Advertisement

Responsive Advertisement

Pengalaman Anak Kena Rotavirus. Bahaya Yer!

 Memang kalau diingat balik rasa menyesal betul. Mana tak nya, disebabkan kecuaian orang lain, tak pasal-pasal anak sendiri dijangkiti virus ni. Rotavirus ni virus yang menyebabkan cirit birit dan selalunya akan kena pada anak kecil. Tapi kalau terlampau expose dengan virus ni, orang dewasa pun boleh kena. Lagi-lagi ibu bapa yang jaga anak yang kena virus ni.

AL-kisahnya beberapa hari sebelum tahun baru 2023, si anak yang paling kecil iaitu Nuh cirit birit tapi masih terkawal. Cuma bila ciritnya bercampur dengan darah, menggelabah habis la ibu dan ayahnya ni. Terus ke Hospital Pulau Pinang. Cirit masih berulang kerap, dan darah masih ada. Namun berkurangan. Admit di hospital selama 2 malam dan akhirnya dibenarkan pulang. 

Kebiasaan kalau pesakit yang mengalami cirit memang akan diasingkan katilnya dengan pesakit-pesakit yang lain. Dan Nuh ditempatkan di bilik isolasi bersama pesakit lain yang mengalami cirit juga. Ada lagi dua katil yang berpenghuni. Salah satu katilnya disahkan oleh doktor mempunyai virus Rotavirus. Namun dibenarkan pulang selepas 5 hari berkampung di situ.

Tapi kejadiannya bermula di sini apabila ibu kepada pesakit yang mempunyai rotavirus tu ambil Nuh daripada katil dan cium dia. Agaknya tak tahan tengok kecomelan si Nuh sampai lupa diri sendiri mengalami cirit birit. Yer, maknya pun dah dijangkiti rotavirus. Kecewa? Tergamam? Semua ada. Memang tak tahu nak cakap. Orang kita mungkin kurang tahu bahawa CIRIT BOLEH BERJANGKIT. 

Hari discaj sama dengan ibu yang angkat si Nuh tu. Nuh pun dibenarkan pulang setelah cirit berdarahnya dah tiada. NAMUN, disebabkan dah dipegang oleh someone yang ada virus, mimpi ngerinya bermula setelah sehari pulang ke rumah.

SEHARI JER Nuh okay. Lepas tu, keadaan Nuh makin tak okay. Cirit bertambah kerap sampai akhirnya tinggal air sahaja. Setiap kali susu, setiap kali tu lah terus membuang air. Lebih 10 kali dalam tempoh beberapa jam sahaja. Keadaan dah tak terkawal apabila Nuh semakin lemah. Masa ni terus balik even baru 15 minit sampai office. Sampai rumah memang terus menangis tengok Nuh. Kering sekeringnya Nuh masa tu. Segebu gebu dia, jadi sekering-keringnya. Terus kitaorang pecut ke Hospital Pulau Pinang.

Masa ni demam balik. Cirit makin kerap sampai bocor kena cadar. Cadar pun dah 2 3 kali tukar

Sampai di Emergency, memang Nuh diberi keutamaan disebabkan terlampau dehydrated! Severe Dehydrated! Air mata dia langsung tak ada. Dia menangis pun dah tak larat. Pampers pun kena pakai dua lapis disebabkan risau akan bocor lagi. Susu formula stop buat sementara waktu dan hanya direct feeding sahaja. 

Keadaan Nuh di Emergency. Lemah sangat masa ni, Rahang dia pun nampak sangat. Bebola mata dia nampak kering.

Dua tiga doktor datang pada Nuh. Setiap doktor cuba cari urat untuk drip air secepat mungkin tapi tak berjaya. Uratnya sudah kecut sangat2! Nuh pun makin lemah. Memang harapkan direct feeding jer sebab susu formula mungkin buat dia cirit lagi, even dia minum susu soya dari dulu. Disebabkan doktor dekat emergency tak berjaya masukkan branula, terus uruskan kemasukan ke wad dengan kadar segera. 

Masuk jer wad, terus masuk 2 botol kecik drip air. Tak pasti kandungan apa, lepas tu sambung lagi dengan drip air 2 botol masuk sekali. Pada awalnya diletakkan di katil yang agak ke belakang tapi disebabkan doktor nak pantau rapat keadaan Nuh, katil Nuh diletakkan di hadapan sekali, dekat cubical pesakit yang separa kritikal. Setiap beberapa jam akan ambil darah untuk cek paras asid dalam badan dan juga fungsi buah pinggangnya. 

