Advertisement

Responsive Advertisement

Makanan Tempat Famous Belum Tentu Sedap?

 Zaman sekarang dah berubah kan? Pantang la kalau ada orang femes atau artis viralkan tempat sekian-sekian best dan sedap untuk diterjah. Korang plak selalu ke jadi orang yang TERPENGARUH dengan benda-benda viral macam tu? Ce cerita sikit.

Okay, IQ ni nak kata pernah terjebak ke tak tu tak tahulah. Dulu la kot. Sekarang macam dah kurang sikit layan benda-benda viral ni. IQ ada sorang kakak yang suka up to date dengan makanan viral ni. Kalau ada tempat best dan viral, mesti dia tanya, "Korang dah try ke tempat ni atau tu?" Kalau IQ ada kesempatan, boleh la nak layan kan? Sekarang macam kurang berkesempatan la plak. haha!

Tapi tu bukan main point IQ nak cerita dekat sini hari ni. IQ just nak cerita pengalaman IQ sepanjang duduk di Pulau Mutiara ni. Semua orang tahu makanan yang best dekat sini mesti tak lain dan tak bukan, Nasi Kandar, Pasembur, Laksa Penang, Cendol, Char Kuey Teow dan sebagainya. Ada yang nak tambah ke? haha! Jangan terliur sendiri dah ler.

Rezeki IQ duduk di sini, orang kata Penang adalah syurga makanan. Untuk pelancong, yes! It is. Tapi untuk penduduk di sini, sebenarnya IQ lagi rindu makanan biasa; lauk biasa yang IQ makan hari-hari dulu. Sini payah yer nak cari nasi campur yang tak ada unsur-unsur kari tu. Mostly wajib ada!! Dan kalau IQ malas nak masak dan order Grab, mesti payah nak cari kedai makan yang Halal, sebab mostly Non-Halal. Payah yer, macam bukan duduk Malaysia pun ada. sobs.

Duduk di sini, tak der la nak makan nasi kandar hari-hari kan? Seminggu sekali jadi la. Jumaat lepas, suami cakap teringin nak makan pasembur. Kiranya kali ketiga la kami pergi makan dekat Pasembur Femes dekat Padang Kota sepanjang duduk dekat sini. 1st time pergi sesat. IQ memang kalau first time jejak tempat baru, terkial-kial la jugak nak ingat jalan walaupun sebelum ni boleh dikatakan Maps ingat dalam kepala jer.

2nd time pergi dengan adik beradik suami. Dorang datang Penang, so round-round makan-makan. Syok jadi pelancong dekat tempat sendiri kan? Tapi bila makan dekat kawasan femes ni, belum tentu makannya sedap. Betul tak? Kadang-kadang viral jer lebih, tapi hakikatnya rasa dia so-so jer. Betul ke tak?

Last weekend masa makan pasembur tu of course la ada order makanan lain, terutama untuk anak-anak. Anak-anak kitaorang order Nasi Goreng Cina. Lepas tu order Sotong Kangkung dengan sos pekat manis tu. Then, order juga dengan kuey teow goreng. Bila pergi tempat macam ni mesti banyak persaingan la kan? Siapa yang pernah singgah dekat Pasembur Femes Padang Kota ni mesti tahu kedai pasembur bukan ada satu jer, kedai air pun bukan ada satu jer. 

Orang yang ambik order kadang-kadang kedainya hujung sana. Konsep food court kan. Bila dah order, makanan sampai, then kena la bayar. Alih-alih Nasi Goreng Cina ingatkan goreng baru. Tapi nampak macam ambik dalam tray punya, ditambah dengan sedikit bawang goreng. Nasi pun tak panas. Harga? Cuba teka. RM 6 yer!! Kosong, tak ada telur ke apa. Nak tak nak bayar jer la. Rasa? Sedap lagi nasi gorang cina mamak walaupun nasi goreng cina mamak kadang-kadang tema dah lari jadi nasi goreng mamak.

