Advertisement

Responsive Advertisement

Movie Review: Polis Evo 3

 Dua hari lepas, IQ subscribe cerita Polis Evo 3 dekat Astro First. IQ memang pengguna Astro sejak duduk dekat Terengganu dulu disebabkan siaran dekat Terengganu tak berapa nak cun. Walaupun orang kata Astro cekik darah ke apa, tapi bila fikir nak tengok tv dengan clear dan mudah, langgan je la dulu even kalau terlepas bayar bulanan kena potong tu asyik la kena bayar RM20. Kurang asam jugak Astro ni. Tertunggak sebulan pun dah kena potong, eh bukan sebulan...25 hari yer.

Malas nak cerita pasal Astro tapi IQ nak review movie Polis Evo 3. Kalau sesiapa yang pernah tengok Polis Evo dan Polis Evo 2, mesti nak tengok sambungannya lagi kan? Gabungan Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem ni memang ngam teruk. Lagi-lagi bila Zizan bawak watak Sani anak jati Terengganu. Habis semua orang dia bebel bahasa Tranung dia tu.

Gandingan Mantap Zizan & Shaheizy Sam

Rasa terkesan sikit dengan cerita Polis Evo 3 ni sebab main dengan unsur kekeluargaan. Antara kerjaya dan keluarga. Di mana watak Reza yang berdendam dengan perbuatan Inspektor Khai yang mengikut arahan ketua mereka, Inspektor Farouk dalam Ops Sabrum yang membawa kepada kematian isterinya yang tercinta. Terkesan sangat kalau kita letak diri kita di tempat Reza, pastinya akan berlaku situasi yang sama. Susah untuk buat keputusan yang akhirnya membawa kepada dendam kesumat.

Watak Reza oleh Sharnaz semestinya dijangka terbaik

Jalan cerita Polis Evo 3 ni jelas. Dalam suasana Inspektor Sani yang berdarah manis, diikuti dengan konflik hubungan Inspektor Khai dengan Anis yang tiada jalan penyelesaian tapi akhirnya berakhir dengan senyuman manis kesemua watak. Kesian jugak dengan watak Reza yang seakan tiada pembelaan daripada pihak Polis itu sendiri. Yelah, isteri mati dibunuh, tapi tiada tindakan dan info lanjut tentang Ops Sabrum lepas kejadian tu. Malah, watak Reza itu sendiri akhirnya mati di tangan rakan baiknya yang lama. Sedih pulak masa tu.

Hubungan dorang berdua ni seakan problem dalam cerita ni. Inspektor Khai la ni...

Jiwa tacing bila tengok movie Polis Evo 3 kali ni. Entah kenapa. Lepas ni mungkin tiada lagi sambungan Polis Evo 3 disebabkan pengakhiran cerita ni seakan memberi isyarat yang cerita ini akan tamat di situ sahaja, tiada sambungan lain lagi.

Kita Lagi Kuat Boh

IQ bagi 4 bintang dari 5. Jarang la IQ review movie ni. Mungkin next time IQ buat movie review lagi. Boleh la kot kan?

Till then, see ya!

Credit Pic: Google

Post a Comment

2 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)