Advertisement

Responsive Advertisement

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

Zaman sekarang bila sebut tentang gadjet dan anak-anak mesti ramai ibu bapa yang tak nafikan penggunaaannya yang kerap setiap hari. Tambahan pula, di musim pandemik yang sejak berlaku tahun lepas, sesi persekolahan anak-anak bertukar kepada pembelajaran secara atas talian, berbanding hadir ke sekolah setiap hari. Hari-hari anak sarat dengan jadual kelas yang memerlukan permerhatian yang penuh kepada gadjet.

Ini menjadikan anak-anak terdedah dengan sinaran biru yang boleh merosakkan sel-sel dalam mata anak-anak yang sensitif dengan cahaya. Mata anak-anak juga terpaksa bekerja dengan lebih kuat apabila mengadap skrin gadjet. Bila mata anak-anak terpaksa bekerja dengan lebih, mata mereka akan cepat letih berbanding biasa dan menghilangkan tumpuan anak dalam kelas ketika belajar secara atas talian.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE


OPTOM EYECARE PILIHAN TEPAT UNTUK ANAK-ANAK


Disebabkan risau dengan keadaan mata anak, IQ terus cari cermin mata anti sinar biru untuk kegunaan Qa'id, anak sulung IQ. Walaupun pembelajaran untuk sekolah tadika tidaklah sepadat jadual sekolah rendah mahupun menengah, hati ibu mana tak risau bila mata anak berisiko untuk rosak bila lihat handphone dan laptop dalam satu-satu tempoh untuk belajar.

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

Jadi, IQ pilih OPTOM EYECARE untuk pilihan cermin mata untuk Qa'id. Kenapa OPTOM EYECARE?

Ciri-ciri unik cermin mata OPTOM EYECARE untuk anak-anak


  • Material khas yang mudah lentur dan tahan
Bila sebut material yang mudah lentur ni terbayangkan anak kecil IQ si Luqman, suka sangat main cermin mata ayah dan ibunya. Risau dengan cermin mata abangnya pula bakal jadi mangsa, jadi IQ cari yang mudah lentur dan tahan lasak. Lagi-lagi budak kan. Harus la cari yang material yang bagus. Kalau tak, sekejap jer la cermin mata anak bertahan. Silap-silap sehari pakai, esok perlu tukar baru. Tapi dengan OPTOM EYECARE, IQ rasa IQ tak perlu risau tentang hal tu lagi.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Direka khas untuk lebih ringan dan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
Anak-anak lasak? Semestinya! Lagi-lagi anak lelaki. Tengah kelas pun sempat nak buat aktiviti sampingan. Kalau teacher suruh buat senaman ketika kelas online, mesti risau bila anak pakai cermin mata kan? Tapi bila Qa'id pakai cermin mata OPTOM EYECARE, IQ tak risau dah. sebab cermin matanya ringan jer. Nak buat apa jua aktiviti pun senang. 
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.
Keistimewaan khas di OPTOM EYECARE yang paling IQ suka adalah bingkai cermin matanya direka khas mengikut bentuk muka. Best kan? Bila dah reka khas ikut bentuk muka, mestilah lebih sesuai dan tak mudah tertanggal. Jadi ibu ayah tak perlu risau nak pakaikan tali cermin mata pada cermin mata anak-anak sebab cermin mata OPTOM EYECARE tidak mudah tertanggal walaupun tengah melakukan aktiviti yang lasak.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Mengurangkan keletihan pada mata anak-anak.
Ini adalah point utama IQ bila IQ cari cermin mata anti sinar biru untuk anak IQ. Cermin mata OPTOM EYECARE mempunyai cermin mata anti sinar biru yang membantu mengurangkan keletihan pada mata anak IQ. Pembelajaran secara online yang panjang tempohnya menyebabkan tumpuan anak IQ dalam kelas agak susah. Matanya jadi cepat letih dan bila anak IQ pakai cermin mata OPTOM EYECARE, masalah tersebut terus hilang. Qa'id lebih mudah untuk fokus di dalam kelas. Alhamdulillah.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

Kat mana nak cari cermin mata OPTOM EYECARE ni sebenarnya?

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE
Korang boleh dapatkan cermin mata comel daripada OPTOM EYECARE ni di

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Post a Comment

0 Comments