Advertisement

Responsive Advertisement

Covid Ada Di Mana-mana, Sentiasa Patuh SOP!

 Salam semua, 

Hari ni IQ berWFH buat kali keduanya sepanjang PKP 2.0 ni. Pertama kali IQ kena WFH adalah disebabkan kami sekeluarga TERPAKSA kuarantin kan diri kami dalam rumah. Anak IQ yang bersekolah, iaitu si Qa'id dah jadi close contact dengan kawan sekolahnya. Hari sabtu yang damai tu buatkan IQ dan suami kelam kabut disebabkan berita yang mengejutkan kami sekeluarga.


Apa yang kami perlu buat? Atas saranan cikgu Qaid, diminta untuk pelajar-pelajarnya pergi buat swab test. Memang masa tu terlintas dalam kepala ni, macam mana la si Qa'id ni nak swab test, kudrat anak jantan ni lain woo...tapi nasib baik la yang bawak Qa'id ke klinik adalah ayahnya. Ayahnya memang kunci dia habis masa swab test tu. Itu cerita dari ayahnya lah, IQ dan adiknya tak ikut sebab nak minimise kan contact antara kami semua.


Ayahnya sekali kena swab, dah ayahnya close contact dengan Qa'id. Ikutkan IQ dan adiknya kena swab jugak tapi tunggu result Qa'id dan ayahnya dahulu, kalau dorang positif (minta dijauhkan), barulah IQ dan adiknya kena swab.


Covid Ada Di Mana-mana, Sentiasa Patuh SOP!


TAPI, disebabkan kena kuarantin ni, boss IQ mintak IQ buat swab jugak. Adehhh, perkara yang paling IQ tak suka. Jolok hidung. IQ pergi sorang atas permintaan boss, dan IQ just buat di swasta. Buat RTK-Antigent sahaja, result pun dapat cepat dan Alhamdulillah, negatif. 


So, IQ dan keluarga berkuarantin selama seminggu jugak la. Barulah result semua negatif. Barulah IQ dapat kerja balik minggu lepas. Lega tapi still kena jaga SOP bila hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh.


TAPI LAGI...


semalam IQ dapat berita tak best. Pengasuh anak IQ yang kecik ni plak kena kuarantin seminggu sampai 31hb disebabkan anaknya yang SPM close contact dengan kawannnya yang positif di sekolah. Tepuk dahi! Dah kena kuarantin, jadinya tak dapat hantar si Luqman pada pengasuhnya plak. 


IQ pun tak nak hantar Luqman ke mana-mana pusat jagaan lain sebab IQ tak nak banyak contact rapat dengan sesape lagi. Risau status masing-masing. Lagi-lagi sekarang terlampau mudah nak dengar kes di sekeliling kita ni, kang tetiba jugak jiran selang 2 3 buah rumah positif. Haru plak kan...huhu..


Kes covid sekarang terlalu banyak, risau sangat sebab kami suami isteri kena bekerja demi mencari sesuap nasi. Kalau dalam tempoh PKP 1.0 dulu, IQ tak bekerja. Tapi berbeza pada kali ni. Bukan tak mahu tinggal di rumah tapi permintaan pekerjaan itu sendiri memerlukan kami keluar rumah. IQ pun sepatutnya terbang ke Terengganu esok, tapi terpaksa cancel disebabkan kes pengasuh Luqman ni.


Walaubagaimanapun, jaga SOP. Jaga jarak sosial masing-masing. Elakkan bercakap dalam ruangan yang terhad. Sentiasa basuh tangan. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada virus Covid-19 ni. Aminnn.

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga IQ baik-baik saja. semoga segala urusan IQ dipermudahkan ALlah

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dijauhi daripada jangkitan si kobit ni

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)