Advertisement

Responsive Advertisement

White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0

Selalu kalau nak share pasal team workout, cerita tentang aktiviti workout. Workout dan juga perkongsian tentang pemakanan. Tapi untuk musim kali ni, IQ nak share dengan korang aktiviti luar yang diadakan untuk Fit Superb 5.0 kali ni secara santai. NI LAA PERTAMA KALINYA IQ dapat join program luar bersama Team Kapten Black ni. Sebelum ni, asyik tak berpeluang join. Berpeluang jugak, tapi berpeluang tengok jer la. haha!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Line Up!
So, untuk aktiviti luar Fit Superb 5.0 ni, Kapten Black putuskan nak buat White Water Rafting. Pada awalnya IQ tak dapat nak join disebabkan tarikh yang bertindan dengan aktiviti blogger IQ, namun Kapten Black tangguhkan tarikh WWR pada minggu seterusnya.

BERKUMPUL YAWW!
Pagi 28 Julai, semua mula berkumpul. Tapi Si Amy gerak dari Bukit Beruntung, tinggallah 10 orang gerak dari KL. Total 11 orang yang join kali ni. Mungkin sebab yuran penyertaan agak pricey, tak ramai yang dapat join. Plus ramai yang kerja swasta, gaji tak masuk lagi! haha! Yuran penyertaan under Raftasia yang kitaorang join berharga RM180/pax. Tapi kalau lagi ramai, boleh dapat lagi murah. Haaa..macam tu la.

So, 10 orang ni naik dua buah kereta memecut laju ke arah Kuala Kubu Baru. Mana tak pecut. Dah lambat oi! Masing-masing nak bangun pagi pun kemain liat. Hujung minggu kan? Apa barang bangun awal, kata si Kapten. haha! Maap kapten, gurau gurau.
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Wefie satu kali!
Berjanji dengan Person In Charge Raftasia pukul 9.30 pagi depan Pejabat Pos KKB. Tapi kitaorang lewat 10 minit. Sampai sana pun PIC baru sampai 5 minit lepas kitaorang sampai. Kena tukar baju terus dekat tandas berdekatan sebab nanti terus pergi Put-In-Point.
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Kesian akak tengok ko nok!
Lepas semua team yang join dah sampai, semua gerak ke Put-In-Point. Kumpul dan tunggu sana lagi sampai semua team berkumpul sebab kereta kena letak tempat Take-Out-Point siap2. So, ambik masa dekat situ jugak. Penat menunggu je lebih ni! haha.

Selesai semua dah sampai, kitaorang diarah untuk pakai Safety Jacket, Helmet, dan ambil sorang satu Paddle. Masa ni pun nampak dah muka masing-masing kalau pakai helmet yang macam kura-kura tu. Selebet je nampak. haha! (Saya bukan tulis pasal kapten tau! Ampun kapten!)
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Buckle up girls!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Team Kapten Black 
Taklimat ringkas diberikan oleh En Bai, iaitu Ketua Rafter dan juga Owner Raftasia. Cara-cara menerima arahan daripada raftar yang mengemudi Raft diberikan secara detail. Cara-cara menyelamatkan diri jika Raft terbalik juga diberikan, yang semestinya Raft akan confirm terbalik untuk point-point yang best.
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Berjumpa lagi dengan En Bai. 
Selesai jer taklimat ringkas, terus raft dibawa turun ke gigi air. GIGI? Paham-paham sendiri la. Tepi tau tepi? haaa...peserta diarahkan naik ke dalam raft. Disebabkan team kitaorang 11 orang, kitaorang pecah 6-5 untuk satu2 raft. Raft IQ ada 6 orang. Campur dengan 2 orang Rafter berpengalaman iaitu Man dan Si S (IQ lupa laa nama sorang lagi ni, tolong ingatkan! Masuk air banyak sangat, susah nak ingat. haha)

