Thursday, November 28, 2019

Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan



Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan, melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu


Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan. 

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara memandangkan ia merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak membolehkan kami terus menjayakan inisiatif-inisiatif kemasyarakatan ini, seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia

Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan
Sejumlah RM545,000 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”

“Kami juga berharap pembukaan restoran terbaharu di Kelantan ini mampu menjadi nilai tambah kearah merancakkan lagi ekonomi negeri – khususnya melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat melibatkan masyarakat setempat. Kami percaya dengan pertumbuhan perniagaan yang positif, bermakna lebih besar peluang kami untuk menyumbang kepada manfaat masyarakat secara menyeluruh,” tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.

“Program Komuniti yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia ini dilihat sebagai sokongan kearah membentuk keharmonian ekonomi dan sosial di Kelantan. Kita amat menitikberatkan keperluan rakyat bagi menjamin kemajuan negeri, memandangkan ia juga merupakan salah satu langkah kearah meningkat taraf sosio ekonomi rakyat negeri ini. Penglibatan syarikat korporat seperti McDonald’s bersama kerajaan negeri kearah kesejahteraan rakyat merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan dan wajar dicontohi,” kata YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan
 (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan. 
"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.

Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
 
Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan
Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang program latihan tersebut.

Program “Kembali ke Sekolah” Inisiatif Tahunan RMHC

Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
 
Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan
(kiri-kanan) Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.
Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

Program Komuniti McDonald’s Menyantuni Rakyat Kelantan


RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

4 comments:

Komen Sepatah Dua Kata