Advertisement

Responsive Advertisement

Qa'id Pampers Free, Berkat Outstation Di Ipoh

Assalamualaikum semua..

Bila dah sampai tempoh nak bersalin, kerja rileks sket la kan. Sikit-sikit handover pada rakan sekerja, moga tiada apa masalah sepanjang IQ bercuti nanti. Yelah, kang tengah bertungku tak pun tengah meneran ke ape kan, boss call mintak settle kerja. Tak ke haru macam tu? haha! Lawak kalau betul-betul jadi IQ oii!

Outstation Dari Sebulan Jadi Dua Bulan
Sedia ada maklum IQ baru balik daripada outstation di Ipoh bermula awal November sehinggalah akhir Disember 2019 yang lepas. 2 bulan genap tinggal dekat sana, macam-macam dugaan IQ alami. Hampir depression mungkin sebab badan jadi terlalu letih walaupun kerja seharian tak lah membebankan. Mungkin mental IQ tak berapa nak kuat nak handle situasi berjauhan daripada suami kan. Akhir bulan 11 disangkakan boleh kembali ke pangkuan suami, tapi terpaksa stay untuk lagi sebulan. huhu..sedih ahkak tau...
Qa'id Pampers Free, Berkat Outstation Di Ipoh
Tapi mujur la ada penguat kecil IQ iaitu si Qa'id. IQ bawak Qa'id tinggal bersama dengan IQ. Sedikit sebanyak, ada la peneman duka lara IQ di samping pemecah kesunyian ibu, gituuu...kan? Disebabkan IQ dulu pernah hidup berdua sahaja dengan Qa'id, sedikit sebanyak, IQ dah biasa dengan keadaan tu, cuma kali ni IQ berbadan dua. Kekuatan badan mungkin berkurangan, dan jadi cepat letih. Mujur Qa'id dah berumur 4 tahun, banyak perkara yang dia dah boleh handle sendiri.

Paling IQ tak sangka, secara tiba-tiba Qa'id dah tak perlu pakai pampers pada waktu malam!! Siang hari memang dah biasa tak pakai sejak beberapa bulan sebelumnya. IQ dan suami latih Qa'id untuk bagitahu tiap kali nak kencing dan jugak buang air besar. Memang bab tu dah lama lepas, cuma tiap malam masih perlu pakai pampers sebelum ni.

Terlupa Pakaikan Pampers Pada Waktu Malam..
Sampai la waktu IQ outstation ke Ipoh ni, kadang-kadang IQ agak keletihan bila menjelang waktu malam. IQ akan jadi cepat mengantuk apatah lagi lepas makan malam. Badan mintak rehat. Kadang-kadang IQ terlelap sekejap, dan Qa'id pulak akan main bersama anak Tuan Rumah IQ. Bila IQ tersedar, dah agak lewat dalam pukul 11 malam, baru IQ suruh Qa'id tidur. Masa tu IQ TERlupa nak pakai Qa'id pampers.

IQ sedar terlupa tu bila dah bangun pagi esoknya. Dan yang paling amazing, Qa'id langsung tak kencing malam. Tempat tidurnya kering, tak basah langsung. Tapi sebelum IQ mandi pagi, IQ sengaja pakaikan dia pampers even dah pagi risau dia tak perasan dan terkencing. Bila dia bangun nak mandi, pampersnya penuh dengan air kencing. Seee..nasib baik IQ pakaikan dia pampers sebelum tu. Kalau tak,maunya bersidai tempat tidur dia dekat pagar rumah. haha!

Tapi esoknya, IQ try cakap pada Qa'id, "Aidd tak yah pakai pampers la malam ni, boleh? Sebelum tidur kencing la dulu, boleh kan?" Kadang-kadang Qa'id ni bagi kerjasama, tapi kalau datang perangai mengada dia, dia akan cakap tak nak. Dia cakap nak pakai pampers jugak. Ada juga masa dia tak ikut cakap IQ, IQ akan letak syarat macam ni, "Kalau aidd tak kemas barang mainan aidd, ibu tak nak pakaikan pampers malam ni" IQ sengaja cakap macam tu, kadang-kadang dia ikut, kadang-kadang dia tak ikut. Kalau dia tak ikut, letak la cara lain pulak untuk dia tak pakai pampers malam tu.
Qa'id Pampers Free, Berkat Outstation Di Ipoh
Qa'id dan geng taska. Qa'id paling tua dalam taska, ambik tempoh beberapa bulan sebelum masuk tadika nanti
Dan akhirnyaaaaa..Qa'id dah tak perlu pakai pampers da malam-malam. Lega sangat! Tak perlu belikan dia pampers dah. Saiz pampers akhir dia pakai pun saiz XL, tak perlu sampai XXL. Alhamdulillah lega sangat-sangat!! Kejadian terlupa pakaikan Qa'id pampers tu berulang sampai 2-3 kali tau. Yelah, IQ kan mengandung, memang agak keletihan malam-malam. Tapi disebabkan kecuaian IQ tu jugak, Qa'id dah tak perlu pakai pampers. Lega sangat. Qa'id pampers free genap umurnya 4 tahun 3bulan. Awal ke lambat? Sedang-sedang jer kot. hihi.

Itulah pengalaman IQ sebagai ibu kepada Qa'id Aqhar ni. Lain orang lain cara, cara orang tak semestinya sesuai dengan kita. So, kita sebagai parents mesti tahu apa yang sesuai atau tidak untuk anak kita. Kan? Banyak pendapat yang boleh kita ambil, cuba dan cuba. Tak salah dalam menjadikan kita seorang ibu dan bapa yang hebat. InsyaAllah.

Okaylah. Till then. Bai!

Post a Comment

2 Comments

  1. Waalaikumussalam. alhamdulillah. semoga dipermudahkan urusan bersalin untuk iq :)

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)