Untuk Pasembur, satu kedai yang famous tu memang terbaik. Yang lain boleh try tapi kitaorang pergi yang Famous jer sebab itu paling sedap. 1st time pergi makan yang tak famous, second dan third time memang target yang famous tu jer. 

Sayur kangkong sotong. Yang ni puas hati. Sotong banyak. But please yer! Kalau ada satu kedai tu offer sotong 3 rasa; tanya dulu sotong 3 rasa tu macam mana sebab kami pernah terkena yer. Ingatkan sotong 3 rasa tu sekali ada kuah sos berlainan rasa ke apa rupanya datang sepinggan sotong kering macam orang jual dekat kedai di Lumut nung. Tak tipu yer. Ada kedai yang macam ni. Tak cakap detail, kadang-kadang customer ni bila dah duduk mesti orang yang ambik order tu sekali 2 3 orang, serabut pun order sampai tak sempat nak check order kami balik. 

Last-last kami terkena dengan order sotong kangkung + sotong 3 rasa tu 2 set yer. 1 set dah RM38. Dua set? Jadi la RM 76 hengget komerrr. Selalunya sotong kangkung tu harga RM16 jer, (as per latest punya harga kitaorang makan). So, RM38 tolak dengan RM16, sotong kering harga RM22 hengget satu pinggan. Gila kan? kitaorang lagi la rasa dianiaya betul. So, lepas ni tolong la hati-hati nak order. Cek la balik order korang sebelum brader tu blah. Yang dua set sotong ni kitaorang order masa 2nd time pergi dengan adik beradik suami. Semua masa tu tergamam. Haru betei kena pau terok macam tu.

Makanan Tempat Famous Belum Tentu Sedap?
Korang nampak sotong kering tu...haaa...banyak tu RM22 hengget yer. Masin plak tu. Cukup kering la masin. haha!

Lagi satu, kuey teow goreng. Harga RM10 sepuluh hengget. Baik beli char kuey teow yang special, terasa la berbaloi. Ini dah ler pedas, last-last tak dihabiskan sebab rasa pun so-so jer. Pedas jer lebih. 

IQ kat sini bukan nak kondem semua makanan ke apa. Tapi bila pergi sana, expectation orang mesti nak makan sedap sebab tempat tu kan famous. Betul tak? Walaupun bukan semua kedai macam tu, tapi kalau semua kedai buat yang terbaik, baru la pelanggan lagi puas hati kan kalau kedai-kedai kat sana jual makanan yang sedap-sedap semuanya. Baru la teringin rasa nak cuba lagi dan lagi kan?

Untuk IQ dan keluarga, dah tiga kali pergi, memang kitaorang dah mark la kedai mana, brother mana yang jual makanan yang tak best sangat. Sorry to say. We need to make a choice kan? Kalau kedai tak famous pun, jual makanan sedap pun boleh famous. So, why not jual yang sedap-sedap instead of yang makanan yang rasa dia so-so jer. Jangan tanya kenapa pelanggan lari kalau tak nak buat perubahan. Betul tak?

Cukup la IQ membebel pasal ni. Next time pergi harap tak der terkena lagi. haha!

Till then korang. Bai!

Post a Comment

4 Comments

  1. Kedai mana yang pasembor sedap tuu? Hari tuu pegi dekat Gurney tak sedap, dekat Padang Brown pun tak sedap. Nanti update selalu bab makanan Penang tau, boleh jadikan rujukan hehe. Mahal nak mampus sotong kering tu! Uhukkk. Memang geram dengan kapitalis ni, haish. Harap berkat la rezeki tu hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat google maps gani pasembur famous kat padang kota, situ byk kedai jual pasembur, tapi plis pergi kat GANI jer, situ paling sedap. kannn..sotong kering tu serius buat org marah. unexpected betul cara dorang meniaga macam tu

      Delete
  2. Ha ah... lagi pun sedap tu subjektif kan...?

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)