Advertisement

Responsive Advertisement

Ibadah Korban di Tanah Suci Mekah Oleh UTS Jimat Dan Mudah!

Selesai Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula buat persiapan untuk melaksanakan haji pula tak lama lagi. Ibadah Haji lazimnya akan terasa seawal 2 bulan sebelum hari besar bagi sesiapa yang bakal menunaikan Haji. Begitu jua dengan ibadah Korban. Semestinya ada di kalangan ahli keluarga sanak saudara sudah merisik kabar sesiapa yang mahu ‘masuk nama’ untuk ibadah korban pada tahun ini. Betul tak?

IBADAH KORBAN DI MEKAH?

Korang sendiri pernah dengar tak tentang ibadah Korban di Mekah? IQ pernah dengar cuma bagi IQ sendiri, IQ tak mendalami info tentang ibadah korban di Mekah sebelum ini mungkin disebabkan ibadah korban di sana tak dapat dilihat dengan mata kita sendiri. Bah kan disunatkan pada sesiapa yang berkorban untuk melihat sendiri binatang yang dimasukkan sebagai senarai untuk dikorbankan.

Namun, bagi sesiapa yang ingin mencuba korban di Mekah buat pertama kalinya, korang boleh baca lanjut apa yang IQ nak kongsikan ini. Sebab bagi IQ sendiri memang menarik dan mudah untuk kita lakukan ibadah korban di Mekah ni sebenarnya.

Ibadah Korban di Mekah ini diuruskan oleh satu agensi yang diberi nama team Umrah Tanah Suci (UTS). Team UTS ini bergerak bagi melaksanakan urusan korban dan aqeqah di Mekah. Pengurusan team UTS ni berpengalaman mengendalikan urusan korban, aqeqah dan juga pelaksanaan pembayaran dam di Tanah Suci Mekah.

IQ percaya ramai yang tidak dapat menunaikan ibadah korban setiap kali Raya Korban tiba walaupun setahun sekali, disebabkan jumlah yang diperlukan bagi melakukan ibadah korban bukanlah sedikit nilainya. Namun, jika korang ingin melakukan ibadah korban, korang boleh cuba melakukannya di bawah team UTS kerana harga bagi melaksanakan ibadah korban jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

Ibadah korban yang dijalankan oleh team UTS juga mengutamakan korban kambing kerana di Mekah, kambing merupakan makanan asasi yang menjadikan harganya lebih rendah. Daging korban yang disembelih akan diedarkan ke beberapa negara Islam yang miskin seperti, Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea, Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan Tanzania.

Ibadah Korban yang dijalankan oleh team UTS di Tanah Suci Mekah memudahkan kerana segala pengurusan korban diuruskan oleh team UTS sendiri. Malah, tiada cas tersembunyi dan cas seekor kambing untuk korban sangat rendah berbanding seekor kambing di Malaysia. Dan setiap ibadah korban yang dijalankan akan menerima e-sijil pelaksanaan korban (Sijil Digital) sebagai bukti korban.



Pusat sembelihan di tanah suci Mekah juga ada kurang daripada 10 buah tempat dan setiap satu tempat itu diberikan permit untuk melaksanakan penyembelihan. Namun, IQ pasti korang mesti nak lihat bukti sembelihan yang diamanahkan, betul kan? Untuk pengetahuan korang, bagi setiap ibadah korban yang dijalankan, pihak UTS tidak dapat memberikan bukti bergambar atau video disebabkan jumlah ibadah korban yang dijalankan bukanlah sedikit jumlahnya. Setiap tahun, Jemaah Haji yang menunaikan haji sekitar 2 juta orang dan purata sembelihan bagi setiap Jemaah adalah 1 ekor kambing bersamaan sembelihan dam dan juga korban. Bahkan, sembelihan korban yang dilakukan oleh penduduk setempat dan orang dari luar tanah haram juga sekitar 1 juta ekor kambing.



Jadi, korang boleh jumlahkan dan bayangkan sendiri apabila sembelihan perlu dilaksanakan dalam masa 4 hari iaitu 10, 11, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan jumlah sembelihan sebanyak 3 juta kambing, Banyak kan? Jadi semestinya tak kan terada gambar mahupun video untuk sesiapa yang masuk korban secara individu oleh pihak UTS. Bukti sembelihan sebenarnya tidak wajib untuk diberikan dan bagi IQ sendiri, setiap ibadah korban yang dijalankan semesti memerlukan sifat berkorban dan ikhlas serta yakin kepada pihak yang kita amanahkan.

Jika korang mahu mencuba untuk melakukan korban di Tanah Suci Mekah dan yakin dengan pengurusan UTS, korang boleh hubungi pihak UTS ini

 

Facebook: https://www.facebook.com/umrahtanahsuci?mibextid=ZbWKwL

WhatsApp: 017-563 2633

Website: https://utskorban.com/

Post a Comment

0 Comments