husband di hospital disebabkan menunggu giliran. Ramai yer yang ada masalah jantung dan tunggu nak buat angio tu. Hari husband buat Angio tu IQ mc. disebabkan tak berapa nak sihat. Anak-anak pun sama. Sepanjang husband warded, IQ hanya dapat jenguk husband sekejap-sekejap disebabkan anak-anak masih kecil, tambahan pulak dorang tak sihat. Tak nak dorang jangkitkan ayahnya pulak. Tak pasal pulak prosedur angio terpaksa ditangguhkan kalau husband tiba-tiba tak sihat.
Hari husband buat angiogram, IQ dapat jenguk suami lama sikit. Tengok tangannya dah berbalut selepas prosedur angio. Tambahan pulak diceritakan pengalaman prosedur angio tu dengan keadaan sedar dengan bius. Setengah orang akan tidur sebentar, tapi husband tak tidur. Dia boleh rasa dye yang masuk dalam darah dia sampai ke bahagian dada dia. Ngeri betul bila dengar dia cerita.
Keputusan angiogram husband menunjukkan blockage yang ada di saluran darah kurang dari 30%. Bermakna sakit dada yang husband alami bukanlah disebabkan oleh saluran yang tersumbat sebenarnya. Bila tanya keadaan yang berlaku semasa husband diserang sakit dada, ianya disebabkan tekanan darah yang tinggi dan stress di tempat kerja. Perkara ni ada diceritakan pada IQ apa yang berlaku sebelum sakit dada nya datang.
Risau geram macam-macam perasaan timbul. Malas IQ nak ceritakan apa yang berlaku secara detail tapi cukup lah IQ bagitahu, tak semua orang boleh jadi seorang pengurus kerja yang baik. Nasib husband kurang baik berhadapan dengan pengurus yang hanya mengarah tanpa pengurusan staff yang baik.
Husband discaj sehari selepas prosedur angiogram diadakan. Disebabkan blockage yang tak serius, tiada rawatan susulan diadakan, hanya perlu melakukan senaman dan juga makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Pemakanan pun kena mula jaga bila dah ada tanda-tanda penyakit jantung ni. IQ dan anak-anak pun memang sentiasa ingatkan husband untuk jaga kesihatan, nak main badminton pun tak boleh over-over sangat sebab pernah jer dengar orang collapse main badminton sebab tak sedar ada masalah jantung secara tiba-tiba ni.
RED ALERT
Itulah pengalaman IQ berhadapan dengan husband yang dikhuatiri kena serangan jantung. Walaupun bukanlah betul-betul serangan jantung yang kritikal, tapi cukup bagi tanda peringatan buat husband dan IQ tentang kesihatan semasa husband sekarang. Bila berjauhan, lagi la kena remind tentang pengurusan stress husband. Mana tak nya, stress dia disebabkan surrounding di tempat kerjanya. Cadangan masa depan masih dalam pertimbangan. Tak nak cerita apa planning kami, cukup waktu IQ akan cerita nanti.
Doakan husband IQ sentiasa sihat yer? Anak-anaknya pun masih kecil, masih mengharapkan perhatian ayahnya. Walaupun husband jarang dapat balik, anak-anak sentiasa rapat dengan ayahnya. Kalau ayahnya balik, ibu seakan invisible dalam rumah tu. Tak perlah, at least IQ boleh rehat. hehe.
Till then guys, bye!
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)