Bermulalah pengembaraan kitaorang sejauh 5-6km menyusuri Sungai di Kuala Kubu Baru ni. Awal-awal dah minum air. Mula-mula duk gelakkan yang tu jatuh dalam air, yang ni jatuh dalam air. Sekali Rafter kitaorang bagi semua jatuh dalam air. Tak layan jeram lagi dah minum air dah. Adehh! Memang Raft yang paling kerap terbalik tu Raft kitaorang la. Semua layan jer bila kena telan air sungai, terutama si Amy. haha!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Mana2 point stop mesti nak ambik gambar
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Raft lagi satu. 5 orang. 
BOLEH BAWAK KAMERA KE MASA RAFTING?
IQ bawak action camera dan juga handphone TAPI IQ seal handphone IQ dengan waterproof bag. Dan untuk action kamera, memang dah ada waterproof casing. IQ letak dalam beg uncang HyperGear dan sangkut dekat Life Jacket IQ. Beg Uncang HyperGear tu IQ fikir tak masuk air, tapi mujur ada yang tegur sebelum rafting bermula. Katanya, beg tu air boleh masuk. So, IQ aware siap2 dan pakaikan waterproof bag dekat handphone IQ. Settle!

AIR SUNGAI TAHAP 4?
Air Sungai dikatakan agak tinggi pada waktu kitaorang join ni. Tahap 4. Hujan renyai2 juga sepanjang tempoh kitaorang rafting. Risau juga empangan ditutup, air akan berkurang. Air di Sungai Selangor bergantung sepenuhnya pada empangan. Kalau hujan lebat di area KL, empangan akan tutup saluran air yang mengalir untuk elakkan limpahan air yang berlebihan ke KL. Nasib hujan tak lebat sangat. Kalau tak, kena berpindah ke Ulu Slim pulak. 
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Kecoh la korang. haha!
Banyak jeram yang menarik sepanjang kitaorang rafting ni. Ada yang sampai kena menyenget ke kiri sampai terangkat Raft sebelah, ada yang kena menyenget ke bahagian depan. Semata-mata untuk memudahkan raft bergerak melalui celah-celah batu yang ada. Mencabar betul! IQ cuma risau kalau tengah menyenget tu, terbalik sekali. Tak mau la terbalik atas batu-batu besar ni, seram!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Kasi can la akak posing jaappp
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Our Kapten!
TERJUN SUNGAI SORANG-SORANG?
Bila sampai satu point, semua raft berhenti. Aik...kenapa semua berhenti di tepi sungai plak? Rupanya nak buat Water Confident. Water Confident ni peserta kena terjun dalam sungai dan akan menyusuri arus dan praktis untuk menyelamatkan diri menggunakan tali yang akan dicampak oleh Rafter yang ada. 

Haaa....yang ni mula-mula IQ pun cuak. Air deras kot! Dalam plak tu! Kalau lemas macam mana? Sempat ke nak capai tali yang rafter akan baling? Macam-macam dalam fikiran IQ masa tu. Tak pernah buat kerja giler terjun dalam air sungai yang deras macam ni. Tapi nak try jugak!


White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Sempat je korang time orang tengah buat water confident 
Bila dah terjun, hamek! Ada orang tolong ambikkan gambar pun tak tahu mana arah jurugambarnya. Berpusing-pusing dalam air. Tak reti nak halakan badan ke depan. Ringan sangat ke badan ni tak tahu lah. Sampai tempat raft IQ parking, dah macam nak hanyut ke depan. Mujurlah ada yang hulur tangan. Haaa...selamat. Kalau tak, memang bye bye la IQ ke depan. huhu.

Selesai semua buat, sambung rafting lagi! Sampai satu point jeram tu, raft terbalik lagi! Tak sempat ambik nafas. Tertelan la air sungai lagi. Dah macam bingung kejap bila terbalik masa tu. Serius nampak bingung. Tengok video+gambar bawah ni. Pening!


