Advertisement

Responsive Advertisement

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga

Raya Sederhana Bersama Keluarga Kecil

Dah masuk raya ketujuh. Di kesempatan ini IQ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Dunia Blog IQ sekalian. Mohon maaf dipinta jika ada kata-kata IQ dalam blog ni mengguris hati kecil korang semua. huhu.

Macam mana raya korang? Korang beraya di mana? Korang ada beraya rumah saudara mara? hihi. Banyak pulak soalan IQ ni. Yer la, IQ teringin nak tahu lagi-lagi raya kali ni sangat berbeza berbanding raya-raya yang lepas kan? Dengan wabak yang melanda dunia selama berbulan-bulan ni menyebabkan perayaan yang dinanti setiap tahun berubah coraknya.

Banyak kisah yang terjadi waktu Hari Raya kali ni kan? Dengan ada yang berdegil balik kampung dengan cubaan merentas negeri, ada yang jumpa ahli keluarga di sempadan negeri. Semua untuk mencatatkan kenangan dan sejarah dalam kehidupan kita secara tak langsung. Pertama kali beraya dengan pakai topeng muka. Kau hado?

Pagi Raya Yang Tak Kecoh Macam Selalu

Selalu pagi raya mesti kecoh kan? Dengan nak gosok baju raya, nak kejutkan anak-anak mandi bersiap, dengan suami cari butang baju melayunya tak jumpa. Memang kemeriahan tu yang selalu kita ingat dan kenangkan. Kali ni? Semua tu tak ada. Pagi raya jadi smooth jer. Tak kecoh-kecoh macam kebiasaan yang berlaku di pagi raya. Selalu pagi raya jadi kecoh sebab ada ahli keluarga lain nak berebut mandi, berebut nak gosok baju sama-sama dengan kita. Kali ni tak. Semua tu hilang. Huhu...sedihnya!

Pagi raya IQ memang steady. Bangun pagi macam biasa. Suami suruh siapkan juadah raya. Lepas tu IQ mandikan Luqman. Lepas mandi, tidurkan dia balik sebab tak nak bagi dia mood tak best bila nak ajak bergambar nanti. Sementara tunggu Luqman tidur, kitaorang menjamu juadah raya bersama.

Luqman dah bangun, barulah ada sesi bergambar. Baru mood dia ON. Haaa..gitu. Memang kena jaga mood para-para bayi sekalian yer. Kalau mood dorang kelaut, memang kirim salam jer la nak bergambar raya ni.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Selamat Hari Raya!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Adik Luqman da start buat muka dahhhh
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Adik tak fokus, abangnya kemain posing
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kemain comel bila ayahnya panggil mesti senyum
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Sesi bermaafan, haa! Jangan nakal-nakal lagi!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kemain suka dapat duit raya, ibu nak jugak!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Mintak maaf dengan ibu cepat! Semalam kencing dalam seluar kan????
Oh yer, baju raya IQ dan suami recycle tahun lepas jer tapi untuk anak-anak beli baru. Budak-budak cepat membesar kan? Si Luqman pun beli jugak sebab first time dia nak beraya. Kena ambik mood sekali walaupun kecik lagi tak tau apa-apa. So, jadilah tema kitaorang pink-biru. comel jugak combinasi warna ni. 

Juadah Raya Yang Simple Tapi Bermakna!

Bila fikir tentang juadah raya ni, memang rasa cuak!! Sebab IQ TAK PERNAH masak juadah raya sendiri yer! Memang tak pernah seumur hidup IQ pun masak sendiri. Yerlah, selalu beraya dekat kampung, ada ibu dan mama yang akan masak lauk utama untuk raya kan? Kita tolong mana yang boleh jer. Sambil-sambil kacau lauk atas dapur, sempat mintak resipi tapi masa tu entah bila la nak masak balik kan? Confirm-confirm raya pun dengan family. hihi. Nak buat rumah terbuka pun memang tak pernah masak lauk raya sebelum ni.

So, jadinya IQ kena kuatkan semangat masak juadah raya tahun ni! Husband pulak awal-awal masa puasa mintak resipi RENDANG TUK dengan ibunya. Maka, secara tak langsung, memang bagi hint nak makan rendang tuk tu masa raya. Konon mintak resipi awal, nak try buat sekali dulu. Last-last tak terbuat pun. Masak untuk raya jer akhirnya.

IQ masak juadah raya sehari sebelum raya. Sehari sebelum raya memang kecah la rumah jadinya. Biasalah dengan anak kecik kan? Suami IQ pulak sibuk nak pasang lampu lip lap kat balkoni rumah tu. Memang mood raya sampai sehari sebelum raya jer. Sebelum tu memang diam sunyi sepi. haha!

IQ mula-mula rasa cuak nak masak ni. Risau tak menjadi jer. IQ confirmkan resipi dengan ibu mertua IQ dan mula masak. haaa...masa ni rasa macam confident sikit. Lama-lama tu fikir, "Eh, macam senang pulak nak masak rendang ni." Haha! Tetiba over pulak confident dia.

