Thursday, August 9, 2018

Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!

Selesai sesi kenal Personaliti Bersama Puan Azie Sam, IQ dan rakan-rakan yang lain dijamukan dengan Bengkel Kecantikan dan Sesi Membuka Kotak Kecantikan daripada Peek-A-Box!!

Apa Itu Peek-a-Box?
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Peek-a-Box adalah kotak kecantikan No.1 di Malaysia yang menawarkan 4 hingga 5 produk kecantikan istimewa yang berbeza-beza; bersaiz sampel deluxe yang terdiri daripada pelbagai jenama dengan penghantaran terus kepada pelanggan setiap bulan.

Peek-a-Box ni diilhamkan oleh Puan Shuhada Alaudin, seorang peguam yang akhirnya menukar kerjayanya kepada pakar warna di MYRYL dan juga usahawan. Puan Shuhada memulakan Peek-a-Box ini dengan visi untuk menyatukan kecantikan dalaman, seperti self-love, intelek, keyakinan dan semangat jati diri; dengan kecantikan luaran. Maka terciptalah tagline "Beauty Inside Out"
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Dari kiri; Puan Shuhada dan Puan Ji
Kotak kecantikan Peek-a-Box ni berkonsepkan majalah mini yang akan keluar mengikut bulan mempunyai tema yang tersendiri dan juga "cover girl" dalam nota kecantikan yang terdiri daripada selebriti dan media influencer. 
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Cover Note untuk keluaran Peek-a-Box
Produk-produk dalam Peek-a-Box ni menjimatkan dan juga lebih 'mesra poket'.  Jumlah nilai produk-produk yang terdapat dalam Peek-a-Box ni hampir berharga RM150 semuanya NAMUN Peek-a-Box hanya menawarkan harga RM59 untuk kesemua produk di dalamnya. Langganan Peek-a-Box ni juga boleh dibuat mengikut pakej langganan  sebulan, tiga bulan, enam bulan mahupun 12 bulan mengikut kehendak korang sendiri.


Peek-a-Box juga bukanlah sesuai dibeli oleh Kaum Hawa jer tau. Kaum Adam pun boleh beli jugak KALAU nak hadiahkan kepada yang tersayang. Tak kira isteri ke kekasih ke Mak ke kan? Peek-a-Box juga boleh hantarkan bagi pihak korang.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Masing-masing excited nak unboxing Peek-a-Box
Kalau korang nak order atau langgan Peek-a-Box ni, korang boleh lawati laman web Peek-a-Box di www.peek-a-box.com. Atau kalau korang suka shopping di Shopee, korang boleh ushar Peek-a-Box ni dekat sini (www.shopee.com.my/peek_a_box)

SESI DO-IT-YOURSELF!
Sesi menarik pada petang iaitu sesi DIY bersama Kak Ji bagi membuat sendiri produk kecantikan iaitu Face Mist dan juga Lip Balm. Rupa-rupanya tak susah nak buat Face Mist dan Lip Balm ni. Kena ada kerajinan. Kalau terlebih rajin, boleh buat bisnes. hehe. Jom tengok cara-cara nak buat produk DIY ni.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Tekun nak buat Face Mist
1 - DIY FACEMIST 

Bahan-bahan:

1- Drinking Water (Bukan Air Mineral)
2- Air Mawar
3- Madu
4- Essential Oil (Untuk bau yang segar)

Cara-cara:

1- Campur Air Mawar dan Drinking Water (Portion 2:3). Kacau.
2- Masukkan Madu + Pewangi (Essential Oil). Kacau
3- Masukkan dalam container yang boleh spray. Siap!

2 - DIY LIP BALM

Bahan-bahan:

1- Cocoa Butter
2- Vaseline
3- Madu
4- Pewarna makanan

Cara-cara:

1- Cairkan cocoa butter (Guna teknik double boil)
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Cocoa Butter sebelum dicairkan
2- Masukkan Vaseline apabila Cocoa Butter dah cair sepenuhnya. Kacau sebati.
3- Masukkan Madu dan kacau sebati.
4- Tambah sedikit pewarna merah. Kacau sebati
5- Masukkan dalam container bertutup. Tunggu sampai ianya mengeras. Siap!

