Advertisement

Responsive Advertisement

Menghadiri Kes Di Mahkamah Sesyen

IQ tertarik untuk berkongsi kisah minggu lepas, ketika IQ perlu hadirkan diri untuk satu hearing kes mahkamah di Pahang. Bukan IQ yang kena saman atau menyaman orang tapi disebabkan ada kaitan dengan company yang disabitkan kes, jadi IQ kena la hadirkan diri untuk hearing peringkat akhir di Mahkamah Sesyen.

Sumber Google

Kes ni sebenarnya dah sampai ke peringkat Mahkamah Persetujuan ni, maknanya dah hampir sampai kepada keputusan mahkamah. Tapi jika masih ada bukti dan dokumen yang ingin dikemukakan, maka kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Pengalaman Pertama Hadiri Kes Mahkamah Sesyen

Ini pengalaman IQ yang pertama menghadiri kes mahkamah yang melibatkan Mahkamah Sesyen. Sebelum ni IQ pernah ke Mahkamah Syariah atas urusan Faraid Arwah Suami IQ dulu. Untuk mahkamah sesyen ni, banyak kes boleh dijalankan serentak memandangkan Mahkamah Sesyen ni kecil untuk satu-satu daerah di dalam sesebuah negeri.

Masa kes dibicarakan, ada 4-5 kes lain lagi yang berjalan serentak dalam satu sesi. Sesi pagi dan petang. Kes dipanggil mengikut giliran dan ramai yang menangguhkan kes disebabkan anak guam atau saksi atau peguam itu sendiri tidak sampai tepat pada waktunya. Kes-kes mula dibicarakan pada jam 9 pagi dengan kehadiran Yang Mulia Tuan Hakim. Pengalaman pertama kan? IQ pun agak kekok dengan arahan dan tunduk hormat ketika dalam sidang Mahkamah.

Berkaitan kes yang IQ hadiri, kes sebenarnya melibatkan keluarga. Bukan keluarga IQ tapi keluarga owner syarikat yang disaman oleh ahli keluarga sendiri. IQ tak nak ulas lebih-lebih tentang kes ni disebabkan isu ni melibatkan keluarga owner. Zaman sekarang kan? Hanya disebabkan duit, kita semua sanggup menyaman ahli keluarga sendiri walaupun keluarga itulah yang membantu kita di saat kita memerlukan.

Nak ulas panjang-panjang pun IQ bukanlah maksum, yang tiada kesilapan dalam hidup IQ sendiri. Banyak sebenarnya tapi disebabkan masa yang menentukan, IQ hanya berserah kepada Allah SWT tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari nanti.

Kes akhirnya selesai dengan kemenangan di pihak owner syarikat. Alhamdulillah. Senang hatinya. IQ pun kenal baik owner syarikat. Baik orangnya, sanggup berkorban dan tolong keluarga sendiri mahupun sahabat dan staffnya. Namun biasalah, orang baik ni tak ramai orang suka, malah ada yang suka mengambil kesempatan.

Semoga apa yang berlaku dijadikan teladan. Zaman sekarang memang manusia lebih bersikap pentingkan diri berbanding orang di sekeliling. Malah, jika tidak ditolong, diburukkan pula orang lain. Allahuakbar.

Sekian...

Post a Comment

8 Comments

  1. Keluarga saman keluarga? Wow....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah uncle, zaman sekarang hanya sebab duit

      Delete
  2. Teringin nak jadi penonton dan dengar perbicaraan dalam mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer nak masuk dan dengar kes walaupun tak ada urusan mahkamah sebenarnya. penonton hnya perlu hadir dan ikut tatacara

      Delete
  3. Allah SWT Maha Adil...jadi orang yang baik selalu mendapat pertolongan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada yang benar

      Delete
  4. kak azni nak test https://modernmumthingy.com/stadium-bukit-jalil/

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)