Advertisement

Responsive Advertisement

Pilihan Nasi Kandar Sedap di Penang

Nak cerita pasal makan dekat Penang? Apa yang menarik sebenarnya tentang makanan dekat Penang ni sebenarnya? Okay, IQ nak cerita pasal Nasi Kandaq...Nak kata IQ ni peminat nasi kandar dulu, tak jugak. Dulu, sebelum tinggal di Penang ni, IQ bukan peminat Nasi Kandar sebab IQ kurang sikit makanan yang ada kari ni, walaupun selalu masak kari untuk suami. Hantu Kari. Peminat No.1 Nasi Kandar. Masa duduk Terengganu dan outstation ke Kuantan, dia jumpa kedai nasi kandar sedap dekat Pantai Balok Kuantan, lepas tu sanggup yer dia nak makan Nasi Kandar tu walaupun kedainya perlu gerak dalam sejam lebih baru sampai. SANGGUP! haha!

Bila duduk Penang, senyum lebar la dia. Sebab hari-hari boleh makan Nasi Kandar. Boleh pergi Nasi Kandar yang berbeza kedai dan rasa. Kalau sesiapa yang duduk Penang, mesti dah tahu kan kedai nasi kandar mana yang best, yang memang jadi pilihan orang ramai. Betul tak? IQ nak masuk 3 bulan tinggal dekat sini, boleh katakan IQ dah try macam-macam nasi kandar dari kedai-kedai nasi kandar dekat Penang ni. Ada yang sedap, ada yang so-so, ada yang terlampau pedas, ada yang ngam-ngam sedap. haaaa...korang suka yang macam mana?

First Time Jejak Penang..Makan Nasi Kandar....

First time IQ jejak dekat Penang, IQ try Hameediyah. Hameediyah ni kedai pertama dia dekat Georgetown. Kedai di kecik jer tapi dia ada satu lagi kedai untuk ruang makan. Kari dia sedap, cuma pedas. Kari dia memang pedas berbanding kari nasi kandar yang pernah IQ rasa. Tapi sedap. Cuma hati-hati kalau makan dekat kedai dia, ambik side tu at your own risk ya! Jangan ambik sotong sekor besar tu expect harga biasa-biasa. Boleh cecah RM80 sepinggan yer. haha! So, hati-hati. Sotong dia besar tapi kadang-kadang macam dah lama goreng pun ada, keras pun ya. Sorry. Need to honest sebab mahal tapi rasa untuk sotong tu....alahai...by the way, Hameediyah ni banyak cawangan dah sekarang. Dekat Bayan Lepas pun ada 1, dekat Bukit Mertajam pun da ada 1, tapi cawangan Bukit Mertajam IQ pergi hari tu macam tak best mana. I dont know why tapi rasa dia biasa-biasa jer, tak sama rasa dia macam dekat cawangan utama dia dekat Georgetown tu.. kenapa yer?

IQ paling suka Nasi Kandar Yusuf, terletak di kawasan Relau. Dekat dengan rumah IQ. Memang kalau nak mudah, IQ beli Nasi Kandar Yusuf ni jer. Dan IQ rasa, Yusuf punya nasi kandar sesuai dimakan oleh orang ramai. Kari dia okay, tak pedas sangat melainkan korang pilih Menu Ayam Pedas. Yang tu memang pedas nak mam***. haha! Yusuf ni nasi kandar yang famous di kalangan penduduk setempat. Orang yang tinggal dekat Penang ni mesti pilih Yusuf, sebab rasa dia memang sedap. Kalau orang luar Penang mungkin tak kenal Nasi Kandar Yusuf ni tapi serius IQ tak tipu, Nasi Kandar Yusuf is the best la. Beratur tu wajib.

Pilihan Nasi Kandar Sedap di Penang
Ni dekat Yusuf, hari-hari macam ni, weekdays ke weekend ker...beratur la korang

Nasi Kandar Beratur dekat Georgetown pun mesti ramai tahu dan kenal. Yang ni tak boleh disangkal lagi. Tapi yang ni buka pukul 10 malam sampai dinihari. Malam jer start buka. IQ tak pernah rasa lagi sebab IQ sejenis malas nak makan berat bila dah lewat malam. Yang pernah rasa, suami IQ. Sanggup menapak ke sana pukul 11 malam semata-mata nak makan Nasi Kandar Beratur ni. Sampai sana, naaahhhh..beratur la korang..haha! Panjang yer. Setengah jam beratur pun tak sampai turn lagi. huhu. Tapi suami IQ cakap memang sedap. 2nd time dia pergi sorang-sorang sambil tunjuk gambar kari udang atas nasi bagi IQ terliur keesokan harinya. cesssss...

Pilihan Nasi Kandar Sedap di Penang
tudia Nasi Kandar dia kuah banjir tak hengat

Ada banyak lagi kedai Nasi Kandar yang boleh korang cuba, macam Kayu Nasi Kandar. Yang ni rasanya IQ pernah rasa tapi sekali jer kot, haihhh... sampai lupa dah pernah rasa ke tak. haha! Nasi Kandar Beratur ada lagi satu kedai dekat Bayan Lepas tapi IQ tak pasti Nasi Kandar Beratur Bayan Lepas ni cawangan untuk yang dekat Georgetown tu ke tak..banyak la korang boleh try. Cuma yer lah, tak kan korang nak datang Penang ni semata-mata nak try Nasi Kandar hari-hari kan? Tak per, korang boleh try pilihan yang IQ suggest ni. Memang sedap. hehe


OK la korang, till then, baaiiiiii...

Post a Comment

2 Comments

  1. wahh boleh try! memang sekarang ni pergi penang memang hunting nasi kandar yang tak viral sangat sebab malas beratur tapi macam mustahil pulak tak beratur kalau namanya nasi kandar kan







    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pun mesti kena beratur. Yang tak berapa nak femes pun beratur. hehehehe

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)