Mudah kan nak buat Face Mist dengan Lip Balm ni? Mudah dan sangat natural sebab tanpa bahan pengawet. Sangat applicable kepada sesiapa yang mudah kena penyakit kulit seperti Eczema yang semestinya sensitif dengan produk-produk di pasaran sekarang. Boleh ambil inisiatif untuk buat produk sendiri pula la lepas ni. hehe.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Ini IQ punya, dalam bekas tinggi tu Face Mist, dalam container yang ada penutup tu Lip Balm, Lip Balm masa ni belum keras lagi. tunggu, ambil masa.

Tutorial Mekap Dan Hijab Oleh Khai Azwan

Selesai sesi DIY, IQ dan rakan-rakan tertarik dengan sesi terakhir kitaorang iaitu sesi mekap!! Perempuan sangat kan? Siapa jer tak tertarik dengan mekap ni. IQ? Well, secara jujurnya IQ tak reti langsung nak mekap mekap ni, tapi IQ suka tengok orang bermekap. Well, sebab IQ kan orang yang bersifat Natural. Sangat simple. So, kalau boleh mekap nak sesimple mungkin.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Teliti
Tapi tipulah kalau tak terasa nak cantik-cantik kan? Mesti rasa nak cantik. Dan pada petang tu, Make-Up Artist Khai Azwan tunjuk cara-cara nak mekap yang glamour sikit. Mekap untuk pergi dinner. Haaa~~ eh eh, tetiba lenggok bahasa jadi bertukar. Sorry ya, Khai Azwan ni tak lembut pun. Dia straight. Tapi seni mekap dia kalah IQ yang perempuan ni. hahaha!!

Melihatkan barang-barang mekap yang dibawa, IQ tahu..bukan mudah la nak mekap untuk kelihatan cantik kan? Daripada foundation, eyeshadow, eyeliner, buat kening, buat mancung hidung, IQ ni bukan tahu sangat istilah mekap-mekap ni. Noob tentang mekap. Tapi suka tengok cara Khai Azwan ni mekap modelnya iaitu Zurhanna. Nampak smooth je. Nama pun dah berpengalaman 3-4 tahun kan? Mesti la terror.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Khai juga meminta 2 peserta untuk turut sama mekap dan jadi model pada masa yang sama. Means compete dengan dia, ikut cara yang sama, tapi tengok hasilnya macam mana kan? Lain bentuk muka, lainlah hasilnya. 
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Jurumekap: Blogge Ayue Jean, Model; Blogger Yulia
Sesi mekap ambil masa lebih daripada 2 jam yer semua! Lama tu! Tapi hasilnya...teramat lah cantik! Ternyata hasil tangan Khai Azwan memang mengagumkan. Suka betul tengok hasilnya. kemas dan sangat menyerlahkan modelnya. Memang terbaik!
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Hasil tangan Khai Azwan
Kalau korang berminat nak mekap macam ni, korang boleh hubungi Khai Azwan melalui laman instagramnya di @KhaiAzwan ok!
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Cantik hasilnya =)
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!
Blogger Ayue Jean pun tak kurang hebat hasilnya. Cantik Blogger Yulia.

Terima kasih kepada Puan Shuhada, Puan Ji dan juga Khai Azwan yang sudi berkongsi ilmu dalam Bengkel Kecantikan bersama KBBA9 kali ni. Memang menarik aktiviti yang diadakan. Dan moga ada kesempatan lain untuk kita bertemu lagi.
Memperkenalkan Kotak Kecantikan Daripada Peek-a-Box!

Tempat : Matic
Alamat : Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9235 4800 


Peek-A-Box : Kotak Kecantikan
Jurusolek : Khai Azwan
Model : Zurhanna
Sarapan pagi : MrsZa Kitchen
Makan Tengahari : Nurul Izzah Katering

2 comments:

Komen Sepatah Dua Kata