Berat Nuh sebelum kena Rotavirus, 10kg. Masa dehydrated beratnya turun 8.8kg. Memang hilang teruk beratnya. Hari kedua berat bertambah 9.82kg dan hari ketiga kembali jadi 10kg. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, progress Nuh makin baik selepas tu. Dia kerap mintak air even dah susu. Dahaga sangat-sangat nampaknya. Selera makan je kurang sikit. Selepas dua hari, barulah keadaan Nuh kembali seperti sedia kala even masih ada cirit yang berulang agak kerap. Ibunya pun kena stop minum tenusu disebabkan menyusukan si Nuh ni. Bila cirit, memang avoid minum dan makan produk tenusu. Kalau termakan, memang confirm cirit akan kerap balik. 

Pagi Hari Ketiga. Dua drip air masuk. Satu tangan satu kaki

Sampel najis Nuh diambil dari hari pertama dia admit lagi. Hari ketiga baru tahu resultnya yang confirm Nuh kena rotavirus. Hurmm...Memang virus yang secara tak sengaja tersebar disebabkan sentuhan. Memang tak pasal-pasal kena disebabkan kecuaian orang lain. Sedih tapi nak buat macam mana.

Drip air banyak sangat sampai sembab terus matanya.

Disebabkan Nuh dah kena, ahli keluarga lain pun samalah kena. Orang pertama kena lepas Nuh adalah abangnya. Lepas tu, ayahnya dan kemudian, abang ngahnya, Luqman. IQ kena paling last dan IQ kena sehari sebelum discaj. Perasaan kena rotavirus? Lembik! Dengan demamnya, dengan ciritnya. Tak lalu dengan sakit perutnya lagi. Masa tu baru la dapat rasa apa yang si Nuh ni rasa masa mula-mula dia kena. Sedih bila teringat balik.

Dalam bilik isolasi. Masa ni dah sihat sikit, mula la mulut pun sama naik bising. 

Lepas Nuh discaj, IQ plak tak larat di rumah. Terus ke hospital swasta untuk dapatkan injection. Nak pergi klinik, tapi tak semua klinik ada injection tu. Dan injection hanya available untuk orang dewasa sahaja yer. Injection untuk cirit birit tak ada untuk kanak-kanak. Boleh tanya mana-mana klinik yang ada injection ni. Selalunya klinik Mediveron ada. Disebabkan klinik Mediveron di kawasan IQ tutup hari tu, terpaksa la ke hospital swasta. Dapat MC sehari, dapat la rest sehari sebelum masuk kerja balik. huhu

Begitulah peristiwa satu family kena rotavirus yer. Bahaya yer Rotavirus ni. Dan kalau berkemampuan, ambiklah vaksin Rotavirus untuk anak-anak. Harganya sekali cucuk ada la dalam RM700 (berdasarkan pengalaman boss IQ). Cuma IQ pernah baca pasal vaksin Rotavirus ni tak halal untuk orang beragama Islam. Tak tahu kesahihannya tapi korang boleh cari dan baca. Btw, boss IQ tu india, so....okay la dia ambil vaksin tu untuk anak dia.

Dan option ubat yang korang boleh consume bila kena cirit birit ni seperti air garam, ORS dan juga Smecta. Smecta ni memang favourite ubat dalam family IQ sebab suami IQ selalu kena cirit. So, memang akan simpan stok. Doktor pun recommend anak-anak ambik mengikut dos yang bersesuaian. Insya-Allah akan mengurangkan kekerapan cirit birit. 

Korang sama-sama beringat yer. Kalau ada yang kena cirit, jangan berani sangat nak dekat. Boleh berjangkit. Sekian. Harap maklum. 

Post a Comment

4 Comments

  1. alahai siannya nuh.. tu la xpasal2 sebab org lain ank kita jd mngsa..
    septutnya kena alert.. jgn suka2 pgg n cium ank org!
    biarlah org ckp kita kedekut ank.. tp bila ank sakit kita yg jg 24jam.. bkn org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masa dia pegang tu terus tergamam kejap. lahai, bila anak dah kena memang mak bapak la yg kena tanggung...huhu

      Delete
  2. Siannya Nuh. Memang lembik kena RV ni. Nadia kene tahun lepas berjangkit dari cousin yang kecik. Yang tua ni pun 2 hari lembik sebab pakej muntah sekali. Semoga IQ sekeluarga sihat walafiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. kan? memang lembik kalau dah kena. memang skli dengan muntah. kalau diingat balik, fuhh..tak larat, ....Amiin, terima kasih nadia!

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata