Hari terakhir puasa tu, mujurlah IQ sempat beli songkok anak-anak IQ pada petangnya. Dah rasa tak sedap hati kalau nak beli betul-betul last minute. Waktu berbuka hari terakhir puasa pun makan laju-laju sebab tak sabar nak tunggu pengumuman raya di tv. Sekali......nah! Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 Masihi jatuh pada 2 Mei 2022. Terkejut habis semua orang!
Anak-anak semua bersorak riang bila tahu esoknya raya. Si Luqman umurnya 2 tahun pun kemain sebut Raya! Raya! Yang mak-mak a.k.a bini orang 3 orang dalam rumah family suami ni semua cengang. Haaa..sudah! Ayam habis, nak buat rendang macam mana? Sepatutnya beli esok harinya, dah esok hari ni hari raya, nak masak apa ni weyh?
Bincang punya bincang, deal masak kuah kacang, nasi impit. Mujurlah kakak ipar dah ambik siap-siap dendeng yang dia order sebelumnya. Kalau order ambik sehari sebelum raya dulu tu, agaknya apa pun tak ada untuk juadah raya melainkan nasi impit dan kuah kacang nanti.
Tahun ni IQ beraya di kampung sebelah suami. Kebetulan kami balik hari tu konon nak singgah sambil-sambil beli baju raya, sekali extend sampai raya. Jadinya, tak kalut balik raya dah macam yang lain. Sedia ada di rumah mertua. Just tolong tolong apa yang kurang je.
Selalu IQ ni basuh baju raya sehari sebelum tapi disebabkan rasa tak sedap hati tu lebih, mujur 2 hari sebelum raya tu tergerak hati nak basuh. Cuci tangan sikit-sikit jer. Tapi tak sempat kering sebab hujan pulaakkk. Iron baju pun dalam keadaan baju lembab2. Tapi okay la, lepas iron baju, gantung pun boleh kering jugak kan.
IQ banyak settlekan anak-anak IQ yang kecik. Lagi-lagi si Nuh ni menyusu badan. Jadi, ayahnya banyak menolong kakak ipar di dapur. Kalau Arwah Ibu mertua masih ada, maunya lagi riuh keadaan di dapur. Mesti macam-macam Arwah nak masak sebab Arwah suka masak. Huuu..rindu..
Tahun ni tahun keempat kami raya bersama tapi baru tahun ke 2 beraya bersama family mertua disebabkan pandemik. 2 tahun sudah beraya dekat rumah tinggi. Sendunya usah dicakap. Langsung tak ada mood raya. Tapi Alhamdulillah, raya kali ni dapat raya beramai-ramai.
Pagi raya? Kecoh. Kecoh nak suruh budak-budak mandi, nak siapkan budak-budak, siapkan bapak budak. Haaa...pening. Rasanya IQ last bersiap, sebab uruskan 3 orang anak. Nak mekap lagi kan...ecewahhh..macam pandai mekap. Cessss..
Lepas para lelaki balik dari solat raya, bermulalah sesi bergambar dan sesi bersalam salaman memohon kemaafan. Masa ni tacing sroot2. Lepas tu seronok dapat duit raya. Weeeee...
Sambung bergambar dan mula lah nak pergi beraya pulak. Rumah pertama, rumah ayah lang. Abang kepada ayah mertua. Masa ni pun boleh nampak kelam kabutnya raya bila mak sedara pun masih siapkan juadah raya. Kesian tengoknya, lagi-lagi ramai anak menantu tak balik raya kali ni katanya. Sorang-sorang masak sampai 4 pagi. Huhu.
Settle beraya, kakak ipar ke rumah lain dan kami sekeluarga balik rumah, lepak di rumah la plak. Letih bila tiba-tiba raya ni. Betul tak tipu. Korang pun mesti penat jugak kan? Tipu la kalau tak penat. Huhu.
Sambung beraya esok esoknya. Janji kita raya sebulan! Haha! Rindu nak raya sebulan ni tapi tak tahu la dah jadi mak mak ni feel dia tetap sama macam dolu-dolu kan? Selalunya yang excited nak raya ni budak-budak je sebab seronok kutip duit raya. Mana tahu boleh dapat 14k macam anak lofa kan kan. Hihi
Sekian sahaja cerita raya kita. Pergilah sambung beraya, eratkan silaturrahim yang dah renggang disebabkan covid ni. Moga sentiasa dilindungi buat semua yang beraya sana sini. INSYAALLAH.
Till then, bai! Selamat Hari Raya!!!
4 Comments
Haha memang huru raya jadinya. Selamat Hari Raya IQ. Maaf zahir batin :)
ReplyDeleteSelamat hari raya nadia! Maaf zahir batin! Kecoh kan raya ni. Tapi seronokkkk
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri IQ.. Rata-rata ramai yang kalut sambut raya tahun ni.. Tapi alhamdulillah mak LZ dah ready anyam daun ketupat awal, memang betul jangakaan dia.. Bila esok raya mak dah ready semua.. Kita pulak yang gelabah sebab tak beli baju raya.. haru betul.. :)
ReplyDeleteFuhhh, nasib baik ketupat dah anyam siap2. Tak ada baju raya memang gelabah. Huhu
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)