Then akhirnya Rendang Tuk IQ siap!!! Bila waktu berbuka dah masuk, suami IQ nak try Rendang Tuk IQ tu. Haishhh!! Nak rasa pulak dah. Sebelum tu IQ tak ada try sebab puasa kan? Ni suami IQ lak yang try dulu. Nervous!!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Lighting lebih, warnanya patut gelap sket, even rupa tak ada, rasanya adaaa! haha!
Dan lepas suami IQ try, dia cakap..."macam ada yang kurang, tapi apa ek?" Ishh, benda apa yang kurang tu? Lepas tu, tetiba pulak dia cakap, " Haaa...okay dah ni, sedap!" Masa ni berbunga hatiku ini...hhaahaha!! Adehhh...First time masak yer, mestilah nervous dia lain machiam! Masa makan rendang tuk pagi raya, terus dia cakap, " boleh buat jual ni, untung!" Haahh sudah, nak jual rendang pulak, ape lagi...ONNNN! haha!!

Malam raya, suami IQ pergi ambik lemang dekat pak saudaranya di Keramat, KL. Lemangnya tiap-tiap tahun jual dan tahun lepas pun kitaorang beli juga. Sedap! Lagi sedap dimakan dengan rendang tuk IQ. Haha! Angkat bakul sendiri dah ni. Dah masak sedap, mesti la kena up diri sendiri. hahaha!

Hidangan sampingan ada kuih raya 3 jenis dan kerepek 3 jenis yang suami IQ beli dengan kawan dia. Kek cheese strawberry dan mangga tu serta kek brownies nutella pun dibeli oleh suami IQ dengan kawan dia yang lain. Senang cerita, IQ just masak jer, yang lain suami IQ beli. haha! Kuih raya tak buat sendiri sebab tak ada oven. Plus ada anak kecik ni, nanti-nanti la buat kuih raya tu. hihi.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Juadah raya kami 

Beraya di Alam Maya

IQ orang Terengganu, suami IQ orang Perak. Memang dalam negeri Selangor tempat kitaorang tinggal ni, cuma ada adik IQ yang tinggal di Gombak Selangor. Kalau kira saudara mara ramai la kan? Tapi selalunya utamanya yang terdekat. Mak ayah dan juga adik beradik dulu.

So, disebabkan kitaorang tak dapat balik raya kali ni. Hanya mampu bervideo call sahaja. Sedih? Semestinya! Selalunya boleh mintak maaf secara live. Lain feeling dia. Kali ni mampu buat dalam handphone jer. huhu.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Raya Bersama Walau Hanya Bervideo Call

Raya Kedua Kembali Normal

Raya kedua kitaorang dah jadi macam biasa balik. Tapi IQ, Luqman dan Qa'id tetap ambik mood raya tu lagi dengan pakai baju raya. haha! Lepas tu bergambar lagi. Yang ni IQ dan Qa'id je join. Klik sana sini. Yang penting kita happy. Alhamdulillah.

IQ tak pergi beraya ataupun menerima kunjungan tetamu raya kali ni. Yerlah, IQ ada anak kecik, risiko tinggi. Nak benarkan orang datang rumah pun, risau takut orang yang datang pun dah banyak kontak rapat bila beraya sana sini. Mohon ampun jika tak dapat nak tunaikan beraya bersama. Doa-doalah virus ni segera hilang dan kita boleh kunjung mengunjung macam dulu-dulu balik. huuu
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kita jer la posing Qa'id. Nasib Qa'id layan jer ibu dia.

Raya Sederhana Penuh Kesyukuran

Itulah cerita raya IQ dan keluarga kecik IQ tahun ni. Walaupun simple tapi memang bagi makna besar pada IQ. Pengalaman pertama raya sendiri-sendiri. Sedikit sebanyak beri kita pengalaman baru dalam keadaan yang genting macam ni.  Moga kita semua berpeluang menjenguk ibu bapa di kampung tak lama lagi. Insya-Allah.

Macam mana pulak dengan raya korang? Best? Teringin jugak nak tahu kesah korang. Drop link kat bawah yer, IQ nak baca. TQ~

Oklah, till then, bai!

Post a Comment

8 Comments

  1. sederhana tapi meriah, itulah yang terbaik kan. Janji anak-anak happy =))

    ReplyDelete
  2. Salam raya PKPB
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Salam raya PKPB
    Maaf zahir dan batin.
    Hope next year boleh celebrate dgn semua ahli keluarga kan.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Tahun ni tak raya rumah orang
    Raya makan aje

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya IQ. Maaf zahir dan batin.
    Hope after semua ni berakhir dpt bjumpa dgn family. insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Comelnya anak2 IQ, maknya pun comel hehe. Hebatnya masak rendang tok! bila la boleh rasa? haha

    ReplyDelete
  8. Dapat bersama keluarga dan anak-anak mcm nie pun dah bestkan raya..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)