White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Bengong kejap. haha!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Jeram paling tragis bagi IQ
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Kapten gak rilek eeekk
RESTORE ENERGY DEKAT RNR
Kepala dah masuk air. Badan dah mula lenguh-lenguh. So, masa untuk stop kejap dekat RnR. Dekat RnR ni ada air terjun kecik. Tapi air dia, feehhh...boleh buat massage belakang badan tu. Letak kepala dekat air turun tu pun sama boleh pening kejap. Tapi tetap best!


Masa ni, kitaorang diberi makanan kudap-kudap. Restore energy orang kata. Ada epal, jajan, Apollo Layercake (dah kenapa tetiba nak sebut macam dekat iklan tu ntah). haha! dan juga air mineral. Rehat kejap. Santai-santai. 
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Kemain muka ko happy kan azhar
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Team lain pun sama berkumpul dan rehat
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Wefie lagi sekali!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0

Siap makan dan rehat, sambungggg! Lepas point RnR, dah tak banyak jeram yang mencabar seperti sebelumnya. Tapi still boleh layan lagi. Sampai la satu point kitaorang diminta tengok pokok petai. Aikk..dah kenapa kena tengok pokok petai, rupanya nak turun jeram dengan keadaan tak sedar. Haru betui rafter kitaorang. Kalau betul-betul leka tu, memang terbang masuk dalam air.
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Seronok main humban2 teammate dalam sungai masa ni. 
Sampai la kitaorang dekat last point ni, memang point akhir untuk raft terbalik. Last point ni memang tak ada masuk raft balik. Terus jadi kayu balak yang hanyut menyusuri Sungai Selangor tu sampai la ke Take-Out-Point. Jauh jugak nak berenang. Lebih kurang 1km jugak nak berenang sendiri. Lenguh tangan jadinya.


Akhirnya sampai di Take-Out-Point. Kitaorang disajikan Lunch dan lepas tu mandi bersihkan diri sebelum bertolak balik. Tapi bukan bertolak balik terus pun. Dah nama pun musim buah-buahan kan? Mesti nak cari buah-buahan! hehe.

Sempat makan cendol durian dan jugak bedal durian dekat satu gerai buah ni. Dari konon sebijik jer nak makan, ambik! Sampai 9 biji kau! Kayo kejap pak cik gerai tu. Sekali makan haaa... Durian kampung dekat KKB ni RM7 sekilo. Murah ke mahal? Ke korang beli yang longgok jer? Kitaorang makan yang timbang ni rasa puas hati betul. Isi dia memang terbaik! Sedap! Tapi sorry la gambar tak dak, dah terdelete. haha!

Sekarang ni Program Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-11 dah bermula. Dengar-dengar Kapten Black nak buat aktiviti WWR ni untuk JK1M ni nanti! Wahhh, tak sabar nak join lagi. Peserta JK1M harapnya tak terlepas peluang join program WWR ni. Best woooo! Rugi kalau terlepas. IQ dah dua kali join aktiviti WWR ni tau. Pertama kali di Ulu Slim dan kali ni di Kuala Kubu Baru. Dan bagi IQ, WWR dekat Kuala Kubu Baru lagi best berbanding Ulu Slim. Memang terbaik!
White Water Rafting Kuala Kubu Baru Aktiviti Lasak Fit Superb 5.0
Abang azhar kita kata best, apa lagi? Jom join next WWR!
Credit Unwatermark Pictures by Jojo.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah nampak menarik sangat. Lebih2 lagi orang macam Tarot yang sukakan nature dan suka aktiviti lasak. Memang sesuai sangat la ni.

    ReplyDelete
  2. best..akk suka aktiviti lasak mcm ni.. sejak dh mommy to be two kids jarang join.. klu ada lg ajak lain join.. ehh hahahaha

    ReplyDelete
  3. hehehe tak berani sangat tapi cem best je tengok. kot kot one day berani nak buat aktiviti cemni =D

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa! tapi baca pun dah rasa cuak. camno? haha

    ReplyDelete
  5. bestnya, nanti saya nak pergi situ jugak la buat aktiviti water rafting ni

    ReplyDelete
  6. Cayalah! Tu baru betul-betul aktiviti mencabar!

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)