Friday, July 26, 2019

Kehidupan Selepas Bertiga

LAMANYA!!! Lama betul IQ tak update blog kan? Uishh, IQ pun sibuk sangat. Kerja sekarang memang tak bagi ruang kat IQ untuk berkarya. haha! Banyak benda nak cerita kat blog ni untuk dijadikan kenangan masa depan, tapi sibuknya lahai. Memang tak boleh dibawak bincang langsung!

Ini pun kebetulan IQ bercuti panjang sebab Qaid kena chicken pox. Qa'id kena chicken pox lagi? YES HE IS!! IQ pernah cerita dekat sini dan sini kan? Yang second time tu lebih kepada kayap tapi disebabkan chicken pox 1st yang tak habis keluar sebelumnya. Kali ni kena sebab berjangkit dengan kawan-kawan dia kat taska. Alahai, IQ bajet tak kena, sekali keluar bintik2 merah. Memang geleng kepala terus IQ dibuatnya.

Bila dah kena chicken pox ni, jawabnya ibu dan ayah Qa'id kena gilir2 cuti ler. Ayahnya pun tak kisah cuti untuk jaga Qa'id. Kadang-kadang Qa'id lagi suka tinggal dengan ayah dia berbanding dengan ibu dia sebab ibu dia garang. Ayah dia tegas tapi pandai ambik hati dia. Dan semestinya dia lagi dengar cakap ayah dia berbanding ibu dia. Ibu dia sepuluh kali cakap belum tentu dengar, ayah dia panggil sekali pun dah menyahut. Geram ibu dia ni dibuatnya!

Kehidupan Selepas Bertiga
Dah 6 bulan hidup bertiga, IQ paling suka dengan perkembangan Qa'id. Kalau dulu dia manja tak tentu pasal, senang nak tantrum, mengamuk bila nak sesuatu TAPI sekarang dia lebih berdisiplin. Ayah dia banyak ajar dia. Bukan bermakna dulu IQ tak pernah ajar dia, tapi anak-anak ni lebih ikut dan dengar cakap ayah berbanding ibu kan? Sebab dengan ibu, dia boleh nak manja-manja, nak lebih-lebih tapi dengan ayah dia akan jadi lebih berdisiplin. Lagipun, ibu tak ada masa untuk bermain berbanding dengan ayah sebab ibu banyak nak settlekan urusan di rumah. Kan?

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah SWT berikan sampai saat ini. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan percayalah setiap hujan yang turun, pasti ada pelangi di pengakhirannya.

IQ akan cuba update lagi lepas ni. Kehidupan lepas berkahwin sememangnya agak sibuk. Dengan urusan seharian, dengan anak yang masih kecil apatah lagi keadaan kesihatan yang tak berapa stabil sejak dua menjak ni. Moga akan lebih stabil tak lama lagi. Insya-Allah.

See you soon. Bai!
Kehidupan Selepas Bertiga

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga setiap urusan dipermudahkan .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Semoga berempat selepas ini.

    ReplyDelete
  3. Qa'id nampak happy, same 2 u.. semoga bahagia till jannah.. aminn

    ReplyDelete
  4. Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama yang tersayang :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah.. happy tgok IQ dan Qaid happy
    nanti tak lama ag kehidupan berempat lak kan..hee

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah.. happy tgok IQ dan Qaid happy
    nanti tak lama ag kehidupan berempat lak kan..hee

    ReplyDelete
  8. Tumpang happy ;-)
    Hurmm... kesihatan tak berapa stabil ehem..ehem... Qa'id nak dapat adikkah?

    ReplyDelete
  9. Till Jannah forever together ❤❤❤

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata