Advertisement

Responsive Advertisement

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

"Alamak, baru teringat nak bayar zakat lah"

-Selak beg dompet.

"Adoi, cash money tak ada la plak" 

Tiba-tiba.. 

"Eh...apa ni?"

 *Baca flyers daripada Lembaga Zakat Selangor.

"Eh, boleh bayar guna ATM jer? Mudah sangat ni. Alang-alang kat ATM dah ni, bayar la zakat sekali"

Selepas beberapa minit...

"Alhamdulillah, dapat juga tunaikan zakat tahun ni. Moga diberkati Allah SWT"


Alhamdulillah, lega kan kalau dah bayar zakat ni? Selesai satu tanggungjawab sebagai seorang umat Islam. Meskipun dalam kesibukan dalam menjalankan tanggungjawab di dunia, jangan langsung lupa tanggungjawab kita untuk membantu yang memerlukan.

 

Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini, agak membataskan kita untuk melakukan urusan harian kita dengan sempurna. Normal baharu yang diperkenalkan sejak mulanya Covid-19 muncul, menjadikan urusan harian kita agak terganggu dan melecehkan. Kalau nak ke mana-mana, wajib daftar nama dan check suhu. 


Bayar Zakat Dengan Mudah dengan Pembayaran Tanpa Tunai

Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan beberapa cara yang mudah untuk kita menunaikan zakat. Antaranya pembayaran tanpa tunai iaitu:

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

1- Online Banking
2- Online ezakatpay
3- Online channel
4- Online @ Branch
5- Mobile Banking
6- ATM Machine
7- eWallet

Melihatkan situasi dialog di atas, apa yang kita boleh dapat? Yer! Kemudahan bayaran zakat di ATM  dan juga cashless machine! Sebelum ni  IQ tak pernah dengar tentang kemudahan ni tau, ini first time IQ dengar. Nampak sangat IQ suka bayar zakat style old school iaitu melalui kaunter-kaunter pembayaran zakat yang sedia ada. 


Kemudahan pembayaran zakat melalui mesin ATM dan cashless machine ini diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lepas. Ini bertujuan memudahkan pembayaran zakat berbanding membayar zakat melalui kaunter. Seiring dengan kemajuan teknologi, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun turut menyediakan kemudahan yang menjimatkan masa dan memudahkan pembayaran zakat tanpa mengikut masa yang ditetapkan.


Pembayaran Zakat melalui ATM

Pembayar zakat yang ingin bayar zakat melalui ATM perlu mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank-bank yang terpilih ini sahaja iaitu:
  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Mempunyai Kad Smart ATM
  • Public Bank - Mempunyai PR Card ATM
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Pembayar zakat yang membayar melalui kemudahan mesin ATM dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

Pembayaran Zakat melalui Zakat Cashless Machine di cawangan LZS Terpilih

Pembayaran zakat melalui Zakat Cashless Machine ini amat praktikal dilakukan bagi mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter pembayaran zakat. Ianya memudahkan urusan pembayaran zakat tanpa tunai dan hanya memerlukan kad debit untuk urusan transaksi.


Namun, cashless machine ni hanya berada di beberapa cawangan iaitu di bangunan Lembaga Zakat Selangor Shah Alam, Bangi, Kajang dan juga Seksyen 14 Petaling Jaya.


Cashless Machine ini beroperasi 24 jam untuk semua jenis urusan pembayaran zakat. Pengunaan cashless machine ini tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

Terlalu banyak cara untuk kita menunaikan zakat pada masa kini. Nak bayar melalui pelbagai medium tanpa tunai memang memudahkan urusan kita. Jadi, tak semestinya tak ada kenderaan nak pergi bayar zakat, kita tak dapat nak bayar zakat. Ingat syarat wajib zakat iaitu:

1. Islam
2. Merdeka
3. Milik Sempurna
4. Cukup Nisab
5. Cukup Haul
6. Berkembang


Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS


Semoga saham akhirat kita ini dapat memberikan senyuman di bibir mereka yang memerlukan. Sama-sama kita kongsi rezeki yang ada, dan moga dengan zakat yang diberikan, dapat menyucikan rezeki yang kita dapat seterusnya menambah rezeki untuk kita semua. Amin Ya Rabbalalamin.
Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

JOM ZAKAT CASHLESS


Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

Bayar Zakat pun boleh menang wang tunai??? 

Bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021 ini, Lembaga Zakat Selangor mengadakan kempen Jom Zakat Cashless di mana pembayar zakat turut berpeluang memenangi wang tunai yang disediakan sebanyak RM15,000! Jom sertai beramai-ramai dengan mengikut langkah-langkah di atas dan klik link ini untuk menyertai. Syarat-syarat untuk menyertai Jom Zakat Cashless boleh lihat di bawah. 

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS


Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)

Post a Comment

1 Comments

Komen Sepatah Dua Kata