Advertisement

Responsive Advertisement

Platform Online Game Yang Mudah Untuk Diakses Dan Release Stress

Lately IQ banyak cerita pasal game online jer kan? Kenapa ek? Sebab IQ dalam fasa nak release stress yang ada. Haha! Tak adalah, tak ada la stress mana tapi bila da start main game online n ikan, mula la addicted!! Betul tak? Pantang ler ada masa lapang, mesti buka handphone, terus on game online. Anak kat sebelah ni dah meraung mintak susu pun tak peduli dah. *Ishhh, idak ler buat gitu kat anak, buat macam tu, maunya ayahnya menjeling tajam.

By the way, IQ ada jumpa satu lagi platform untuk kita semua main game online. Rupanya banyak yer platform nak main game online sekarang ni. Melambak-lambak dalam internet tu, tinggal taip dan cari yang main berkenan dan selamat untuk dimain.

Platform Online Game Yang Mudah Untuk Diakses Dan Release Stress


Platform Money Game merupakan platform di mana kita boleh bermain game secara terus atas talian. Nama je money game tapi tak memerlukan sebarang pembayaran pun untuk main. Free jer nak main pun. Ianya sebenarnya satu web yang mempunyai bahagian financial dan juga games dalam web yang sama. Agak-agak dah insaf asyik main game tu, boleh la cek kewangan semasa sambal planning masa depan dekat web yang sama. Gitu la kot targetnya. Haaa…

Terdapat beberapa game yang menarik minat IQ seperti, 

1) LEGO City Adventures Build And Protect, 


2) Kingdoms Wars, 


3) The Amazing World Of Gumball Tidy Up , 


4) Merge Blocks, 


5) Real Estate Tycoon, 


6) The Powerpuff Girls Panic In Townsville 

dan banyak lagi! Menarik-menarik gamenya weyh!

IQ of course la terpengaruh sekali sebab IQ ni memang pantang yer ada game macam Merge Blocks ni. Paling suka game macam ni, sebab tak perlu nak bersaing dengan pihak lawan, just dapatkan score tertinggi dan menang! Nampak macam senang kan? Tapi sekali kau dah terstuck tak ada kotak nak letak block, baru kau tau erti penyesalan meletakkan block di merata tempat tanpa strategi..hahahah!! IQ punya addicted sampai IQ pun pengaruh rakan-rakan sekerja IQ untuk main sekali. Kalau tetiba nampak dorang focus tak bertempat tu, bukan buat kerja tu, tapi main game..haha!! EEE…tak baik betul yer kau IQ, influence yang bukan-bukan. Huhu. Alaahh, time kerja dorang dah siap, baru dorang buka. Kan kan kawanku sekalian alam? Hehe.

Ni fasa baru nak main, IQ punya tahap sampai dalam blok warna biru yer, bukan warna purple, tapi BIRU! HEHE

Ada juga game seperti Lego City Adventures Build and Protect ni. Game Lego ni macam membina sebuah bandar mengikut coin yang ada. Nak gain coin? Mesti la ada task kan? IQ suka jugak game macam ni, tapi IQ ni jenis tak sabar, nak tunggu dan dapatkan coin satu satu untuk bina bangunan tu macam leceh sket. Nak layan sikit-sikt boleh la, tapi bukan jenis game yang IQ gilakan sangat la.

Best main, leka!

So, kalau korang nak release stress ke apa mengadap kerja tu, boleh la buka kejap. Kalau boss lalu, silalah pangkah cepat-cepat. Nanti boss pulak yang jeling korang. Hehe.

Till then, Bye!

 

 

Post a Comment

2 Comments

  1. Games memang paling best utk hilangkan stress sesaat 😄. Saya pun suka kak. Di hp ada Bbrp aplikasi games yg saya install.

    Tapi terkadang saya juga main games online yg tak payah install, cukup masuk ke web nya. Jadi tak habiskan memory kan. 😁

    Nanti saya nak coba Bbrp games yg Kaka rekomen ni 👍

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)