Sejak jadi suri rumah ni, memang hari-hari IQ mengadap anak-anak je la di rumah. Tapi walaupun duduk di rumah, bukan bermakna duduk sambil goyang kaki yer. Tugas seorang ibu merangkap suri rumah ni banyak kerjanya, dan kerjayanya tak kan habis serta tak ada cuti. Tetiba jadi luahan pulak. haha!
Bukan bukan...nak cerita ni...
Walaupun IQ hanyalah
suri rumah buat masa sekarang ni, IQ enjoy tengok anak-anak membesar depan mata
IQ. Mana tak nya, dulu masa IQ bekerja, hari-hari hantar anak-anak ke pengasuh,
langsung tak dapat bersama anak. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu, nak lepaskan
anak pada seseorang yang asing, bukan darah daging sendiri, semestinya
merisaukan sesiapa sahaja. Mujurlah anak-anak dijaga dengan baik oleh pengasuh
yang baik-baik semuanya.
Dari umur seawal bayi, akhirnya anak-anak sekarang dah besar. IQ selalu terlepas dari jadi 1st timer setiap kali nak lihat perkembangan anak yang terbaru. Sedih kan? Balik rumah pula masa bersama anak tu limited. Hanya dapat bersama pada waktu malam dan hujung minggu. Memang setiap masa tu terasa berharga sangat-sangat.
Si adik Nuh makin lama, makin ligat membesar |
Tapi bila dah jadi suri
rumah sepenuh masa, memang lega sangat. Anak-anak terurus semuanya. Bukan nak
kata masa kerja dulu anak tak terurus tapi masa kualiti bersama anak tu banyak
sangat. Boleh pantau perkembangan anak-anak mengikut usia dorang. Sakit demam
tak perlu fikir nak cuti dah. Itulah bezanya seorang ibu yang bekerjaya dan
seorang ibu yang membesarkan anaknya sendiri di rumah. Banyak pro and cons dia
tapi tetaplah semua keadaan ada kebaikannya tersendiri.
Rutin harian bermula awal pagi, IQ dah siapkan sarapan untuk anak-anak dan suami. Anak sulung pergi ke sekolah, dan IQ mula la sibuk buat kerja rumah IQ. Buat kerja rumah kalau sorang-sorang tak penat yer, tapi IQ ada dua lagi anak IQ yang masih kecil. 2 tahun dan 5 bulan. Dua-dua perlukan perhatian yang penuh daripada seorang ibu. Makanya, tugas seorang suri rumah pun akan berganda dengan menjaga dua ketul tadi.
Balik dari hantar abang ke sekolah, eh eh...buat muka pulak si adik ni |
Tengah masak, yang kedua minta dibasuh berak. Yang bongsu tengah tidur pun tetiba meraung, terjaga. Mengigau agaknya. Kadang-kadang tengah sidai baju, sengaja IQ letak dua ketul tu depan tv. Tak ada la ganggu IQ menyidai kain baju di luar rumah. Dah la panas, terasa bahang pada kulit muka IQ ni haa...
Mujurlah Ada.....
Nasib baik la pagi-pagi lagi IQ dah basuh muka IQ dengan Aloe AC Bubble Cleanser. Biasalah kan, bangun pagi mesti muka terasa berminyak. Tapi lepas basuh guna Bubble Cleanser ni, hilang terus minyak dekat muka ni. Settle basuh muka, lap bagi muka kering terus IQ apply muka dengan Aqua Whitening Cream. Paling favourite bagi IQ sebab Aqua Whitening Cream ni menyejukkan kulit muka IQ di samping melindungi kulit muka IQ dari sunburn. Aihh, sidai baju lepas tu masak lagi, bahang panas pun boleh buat kulit muka jadi gelap yer. Bukan duduk bawah matahari jer boleh gelap tau.
Penyelamat harian ni |
Berbentuk foam dan watery |
Lengkapkan rutin cuci muka dengan pakai Aqua Whitening Cream pula |
Terasa Lebih Yakin...
Hari-hari IQ akan jadi lebih yakin sebab tak ada orang kata, duduk rumah tapi selebet jer, kusam jer. Heyyy, berani yer siapa yang kata tu. Yang penting, duduk rumah kena la jaga keterampilan di rumah. Barulah suami sayang. Haa..gitu.
Ok la, cukup la IQ membebel kali ni, eh...kalau korang nak cuba dua items yang IQ sebut dekat atas tu tadi boleh la singgah dan beli item tu di website di bawah. Selamat mencuba!
4 Comments
Betul - sangat penat menjadi suri rumah, tapi seronok sebab dapat tengok anak-anak sendiri membesar depan mata
ReplyDeletejadi suri rumah memang penat
ReplyDeletebaca pun penat hehe. moga IQ terus jadi ibu dan suri yg kuat dan bahagia :)
ReplyDeleteTakpe dah besar sikit nanti boleh kerja semula
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)