Advertisement

Responsive Advertisement

Bercuti di Pulau Pangkor. Setelah Sekian Lama Tak Bercuti!

Salam semua...

Fuuuhhhhhhhhh! Tiup habuk sikit dekat blog ni, bersawang teruk! Maaf ler, memang keadaan tak mengizinkan. Lagi lagi life sekarang hectic sangat. Pergi kerja balik kerja, urus anak 24 jam sehari. Memang nak menaip tunggu masa dan cerita best baru syok nak up kan?

So, kesahnya minggu lepas (7-8 September 2024) IQ dan family belah suami bercuti di Pulau Pangkor. Alaaa, itu pun nak cerita? Biarlah! Nak cerita jugak dekat sini sebab ini semua kenangan kan? Last minit punya plan. Disebabkan husband IQ kerja shift dan cuti hanya pada hari bekerja, memang susah nak dapat peluang bercuti macam ni. Plan asal nak ke Cameron lah, Teluk Senangin lah, Port Dickson lah, tapi akhirnya dapat book satu chalet dekat Teluk Nipah, Pulau Pangkor iaitu D'Senja chalet.

Husband ambik cuti 7-8 September tu sebab hari sabtu dan ahad hari bekerja dia. Demi family, sanggup apply cuti. Plan asal nak pergi minggu ni, 14-17 September tapi tahu-tahu je la kan? Cuti sekolah dengan long weekend lagi. Confirm ramai orang. So, ambik advance step. Bercuti awal seminggu dari tempoh orang lain bercuti. Tak der la ngadap jem dan orang ramai sangat.

Tiket ke Pulau Pangkor dah beli siap-siap online. Senang. Sorang Dewasa dua hala RM21.60, kanak-kanak RM10.80 dua hala. Tiket kanak-kanak dikira bermula 3 tahun dan ke atas.Feri ke Pulau Pangkor pukul 12.15 tengahari. Tapi gerak dari Teluk Intan pun agak lambat. Biasalah dengan anak-anak kecik kan? Berdesup gerak ke Jeti Pulau Marina. Nasib sempat naik feri. Family adik ipar tertinggal di belakang sebab jem dari Ipoh katanya. Sampai di Pulau Pangkor selepas 15 minit. 

Dalam feri ke Pangkor

IQ memang excited sebab yelah, first time kan pergi. Dah kahwin dengan orang Perak nak dekat 6 tahun tapi baru berpeluang jejak kaki dekat Pulau Pangkor ni. Ayah mertua IQ memang perasan kalau berjalan ke mana-mana, nampak je menantu perempuan dia yang sorang ni excited, tahu lah tu first time la tu perginya. haha! 

Sampai jeti, terus naik van ke D'Senja chalet. Sewa satu van satu hala ke chalet harganya Rm30. Perjalanan dalam 15-20 minit macam tu. Sampai terus check in. Lepas check in terus pergi makan. Jalan kaki je ke kedai makan. Tak jauh cuma kena hati-hati. Banyak motor yang disewa pelancong ke hulu hilir dan juga van sewa yang hantar penumpang. Jalan berbukit, jadi jarak penglihatan pun agak terbatas.

Lepas makan, rilek-rilek sementara tunggu petang. Nak terjun laut! Tapi sayang, bila tiba waktu petang, air pasang pulak. Agak berbahaya dengan ombak agak tinggi. Berjalan ler kami cari port nak mandi manda sepanjang pantai. Sampai ke hujung pantai berjalan. Janji dapat puaskan anak-anak mandi pantai kan?

Dah senja, terus gerak balik chalet. Mandi terus out nak pergi makan ikan bakar pulak. Alang-alang dah berkumpul ramai-ramai ni, terus plan sambut birthday si Qa'id. Birthdaynya 16 September, tapi sambut awal. Tempah brownies sedap dekat Penang, puas hati dengan service dia! Yang bestnya masa nyanyikan lagu Happy Birthday, satu kedai nyanyi sekali. Udah ler si birthday boy malu malu kucing. haha!

makan malam. 

Sambut birthday si sulung

si kecik. Paling banyak keletah

Settle makan malam, jalan-jalan sepanjang kedai di Teluk Nipah. Ada macam-macma kedai. Kedai coklat pun ada, so beli la sikit buat rasa-rasa. Budak-budak pun dah letih. IQ pun sama letih. Nak berborak pun dapat kejap jer dengan ipar duai. Last-last anak-anak nak masuk tidur. Husband layan memancing dengan ayahnya. Dah lama dorang tak memancing sekali. Mancing tepi pantai, ada untung dapat ler ikan, kalau tak, kumpaw je la..hehe

Tengah malam, ada kejadian berlaku. Tapi malas nak cerita sangat. Biasalah, orang Perak cakap, kalau ingker sangat, memang mendapat. Nasib la husband IQ boleh selesaikan. Aman terus sepanjang malam. Alhamdulillah...

Esok pagi, lepas sarapan terus terjun laut lagi. Air surut waktu pagi. Memang seronok ler nak mandi manda. Konon ada yang tak nak mandi, tapi mana boleh tahan tengok saja kan? terjun la sekali. Ombak pun tak kuat sangat. Memang seronok budak-budak dapat mandi pantai.

Selesai mandi pantai, terus siap-siap nak check out. Feri balik ke Jeti Pulau Marina pukul 2.15 petang. Gerak awal ke Jeti Pangkor. Ramai betul orang masa ni. Makan tengahari dulu sebelum gerak naik feri. Sampai Pulau Marina, terus masing-masing gerak balik ke tempat asal masing-masing. Kami keluarga kecil pun gerak balik ke Penang terus. Esoknya masing-masing kerja. 

Lily dan Nuh

Jadilah percutian singkat tapi bermakna kami ni. At least dapat spend time dengan keluarga sebab lama sangat tak jumpa. Last balik kampung pun raya korban yang lepas. Baru sekarang dapat spend time macam ni lagi. InsyaAllah plan next trip lagi.

Till then, bye!

Post a Comment

2 Comments

  1. Pangkor sekarang dah meriah tak macam duluuu. Sekali sekala memang rindu nak ke sana walaupun parking fees dah makin mahall.

    ReplyDelete
  2. IQ tak tahu zaman dulu macam mana dengan skrg sbb first time prgi kan? Tapi parking kat marina serius mahal 🥲

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)