Advertisement

Responsive Advertisement

Dalam Mencari Kesempurnaan...

Entry personal kali ni. Lama tak menaip luahan hati. Mood berkecamuk. Serabut semua ada.

Fasa hampir masuk 30 pada tahun depan. Masih bersendiri tanpa teman di sisi. Tipulah kalau aku kata aku tak mau berteman. Sampai satu saat, aku sedar. Aku perlukan teman jua. Ramai yang aku kenali dalam tempoh beberapa bulan ni. Macam-macam ragam.

Jumpa seseorang, kenal hati budi. Serasi. Walaupun acap kali berendam air mata, namun dia tetap menjadi pilihan hati, namun sayang. Dia suami orang. Terpaksa dilupakan sebab aku sendiri mempunyai keluarga yang sebegini. Ambil pengajaran. Jangan ulangi untuk kehidupan sendiri. Move on.

Jumpa seseorang yang lain. Dikatanya aku nampak baik. Dan semestinya kenapa dengan baik? Luaran nampak baik? Dan apa? Ok, kehidupan sekarang tak macam dulu. S** terlalu senang untuk diperkatakan dan dipraktikkan. So, dia anggap aku bukan calon sesuai untuknya. Kekal sebagai kawan. Move on.

Pilihan keluarga. Hurmm...kalaulah pilihan keluarga ni terbaik, aku setuju saja. Tapi tak semuanya indah kalau ianya pilihan keluarga. Hati tak semestinya serasi. Tindak tanduknya sendiri acuh tak acuh. Tak kan aku nak teruskan juga? Seminggu sekali berbalas mesej. Aku bosan menunggu. Aku bukanlah seorang yang slow untuk jadi slow macam dia. Sorry. Move on.

Kenalan terbaru. Nak uji aku, tapi diri sendiri teruji. Menginginkan wanita yang tidak materialistik tapi hakikatnya dia sendiri mahukan kesempurnaan dalam diri seorang wanita. Mana ada wanita yang sempurna? Nak yang tak pandang harta, tapi nak yang pandai bergaya. Nak bergaya mestilah nak pakai wang segala. Bukan dengan daun semata. Aku sendiri tak faham dengan jenis seperti ini. Penat. Move on!!!

Ini hanya sebahagian di antara kenalan yang sempat aku kenal dengan lebih mendalam. Kalau ikutkan, yang mesej beratus dalam sehari lepas tu senyap pun ada tapi tak masuk dalam list. Aku bukan Playgirl, bukan mencari lelaki tapi aku mencari SUAMI dan AYAH untuk anak aku. Seharusnya aku berfikir panjang untuknya.

Misi diteruskan tapi ada ketikanya aku rasa penat. Penat mencari dan akhirnya aku rasa, biarlah apa yang akan jadi. Aku tak akan mencari dan biarlah ianya datang sendiri. Aku tak pernah menolak, tapi aku cuma mahukan yang terbaik. Bukan mencari kesempurnaan, tapi menjadi pelengkap hidup aku sahaja. Jika kekurangan dia melengkapkan hidup aku, dia yang akan jadi pilihan aku.

Jangan dianggap seseorang itu memilih, malah seseorang itu BERHAK untuk memilih yang terbaik untuk dirinya. Perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah untuk dipandang sambil lewa. Perjalanannya sampai ke hujung nyawa. Jika diizinkan Yang Maha Esa.

Izyan Balqis. 2018

Post a Comment

11 Comments

  1. akk doakan semoga segala teka-teki terungkap.. bnyakkan berdoa & ada jln yg baik Allah nak tunjuk.. nak pinjam bahu akak ada.. meh hug cikit...

    ReplyDelete
  2. Mudah2an bertemu insan yang memang jodoh IQ

    ReplyDelete
  3. Nadia doakan IQ dapat yang terbaik utk IQ dan Qaid. Teruskan berdoa. Istikarah. The right man will come on the right time.

    ReplyDelete
  4. Sis salute dengan pendirian IQ..
    Teruskan berdoa semoga dapat insan yang terbaik untuk IQ..

    ReplyDelete
  5. "Jangan dianggap seseorang itu memilih, malah seseorang itu BERHAK untuk memilih yang terbaik untuk dirinya. Perkahwinan bukan suatu perkara yang mudah untuk dipandang sambil lewa. Perjalanannya sampai ke hujung nyawa. Jika diizinkan Yang Maha Esa."

    Suka quote ni IQ, situasi kita lebih kurang sama,dan skrg reen tgh dlm zone bersendirian sbb baru dikecewakan lagi, huhu..penatnya nak cari bahagia kan..

    ReplyDelete
  6. Sememangnya kita berhak MEMILIH IQ sebab nak kahwin ni bukan untuk sebulan dua, tapi untuk selama-lamanya hingga ke Jannah.Awak teruskan berdoa dan buat solat tahajud dan solat istikharah (solat istikharah bukan saja untuk membuat pilihan, tetapi juga untuk memohon Petunjuk dari Allah swt), InshaAllah , Allah swt akan beri awak jawapan yang jitu dan tepat suatu hari nanti.

    Saya doakan yang terbaik untuk awak dan qaid

    ReplyDelete
  7. semoga jodoh IQ dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. kdg2.. bila kita tidak terlalu fokus mencari, ia datang naturally. IQ, keep saying Inshaa Allah.. Demi anak, pasti jumpa yang terbaik.. Percayalah dgn word Inshaa Allah..

    ReplyDelete
  9. InshaALLAH mudahan ada yang sesuai untuk IQ nanti...respect dengan pendirian IQ.

    ReplyDelete
  10. Terkedu baca entry ni.. Ada certain yang akak tolong luahkan.. Q_Q

    ReplyDelete
  11. Sabarlah dik. Semoga diketemukan dengan jodoh yang terbaik. Amin.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)